"YA. Actually perkara ini jugalah yang ingin saya bincangkan dengan bos bila saya dah sihat. Tapi tadi saya terima mesej dari Maia. Dia yang minta saya datang ni. Katanya boss ada nak bincang sesuatu," jelas Laila juga.
Membuatkan Zani pula terngadah. Rasa kecurigaan yang mendatangi berganti dengan rasa pelik pula.
"Kejap. Awak pun nak bincang soal cheque ni?" Zani menyoal lagi.
"Ya. Kenapa boss minta saya keluarkan wang untuk kerjasama dengan Emrand Holding pula. Sedangkan yang sedang berjalan sekarang ni dengan Max Co. Limited bukan Emrand Holding. Tapi Maia pula bermatian kata ya. Saya jadi peliklah boss," ujar Laila semakin kuat menaruh syak memang Maia ingin mengenakan dia.
"Betul ke apa yang terangkan pada saya ni?" Soal Zani balik. Laila tadinya bersungguh-sungguh memberi keterangannya kini melopong pula.
"Bos, tak percayakan saya ke dah? Selama ini pernah ke saya buat apa-apa tanpa permisi dari boss. Apatah lagi soalan in out duit syarikat dan transfering," sahut Laila sedikit memberontak.
'Betul juga. Laila dah lama kerja dengan aku takkan dengan semudah itu, aku nak menuduh dia lakukan penyelewengan macam mana yang Maia tuduh, tu kan?' Getus hati kecil Zani pula. Berfikir pro dan kontra.
"Kenapa bos tanya saya macam ni? Apa yang Maia katakan pula pada bos? Maafkan saya boss jika saya terpaksa cakap yang saya ni kurang mempercayai setiausaha baru boss tu. Dia pernah..."
"I bukan nak tuduh you atau apa. I just bertanya. I nak kan pencerahan dari you pula setelah tadi I dengar dari Maia. Maia kata, you yang minta dia sediakan cheque tu atas nama Emrand Holding. You kata lagi, I yang luluskan and I pun... what? Bila masa? Emrand Holding?" Tutur Zani pula.
Perbincangan semakin menjurus ke arah saling tuduh-menuduh.
"No. I tak berani nak buat macam itu. Boss, serius I nak bagitahu Maia seperti nak kenakan I. Tengoklah, sekarang ini... boss, I bukan sengaja-sengaja nak emergency leave pun. I sakit. I tak pasti apa I memang nak ke klinik after this. At first, dia juga cakap yang boss suruh I bercuti. I pelik. I mesej boss tapi tak reply..."
Zani terus merenung pembantu peribadinya itu. Lalu dia bawakan pula pandangan ke meja setiausaha yang terletak beberapa langkah di depan dinding cermin biliknya itu.
"Sekarang you try nak kata Maia cuba kenakan you? Motif?" Zani berpaling semula ke arah Laila.
"I bukan nak tuduh. Tapi semenjak dia bekerja dia memang dah banyak kali kenakan I. Boss lupa ke soal kopi and baju I kotor tu? Dia sengaja regangkan kaki dia and I nampak. Sayangnya di pantri tak ada cctv jika tidak, I boleh buktikan..." Laila lelah juga mempertahankan dirinya itu.
Jelas sangat Zani lebih memihak pada Maia Karina yang belum seminggu bekerja itu dari dirinya yang dah lima tahun bekerja tanpa ada sebarang rekod buruk!
"Bercakap soal cctv. Nanti kejap, biar I periksa hari I balik kampung tu. I pun tahu Maia ada hari tu kena stay back katanya banyak kerja you minta dia siapkan..." Ujar Zani seraya memegang tetikus lalu menggerakkan kursor di skrin ke arah cctv.
Laila terdiam itu memang benar. Memang dia sengaja. Tapi tak sangka pula, apa yang dia buat itu terkena pada dia semula malah lebih buruk sehingga terbabit soal kewangan syarikat.
"Lihat ni... memang dia ada tapi tak ada pula dia ceroboh masuk ke ofis I pun kalau you nak kata dia try frame you, Laila. Even dia juga ada kunci ofis I ... but setahu I, you yang kerap ke bilik ni..." Ujar Zani.
Laila sekali lagi menahan perasaan. Dia juga sudah melihat rakaman tersebut. Laila kehilangan kosa kata dalam nak membantah lagi. Dia rasa, dirinya semakin terjerat dalam permainan Maia Karina.
Zani merenung tingkah tenang Laila. Jika gadis itu ternyata bersalah, pasti dia akan gelisah. Tetapi tidak ada sebarang kebimbangan pun di wajah itu malah tegang seperti tidak berpuas hati.
"Kalau boss nak cut my salary. Buat sajalah boss. Ikut jumlah tu. I tak tahu nak kata apa lagi. Kalau I kata tak bersalah pun, cheque tu pun dah bertulis nama I," ujar Laila pasrah walau hatinya sakit pada Maia Karina.
Biar dia kalah dahulu tidak mengapa. Dia juga, ada caranya tersendiri. Suara yang terdengar pasrah di telinga Zani itu, sedikit-sebanyak membuatkan lelaki itu pula dirundung keserbasalahan.
Dia juga kenal sikap Laila. Selama ini pun, memang gadis itu patuh pada setiap arahannya.
'Takkan sebab kesalahan yang aku sendiri pun rasa curiga, aku nak hukum Laila pula. Kesian pula. Tak adil.' Getus Zani berfikir-fikir.
Dia merenung Maia Karina. Namun setiap kali dia merenung single mom itu, hatinya pasti berubah serta-merta. Pasti berbalah antara mahu percayakan Laila atau Maia sendiri.
Zani tergeleng-geleng sambil diperhatikan oleh Laila. Gadis itu dalam diam meneliti setiap tingkah majikannya itu. Macam ada kelainan pula. Seperti kebingungan walau tak terserlah sangat.
"Tak mengapalah. As long as cheque ni tak di pindahkan lagi, tak apa. I will cancel it now. But after this, apa-apa hal please be carefull. Soal Maia cuba kenakan you tu...let me handle it... I akan talk pada dia..." Zani menerangkan dan terus memangkah cek tersebut tanda batal.
Barulah Laila boleh menarik nafas kelegaan. Setenang mana pun dia, perasaan bimbang kena buang kerja itu tetap ada. Sudah di zaman ini agak sukar mahu mendapatkan pekerjaan.
"Awak pergilah klinik. Saya benarkan awak ambil cuti beberapa hari. Dah sihat betul-betul baru masuk kerja..." Ujar Zani dengan ikhlas.
Dia memang nampak gadis itu tidak bermaya.
"Baiklah boss. Terima kasih kerana tidak mengambil tindakan ke atas saya ya," ujar Laila sangat-sangat bersyukur.
"Ya, saya pun kenal cara kerja awak Laila. Soal Maia tu, biar saya yang uruskan. Kalau ada apa-apa hal awak mesej saya saja tak perlu berjumpa ya," ujar Zani lagi.
Laila mengangguk lalu meminta diri. Sewaktu dia menutup pintu. Maia Karina terdongak. Dia tersenyum penuh makna bila melihat wajah kusam, Laila.
Laila tahu, Maia ingin mengenakannya. Dia akan ambil cuti lama sedikit. Biar perempuan gedik itu menganggap dia sudah kena terminate.
Tiba masanya nanti, dia akan masuk semula. Laila terbatuk-batuk. Makin lama makin gatal tekaknya. Laila berjalan terus ke pantri. Dia dahaga sebenarnya.
"Dah kenapa seram sejuk pula ni?" Laila menyoal sambil berpeluk tubuh dek kedinginan yang agak mencengkam tulang sulbinya.
Laila tetap masuk. Dia menapak ke arah meja island. Air masak suam terus dia tuangkan ke dalam gelas.
"Ya Allah!" Pekiknya yang keterkejutan.
Prang!
"Ya Allah! Laila, what's wrong ni?" Teriak salah-seorang staff yang juga mahu membuat minuman panas.
Laila terdongak dengan wajah pucat lesinya. Dia menggeleng-geleng tidak ketahuan. Dia masih lagi terperanjat dengan apa yang matanya nampak.
"Laila, you look soo pale? If you tak sihat take lah leave... let me kemaskan. You pergilah balik. Pucat sangat muka you tu, risau pula I tengoknya," ujar si rakan juga berwajah cuak.
Dia lihat Laila seperti di dalam ketakutan. Dari balik dinding, Maia Karina tersenyum lagi.
Laila tanpa ingin berbicara lebih panjang lagi terus berlari keluar. Dia mulai berasa pening namun dia terpaksa gagahkan jua melangkah.
Dia mahu ke klinik. Dan dia juga mahu ke Darussyifa. Dia mengesyaki sesuatu yang tak kena.
"Macam mana ada lintah ada air aku?" Laila bertanya resah. Pintu lif terbuka saja, dia terus melangkah masuk.
Dari celahan pintu lif makin ingin merapat itu, Laila nampak Maia Karina sedang terpacak berdiri dengan senyuman menyeringainya sebelum terteleng leher.
Laila terus menutup mata dan mulut pula berkumat-kamit membaca Ayatul Qursi.
Share this novel