Aaliya POV
Hari yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba.
Seawal pagi aku sudah bangun, menyempurnakan segala persiapan terakhir. Segala-galanya telah aku atur rapi dari bahan mentah, susun atur meja, hinggalah ke dokumen cadangan bisnes. Ini bukan sekadar penilaian biasa; ini adalah langkah pertama aku menuju impian sejak kecil membuka kedai pastri sendiri.
Aku pandang wajah sendiri di cermin.
"Kau boleh buat ni, Aaliya. Kau dah usaha cukup lama. Hari ni, kau kena buktikan semuanya."
Setibanya di lokasi penilaian, aku disambut oleh pegawai dari Program Sokongan Usahawan Muda. Mereka kelihatan mesra dan profesional. Aku cuba senyum, walaupun debaran dalam dada semakin kuat.
Namun semuanya mula terasa pelik sebaik aku membuka bekas gula.
Baunya... pelik.
Aku rasa sedikit dengan hujung jari.
Masin.
Aku terkedu. Tangan mula menggigil. Satu per satu bahan yang aku simpan diperiksa ada yang hilang, ada yang sudah diganti. Semuanya tak kena.
Siapa yang buat semua ni?!
Aku cuba bertenang, cuba selamatkan apa yang aku mampu. Tapi masa tak cukup. Hasil yang aku siapkan tak menjadi rasanya aneh, teksturnya pun lari.
Salah seorang penilai mencatat sesuatu di dalam fail. Wajahnya sukar dibaca. Tapi aku tahu... ini bukan persembahan terbaik aku.
Dan seolah belum cukup malang, selepas sesi tamat, salah seorang pegawai memanggil aku ke tepi.
"Aaliya, maaf kami perlu tanya... kami terima satu aduan tentang awak. Dakwaan mengatakan awak meniru resipi orang lain dan mengaku ia milik sendiri."
Aku rasa dunia terhenti.
“Apa?” aku tergamam. “Tapi itu tak benar... semua resipi saya cipta sendiri. Saya tak pernah tiru sesiapa pun.”
Mereka kata siasatan lanjut akan dijalankan. Aku hanya mampu angguk walaupun hati aku dah hancur.
Keluar dari bilik itu, langkah aku longlai. Air mata aku tahan sekuat mungkin.
Dan di hujung koridor aku nampak Alena dan ibu berdiri. Kononnya tidak perasan aku, tapi mata Alena sempat bertembung dengan aku. Senyum sinis terukir di bibirnya. Puas.
Kenapa? Apa salah aku? Aku cuma mahu kejar impian sendiri. Tapi kenapa semua macam berpakat nak jatuhkan aku?
---
Beberapa Jam Sebelum Itu…
Seperti biasa, aku bangun awal. Mata masih berat, tapi semangat aku tinggi. Hari ini hari penilaian terakhir. Hari penentu impian aku.
Turun ke dapur, aku semak bahan-bahan yang telah aku sediakan sejak seminggu lalu.
Dan saat itu, jantung aku hampir berhenti.
“Susu… basi?!”
“Tepung ni... kenapa berkulat?”
“Mana coklat couverture aku?!”
Satu demi satu bahan penting rosak atau hilang. Aku simpan semuanya dengan teliti. Tak masuk akal semuanya musnah serentak.
Mak Jah muncul di belakang dapur, wajahnya resah.
“Cik Aaliya… saya nampak malam tadi ada orang masuk dapur. Saya sangka Puan…”
Aku berpaling perlahan, dada terasa sesak.
“Mak Jah… siapa yang Mak Jah nampak?”
Matanya berkaca, serba salah. Tapi sebelum sempat dia jawab, suara ibu kedengaran dari ruang tamu.
“Aaliya! Cepat sikit! Ingat orang nak tunggu kau sorang je?!”
Aku tarik nafas dalam-dalam.
Tak, Aaliya. Jangan mengalah sekarang. Masih ada masa. Cari jalan.
Tangan aku menggigil. Semua bahan penting tak boleh digunakan. Aku cuma ada beberapa bahan asas tak cukup langsung.
“Mak Jah… kalau saya tak buat sesuatu sekarang, saya boleh gagal. Saya nak ke kolej. Cari Puan Ain.”
Cepat-cepat aku tukar pakaian, sumbat barang dalam beg, dan keluar.
---
Di Kolej
Sebaik tiba di dapur latihan, aku terus cari Puan Ain. Mujur beliau masih di situ, sedang menyusun fail-fail penilaian.
“Puan!” jerit aku, hampir menangis.
Beliau berpaling, terkejut.
“Aaliya? Kenapa ni?”
Aku ceritakan segalanya bahan rosak, coklat hilang, semuanya. Wajah Puan Ain bertukar serius.
“Ini bukan kebetulan. Tapi jangan risau, awak masih boleh teruskan sesi. Saya akan bantu mana yang mampu. Pergi cari Mila dan Hawa sekarang. Saya yakin mereka boleh bantu.”
Aku bergegas ke makmal satu lagi. Seperti dijangka, Mila dan Hawa masih membuat persiapan.
“Aaliya! Kau okey?” tanya Hawa cemas.
Aku ceritakan segalanya. Mila genggam tangan aku.
“Jangan risau. Ambil je bahan kami. Kita bahagi dua. Kau dah banyak bantu kami sebelum ni.”
Air mata aku menitis.
“Terima kasih… terima kasih sangat-sangat.”
---
Sesi Penilaian
Dewan penilaian sunyi. Bunyi sudu berlaga dan mixer berpusing memenuhi ruang. Panel penilai memerhati dengan teliti.
Puan Ain beri isyarat sokongan dari jauh. Mila dan Hawa sempat senyum padaku.
Aku mula bekerja.
Pertama, kek coklat moist menggunakan teknik khas untuk kekal lembap. Walaupun bahan bukan dari stok asal, aku sesuaikan dengan pengalaman.
Seterusnya, tart lemon kulit rapuh sempurna, inti masam manis seimbang. Aku pastikan setiap sudut kemas, setiap hiasan rapi. Segala teknik yang aku pelajari selama ini, aku curahkan sepenuhnya.
Beberapa kali juri melintasi meja aku, mencatat sesuatu. Aku cuma mampu berdoa.
Dua jam berlalu.
Tibalah masa serahan. Tangan aku menggigil semasa letakkan dulang di meja penilai.
Chef Ramzi mengambil sudu, rasa tart lemon.
Diam.
Kemudian dia pandang aku dan senyum kecil.
“Presentation sangat kemas. Rasa pun seimbang. Teknik awak sangat tepat, Aaliya.”
Aku tahan air mata. Panel lain juga beri komen positif.
Aku tahu… aku berjaya lalui ujian ini. Walaupun hampir dijatuhkan.
Selepas tamat, Puan Ain datang, letakkan tangan di bahu aku.
“Aaliya, awak dah buktikan sesuatu hari ni. Awak bukan sahaja berbakat, tapi awak kuat.”
Aku angguk sambil senyum.
Tapi aku tahu… ini belum berakhir.
---
Selepas selesai sesi penilaian, aku duduk sendirian di bangku panjang luar dewan. Mata aku merenung jauh, tapi fikiran masih berputar ligat.
Aku patut rasa lega.
Tapi hati aku... masih berat.
Bukan sebab penilaian itu aku dah lalui dengan segala yang aku ada. Tapi wajah Alena dan ibu, bayangan malam tadi, bahan-bahan yang rosak, dan tuduhan meniru... semua itu menghantui fikiran aku.
Kalau bukan mereka, siapa lagi?
Telefon aku berbunyi. Ada mesej masuk daripada nombor tak dikenali.
"Hebat juga lakonan kau tadi. Tapi semua orang akan tahu siapa kau sebenarnya."
Tangan aku menggigil.
Dia tahu aku dah selamatkan sesi penilaian. Tapi dia tak puas hati. Dia nak hancurkan aku sampai habis.
Aku padam mesej itu.
---
Di Rumah
Aku balik lewat petang. Langit sudah berwarna jingga. Suasana dalam rumah senyap sunyi yang mencurigakan.
Ibu sedang duduk di ruang tamu, menyusun lipatan kain sambil buat-buat tak pandang aku.
Alena di tangga, pegang telefon, jeling sekilas dengan senyum separuh bibir. Seolah-olah mahu katakan: “Kau belum menang lagi.”
Aku berjalan terus ke bilik tanpa sepatah kata.
Tapi belum sempat aku tutup pintu, suara ibu menyapa tajam.
“Baguslah kau balik. Kau tak malu ke apa jadi hari ni? Sampai kena tuduh tiru resipi orang…”
Aku berhenti. Perlahan-lahan aku berpaling.
“Saya tak tiru sesiapa. Semua yang jadi hari ni… saya tahu itu bukan kebetulan.”
Ibu bangkit berdiri. Suaranya meninggi sedikit.
“Apa maksud kau?! Kau nak tuduh siapa sekarang?”
Aku tenung mata ibu. Suara aku masih tenang, tapi tegas.
“Saya tak tuduh sesiapa. Tapi saya akan cari bukti. Dan bila saya dah jumpa, saya takkan diam lagi.”
Alena muncul di belakang ibu, peluk tubuh dan senyum sinis.
“Drama lah kau ni. Tak lulus penilaian, salahkan orang lain.”
Aku tak balas.
Tak perlu rasanya.
Sebab sekarang aku tahu kalau aku nak lindungi impian aku, aku kena lebih kuat daripada mereka. Dan aku dah takkan biar sesiapa pijak aku lagi.
Malam itu aku duduk di tepi katil, buka laptop dan mula tulis semula semua dokumentasi resipi aku. Setiap bahan, setiap langkah, semua aku simpan salinan. Aku akan hantar kepada Puan Ain sebagai bukti.
Dan esok… aku akan jumpa semula Mak Jah.
Aku perlu tahu siapa yang dia nampak malam itu.
Terima kasih banyak sebab sudi baca cerita ni! Korang memang terbaik! Harap korang enjoy, dan jangan lupa tunggu sambungan next time ya!
Share this novel