MALAM di Hotel Bali, angin laut masuk dari tingkap yang dibiarkan terbuka sedikit. Tirai satin melambai perlahan, seolah mengiringi malam cinta mereka.
Zani duduk di hujung katil, matanya memerhatikan Mila yang keluar dari bilik air hanya bertuala. Rambutnya basah, kulitnya berkilau disinari lampu kekuningan. Mila tersenyum nakal lalu membuka tuala dengan perlahan-lahan, menjatuhkannya ke lantai.
“Come here…” bisik Zani, suara sudah parau penuh keinginan. Mila melangkah perlahan, menggoda. Zani menyambut tubuhnya, merangkul pinggangnya dan mencium perut rata Mila. Tangan lelaki itu bergerak ke bawah, mengusap peha lembut isterinya. Mila terpejam, mengerang halus.
Zani membaringkannya perlahan ke atas katil, mencium setiap inci tubuh itu dari perut, ke payudara lalu ke pangkal paha. Jari-jarinya lembut menjelajah, menari di antara celah lembap itu, membuatkan Mila menegang dan merintih kecil.
“Zani… please… jangan siksa…” Zani tersenyum.
“I suka dengar you minta-minta macam ni.”
Dia menunduk, menyentuhnya dengan lidah. Mila menggigit bibir sendiri, kepalanya menghentak sedikit ke bantal. Tubuhnya menggigil dengan setiap gelombang yang datang. Bila Mila sudah tak tahan lagi, Zani naik ke atas, menatap mata isterinya dengan penuh cinta dan ghairah yang menyala-nyala. Dengan satu gerakan pasti, Zani menembusinya dalam, penuh rakus.
“Aaahhh…” Mila melenguh kuat, kukunya mencakar belakang suaminya. Zani mula menggerakkan pinggulnya. Ritma yang makin deras, keras serta dalam. Nafas mereka berdua bertaut, bercampur dengan erangan dan rintihan.
"Ahh..."
“You suka macam ni?” Zani bertanya, menggenggam pergelangan tangan Mila dan menekannya ke bantal.
“Yes... I love it… please… teruskan…”jawab Mila, tersekat-sekat. Keinginan makin bergelora.
Tubuh mereka bersatu dalam hentakan dan belaian yang bertukar-tukar. Peluh mengalir. Katil bergoyang. Setiap kali Zani menekan masuk, Mila mengangkat pinggulnya mahu semuanya.
Beberapa kali Zani menukar posisi. Dari atas ke sisi kemudian Mila pula menunggangi. Bentuk tubuhnya melentik dalam siluet cahaya bulan. Cengkaman mereka berpanjangan, tak mahu melepaskan seakan malam itu, malam terakhir sebelum segalanya berubah.
Setelah mereka sama-sama sampai ke kemuncak, Zani rebah ke sisi, memeluk tubuh isterinya yang masih bergetar perlahan.
Namun ketika Mila masuk ke bilik air, sendirian dia terasa sesuatu aneh.Cermin mula berkabus tanpa sebab. Air paip tiba-tiba meleleh sendiri. Mila mendekati cermin dan seperti ada, bayangan seseorang berdiri di belakangnya. Dia berpaling cepat. Kosong.
Degupan jantung Mila mula laju. Dia melangkah ke pintu tetapi bunyi ketukan perlahan bergema dari dalam cermin itu sendiri.
Sekali…
Dua kali…
“Tak mungkin…” katanya perlahan. Sudah agak lama juga dia tak mengalaminya lagi setelah proses ruqyah.
Lampu tandas mula berkelip-kelip. Mila cepat-cepat melangkah keluar dan menutup pintu bilik air, tidak mahu mengganggu Zani yang sedang lena. Dia baring semula, memeluk suaminya rapat-rapat namun jiwanya tidak lagi setenang tadi.
'Jangan takutlah. Takde apa-apa yang akan menganggu aku dan keluarga aku lagi. Allah ada...' Getusnya cuba kuatkan diri setelah itu membaca doa tidur.
MALAM itu suasana sekitar agak sunyi dari kebiasaan. Rumah Mila yang terletak di hujung taman perumahan juga kini sudah sunyi dari sebarang suara. Hanya bunyi kipas siling dan detikan jam berdenting perlahan.
Mila lena di ruang tamu, keletihan selepas mengemas seharian. Ika pula tidur di bilik setelah usai menyiapkan kerja rumahnya. Jam dinding tepat dua belas tengahmalam.
Angin dingin menjalar masuk dari celah tingkap yang tak terbuka. Lampu-lampu mula berkelip perlahan. Mila menggeliat. Namun bukan seperti orang tidur nyenyak. Tangannya terangkat perlahan. Tubuhnya menggeletar. Kemudian, kedengaran satu bunyi aneh dan berkeriuk.
Krek... krek... krek...
Sendi-sendi mula beralih arah tapi Mila sedikit pun tak sedar. Lengannya membengkok ke belakang, tidak masuk akal bagi tubuh manusia biasa. Dari lena, tubuhnya kini bangkit perlahan-lahan, membongkok seperti binatang.
Matanya tertutup namun mulutnya mula terkumat-kamit. Bahasa yang tiada siapa faham.
Kaki dan tangannya menyentuh lantai dan seperti cicak, dia mula merangkak. Tiba-tiba tubuhnya menegak memanjat dinding!
Kuku jari kakinya mencengkam dinding konkrit dan dalam sekelip mata, Mila merangkak naik ke siling dalam keadaan meniarap songsang, tubuhnya melentik pelik seperti makhluk dalam filem Exorcist.
Bunyi nafas Mila berubah.
“Herh...kroh...”
Berderam dan serak seperti bunyi tanah berkerak dikikis dari liang lahad. Matanya putih sepenuhnya, tiada iris. Lidahnya menjulur keluar, terbelah dua seperti ular.
Ika terjaga. Dia menggeliat sedikit, menarik selimut. Entah kenapa,
tiba-tiba terasa angin sejuk menggigit kulit walaupun kipas tidak berpusing. Dia bangun perlahan. Melangkah ke luar bilik dengan mata separa terbuka dan terkaku.
Dia menenyeh-nenyeh kasar matanya lalu memandang semula. Dia antara percaya dengan tak, bila nampak ibunya sendiri merangkak di siling, kuku-kukunya mencakar perlahan permukaan konkrit. Bayang tubuh itu terpantul samar di dinding, bergerak perlahan seperti labah-labah besar.
"Allah, mama!!!"
"Mama! Kenapa mama jadi macam ini? Turun ma..." Ika tak percaya ibunya sebiji macam filem hantu yang dia pernah nonton itu.
"Allah! Allah!" Ika spontan menyebut kalimah kebesaran itu. Ika dah tak tahu nak buat apa lagi. Dia tahu, itu bukan mamanya.
Tubuh di siling berhenti. Perlahan-lahan ia berpaling kepala Mila berpusing 180 darjah terbalik, memandang terus ke arah anaknya dengan mata putih membulat.
"Argh..!"
Seperti ada banyak suara bergema dalam satu suara.
Ika menjerit sekali lagi, tersungkur ke belakang sambil tangannya menggigil.
"Pa...pa...pulang cepat papa. Mama, papa..." jerit Ika sambil merangkak ke meja, menangis-nangis mencapai telefon. Nafas tercungap-cungap.
Dengan jari terketar-ketar dia mendail.
"Papa!!! Mama! Mama!"
"Ika? Kenapa ni? Mama kenapa?"
"Mama kena rasuk hantu! Balik papa sekarang! Ik...Ik...Ika takut!!!"
"Apa? Allah, Mila...Ika...Ika dengar papa cakap. Call Ustaz Luqman cepat. Dalam phone mama ni ada. Ika, jauh sikit dari mama. Papa balik sekarang!"
Setelah telefon berdering sekali, dua kali...
"Ustaz! Ustaz! Tolong! Mama saya… dia… dia dekat siling! Kepala dia pandang saya! Mata dia putih semua!Macam hantu, ustaz! Macam dalam cerita hantu tu!!!"
Ustaz Luqman terus menegakkan tubuh. Nadinya naik. “Innalillah...”
“Ika! Dengar cakap ustaz! Sekarang Ika duduk jauh..."
"Tapi Ustaz, Ika tak sampai hati tengok mama Ika macam tu..."
"Ika, dengar sini. Itu bukan mama Ika. Dengar cakap Ustaz, call papa Ika kalau dia masih tak balik lagi. Ambil Yasin kalau ada dekat situ. Dan tolong jangan pandang mata mama kamu. Ustaz datang sekarang!" Ujar suara cemas dan ditambah pula dengan bunyi laci dibuka. Talian termati.
Ika menangis, mulutnya menggigil membaca surah yang dia tak ingat betul-betul. Langkah berat kedengaran dari atas siling.
Mila sedang bergerak ke arahnya.
"Ya Allah!!!" Ika makin takut. Dia terpaksa berlari ke arah bilik tetamu. Sudah tiada lagi keyakinan dan keberanian.
Pom! Berdentum pintu ditutup. Berlari naik ke atas katil. Menggigil, menarik selimut sambil menangis, sambil berdoa. Dan di luar bilik, bunyi kuku mencakar dinding perlahan-lahan mula kedengaran…
Krrrrrrk... krrrrrrkkk...
Tubuh Mila masih merangkak di siling, menunggu mangsanya. Suara ketawa halus seperti suara perempuan lain bergema dalam ruang tamu.
"Hahaha..!"
Krek...krek...krek...
"Ika...buka pintu...mama nak masuk...Ika...Ika...hahaha...mama nak masuk... Ika!!!" Mila menjerit secara menonggeng kaki atas dan kepala betul-betul menghadap pintu bilik tetamu. Dia menjilat pintu tanpa sedar siapa dirinya.
Tok! Tok!
"Pergi! Mama bukan mama, pergi. Jangan kacau Ika. Pergi!!!"
"Ika! Papa ni sayang. Papa. Buka pintu, sayang. Papa ni, percayalah..." Pujuk Zani juga terketuk-ketuk pintu.
Terketar-ketar Ika menyelak selimut yang menutupi satu badannya itu. Dia masih teragak-agak menuruni katil. Menggigil saat memulas tombol.
"Ika!"
"Papa!" Ika menjerit dan memeluk tubuh Zani terbuka saja pintu. Zani mendukung Ika dan mereka akan ke ruang tamu di mana Mila sedang dalam proses rawatan.
Ika memerhati dari tepi bilik, menggigil tubuh kecilnya dalam pelukan Zani yang tiba tergesa-gesa bersama Ustaz Luqman.
Mila masih membongkok di penjuru. Tubuhnya kaku seperti sedang melekat. Rambutnya mengurai ke bawah. Matanya bukan lagi milik manusia.
Ustaz Luqman meletakkan tangan kanan ke atas dada sendiri, lalu mendekati tubuh Mila yang kini perlahan-lahan menoleh kepalanya ke belakang sepenuh 180 darjah dengan bunyi sendi berkeriuk menakutkan.
"Allahu Akbar..."
Ustaz Luqman langsung duduk bersila. Dia mula membaca dengan suara kuat, lantang menusuk udara rumah yang berbau busuk.
Di dalam tandas, plastik berisi pad baru lepas cuci milik Mila bercarikan seperti ada yang mengoyakkannya. Bau darah juga kuat.
"Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillahi Rabbil 'alamin.Ar-Rahmanir-Rahim.
Maliki yawmi-d-din.Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in.
Ihdina-s-sirata-l-mustaqim.
Sirata alladhina an'amta 'alayhim ghayri-l-maghdubi 'alayhim wa la-d-dallin.Amin."
Darah mulai meleleh dari kedua-dua lubang hidung Mila. Tangannya mengejang dan dia mula mengilai.
Kedengaran seperti bukan satu suaratetapi berlapis. Tertawa, meraung dan mendengus seperti binatang.
"Ya Allah, Mila sayang..." Seru Zani benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku.
"Papa, mama papa..." Ika menangis lagi. Zani memeluk lebih erat.
"Allahu la ilaha illa huwa al-hayyul qayyum.La ta'khudhuhu sinatuw wa la nawm.Lahu ma fissamawati wa ma fil-ard.Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnih.Ya'lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum.
Wa la yuhituna bishay'im-min 'ilmihi illa bima sha'a.Wasi'a kursiyyuhus-samawati wal-ard.Wa la ya'uduhu hifzuhuma.Wa huwal 'aliyyul 'azim."
"Berhenti! Panas! Aku panas bodoh! Diam!!!" Mila menjerit tapi suara itu bukan suara dia. Berlapis suara yang memekik.
Ustaz Luqman tetap terus membaca kini mengalihkan tangan ke arah dahi Mila secara makrifat. Kepalanya berasap seperti terbakar dan tubuhnya tersentak ke dinding.
"Mila!"
"Mama!"
"Jangan, itu bukan isteri kamu lagi. Jangan terpedaya!" Tegah si pembantu dengan mendepang tangan menahan. Zani terus memandang dengan rasa sayu. Sungguh dia tak mengerti kenapa boleh terjadi lagi.
"Abang...tolong Mila sayang...tolong..." Mila berpaling. Matanya masih tajam dan memandang Zani serta Ika. Ika takut mahu memandang ibunya itu.
"Jangan Encik...jangan terpedaya..."
"Tapi itu isteri saya..."
"Percaya saya cakap..."
Zani akhirnya akur. Ika makin berpaut erat pada leher papanya itu.
"A'udzu billahi minasy-syaitonir-rajim. Bismillahirrahmanirrahim.
Qul huwallahu ahad.Allahu-s-samad.
Lam yalid wa lam yulad.
Wa lam yakun lahu kufuwan ahad."
"Qul a'udzu birabbil-falaq.
Min sharri ma khalaq.Wa min sharri ghasiqin idza waqab.Wa min sharrin-naffathati fil-'uqad..."
"Wa min sharri hasidin idza hasad."
"Qul a'udzu birabbin-nas..."
"Malikin-nas..."
"Ilahin-nas..."
"Min sharril waswasil khannas..."
"Alladhi yuwaswisu fi sudurin-nas..."
"Minal jinnati wan-nas."
Mila menjerit bukan seperti manusia. Mila kemudian perlahan-lahan dia bangkit semula.
Matanya merah, mulut berlumur darah.
Zani dan Ika semakin tidak sanggup nak melihat keadaan itu. Tapi apakan daya mereka tiada daya nak membantu. Zani juga di pejabat tadi nyaris tewas dengan godaan si janda hot itu.
"Hahaha! Kau ingat kau dah menang?" Mila melengking. Ustaz Luqman tetap tenang dengan tasbih di tangan.
"Siapa kau? Siapa tuan kau? Kenapa kau masih mengganggu perempuan ini?" Suara tenang itu pula menyoal pada Mila yang sedang menjegilkan mata padanya.
Dalam keadaan darurat, Zani tak berani mahu menyarungkan tudung ke kepala isterinya itu.
"Hahaha! Aku! Aku!" Ejek Mila cuba mempermainkan. Sesekali dia terjelir-jelir pada Ustaz muda itu ingin menggoda.
"Keluar kau daripada tubuh itu!" Perintah Ustaz Luqman. Mila merangkak sepantas kilat ke arahnya, kecepatan pelik bagi seorang manusia.
"Kau ingat kau kuat? Kau boleh lawan aku?" Suara Kak Suri menerjah masuk ke telinga Ustaz Luqman, membuatkan dia buka mata dan Mila sedang berusaha menggoda imannya.
"Sabar Encik. Itu bukan isteri Encik lagi," pesan si pembantu bila dia lihat perubahan airmuka Zani yang jelas-jelas cemburu.
Sambil merangkak lidah yang masih ada sisa darah, menjilat pipi Ustaz muda itu. Ustaz muda itu pula seperti sengaja membiarkan itu yang membuatkan Zani dilanda cemburu.
Share this novel