9

Romance Series 515

Hafiz POV

“Hai… masih ada lagi kek yang saya suka ke hari ni?” aku menyapa ceria sebaik saja melangkah masuk ke Langit Coklat. Tangan kiri menggenggam botol air mineral, kemeja kerja aku longgarkan sedikit di leher. Letih kerja, tapi semangat tetap tinggi kalau bab makan.

Mila di kaunter menyambut aku dengan senyuman manis. “Ada, Encik Hafiz. Brownies dan tart semua fresh dari oven.”

“Saya bukanlah ‘encik’ sangat pun, panggil Hafiz je,” aku berkata sambil tergelak kecil.

“Lapar sangat ke?” tanya seorang lagi gadis dari arah dapur, lengan masih bersalut tepung aku cam suara itu mesti Hawa.

“Boss saya tu tengah syok ‘bergym time’. Saya pulak dah lapar. Nampak gayanya saya yang workout ke sini,” aku gurau sambil membayar.

Mila mengangguk sambil memproses pembayaran. “Kata orang, jalan kaki ke kedai kek ni pun kira bakar kalori juga.”

Sebelum keluar, aku sempat ambil gambar kek dalam kotak. Saja nak provoke boss aku nanti.

“Nak cuba ajak boss rasa juga, tapi dia… hmm, takut manis. Katanya manis kek boleh tukar jadi manis ke badan,” aku kata sambil buat gaya angkat dumbbell. Aku sendiri gelak dengan lawak aku.

---

Masuk saja ke dalam kereta, aku terus buka kotak dan ngap sepotong. Lembut, moist, padu!

"Hoi, kalau iya pun sedap sangat kek tu, pandang-pandanglah sikit. Ni kalau perompak yang masuk, mau habis dah kau ni," tegur boss aku, Irfan, sebaik masuk ke kereta selepas sesi gym dia.

Aku senyum lebar. “Laparlah, boss. Lama sangat tunggu tadi. Boss nak rasa tak? Sedap gila kek ni.”

“Tak apa, awak jelah yang makan,” balas dia, acuh tak acuh.

---

Keesokan harinya, tepat pukul 3 petang

Loceng pintu kedai berdenting lagi. Aku masuk dengan senyuman lebar, kali ni lebih santai lengan kemeja aku dah gulung, tali leher dah masuk poket.

“Brownies semalam sedap gila. Saya nak dua set hari ni. Nak bawa ke ofis.”

Mila mengangkat kening. “Wah, boss awak dah berubah fikiran ke?”

“Belum lagi,” aku menjawab sambil tersengih. “Tapi semalam dia tenung lama kotak kek yang saya letak atas meja. Mungkin hari ni dia tergoda.”

“Lepas ni bolehlah kami buat kad ‘loyalty’ khas untuk Hafiz,” ujar Hawa.

Aku ketawa sambil menunggu pesanan disiapkan. Mata aku sempat meleret ke arah dapur belakang, di mana sahabat mereka yang seorang lagi sedang membelakangkan aku, tekun menyusun lapisan kek.

Setelah itu, aku terus ke ofis dengan hati yang gembira.

“Hari ni aku ada beli ekstra kek. Aku akan cuba hasut boss untuk rasa kek ni. Punyalah rugi kalau dia tak rasa,” aku ketawa kecil, agak jahat.

---

Di pejabat, petang itu

“Boss ni, rasa ni sikit,” aku letak kotak kek di depan boss yang sedang fokus di skrin laptop.

Dia pandang sekilas, kemudian menggeleng perlahan. “Nanti. Mommy dah tiga kali call hari ni pasal ‘anak Datin Noraini’ tu. Aku tengah serabut ni.”

Aku tergelak kecil. “Relaxlah boss, layankan je mommy boss tu. Pergi je makan dengan anak datin yang mommy boss kenalkan tu. Lepas tu balik rumah cakap je anak datin tu bukan taste boss, habis cerita.”

"Amboi... senangnya kau cakap. Kalau sepuluh perempuan mommy aku kenalkan, habis semua aku bawa keluar makan lepas tu bagi alasan… kau ingat aku ni apa?" dia menjawab penuh emosi.

Kadang-kadang kesian juga aku dengan boss aku ni, terpaksa melayan kerenah mommy dia. Maklumlah, anak tunggal. Umur dah 30 tapi masih dilayan macam budak kecil.

"Yang kau ni aku tengok sibuk dengan kek tu, sedap sangat ke?" dia bertanya.

“Ya bosss. Kek dia bukan biasa-biasa. Tiga sahabat perempuan buka sama-sama. Kedai baru, tapi vibe dia… lain macam. Rasa macam berada di rumah.”

“Tiga orang sahabat, berkawan dari kolej dan mempunyai minat yang sama. Ha… baik punya semua saya dah siasat,” aku berkata penuh bangga.

“Cantik-cantik pula tu,” aku menambah. “Yang sorang tu, Mila… manis. Hawa pun lawa. Tapi Aaliya... dia ada sedikit kelainan, aura dia lain sikit.”

Aku diam seketika.

“Tapi… saya tak berapa minat perempuan berbadan besar ni. Tapi dia nampak baik,” aku berkata sambil memikirkan tentang Aaliya.

"Awak letak saja kotak kek tu atas meja saya. Nanti lepas jumpa mommy saya try satu," dia berkata lagi, acuh tak acuh.

"Setakat makan sepotong, tak naiklah berat badan boss tu. Nanti saya teman boss pergi gym ya," aku mengusik.

Dalam hati, aku tahu satu hari nanti boss pasti juga akan jatuh hati dengan rasa kek itu. Dan mungkin juga dengan salah seorang dari tiga wanita yang berdiri di belakang kedai tersebut.

---
Keesokan harinya

"Morning boss," aku memberi salam.

"Awak ni kenapa menggelabah pagi ni?" boss bertanya.

“Kita ada meeting pukul 10 nanti. Masalahnya, kakak yang biasa buat air tu tak datang pula hari ni,” aku memberitahu.

"Jadi apa masalahnya? Awak jelah yang buat air nanti," dia berkata dan terus masuk ke biliknya.

Aku ikut sekali belakang boss. "Masalahnya sekarang, saya tak pandai bancuh air," aku berkata sambil menggaru kepala.

"Patutlah awak sampai sekarang tak kahwin lagi," dia pula mengusik.

"Itu cerita lain boss. Seru tak sampai lagi. Boss ni bukan nak tolong saya… macam mana ni boss?" aku semakin risau, dia pula boleh buat lawak.

"Apa susahnya? Awak pergi je kedai kek yang awak selalu lepak tu, order dengan mereka. Itu pun nak saya ajar ke? Dah, tunggu apa lagi, cepat jalan. Masa berlalu ni," kata boss sambil mengangkat kening.

"Boss memang bijak. Saya pergi dulu ya." Tanpa berlengah, aku terus keluar berlari ke kedai kek Langit Coklat.

---

Sampai di Langit Coklat

Perasaan aku sedikit hampa. Gadis yang bernama Mila tak ada di kaunter. Tapi cepat-cepat aku buang rasa itu aku ada misi penting sekarang.

"Selamat pagi Cik Aaliya," aku menyapa, cuba maniskan muka sebaik mungkin.

"Selamat pagi Encik Hafiz. Nak bungkus apa hari ni?" Aaliya bertanya, peramah seperti biasa.

Tiba-tiba satu idea bernas datang. "Hari ni kedai tak cukup orang ke?" aku mula bertanya.

"Cik Aaliya jangan salah faham. Hari ni saya nak order banyak kek dan kopi. Saya perlukan bantuan untuk bawa semua tempahan ke ofis saya. Tapi jangan risau, ofis saya tak jauh. Cuma selang satu bangunan depan tu saja," aku berkata lagi, sambil berharap Hawa atau Mila yang akan bantu.

"Sekejap ya, Encik Hafiz. Saya tanya mereka dulu," jawab Aaliya.

Seketika kemudian, tiga sahabat itu keluar dari dapur.

"Maaflah Encik Hafiz. Kami tak dapat bantu sekarang ni. Apa yang kami boleh bantu sekarang ialah sediakan pastri dan kek yang masih panas dan fresh. Tapi… saya rasa Aaliya boleh tolong Encik Hafiz bawa semua tempahan ke ofis Encik Hafiz. Macam mana?" tanya Mila.

Apakan daya, hajat aku tak kesampaian hari ni. Macam mana pun, aku terpaksa bersetuju. Lagipun masa untuk meeting dah dekat.

“Baiklah. Boleh tolong bungkuskan sekarang?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience