BAB 5

Thriller Series 21293

"SUZI bukan apa kak, mata ni rasa berbulu jugak tengok kemesraan dorang. Takkanlah client macam tu sekali?"

Mila tetap tersenyum. Dia tahu sangat sikap adiknya itu yang cepat prasangka terhadap sesuatu.

"Insya Allah dik. Takde apa-apa. Lagipun akak kenal abang macam mana. Nama pun ahli korporat. Bussinessman. Karang kalau sombong sangat pun susah juga. As long as abang tahu batas-batas dia as husband orang dah mencukupi bagi akak. Minum tu dik. Sejuk dah air akak bancuh tu," tegur Mila setelah memberi penjelasannya.

Suzi hanya mampu tersenyum tawar lalu mengangkat gelas minuman. Bagi dia Abang Zani tu tetap lelaki. Jikalau perempuan tu menggeletis semacam mahunya tak tergoda?

"Hujung minggu kami nak balik kampung? Suzi nak join sekali tak? Kalau nak naik sekali vellfire akak?" Soal Mila alang-alang teringat.

Suzi yang juga berhijab itu merenung si kakaknya itu.

"Molek juga tu. Nanti Suzi bagitahu kat abang. Lama jugak Su tak balik. Abang tu lah bukan senang nak dapat cuti..." ujar Suzi.

Mila mengangguk.

"Nanti pada sebelah malam bolehlah kita buat barbecue. Lama kan kita tak buat. Ajaklah jiran makan-makan," cadang Suzi.

Mila yang pada tika itu sedang membaca novel cinta kegemaran mendongak.

"Bagus jugak cadangan tu ya? Bolehlah akak bagitahu pada abang Zani nanti..."

"Kan?" Sahut Suzi pula teruja. Mila mengangguk sambil tersenyum.

Sembang punya bersembang tidak sedar sudah masuk petang. Setelah Suzi menunaikan solat Asar. Dia meminta diri dahulu memandangkan kereta suaminya sudah sampai.

Mila pula baru teringat mahu membasuh baju suaminya. Dan bila sudah menutup pintu, Mila menaiki tangga.

Setibanya dia di bilik, kesemua pakaian dalam longgokan dicapai satu per satu sehinggalah pada satu kemeja ini.

Mila sedikit tersentak. Bahagian kolar dia bawakan ke hidungnya. Yakin, itu memang bau lipstik.

"Suzi bukan nak reka cerita. Tapi kemesraan perempuan tu lain macam sangat. Tak macam client. Suzi tahu Abang Zani tak macam itu tapi akak... dia tetap lelaki..."

Mila menelan air liur yang terasa amat kelat . Tangan yang masih mengenggam baju sedikit menggeletar. Mila sedang berusaha menahan perasaan.

"Tak. Tak ada apa-apa kut ni. Tapi macam mana boleh ada kesan lipstik ni? Nak kata aku punya, aku tak pakai kaler macam ni..." Mila berkata sendirian sambil mata masih lagi tertancap pada kesan lipstik itu.

Merah hangat sedangkan lipgloss yang seringkali dia pakai pink perlahan saja.

"Entah-entah, PA dia kut kak. Abangkan CEO. Akak, takkan tak tahu memang dah selalu dengar P.A ada hubungan dengan CEO. Suzi bukan nak takut-takutkan akak, tau. Suzi cuma nak akak tu beringat sama..."

Masih terngiang-ngiang setiap ucapan dari adik kandungnya itu. Memang Mila sendiri pun akui bahawa Zani itu ada rupa, ada badan dan pandai bergaya.

Kuat Mila menggigit bibirnya. Dia cuba menahan segala prasangka yang mulai singgah di perdu hati.

Akhirnya baju kemeja itu dia biarkan dahulu. Dia angkat yang lain dahulu. Sungguh hatinya resah.

Mila menyeka kedua-dua belah kelopak mata yang sudah terasa basah. Dia cuba beristighfar mengusir kesemua bisikan-bisikan.

'Ingat nak. Cuba jangan berburuk sangka pada suami. Siasat dahulu betul-betul. Dan jika ia betul sekalipun cuba bawak berbincang. Jangan cari jalan yang mudah.'

Mila melangkah gontai menuju ke tangga dengan bakul baju dalam pegangan. Pandangan agak berbalam-balam kerana airmata.

SELAGI mampu Laila cuba bersabar. Pagi tadi, sekali lagi Maia ingin membuat dajal. Tetapi sekali ni, dia tidak bodoh.

"Aku tahu. Aku bukannya bodoh macam kau sangkakan. Aku Laila. Kau nak rampas status aku. Takpe aku akan buat kau juga menderita kalau itu kau lakukan!"

"Boss pun satu hal. Terlalu lembut sangat dengan si Maia tu. Dengan aku pula dia tidak percaya..."

"Kan. We all juga nampak. Tak sangka pula you dah terkena," sahut dua orang gadis serentak merangkap staff di situ juga.

"Dah dua kali you guys. Kalau you guys nak tahu. I tahu dia pula nak jadi P.A. Boleh jadi semakin rapat dengan boss. Perempuan macam itu, bukan kira laki orang atau tak..." Ujar Laila penuh api amarah.

"Macam you juga kan. Now you dah ada challenger." Sindir si rakan di sebelah yang berambut blonde itu.

Laila menjegilkan matanya.

"Hei, dulu mungkin ya. Now aku pun tahu boss tu dah Puan Mila. Takkan aku nak try lagi kut. Tu... perempuan tu, ya!" Ujar Laila seraya membawa muncung bibir merahnya itu ke arah susuk tubuh bergaun kembang atas lutut sedang keluar dari pintu utama.

"Eh, dahlah you all berdua. Makin lewat dahni. Nanti tertanya-tanya pula boss bila nampak kita tak pulang lagi. Dia je yang selalu stay back."

Maia pula dia sebenarnya tidak ingin balik lagi walau sudah ada kereta. Sengaja dia berdiam dahulu dalam keretanya.

Dia tahu, Zani pada hari itu akan stay back. Bila kereta Laila melalui di tepi keretanya, kedua mereka memberikan sebuah pandangan penuh bermakna.

"Huh! You belum kenal lagi siapa I and apakah kemampuan I!" Ujar Maia tersenyum senget sebelum dia menguatkan lagi irama muzik tekno nya itu.

Tepat pukul sembilan malam. Zani keluar dari dalam pintu utama. Kereta mewahnya tidak terparkir bawah bangunan.

Zani lebih selesa parkir di ruangan tepi bangunan berdekatan pondok pengawal.

Maia nampak namun dia pula terlambat. Pun begitu, dia tetap ada idea. Dia mahu mengekori kereta itu kerana dia mahu tahu di manakah tempat tinggal Zani.

Zani berjalan ke kereta. Pintu dibuka lalu membolosi masuk.

Bergerak saja kereta mewah Zani, kereta Maia mengekori dari jarak sedikit jauh. Suara irama disko yang dipasangnya juga diperendahkan volume nya sedikit.

"KAU kalau masih sayang lagi pada Maia kenapa tak cari? Aku tahu kau dah lafazkan talak. Tapi talak satu baru. Maia kau boleh rujuk semula kalau kau nak..."

"Huh, aku saja yang nak tapi tak pada dia..."

"Habis tu dah tahu macam itu sampai bila kau nak macam ini? Termenung sana. Termenung sini langsung taknak move on?"

Izlan memandang ke arah depan. Di meja selang beberapa baris di hadapan ada satu pasangan suami isteri.

Dan keadaan mereka teramat romantis sekali. Sungguh dia rindukan suasana sebegitu namun siapalah dia.

"Kalau kau nak, aku pun boleh tolong carikan. Sepupu aku ramai je single. Mereka pun kenal kau..."

"Lagipun aku memang dari dahulu tak berkenankan sikap si Maia tu. Dari zaman anak dara sampai dah berlaki pun tak pernah nak berubah. Masih lagi nak enjoy. Clubbing. Party!"

Izlan tertunduk. Dia pun tahu siapa Maia. Dia mengeluh halus.

"Nak-nak lagi sekarang. Aku dapat tahu janda kau tu dah jadi secretary pada salah-sebuah syarikat bersama kompeni aku."

Izlan terus terdongak. Si rakan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience