Aaliya POV
Malam itu dewan dipenuhi cahaya lampu chandelier yang bersinar lembut ke atas lantai marmar, mewujudkan suasana seperti majlis rasmi korporat. Namun dalam hati aku, ini lebih daripada sekadar event perniagaan – ini lambang permulaan semula.
Booth Langit Coklat berdiri anggun di satu sudut dewan. Kain alas meja warna nude dipadankan dengan bunga baby's breath dan lilin kecil di dalam balang kaca. Mila dan Hawa sibuk memastikan setiap ruang tampak sempurna – sementara aku... sibuk dengan benda lain.
Makanan.
“Liya, ya Allah… tu apa lagi dalam tangan kau?” Mila menjegilkan mata bila aku datang dengan satu tray penuh berisi kepak ayam madu, sushi mini, dan kek gulung pandan.
“Ni makanan booth sebelah... mereka bagi free sample. Takkan nak tolak rezeki?” aku menjawab sambil tergelak kecil.
Hawa pula sudah berdiri dengan tangan di pinggang. “Sample? Kau dah tiga round Aaliya. Satu round pun dah cukup untuk rasa semua booth kat sini.”
Aku ketawa lagi, pipi sudah panas menahan malu. “Aku tak nak kita nampak kaku. Kena ‘interact’ dengan booth lain. Networking, you know?”
“Networking banyaklah kau. Tu bukan networking, tu nafsu makan,” Mila membalas, separuh marah, separuh geli hati.
Itulah aku makanan dan aku tak dapat di pisahkan, mereka berdua sangat megenali aku dan tak pernah judge pada aku.
Aku duduk di bangku kecil belakang booth, menyusun plastik kecil yang berisi kek marble. Dari tempat aku duduk, aku nampak booth-booth lain yang dihias cantik – ada booth makanan tradisional, kopi artisan, dan kraftangan buatan tangan. Ramai juga usahawan muda perempuan, malah ada yang pakai baju kebaya dengan apron.
Langit Coklat mungkin belum sehebat mereka, tapi malam ini… aku bangga kami sampai sejauh ini.
---
Tiba-tiba suasana booth menjadi sedikit senyap. Dari tepi mata aku, aku nampak dua orang penting berjalan dari satu booth ke satu booth. Seorang lelaki tinggi, kacak dan sangat bergaya, dan seorang wanita bergaya dengan rambut yang disanggul rapi dan tas tangan mewah.
Mereka berdua bergerak perlahan, memberi senyuman kecil kepada peserta di setiap booth, sambil mendengar penjelasan produk dengan penuh minat. Wanita itu, yang aku teka sebagai Mama Irfan, tampak tenang dan eksklusif — seperti seseorang yang biasa berada di majlis orang besar.
“Eh, Irfan tu,” bisik Mila sambil mencuit aku.
Aku tersentak sedikit, pandang ke arah mereka. Jantung aku berdegup aneh — mungkin kerana aku belum bersedia bersemuka dengan dia malam ini.
"Jangan risau malam ni kau cantik sangat mesti Irfan tak berkelip pandang kau nanti" kata Mila dan Hawa mengangguk setuju.
Malam ini atas nasihat mereka berdua aku sempat ke salon untuk berdandan dan membeli baju baru khas untuk even malam ini.
---
Apabila mereka semakin dekat dengan booth Langit Coklat, aku cepat-cepat berdiri dan membetulkan rambut loose curly aku. Mila dan Hawa terus memperkemaskan susun atur. Aku dapat lihat mata wanita itu tertumpu pada susun atur meja kami.
“Oh, this is charming,” katanya sambil menghampiri meja, tangannya menyentuh balang kaca yang berisi kek marble.
“Interesting display. Handmade?”
Aku mengangguk sambil menahan gugup. “Ya, semua produk kek dan pastri kami buat sendiri. Kami fokus pada produk tempatan dengan sentuhan moden.”
Mama Irfan mengangguk sedikit. “I like the simplicity. Elegant but humble.”
Aku senyum. Hati aku sedikit berbunga — mungkin dia tidak sombong seperti yang aku bayangkan.
Tapi saat dia mengangkat wajah dan benar-benar menatap wajah aku, ekspresinya berubah. Sekelip mata, senyumannya mati. Dahinya sedikit berkerut, matanya seperti meneliti… dan menilai.
Pandangan mata Mama Irfan turun dari wajah aku ke badan. Lama. Terlalu lama. Dari lengan ke pinggang, ke dada, ke paha. Seolah-olah dia sedang ‘menganalisa’ satu produk yang tak layak untuk berada di rak pameran.
Aku tahu pandangan macam tu. Pandangan yang cuba sorok rasa tak suka dengan senyuman tipis dan mata yang tak pernah mesra. Pandangan yang aku dah biasa dari dunia luar — tapi aku tak sangka, aku kena rasa benda ni dari bakal ibu kepada lelaki yang aku mula suka dalam diam.
“Oh,” katanya pendek. Matanya kini memandang aku dari kepala hingga ke kaki, seolah-olah baru nampak yang aku ada di situ.
Satu perkataan. Tapi cukup untuk menolak aku ke tepi.
Dia mengalihkan pandang ke arah Irfan.
“I think we’ve seen enough booths, darling. Let’s move to the other section.”
Suara dia tenang, tapi nadanya cukup untuk buat aku sedar — dia tidak selesa.
Irfan pula hanya menjawab lembut, “Okay, Mama. Nanti kita singgah booth lain sebelum balik.” Irfan memandang aku dan memberi senyuman manis yang cukup membuatkan hati aku berdegup kencang.
Mereka kemudian beredar dan Irfan sempat menoleh semula memandang aku. Aku masih berdiri di tempat sama, tangan aku mengepal perlahan.
Aku tahu apa yang dia nampak. Dia nampak aku… tapi bukan sebagai Aaliya yang berdiri bangga di booth hasil titik peluh sendiri. Dia nampak aku sebagai ‘gadis gempal’ yang tak cukup anggun untuk berdiri di sisi lelaki kacak seperti anaknya.
Aku tidak tahu nak rasa apa. Kecewa? Sedih? Marah?
Yang aku tahu — malam ini aku sedar satu perkara.
Aku tak hanya perlu buktikan aku mampu bangkit. Tapi aku juga perlu buktikan… aku cukup baik untuk berdiri di sisi seseorang seperti Irfan.
---
Beberapa minit selepas itu, Mila datang berdiri di sebelah aku.
“Aku dengar suara dia tadi. Tu mak Irfan ke?”
Aku angguk.
Mila menggenggam tangan aku perlahan. “Tak semua orang tahu nilai kita masa awal, Liya. Tapi yang penting, jangan pernah lari dari tempat kau berdiri.”
Aku senyum kecil. Tapi senyum yang penuh makna.
“Thanks, Mila. Aku okay. Cuma satu hari nanti... dia akan tahu siapa aku yang sebenar.”
Share this novel