Aaliya POV
Pintu kaca Langit Coklat terbuka sekali lagi. Angin luar menyusup masuk bersama langkah seorang lelaki tinggi berwajah tampan, lengkap dengan jaket kasual dan telefon di tangan. Matanya pantas menyapu ruang kafe.
Hafiz melambai kecil. “Boss, sini!”
Lelaki itu terus melangkah ke kaunter. Aku dan Mila yang mendengar dari dalam dapur saling berpandangan. Aku tarik nafas perlahan. Wajah itu… aku cam.
Irfan.
"Irfan, finally! Lama gila tak jumpa kau," lelaki yang datang mula-mula tadi menegurnya.
"Bro, how are you?" Irfan melangkah kearahnya dan bertanya sebelum mereka berpelukan ringkas.
"Aku okey je," balas lelaki itu kalau tak salah Nik namanya. Dia pernah beberapa kali datang ke cafe ni.
“So… dah buat apa yang aku minta hari tu?” Irfan bertanya dengan suara rendah tapi tegas.
Nik mengangguk sambil tersenyum. “Dah settle, bro. Semua akaun tu memang palsu.”
Kami semua dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas. Kafe hari ini hanya ada kami berenam.
Aku lihat Irfan mengangguk ke arah Hafiz. Hafiz pun bangun dan memusingkan papan tanda kedai kepada ‘TUTUP’.
Aku segera ke hadapan. “Hafiz… kenapa awak buat macam tu?” aku bertanya cemas.
Hafiz hanya tersenyum. Belum sempat aku menyoal lagi, aku terdengar suara dalam bernada lembut namun tegas menyebut, “Cik Aaliya.”
Degup jantung aku seolah terhenti seketika. Nama aku… bila dia sebut, bunyinya macam terlalu indah. Macam ada sesuatu yang bergetar dalam hati aku.
Cepat-cepat aku sedarkan diri daripada lamunan. Irfan sedang tersenyum kepada aku.
“Maaf kami datang mengejut. Tapi Hafiz dah cerita apa yang berlaku… saya rasa benda ni tak boleh dibiarkan,” katanya, memandang terus ke arah aku.
Aku telan liur. “Tapi... macam mana awak nak bantu?”
Dia menoleh ke arah Nik yang kini sedang duduk sambil membuka laptop. Santai, berkaca mata, tapi fokus matanya tajam.
“Langit Coklat ni jelas dibina dengan… 'cinta' dan usaha yang jujur. Kita takkan biarkan ia musnah hanya sebab orang yang iri hati,” ujar Irfan. “Dan, Nik. Kawan baik saya. Pakar IT. Dia akan uruskan serangan balas.”
“Serangan balas?” aku ulang, sedikit cemas.
Nik tersenyum tenang. “Saya dah kaji semua akaun tu. Palsu. Identiti disorok tapi saya tengah jejak lokasi dan pemilik sebenar. Kalau perlu, kita akan dedahkan siapa dalangnya.”
Aku dan Mila saling berpandangan. Untuk pertama kali hari ini, rasa putus asa itu berganti dengan sedikit harapan.
“Serius ke ni?” soal Mila perlahan.
Irfan mengangguk. Aku pula bersuara, “Terima kasih… sebab sudi bantu kami, Encik Irfan.”
“Panggil Irfan saja,” balasnya, pandangan mata tak lepas dari aku.
Aku tunduk seketika. “Tapi... pelanggan dah mula percaya fitnah tu. Ada yang hantar ugutan. Kami tak tahu nak buat apa…”
“Kita akan siasat semuanya satu persatu. Nik akan bantu dari belakang tabir. Kita lawan dengan cara yang betul sampai berjaya,” kata Irfan.
“Ha… tengok ni,” Nik mencelah sambil menolak laptop ke hadapan. “Perempuan ni… awak kenal?”
Aku telan liur sebelum angguk perlahan. “Alena. Dia... Kembar saya.”
“Oh. Patutlah...” Nik bersiul perlahan. “Cik Aaliya… awak dah bersedia untuk lawan balik dan relaunch semula Langit Coklat?”
Aku hela nafas dalam. “Saya nak... Saya kena.”
Nik angguk puas. “Bagus. Sebab saya dah tak sabar nak rasa brownies dengan iced coffee Cik Aaliya.”
Riak wajah Irfan berubah tiba-tiba bila Nik sebut nama aku sambil senyum. Dia tak marah, tapi pandangannya… dingin dan tajam. Macam dia nak beritahu Nik secara senyap 'jangan lebih-lebih dengan Aaliya.'
Kemudian Mila genggam tangan aku. “Kami ada dengan kau, Aaliya.”
“Iya. Kita bangkit balik sama-sama,” tambah Hawa dengan senyuman.
Aku tunduk seketika. Rasa bersalah menyucuk dada.
“Aku… aku minta maaf sebab korang terheret sama dalam semua ni. Disebabkan Alena… korang pun kena tempias.”
Mila terus geleng. “Jangan minta maaf sebab benda yang bukan salah kau, Aaliya. Kami kawan kau. Bila kau jatuh, kami jatuh. Bila kau bangkit, kita bangkit bersama.”
Hawa angguk setuju. “Kita dah mulakan Langit Coklat sama-sama. Kita pertahankan sama-sama juga.”
Aku balas senyuman mereka. “Baiklah. Kita teruskan.”
Nik mula menekan sesuatu pada laptopnya. Suasana jadi sedikit ringan.
“Hari ni… nampaknya cuti khas untuk Langit Coklat,” usik Hawa.
“Boleh tak kalau saya makan tart cheese tu?” Hafiz tiba-tiba bersuara.
“Hari ni, kami belanja kamu bertiga,” aku berkata sambil tersenyum.
Tapi Irfan masih memandang aku. “Cik Aaliya… boleh kita bercakap sekejap?”
Aku pandang Mila dan Hawa. Mereka hanya angguk perlahan. Aku membawa Irfan ke pejabat kecil di belakang.
---
Irfan POV
“Silakan masuk. Maaflah, office ni kecil je,” ujar Aaliya perlahan.
Aku melangkah masuk. Ruangnya tak besar, tapi tersusun kemas. Bau vanila dan karamel masih melekat pada dinding. Warna pastel yang menenangkan sama macam tuannya juga.
“Saya datang hari ni bukan sekadar sebab akaun palsu tu. Syarikat saya akan adakan event minggu depan. Saya nak buat tempahan kek dari Langit Coklat,” aku berkata tenang.
Dia kelihatan teragak-agak. “Tapi… masalah ni pun belum selesai lagi. Macam mana Irfan yakin nak kaitkan syarikat besar macam tu dengan kami?”
Aku senyum kecil. “Aaliya tak percaya dengan keupayaan kawan saya?”
“Saya bukan tak percaya… Saya cuma tak nak reputasi syarikat Irfan tercalar kerana Langit Coklat,” katanya perlahan, wajahnya sedikit tunduk.
Aku diam seketika. Mata aku tak lepas dari memandangnya.
Dia masih kelihatan letih. Wajahnya sembap, jelas baru lepas menangis, tapi... cantik. Wajah jujur yang cuba kuatkan diri. Ada sesuatu pada cara dia melindungi orang sekelilingnya lebih daripada dirinya sendiri. Dan itu yang buat aku makin tertarik.
“Irfan?” Aaliya melambai tangan di depan wajah aku. Aku tersedar dari lamunan.
Aku batuk kecil, cuba sembunyikan perasaan sendiri. “Aaliya nak naikkan semula nama Langit Coklat, kan?”
“Nak... Nak sangat,” balasnya, matanya bersinar semula walau sedikit.
Aku bangun, betulkan kot dan membutangkan kembali.
“Lusa, Hafiz akan datang ambil awak. Kita bincang lanjut tentang event tu. Dan saya nak Aaliya sendiri uruskan semuanya. Boleh?”
“Nampaknya saya tak ada pilihan lain, kan?” Dia senyum kecil, mata sedikit mengecil, seolah mencabar.
Aku senyum sambil tunduk sedikit. “Betul tu. Dan satu perkara lagi...”
“Apa dia?” tanyanya, dahi berkerut manja.
Aku tunduk sedikit, pandang dia lama. “Apa yang saya nak, saya akan pastikan saya dapat.”
Dia terpinga-pinga. “Apa… apa maksud awak?”
Aku hanya menggeleng dan melangkah ke pintu. Tapi sebelum keluar, aku toleh semula dia masih merenung aku dengan ekspresi yang sukar aku tafsir. Antara keliru, malu dan... mungkin, harapan?
“Jangan lupa temujanji kita lusa.”
Dia mengangguk perlahan… sambil memuncungkan bibir sedikit. Comel... sangat comel. Dan aku tahu, aku akan datang lagi. Bukan sekadar untuk kek.
Share this novel