BAB 7

Thriller Series 21293

MILA sebenarnya serba-salah. Dia ingin tahu. Mahu bertanya namun suaranya enggan bekerjasama pula.

"Sayang kenapa?" Zani menyoal. Ika juga merenung sambil mengunyah roti bakar.

Pada hari ini, mereka akan pulang ke kampung hanya menanti kehadiran Suzi dan suaminya saja. Pakat naik satu vellfire saja.

"Hah?" Mila bersuara dalam nada tersentak. Zani semakin mengerutkan keningnya. Lewat kebelakangan ini, dia memang perasan pada keanehan tingkah laku isterinya itu.

"Er...tak ada apa-apa lah bang," dalih Mila. Tetap tidak mahu bertanya sedangkan hatinya meronta. Rasa cemburu pula membakar.

"Oiya, kenapa kemeja abang lagi satu tu takde dalam almari ya?" Zani menyoal.

"Kenapa pula? Selalu abang ok saja pakai semua kemeja yang sayang pilih?" Mila terus bersuara sedikit tinggi.

'Sebab kesan gincu tu ke? Selama ni, tidak pernah sekalipun persoalkan baju-baju yang aku letak siap-siap atas katil tu...' Gerutu Mila spontan menggigit bibir.

"Saja abang tanya sayang. Mila kenapa ni sayang? Huh?" Zani bertanya semula seraya mendongakkan dagu isterinya itu.

Ika tersengih-sengih melihat babak romantik mama papanya itu.

"Abang..." Seru Mila meleret. Malu depan anak dengan perlakuan suaminya itu.

"Alah, apa salahnya? Ika pun ok. Kan Ika kan?" Zani menggiat lagi isterinya itu.

"Yalah mama. Ika okay saja. Ika selalu je nampak mama papa kawan Ika buat macam itu masa hantar Nana..." Jawab Ika teringat kembali episod itu.

"Assalamualaikum..." Suzi yang sudah tiba bersama suaminya, Hazli menjengahkan muka mereka di depan pintu.

"Masuklah. Marilah breakfast sekali," panggil Zani. Mila pula kelam-kabut bangun mahu ke dapur untuk mengambil cawan baru.

Suzi dan Hazli menanggalkan kasut. Bagasi mereka letakkan saja di pintu. Lalu kedua-duanya melangkah ke arah meja.

Bau kopi susu masih lagi kuat terawangan. Ika dalam pandangan pasangan itu amat pandai bergaya sekali.

Pasangan itu baru saja berkahwin jadi masih belum ada anak lagi.

Suzi bergerak ke dapur terus kerana dia mahu ke tandas. Sementara Hazli sudah pun duduk di tepi Ika.

Zani terus menyenduk nasi goreng untuk tetamunya itu.

"Akak!" Seru Suzi lagi. Dia terpaksa menguatkan panggilannya itu. Mila termenung jauh.

"Hah, kenapa tak duduk? Jom. Jom." Jawab Mila tersentak. Kelam-kabut mengangkat cawan dan pelapik sebelum Suzi menghalang.

"Akak okay tak ni? Jauh sangat menungnya tu? Jenuh adik panggil," sahut Suzi lagi.

Sambil bertanya mata Suzi memerhati seraut wajah ayu itu. Mila tetap kelihatan manis walau kulitnya polos tanpa sebarang mekap.

"Atau akak ada problem dengan Abang Zani?" Suzi sekadar meneka. Bukan pula menuduh.

Dan soalan itu membuatkan Mila meletakkan semula pelapik serta cawan bertindanan itu di permukaan meja island kembali.

"Akak pun tak tahu nak cakap macam mana."

"Maksud akak?"

"Baju abang..."

"Kenapa dengan baju suami akak? Akak okay ke ni?" Suzi mulai terasa ada yang tidak kena. Jikalau tidak, wanita ayu itu tidak termenung jauh.

Lama mata mereka bertatapan. Suzi mendalami tatapan yang terlihat redup itu.

"Dua hari sudah, masa tu akak nak kutip baju-baju kotor. Kemudian akak angkat salah-satu kemeja abang. Akak nampak..." Kata-kata tergantung dari Mila menghidupkan rasa kemusykilan pula di sanubari Suzi.

Suzi seakan dapat meneka apakah yang bakal terkeluar daripada mulut si kakaknya itu.

"Kak, nampak apa? Apa yang ada dekat baju suami akak tu?" Suzi mendesak bila dia lihat Mila makin mengebamkan bibir.

Mila mendongak. Suzi mengharap. Mila serba-salah. Sungguh dia serba-salah. Takut apa yang dia akan luahkan nanti merupakan perkara yang tidak betul tetapi jika tak diluahkan pula, hatinya sakit.

Kerana apa yang dia nampak itu takkan ada mana-mana isteri pun boleh menerimanya.

"Ada kesan lipstik di kolar kemeja abang akak, Su..." Jawab Mila lemah. Dia cuba menahan amukan perasaan.

Suzi tergamam. Biar pun hampir mengena tekaannya tadi tetap ada beza. Dia sangkakan kakaknya itu, menemui sesuatu milik perempuan lain atau bau haruman.

"Kesan lipstik?" Suzi bukan nak menyakiti lagi hati kakaknya itu. Cuma dia inginkan kepastian.

Mila mengangguk lagi sebelum kedengaran suara Zani dari meja makan. Membuatkan dia dengan laju mengangkat kembali cawan-cawan beserta pelapiknya dari atas meja.

Dan Suzi pula terus ke arah bilik air. Selepas makan, mereka akan berangkat ke kampung.

"Aku memang dah agak. Mustahil perempuan tu client. Lain macam sangat caranya. Yang Abang Zani pun satu hal juga takkanlah tak perasan? Ke memang suka menggelitik rupa itu? Mentang-mentanglah Kak Mila aku tu tak daring," bebel Suzi di dalam bilik air.

"Sampai terlekat kesan lipstik? Ni aku memang tak boleh brain. Kalau Hazli buat siaplah!" Ujarnya yang sedang mencuci tangan.

Pili dipulas untuk menutupnya. Merenjis-renjiskan tangan sebelum keluar.

Sementara di meja pula. Suasana agak rancak. Nak-nak lagi, bila Hazli menyakat Ika. Mila bangun dan ingin mengemas meja sebelum pergi.

"Su, pergilah minum dahulu. Kami semua dah. Tunggu Su saja," ujar Mila tatkala terpandang susuk tubuh berjubah sama sepertinya itu.

Suzi terangguk-angguk. Berselang beberapa minit, Suzi membawa cawan serta pinggan kotor.

Mila tersenyum di sinki. Dia tidak mahu menuruti sangat emosinya itu. Sudahlah sampai ke sudah dia belum bertanya lagi.

Suzi meletakkan pinggan serta cawan kotor dalam sinki. Dalam masa yang sama, dia memerhati wajah kakaknya itu.

"Akak okay tak ni?" Suzi nak tak nak, bersuara juga. Mila yang sedang membasuh, mendongak sekejap lalu melemparkan senyuman.

"Habis tu kenapa tak tanya terus saja pada abang akak tu? Nak tahu juga dari mana puncanya. Bagaimana ia boleh berlaku? Takkan suddenly tercium kut?" Soalan berbaur menduga dari Suzi.

Mendebarkan semula detakan jantung Mila. Cuciannya sedikit terganggu. Suzi masih lagi menanti apakah jawapan seterusnya.

"Akak... akak tak ada kekuatan dik nak bertanya. Lagipun akak cuba husnozhon..."

"Husnozhon kak? Bukan semua kak. Nak-nak lagi kalau benda macam ini. Akak kena tegas. Akak kena tanya. Jika berlaku kesilapan teknikal sekali pun..."

Mila menyudahkan cuciannya sebelum membasuh serta mengelap tangan. Suzi di sisi sudah pun melipat tangan di dada.

Wajah dia pula yang agak tegang berbanding wajah tenang palsu, Mila. Setelah mengesat tangan dia juga tersandar.

Alang-alang suaminya mengatakan akan mula bergerak jam sepuluh. Sekarang sembilan setengah. Masih ada setengah minit lagi.

"Adik juga dah kata mungkin kesilapan teknikal. Mungkin juga, cuma yang akak hendak tahu bila kejadiannya dan sebab apa. Tu saja," jawab Mila dengan tenang. Dia tetap memaniskan roman wajahnya.

"Ha...sebab itulah adik suruh kakak tanya abang. Tanya secara elok-elok bukannya direct accusing... kalau itu, yelah terkejut end up marah-marah pula..." Sahut Suzi memperjelaskan maksudnya itu.

"Akak..." Jawab Mila serba-salah.

"WHAT? Boss balik kampung? Bercuti dengan wife serta anak? Ada anak?" Soal Maia terduduk di kerusi mejanya.

Dia baru saja sampai. Patutlah dia tidak nampak akan kereta boss nya itu. Maia menggigit kuku berwarna merahnya.

Hati terasa sebal. Malam tadi, dia sudah merancang sesuatu tetapi lelaki pujaan balik kampung pula.

Laju dia membawa keluar telefon pintarnya. Alang-alang sudah dapat nombor telefon Zani.

Tidak akan dia lepaskan peluang yang ada. Laju juga jari-jemari runcingnya menari di keypad skrin.

"Morning dear boss, why balik kampung tak inform I? Kalau ada sebarang pertukaran deal or meeting bagaimana? Reply me a.s.a.p..."

Mesej itu sebagai ayat alasan saja. Niat Maia yang sebenar adalah menunjukkan sikap dedikasi kerjanya.

Maia mahu menarik perhatian lelaki itu dengan kredibiliti pekerjaannya dahulu. Setelah itu, barulah langkah seterusnya.

"Kampung boss ke? Or kampung bini boss tu? Tak boleh jadi ni, I kena pantas buat kerja..." Ujarnya lalu meliarkan mata.

Minda pula sedang laju berjalan mencari idea. Idea untuk membuatkan lelaki kacak itu cepat balik kl.

Sempat lagi dia menukar default picture Whatapps agar Zani melihatnya. Gambar seksi takkan lah tak tengokkan?

Maia tahu sangat kelemahan seorang lelaki. Pengalaman dia sebagai escort girl para Vvip banyak mengajarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience