PROLOG

Romance Series 515

Prolog

“Mommy nak kau ceraikan dia!” tengking ibu mertuaku, suaranya lantang memecah kesunyian ruang tamu.

“Tak mungkin, Mommy. Dia isteri saya, dan saya sayangkan dia,” balas Irfan tegas, walaupun wajahnya tampak gusar.

“Kalau itu pilihan kau, kau dan isteri gemuk kau ni boleh keluar dari rumah aku!” sambungnya, dengan pandangan penuh benci dilemparkan pada aku.

“Abang…” aku memandang Irfan dengan mata berkaca, cuba menahan air mata dari tumpah.

“Jangan, sayang...” Irfan berbisik perlahan, namun aku menggeleng.

“Kalau ini memang takdir kita berakhir di sini, saya reda,” ujarku, walau hati terasa hancur berkecai.

Irfan menggenggam tangan aku erat. “Sayang sanggup tinggalkan abang?”

“Tak... saya sayangkan abang. Abang satu-satunya yang terima saya seadanya. Tapi saya tak sanggup jadi punca hubungan abang dan Mommy renggang.” Suara aku bergetar. Air mata akhirnya jatuh juga.

“Perkahwinan kita masih baru, abang. Saya tak nak abang hilang keluarga kerana saya.”

Irfan tunduk. Nafasnya panjang dan berat sebelum akhirnya dia bersuara, “Kalau itu keputusan sayang… abang akan ikut cakap Mommy. Abang akan kahwin dengan Alena. Tapi abang takkan ceraikan sayang.”

Aku terkedu. Nafas aku seolah terhenti. “Abang… jangan. Saya takut abang tak mampu berlaku adil nanti.”

“Sayang yang minta abang buat semua ni… jadi tolong jangan larang,” katanya, lebih perlahan kali ini.
Dia memandang Mommy. “Mommy tetapkan tarikhnya. Segala persiapan, Irfan serahkan pada Mommy.”

Tanpa menoleh, Irfan berlalu pergi, meninggalkan aku yang masih terduduk.

Hati aku terasa begitu pedih. Sampai bila aku harus begini—dilukai oleh orang yang aku sayang? Dulu Abah… kemudian abang sulung aku… dan kini, Irfan.
Dengan hati yang berat, aku bangun perlahan dan melangkah keluar dari rumah itu.
Kali ini, aku benar-benar pergi… tanpa menoleh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience