BAB 8

Thriller Series 21293

SEWAKTU berhenti di stesyen minyak. Mila dengan Ika saja yang tak keluar sementara Suzi dan juga Hazli dalam mart.

Zani menarik keluar telefon bimbitnya sewaktu keluar saja dari dalam tandas. Dia tahu ada beberapa notifikasi naik berdasarkan getaran yang terasa.

Sebelum dia mengisi minyak keretanya. Mesej dari setiausahanya dahulu di teliti. Entah mengapa, jarinya spontan malah hatinya juga tercuit mahu melihat Whatapps default picture setiausahanya itu.

Lama matanya memerhati gambar seksi Maia Karina yang di jadikan sebagai 'dp' itu. Kemudian barulah dia kembali ke ruangan chat.

Dia terus membalas mesej tersebut.

"Tak apa. You terus saja emelkan pada I. I memang balik kampung I. Lagipun setahu I, Laila pun dah check segala timetable I. Memang minggu ni I takde sebarang pertemuan dengan mana-mana client also meeting. So no need to worry. You just siapkan kertas-kertas you saja ok. Apa-apa just emel I ada bawa lappy I. Ok."

Setelah selesai menaip serta menghantar mesej buat setiausahanya itu. Telefon pintar disimpan kembali ke dalam poket belakang.

Zani bergerak ke arah vellfire. Dari arah sisi, dia nampak wajah mendung milik isterinya itu.

'Kenapa dengan Mila? Selalunya kalau dia ada masalah pasti beritahu aku. Tapi kali ni...' Desis Zani seraya mengangkat pump untuk ditujah ke lubang minyak.

Zani juga memerhati Ika. Anak kecil itu masih lagi melayan Ipad. Mesti tengok kartun lah tu.

Di pejabat. Maia yang baru tiba dari pantri. Terus duduk di kerusinya setelah mug air diletakkan di tepi meja.

Telefon pintar diangkat. Kali ini, matanya sedikit membesar tatkala ternampak pesanan mesej Whatapps dari boss.

"Ni je jawapan? Only ask me to email? Hmm... mentang-mentanglah dah balik kampung dengan bini. But, it's okay Maia. It was too early. Panjang lagi masa," ujar Maia tersenyum sambil bermain dengan hujung rambut.

Gambar 'dp' Zani seorang ditenung dengan lama.

"Lelaki. Kalau hari-hari di berikan perhatian. Mesti tertewas juga kan?" Ujarnya yang terlalu yakin.

Namun senyumannya terbejat saat nama itu naik.

"Izlan? Dah kenapa pula ni? Semenjak dia lafazkan talak tak pernah-pernah pula nak hantar mesej pada aku?" Maia menjadi sedikit hairan.

Dia tertanya-tanya sambil mata meneliti baris-baris ayat di skrin sesentuh.

"Nah, boss minta aku sent pada you kertas-kertas kerja ni. Jangan asyik nak tenung muka pada cermin handphone saja!" Laila menghempaskan kertas-kertas tersebut sambil mengarah.

Maia Karina agak tergamam. Laila terus saja berlalu tanpa sempat dia berkata apa-apa. Mungkin di sengajakan kut.

"Baru puas aku rasa. Huh, kau ingat apa? Boss dah beri amanah pada aku kut. Kau tu takat setiausaha je kut," ujar Laila tersenyum senget sambil berjalan ke mejanya yang terletak di tepi bilik CEO.

'Kau juga belum kenal siapa aku, Laila. Aku akan pastikan aku pula berada di meja kau!' Gumam Maia Karina tersenyum penuh makna.

Dia ada cara tersendiri. Cara yang tersangat halus untuk memusnahkan kerjayanya itu sedikit demi sedikit.

Agar Zani mulai tidak percayakannya. Sambil tersenyum jari-jemari menterbalikkan telefon pintar di tangan atas ke bawah, berulangkali.

Kemudian telefon dipegang semula lalu menatalnya. Nombor telefon itu sememangnya agak lama tidak dia hubungi tetapi demi nak menjayakan apa yang dirancangnya itu. Dia mencuba.

SUASANA agak meriah walau tetamu yang hadir tidaklah terlalu ramai. Sekadar jiran tetangga saja.

Mereka bernasib baik sampai ke kampung awal jadi Zani, Hazli dan juga bapa kepada Mila memancing ikan sungai bersama-sama.

Sebenarnya Zani berada di kampung halaman isteri tercintanya, Mila. Zani tidak ada kampung, keluarganya memang warga kota.

Selain barbecue daging dan sosej. Mereka juga memanggang ikan-ikan hasil memancing di petang hari tadi.

Zani membawa lagi dua piring berisi ikan panggang dan kuah sosnya. Hazli masih lagi sibuk memanggang.

"Ada lagi ni, bang," ujar Mila dengan menayangkan piringnya. Dia berkongsi makan dengan Ika.

"Itu daging dengan sosej. Ni ikan abang pancing tadi tu," ujar Zani mengambil tempat duduk di tepi isterinya itu.

Ika mencubit isi ikan. Zani terus saja meletakkan piring berisi ikan itu atas meja batu mendepani Ika.

"Banyak lagi ke yang belum dipanggang?" Mila menyoal sambil mencubit isi daging barbecue sedikit-sedikit lalu disuakan ke dalam mulutnya. Mata merenung suaminya itu.

"Takde banyak dah. Sayang, abang nak tanya sikit boleh?" Zani bersuara. Dia ingin tahu juga. Tidak sedap hati jikalau tidak mengetahui.

"Apa dia bang?" Mila yang tidak predik apa-apa atau soalan langsung bertanya, polos.

"Sayang ada masalah apa-apa ke?"

"Masalah?" Soal Mila balik.

"Ya. Masalah. Sebab abang perasan juga yang isteri kesayangan abang ini banyak sangat termenungnya? Sunyi ke bila abang dengan Ika tak ada di rumah? Itulah, abang suruh usaha lebih gigih lagi tak nak. Kalau tak, kan dah boleh dapat adik."

Laju Mila menampar paha suaminya itu seusai Zani berkata sedemikian.

"Abang ni kan. Anak ada tu," omel Mila tersenyum malu. Zani semakin nakal menggiat.

"Apa salahnya sayang. Ika pun mesti sunyi tak ada kawan bermain di rumah..." Ujar Zani lantas meraih jemari si isteri lalu di bawakan ke bibirnya dan dikucup.

Semakin merona merah pipi Mila apabila terdengar pula deheman Suzi yang sedang menghulurkan kek yang baru siap dikukus itu.

"Amboi, bang Zani. Tak sabar-sabar nampak? Sabar, tunggu lepas cuci pinggan nanti ya..." Gurau Suzi seraya berlalu pergi setelah piring kek atas meja.

"Itulah abang ni. Kalau buat apa-apa bukannya nak pandang kiri atau kanan," leter Mila lagi.

Ika pula masih lagi ralit menyantap ikan panggang tanpa mahu mengambil kesah apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Betullah tu. Sayang tak bersedia lagi ke? Kalau tak bersedia lagi. Abang tak memaksa," sahut Zani sedikit kecewa.

Memandangkan Ika pun dah mencecah sepuluh tahun. Mila tahu, suaminya itu inginkan zuriat lagi bukannya dia tidak mahu tetapi...

Imbas kembali,

"Bukan bermaksud puan langsung tidak boleh mengandung tetapi agak berisiko..."

"Tapi sebelum ni okay kan? Jika berkenaan masalah anemia saya memang sentiasa ambil ubat seperti mana yang di syorkan..."

"Rahim puan tu lemah. Bukan sekadar anemia semata..."

"Tetapi jika saya mahukan juga?"

Soalan itulah yang sesekali membuatkan Mila takut. Dia bukanlah takut pada kematian tetapi soal Ika.

Kerana dia jikalau boleh mahu melihat Ika dewasa di depan matanya sehinggalah dia menamatkan zaman bujangnya.

Oleh kerana itulah, Mila terpaksa mengambil pil perancang walau itu juga membahayakan dirinya selain memberi beberapa alasan atas kelewatan mengandungnya.

"Sayang..." Seru Zani lagi. Panggilan kali kedua itu, barulah menghentikan segala lamunan.

Mila memandang ke sebelah. Zani yang masih lagi mengenggam kekuranya itu, tetap tersenyum manis.

"Mama, Ika nak ke sana sekejap ya," pinta Ika. Zani serta Mila mengangguk. Zani kian melebarkan senyumannya.

Dia mengenggam lagi kuat. Mata mereka bertentangan lama. Zani kian mendekati wajah isterinya itu dengan panahan mata pula terjatuh ke belahan bibir munggil, Mila.

Mila seakan-akan merelakan perlakuan itu. Sehingga perasaan gundahnya terhadap kisah kesan lipstik pada kolar kemeja suaminya itu juga menyirna di bawa angin lalu.

Di saat angin menderu namun tidak terlalu kasar. Bibir pasangan itu bertaut. Nasiblah mereka duduk di tempat sedikit terceruk.

"Hah, kenapa Ika balik semula?" Soal Suzi dan Hazli juga mengangguk. Kerja membakar sudah selesai.

Jiran-jiran pula yang mana sudah selesai menjamu selera di majlis barbecue ala kampung itu, pulang ke rumah masing-masing.

Suzi, Hazli dan juga Ika ke arah meja yang tadinya ada pasangan Zani dan juga Mila tetapi kini sudah kosong.

Suzi tersenyum-senyum. Hazli di sebelah terus bertanya mengapa isterinya itu boleh pula tersenyum.

"Abang ipar I nak adakan adik untuk si Ika ni, ha..." Bisik Suzi. Serentak mata mereka berdua memandang ke arah Ika yang duduk memakan kek pula.

"Patutlah hilang..." Sahut Hazli dan spontan merenung tingkap bilik Mila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience