27

Romance Series 2175

Aaliya POV

Hari yang aku nanti akhirnya tiba. Hari yang aku tak pernah bayangkan akan berlaku seindah ini. Hari yang akan menentukan masa depan aku.

Irfan dan keluarganya akan datang ke rumah malam ni.

Malam sebelumnya, aku sudah ceritakan semuanya kepada Ayah dan Abang Aryan. Aku sangkakan mereka akan terkejut atau akan mengatakan ia terlalu awal — tapi sebaliknya, wajah ayah tenang dan senyuman Abang Aryan begitu jelas.

"Kalau itu yang buat Liya bahagia, ayah restu. Ayah cuma nak satu je — jangan sesekali berubah menjadi orang yang ayah tak kenal,” kata ayah sambil genggam tangan aku.

Abang Aryan pula… sempat gelak kecil.

“Abang dah agak pun. Cara Liya sebut nama dia sebelum ni pun lain macam. Tahniah, Liya. Abang doakan lelaki tu betul-betul hargai Liya.”

Dan malam ini, doa mereka akan terjawab.

---

Di dapur, aku tengah susun pinggan bila suara Mak Jah kedengaran, ceria seperti biasa.

“Liya, tak nak tunjuk gambar boyfriend tu kat Mak Jah? Nak juga Mak Jah nilai, sedap mata memandang ke tak."

Aku ketawa kecil. “Nantilah, Mak Jah. Biar jadi kejutan malam ni.”

Mak Jah ketawa, matanya bersinar dan senyuman tak lekang dari bibir. Dialah yang paling teruja bila aku khabarkan berita ini. Macam dia sendiri yang nak kahwinkan anak!

Tapi… suara sinis menyampuk, mencantas senyuman aku.

“Alah, tak payah la nak gembira sangat, Mak Jah. Orang biasa je tu. Mungkin tak sama taraf dengan keluarga kita,” suara Alena.

Aku pejam mata sekejap. Tarik nafas dalam. Tapi belum sempat aku balas, ibu aku sendiri menyambung, pedih sampai ke hati.

“Nasib kau baik je sebab ayah dengan Abang kau ada malam ni. Kalau tak, tak hingin aku buang masa dengan semua ni,” katanya, suara tenang tapi menikam.

Aku telan liur. Rasa nak menangis... tapi aku cuma senyum nipis.

"Terima kasih, bu... sebab luangkan masa untuk Liya malam ni. Maaf kalau susahkan ibu," bisik aku perlahan.

"Kau dengar ni, Liya," ibu sambung lagi, suaranya tajam.

"Kalau Lena ni nanti nak kahwin, biarlah cari orang berharta. Biar senang hidup dia. Tapi kalau kau... orang biasa-biasa pun dah cukup bagus. Kalau tak, sampai ke tua tak ada siapa nak."

Aku kaku. Ayat tu bergaung dalam kepala. Sakit. Pedih. Tapi aku cuma tahan. Aku tarik senyuman paksa, walaupun dalam hati... Tuhan je tahu.

Alena mengibas tangan ke udara.

"Dahlah bu. Panaslah kat dapur ni. Jom keluar"

Mereka berlalu, meninggalkan aku dan Mak Jah. Sunyi sekejap. Sampai Mak Jah bersuara lembut.

"Liya... jangan peduli apa orang cakap. Yang penting malam ni, Liya bahagia. Biar Mak Jah susun lauk ni semua kat meja ya?"

Aku senyum. Air mata hampir jatuh... tapi aku tahan. Malam ni, aku takkan biar sesiapa rosakkan.

---
Beberapa minit kemudian...

Bunyi hon kenderaan di luar pagar. Jantung aku terus berdegup laju. Nafas aku jadi pendek.

'Dia datang... dia betul-betul datang.'

Ayah cepat-cepat bangun sambil senyum, langkahnya penuh keyakinan menuju pintu. Abang Aryan menyusul, tegap dan tenang.

Ibu? Masih bersilang kaki di sofa, pura-pura sibuk dengan telefonnya. Alena pula... oh Tuhan. Beria-ia betulkan rambut, lipstik, seakan-akan dia yang bakal di pinang malam ni.

Aku menarik nafas dalam, jari-jariku menyentuh perlahan kain gaun labuh pastel yang aku pilih khas untuk malam ini membalut tubuh aku dengan sempurna. Rambut panjang aku biarkan lepas, curly di hujungnya mengalun lembut.

Bertenang Aaliya.

Dan... pintu terbuka.

Irfan masuk bersama mommy dan daddy dia. Wajahnya... ya Allah. Lengkap berbaju kemeja kelabu gelap, dengan jam tangan perak di pergelangan, senyumannya terus menusuk ke hati aku.

Dia melirik seketika, lalu pandangan itu singgah lama pada aku. Senyuman tu cuma untuk aku seorang.

"Assalamualaikum..." suaranya dalam dan tenang.

Suara ayah pula ceria menyambut.
"Waalaikumssalam. Jemput masuk semua. Dahlia, sini tetamu dah sampai."

Ibu hanya pandang sekilas sambil senyum nipis. Mommy Irfan sambut salam dengan sopan, tapi dari raut wajahnya... aku boleh rasa, dia cuba menilai. Daddy Irfan pula ramah, wajahnya lembut dan bersahaja.

Aku bersalaman dengan mereka. Tangan mommy Irfan sejuk, tapi genggamannya sedikit... longgar. Tak apa, Aaliya. Kau kena kuat.

Hadiah-hadiah dibawa masuk. Tiga kotak mewah tersusun rapi di atas meja. Ayah kelihatan gembira.

"Terima kasih, susahkan Irfan dan keluarga."

Tapi aku perasan wajah ibu... berubah bila nampak hadiah cuma tiga. Dia berbisik ke Alena, tapi cukup kuat untuk aku dengar.

"Tiga? Habis yang seorang lagi ni dapat apa?"

Aku telan liur. Irfan angkat kepala, pandang aku, seakan tahu. Dia senyum nipis, dan aku balas senyuman tu - penuh syukur. Dia tahu apa yang dia buat.

---
Suasana di meja makan... sedikit dingin...

Tapi ayah dan Daddy Irfan rancak berbual tentang bisnes dan dunia korporat, manakala Mommy Irfan sesekali menyelitkan soalan kepada ibu aku. Semua nampak baik, walaupun suasananya agak sedikit dingin. Sampailah Alena mula bersuara.

"Irfan, awak selalu ke makan lauk kampung macam ni? Sebab saya boleh masak tau..." Alena senyum manis, suaranya dilembutkan.

Aku hampir tersedak air, Irfan pandang dia sekilas, senyum nipis... tapi pandangan Irfan kembali ke aku.

"Terima kasih, tapi saya rasa lauk Aaliya lagi sedap. Dia masak semua ni, kan?"

Aku tersipu. Wajah Alena jelas berubah, tapi dia cuba sembunyikan dengan senyuman plastik.

Selesai makan, Daddy Irfan letak sudu, lap mulut perlahan. Suasana jadi tenang. Semua mata tertumpu pada dia bila dia bersuara.

"Datuk Hadi, kami datang bukan sekadar untuk makan malam. Kami datang dengan satu niat. Malam ni, dengan izin dan restu semua... kami ingin meminang Aaliya untuk Irfan."

Jantung aku berhenti seketika. Aku pandang ayah. Senyuman ayah buat aku hampir menangis.

"Dengan senang hati, saya terima."

Dan dalam sekelip mata, hidup aku berubah.

Irfan memandang aku, senyumannya cukup untuk buat aku rasa... mungkin inilah bahagia yang aku cari selama ini.

---
(Catatan diari digital Aaliya)

Malam ini...
Aku rasa doa yang selama ini aku panjatkan akhirnya didengari.
Dari perempuan yang selalu dipandang dengan kekurangan, aku kini menjadi perempuan yang benar-benar dipilih.
Bukan sebab aku berubah, tetapi kerana aku adalah aku.

Untuk pertama kalinya, aku benar-benar percaya... cinta ini milik aku juga.

Bismillah... happy reading semua... ; )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience