BAB 30

Thriller Series 21293

ZANI ralit dengan meja kerja . Dia langsung tak sedar ada sesusuk tubuh sedang berdiri di belakangnya, tanpa sepatah kata namun ia sudah cukup untuk mengisi kesepian ruang itu.
Mila mendekat, langkah kakinya perlahan namun penuh dengan tujuan. Tangan Mila menyentuh bahu Zani dengan lembut lalu bergerak turun ke lehernya.
Jari-jemari itu meluncur halus, seakan-akan menghidupkan setiap urat yang ada di tubuhnya. Zani menggigit bibir, berusaha untuk menahan diri di saat itu tetapi sentuhan itu, semakin menyusup ke dalam dirinya, menggelitik setiap serat jiwanya.
Tubuhnya semakin tegang. Sementara itu, Mila tidak berhenti. Dia mendekatkan tubuhnya, perlahan-lahan.
Haruman bunga dan kehangatan tubuh, mengisi udara di sekitar mereka. Zani boleh merasakan setiap inci jarak yang hilang antara mereka.
Mila membelai dada Zani dengan ujung jarinya, gerakan itu begitu perlahan seperti tarian yang tak terlihat. Matanya tajam memandang Zani.
Zani kegelisahan. Seolah dia berusaha untuk menyembunyikan rasa yang semakin menguasainya. Namun, Mila tak mengalah.
Dia meletakkan tubuhnya lebih rapat. Bahunya kini bersentuhan dengan tubuh Zani. Tanpa berkata apa-apa, dia menyentuh pipi Zani dengan ciuman halus di situ juga di sisi leher. Zani terkejut, tubuhnya tergetar tetapi dia tak mampu melawan.
"Say..." Baru saja dia mahu menyebut panggilan itu. Bibirnya ditutup dengan jari.
"Shh..."
Arahan itu makin membuatkan Zani semakin pelik namun seronok. Jarang. Terlalu jarang Mila begitu...
Tangan Mila kini merayap ke belakang Zani, menarik tubuhnya lebih dekat. Dia boleh merasakan setiap getaran pada tubuh Zani, seperti ada arus letrik yang mengalir antara mereka.
Zani, meskipun tubuhnya hampir terjatuh ke dalam godaan itu, tetap berusaha keras untuk tetap bertahan. Tapi, semakin lama semakin kuat perasaan yang menyelubunginya.
Tangan Mila semakin menyusup dan Zani hampir lupa di mana dia berada. Hanya beberapa inci lagi dan tubuh mereka akan bersatu. Semua perasaan yang bertahan begitu lama kini terasa semakin menguasai. Tapi pada saat yang sama, ada bisikan halus yang mengganggu dalam hati Zani.
Sesuatu yang tidak tampak laksana bayangan yang mengintai dari sudut gelap kamar. Suasana yang panas tiba-tiba menjadi berat seperti ada sesuatu yang ingin menghalang mereka. Mila dengan lembut, mengangkat wajah Zani perlahan menarik bibirnya mendekat.
Namun, Zani menahan nafasnya. Tubuh kian bergetar. Dan matanya terpejam sejenak, berusaha menenangkan fikirannya.
Sesuatu yang tak terlihat melintas di sudut mata. Sebuah bayang-bayang hitam yang bergerak dengan perlahan. Dia menarik diri, sedikit menjauh dan ketika matanya terbuka kembali, bayang-bayang itu hilang secepat ia muncul.
Mila yang masih berdiri.
Tapi Zani dengan segera menundukkan kepala, nafasnya semakin berat. Godaan itu masih membakar di dalam diri tetapi kali ini dia lebih berhati-hati.
Tanpa kata, dia mundur selangkah memberikan ruang untuk Mila mulai berprasangka.



SETIBANYA di kamar. Mila pula yang masuk lalu menutup pintu perlahan, membiarkan keheningan malam mengambil alih. Lampu kecil di sudut katil membiaskan cahaya hangat ke kulitnya yang lembut, membalut ruang dengan suasana tenang tapi mendebarkan.
Langkahnya perlahan menuju ke katil tapi geraknya ada irama. Baju tidurnya malam ini tipis dan lembut, cukup untuk menampakkan bayang tubuhnya yang munggil tapi berisi.
Setiap kali dia bergerak, kain itu bergeser perlahan di kulitnya seolah membelai dirinya sendiri. Dia tidak terus menyapa suaminya, cuma duduk di hujung katil membiarkan rambutnya jatuh ke depan sambil menunduk sedikit, pura-pura menyisir jari di celah helaian.
Bahunya terdedah sebelah, sengaja tidak dibetulkan. Kakinya disilangkan perlahan, gerak lutut yang sedikit naik menjadikan posisi duduknya samar-samar mengundang.
Tanpa sepatah kata, Mila baring perlahan membelakangi suaminya tapi badannya sengaja dibiarkan rapat ke tepi, seperti menunggu untuk disentuh. Nafasnya tenang tapi gerakan dadanya yang perlahan, naik turun jelas dalam cahaya samar.
Suaminya berdiri memandang dan Mila tahu, dia sedang diperhatikan. Dia tidak menoleh hanya membiarkan waktu yang berbicara.
Zani berdiri kaku. Anak mata tak lepas dari tubuh Mila yang terbaring tenang, seolah tidak sedar dia sedang diperhati. Tapi dia tahu, Mila tahu. Setiap inci lenggok tubuhnya malam ini bukan kebetulan.
'Dia sengaja...' Bisik hati Zani.
'Dia tahu... aku takkan tahan lama bila dia begini.' Tambah hatinya, senyuman nakal mula muncul.
Pandangan mata jatuh ke bahu Mila yang terdedah, kulit halus yang dulu dia sentuh tanpa ragu, kini terasa seperti satu ujian. Nafasnya mula berat tapi fikirannya berperang.
'Aku suami dia... tak salah. Tapi kenapa rasa macam satu jerat?' Zani seakan menidakkan pula kata hatinya. Seakan ada arahan agar tidak menuruti cuma dia tidak tahu, dari mana dan dari siapa.
Tangannya gementar bukan kerana takut tapi kerana dia sedang menahan. Ada sesuatu dalam cara Mila berbaring. Wanita itu, terlalu berserah tapi dalam diam itu seperti ada kuasa yang menuntut. Zani telan liur perlahan, dada makin sesak.
Nafsu bergelora tapi ada sisi lain dalam dirinya yang ragu.
Zani akhirnya memanjat katil. Bila tiba di sebelah tubuh membagi belakang itu, jemarinya hampir menyentuh tapi berhenti di tengah jalan. Antara keinginan dan keraguan, dia terperangkap.
Tangannya masih tergantung di udara. Nafasnya berat. Jantung berdegup laju bukan kerana ghairah semata tetapi kerana sesuatu. Mila menggeliat perlahan seperti sedang mencari posisi lebih selesa.
Tapi pada mata sang suami, pergerakan itu terlalu sempurna, terlalu terancang. Seolah tahu kelemahannya.
'Apa yang aku mengarutkan ni? Mila... diakan isteri aku? Kenapa aku rasa tak boleh ni?' hatinya bertanya lagi namun bibirnya diam.
Akhirnya, dia duduk perlahan di sisi katil sambil tubuhnya rapat ke belakang Mila. Tangannya mendarat di pinggang isterinya, lembut seakan cuba menguji. Mila tak bergerak tapi kehangatan tubuhnya terasa hidup, berdenyut di bawah sentuhan.
Dalam sunyi itu, Zani tundukkan wajahnya hampir ke tengkuk Mila. Nafasnya menyentuh kulit belakang bahu, Mila. Mila yang masih tidak tidur, tersenyum. Dia masih menanti...
Tangan Zani mula menyusur perlahan seperti arus kecil yang mencari jalan di celah batu. Gerakannya lembut tapi berniat. Mila menyambut tanpa suara, hanya lengkuk tubuhnya yang memberi isyarat seperti daun yang rela dilayarkan angin malam.
Tubuh mereka mula menari dalam irama dua ombak yang akhirnya bertemu di garis pasang, saling tolak dan tarik dalam rentak yang tiada mula atau hujung. Tiada ledakan, tiada letupan cuma bara yang makin menyala, sampai hangatnya terasa ke tulang.
Cadarnya berkedut. Nafas mereka bercampur dalam ruang sempit antara kulit dan kulit. Mila tidak mendesak tapi dia memimpin. Setiap geraknya seolah tahu di mana titik lemah lelaki itu seperti air yang tahu, mencari celah di retakan batu.
Zani menggenggam erat bukan untuk mengawal tapi untuk tidak tenggelam. Dalam diam, tubuh Mila seperti menyerap seluruh dirinya, membuatkan dia tak tahu lagi di mana sempadan antara mereka.
Dan bila akhirnya malam itu mencapai kemuncaknya, ia tidak meledak seperti guruh sebaliknya mengalir dalam dan senyap, seperti sungai yang menenggelamkan akar tanpa jejak.
Selepas malam itu menyatu dalam senyap, bilik kembali tenggelam dalam hening. Hanya bunyi kipas siling berputar perlahan dan nafas mereka yang masih belum sepenuhnya reda.
Zani terlentang. Bola matanya merenung siling yang samar-samar dalam cahaya malap. Tubuh Mila masih di sisinya, hangat dan tenang. Tapi ada sesuatu yang berbeza. Hatinya tidak setenang tubuhnya.
Tiba-tiba, cuping telinga kirinya terasa gatal bukan seperti digigit serangga tapi seolah ada bisikan halus, terlalu nyata. Dia berpaling, tapi tiada siapa di sisi lain. Hanya Mila yang diam, membelakanginya.
Bunyi itu datang lagi. Desis perlahan seperti suara yang cuba berkata sesuatu tapi terperangkap antara dunia. Zani pejam mata sekejap cuba mengabaikannya tapi makin dia menolak, makin jelas bunyinya. Seolah-olah ada seseorang berbisik namanya dalam nada panjang, lembut... dan dingin.
“Za... nii...”
Jantungnya berdegup laju. Dia bangkit menoleh ke arah Mila. Tubuhnya seperti terlalu diam. Zani cuba ketawa kecil untuk menenangkan diri tapi suara itu datang lagi.
Kali ini, dari telinga kanan pula dan lebih hampir. Dia terduduk, kulit tengkuknya meremang. Ruang kamar terasa sempit, udara seperti berubah lebih berat.
Dan bila dia menoleh sekali lagi ke arah Mila, dia perasan mata isterinya masih tertutup tapi bibirnya, sedikit terbuka.
"Huh, nonsense!" Selar Zani lantas memejamkan mata. Dia kepenatan berjuang dengan cinta hati di ranjang asmara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience