BAB 4.

Thriller Series 21293

"EH, kenapa nak ajak masuk pulak? Bukan muhrim pun kan? Tak manis. Pasal your car esok tengahari kawan I akan sent ke ofis. So, you tak payahlah naik Grab dah. Masa pergi jela..."

"Ouh...jadi tak sudilah ya? Tak sudi, tak mengapalah," ujar Maia bernada seakan ingin merajuk.

Setelah membuka pintu dan melangkah keluar. Sebelum dia menutup pintu kembali, Zani menegah.

"Bukan begitu maksud I. Kan tak manis. Kondo sekalipun. Dah malam pun kan. Nanti, apa pula kata pak jaga," ujar Zani cuba beralasan sebaik mungkin.

"Okay, okay. I pun faham. Okay lah I naik dahulu. Thanks you sudi hantar I balik. Bye..." Ujar Maia akur.

Zani pun mengangguk sewaktu Maia menutup kereta. Zani menekan hon sebelum dia memandu.

Maia melambaikan tangannya. Kereta mewah itu meluncur keluar kembali.

"Tak apa. Slow-slow Maia. Ini baru permulaan..." Ujarnya yang tersenyum penuh makna sebelum memusingkan tubuh dan melenggang ke arah dalam bangunan.

Setelah meluncur di beberapa buah jalanan kini kereta mewah milik Zani sudah pun memasuki ke jalan taman perumahan.

Zani tahu, Mila mesti resah menanti kepulangannya. Bukan dia sengaja. Dia berasa kasihan serta tanggungjawab sebagai majikan.

Bunyi enjin masuk menyentakkan Mila yang kian tersengguk-sengguk. Setelah berada di dalam laman rumah. Zani memberhentikan enjinnya lalu ternampak pintu sedang ingin dibuka.

Zani tersenyum. Setelah mencapai briefcase dan kunci. Dia pun keluar dari dalam keretanya. Zani memang nampak wajah penuh kerisauan itu.

"Abang kenapa lewat?" Soal Mila setelah mencapai briefcase dari huluran Zani.

Zani melonggarkan lagi tali lehernya.

"Maafkan abang, sayang. Tadi abang hantar staff abang. Keretanya tiba-tiba rosak. Kasihan pula abang tengok dia," terang Zani jujur setelah menanggalkan kasut.

Dia pun melangkah masuk dan Mila pun menutup pintu. Mila bergerak ke sofa lalu meletakkan briefcase. Setelah itu, menapak pula ke meja untuk mengambil air kopi yang sudah suam.

"Staff abang yang mana tu?" Mila menyoal sambil cangkir kopi dihulurkan lalu dia melabuh duduk di tepi suaminya.

"Staff baru. Maia namanya. Tapi sayang janganlah pula salah faham. Abang hantar atas rasa tanggungjawab seorang majikan.

Lagipun dia kan perempuan sayang. Bahaya tunggu sorang diri..." Zani memberi penjelasan.

Sebenarnya Mila sememangnya agak tersentak. Mana tidaknya, agak jarang pula suaminya itu mahu menghantar staff-staff pulang selama ini.

"Oh, iya ke? Kalau dah begitu kata abang tak mengapalah... Mila risau juga why abang tak balik lagi. Call pun tak." Mila sedikit merungut.

"Ya, sayang. Yang itu, memang salah abang. Maafkan abang ya, sayang... abang tahu, isteri kesayangan abang ni terlalu risaukan keselamatan hubby dia kan?" Zani cuba berjenaka.

Mila tersenyum malu pabila Zani memegang kedua belah pipinya itu sambil tersenyum.

"Lagipun abang tadi memang lewat jugak. Abang nak setelkan beberapa dokumen sebelum kita balik kampung," ujar Zani lagi seraya merenung briefcase yang juga ada dua tender baru.

Mila terangguk-angguk. Lalu setelah kopi habis diminum. Zani meminta diri untuk naik atas terlebih dahulu kerana dia mahu mandi dan solat.

Mila pula ke dapur untuk mencuci cangkir bekas minuman suaminya itu.

Sewaktu Zani mencampakkan kemeja yang baru dia tanggalkan itu ke dalam bakul.

Dia tidak perasan ada kesan lipstik Maia sewaktu wanita seksi itu sengaja menjatuhkan barangnya di seat belakang.

Zani terus mencapai tuala dan melangkah ke arah bilik mandi. Mila pula baru melangkah dari aras tangga.


BEBAL sungguh Maia. Dia sudahlah terlewat bangun. Grab yang ditempah pula tidak datang-datang lagi.

"Ish, macam nilah kan? Bila orang nak sengaja kau lambat, Grab. Bila orang taknak ada je..." Bebelnya yang asyik memandang jam di pergelangan tangan.

Kejap dia bangkit dari atas bangku di hentian bas mendepani bangunan tinggi kondonya itu. Kemudian dia duduk semula lalu merenung jam.

Zani memberhentikan kereta lalu memperendahkan pula kaca jendela keretanya. Maia juga terkejut pabila ternampak Zani kelam-kabut dia bangun.

Maia melangkah laju menuju ke arah kereta Zani. Zani membuka pintu, Maia pula seakan dapat memahami terus membolosi ke dalam.

"Nasib baik ada boss. Grab yang I tempah tak datang-datang. I takut terlewat," rungut Maia dengan wajah berpeluh-peluhnya. Memang dia tengah susah hati.

Zani mengangguk lalu memandu terus keretanya setelah pintu keretanya ditutup. Maia benar-benar lega malah terasa suka pula.

"Boss, apa kata I belanja you breakfast? Sebagai nak ucapkan terima kasih," cadang Maia.

Dia walau macam mana sekali pun tetap nak cari peluang mendekati lelaki itu. Lelaki yang kian bertakhta di dalam hatinya itu.

Tanpa dia ingin mengetahui siapakah dan apakah status Zani sebenar.

"Eh, tak payahlah. Lagipun nanti you yang lewat. I lainlah," ujar Zani cuba mengelak.

Maia terus memasamkan mukanya. Zani perasan tetapi dia tetap memandu.

"Tak sudi jugak ke? Breakfast jer pun. Bukan lama mana pun..." Ujar Maia Karina berusaha juga dalam memujuk lelaki itu agar bersetuju dengan dia buat kali ini.

Mata Zani mengerling ke arah jam papan pemuka. Lalu dia merenung hadapan di mana ada sebuah kafe.

Jarak pula tidaklah berapa jauh dari bangunan syarikat.

"Baiklah. Kita singgah sekejap kat kafe tu..." Ujar Zani seraya memuncungkan mulutnya pada kafe berdinding kaca.

Barulah manis sedikit wajah Maia Karina.

'Yes! Finally. My first step was success!' Desisnya tersenyum ke arah cermin di sebelah kirinya.

Setibanya mereka dalam kafe. Pelayan hadir lalu meletakkan dua buku menu di depan mereka.

"Let me order, please boss. On me kan?" Pinta Maia dengan nada meleretnya dan Zani sambil tersenyum mengangguk.

"Give me one cup of black coffee and hot chocolate."

"How about dish, madam?"

"Miss..."

"Ya, Miss?"

"Hmm... give us toast bread with sauce omelette sausage roll."

"That's it?" Tanya pelayan itu lagi ingin memastikan. Maia mengangguk. Zani juga.

Setelah pelayan yang mendakap buku-buku menu itu pergi. Maia pun tersenyum pada Zani.

"Thanks tau boss," ucap Maia lagi. Senyuman yang dia pamerkan semanis mungkin.

"Takpe. Hal kecil saja tu. Tengah hari nanti dah boleh bawa dah kereta you," jelas Zani lagi.

"Eh, bang. Cuba tengok meja sana tu? Itu bukan ke Zani suami Kak Mila?" Soal seorang perempuan yang baru saja masuk ke kafe tersebut.

Setelah suaminya mendapat meja dan duduk. Dia pula ternampak, susuk tubuh seorang insan yang dia kenali.

"Mana?" Soal si suami.

"Itu..." Ujar wanita bertudung itu lagi. Si suami pun memusingkan tubuhnya lalu cuba meneliti figura yang isterinya maksudkan.

"Nampak tak bang? Suzi rasa macam Abang Zani lah. Tapi, siapa pula perempuan tu? Bukan Kak Mila?"

"Ahah, itu Zani. Perempuan tu pula? Mungkin client dia kut?" Soal suami yang berpaling mukanya semula ke arah isterinya.

Suzi sekadar membuat muka saja.

"Maybe lah kut... cuma ayang tengok mesra semacam je..."

"Takde apalah tu. Client biasalah," jawab si suami lalu kedua-dua mereka tersenyum pada pelayan yang baru sampai.

Usai bersarapan. Zani dan Maia melangkah ke arah pintu tanpa Zani perasan meja adik iparnya itu.

Suzi perasan sebenarnya. Suzi merasa sesuatu tatkala melihat geletis si perempuan seksi di samping abang iparnya itu.

'Client? Gedik lain macam je aku tengok?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience