Series
2175
Aaliya POV
"Angel..."
Aku menoleh, terkejut. "Irfan...? Awak buat apa kat sini?" soalku, suara sedikit bergetar. Orang yang aku rindu. Hati aku tiba-tiba rasa sayu. Aku nak menangis, tapi aku tahan.
"Saya tunggu awak. Saya rindu... dah seminggu kita tak jumpa," dia bersuara manja, macam budak kecil.
Aku ketawa kecil mendengar nada suara manjanya. "Ada je lah awak ni... Awak dah makan ke?" Aku bertanya, cuba sembunyikan sebak dalam suara.
"Belum. Jom pergi dating dengan saya. Sekejap pun jadilah."
"Awak datang dengan siapa? Kereta awak mana?" tanyaku sambil menandang kiri dan kanan.
Irfan hanya senyum dan pegang tangan aku. "Jom. Saya parking dekat sikit dari simpang sana."
Aku ikut langkahnya, masih tergelak kecil. "Awak ni... nak culik saya ke?" aku bergurau.
Irfan cuma geleng dan buka pintu kereta untuk aku. Aku masuk tanpa banyak soal.
Sepanjang perjalanan, tangan Irfan tak lepas menggenggam tangan aku. Aku pandang wajah sisi dia yang sedang memandu, tenang... tapi aku tahu hatinya juga serabut.
Kami tiba di restoran biasa, tempat kenangan kami banyak tercipta.
"Malam ni, saya order makanan boleh?" tanya Irfan, pandang aku dengan senyuman kecil.
Aku angguk. "Boleh je. Awak tahu kan apa yang saya suka."
Makanan tiba tak lama kemudian, dan kami duduk diam seketika. Aku menyandar sikit, letih masih tersisa.
"So..." aku bersuara, memandang Irfan. "Kenapa tiba-tiba rancang bawa saya keluar malam ni?"
Irfan tenung aku lama. "Sebab saya rasa kita dah makin jauh. Bila awak selalu dengan Mommy, saya tak tahu bila masa awak untuk diri sendiri... untuk kita. Saya rindu Aaliya yang boleh senyum tanpa pura-pura."
Aku terdiam. Kebenaran yang dia cakap tu... menyentuh terus ke hati aku.
"Apa yang awak buat dengan Mommy hari ni sampai malam baru balik? Sampai sanggup batalkan janji kita?" Irfan sambung lagi, suaranya masih lembut, tapi jelas kecewa.
Aku menarik nafas. "Pagi tadi macam biasa saya settlekan urusan di kafe. Lepas tu Mommy ajak tengok hotel dan dewan, lima tempat semua sekali."
"Lima??" Mata Irfan membulat.
Aku angguk. "Ya... kemudian kami pergi butik pula. Cuba beberapa design."
Tapi saat aku sebut 'butik', dada aku mula rasa berat.
Aku masih ingat bila Liza tunjukkan gaun yang dia janjikan tempoh hari, aku terus suka. Tapi Mommy ... tak setuju. Katanya terlalu 'simple' untuk jadi busana pengantin anak Datin.
Aku pejam mata sekejap. "Tapi..."
"Angel, kenapa awak termenung?" suara Irfan menarik aku kembali ke realiti.
"Maaf, saya penat sikit." Aku cuba senyum.
Irfan mengalih pinggan di hadapan aku, dan tiba-tiba dia bersuara.
"Esok kita pergi butik yang sama, nak?"
Aku angkat kening. "Kenapa pula?"
"Saya pun belum fitting baju lagi. Mana tahu kita boleh cari baju sama kedai. Senang urusan nanti."
Dia senyum manja, dan suapkan makanan ke mulut aku.
"Saya tak kisah, tapi... esok saya dengan Mommy kena pergi kedai bunga dan kedai souvenir."
Irfan terus genggam tangan aku. "Takpe. Serahkan pada saya. Saya akan uruskan semua. Esok pukul tiga saya datang ambil awak kat kafe."
Aku terdiam. Tapi dalam hati, aku rasa... akhirnya aku boleh tarik nafas sikit. "Baiklah."
---
Keesokan harinya...
Tepat jam tiga, Irfan muncul di Langit Coklat. Senyum manis macam biasa. Aku terus keluar dan kami menuju ke butik.
Sampai saja di butik, Liza menyambut dengan ceria.
"Cik Aaliya datang nak cuba baju yang saya tunjuk semalam tu ke?"
Belum sempat aku jawab, Irfan dah potong. "Boleh tunjukkan baju tu sekarang? Saya nak tengok."
Liza mengangguk "Boleh. Jom."
Di dalam, Liza keluarkan gaun putih bersih dengan rekaan ringkas tapi anggun. Kainnya jatuh lembut dan tak sarat. Aku pandang gaun tu dengan hati yang berbunga.
"Cik Aaliya, saya tahu ini yang paling sesuai untuk awak sejak pertama kali saya tengok awak masuk butik hari tu. Tapi..." suara Liza perlahan, "Datin cakap baju ni tak menarik."
Aku tunduk. Senyum tawar.
Irfan tiba-tiba bersuara, tenang tapi tegas.
"Baju ni... cantik. Dan yang penting, ini baju yang bakal isteri saya suka. Itu lebih utama dari siapa-siapa pun."
Aku pandang Irfan, mata kami bertemu. Untuk pertama kali sejak seminggu ni, aku rasa... dihargai.
"Saya nak pakai baju ni, Liza," aku bersuara yakin. "Kalau boleh saya nak cuba sekarang."
"Boleh! Mari saya bantu."
Aku melangkah masuk ke bilik persalinan dengan jantung yang sedikit berdebar. Tapi untuk kali pertama... berdebar kerana gembira, bukan terpaksa.
Share this novel