Series
2175
Irfan POV
Sepanjang perjalanan pulang, senyuman masih belum lekang dari bibir aku. Walaupun ada sedikit insiden di restorant tadi, pengahkirannya cukup manis - lebih dari apa yang aku harapkan.
Sebaik sampai di rumah, aku parkir kereta dan terus masuk ke bilik. Aku baring di atas katil, masih terbayang wajah Aaliya, cara dia senyum, dan momen yang kami kongsi. Tapi lamunan aku terhenti bila telefon berdering. Hafiz.
"Hello boss! Macam mana? Semua okay tak? Restaurant tu okay? Makanan sedap tak?" Suaranya keluar laju tanpa titik.
"Humm..." aku jawab malas.
"Humm? Boss... kenapa bunyi macam tu? Jangan cakap boss kena reject!"
"Humm..."
"Boss!!! Betul ke boss kena reject?!" pekiknya.
Aku jauhkan telefon dari telinga. "Eh, kau ni kenapa menjerit?! Sakit telinga aku."
"Boss jawab 'humm' je! Tu yang saya ingat boss frust."
"Boss ni main-mainkan saya lah," katanya lagi.
Aku ketawa, kadang-kadang geli hati dengan tingkah laku Hafiz ni.
Aku ketawa. "Tak lah, semua okay. Cuma tadi ada sikit drama, tapi dah settle. Esok kita jumpa, aku cerita. Sekarang aku nak tidur. Bye."
Aku terus matikan telefon.
---
Pagi ni tak seperti biasa. Aku tak ke gym. Hari ini, aku ada misi yang lebih penting.
"Eh, Irfan. Mimpi apa tak pergi gym hari ni? Gym tutup ke?" Mommy menyindir sambil letak cawan di atas meja.
"Awak ni pun satu. Anak awak tu ada depan mata pun awak perli. Tadi kata rindu," balas daddy sambil senyum.
Aku ketawa kecil, lalu mencium dahi Mommy. Duduk di sebelah Daddy sambil tarik nafas.
"Bergurau pun tak boleh, sentap pula! Ni nak makan apa?" Mommy bertanya.
"Tak apa, nanti saya ambil sendiri," aku menjawab.
"Mommy, Daddy... saya ada benda nak cakap."
Mommy angkat kening. "Ha... mommy dah agak. Kalau tak, tak ada la kamu turun pagi-pagi macam ni."
"Awak ni pun, sudah-sudahlah tu. Apa yang Irfan nak cakap tadi?" kata Daddy, dengan nada ingin tahu.
"Saya nak ajak Mommy dan Daddy pergi rumah seseorang."
"Rumah siapa? Buat apa?"
"Nak masuk meminang."
Mommy yang tengah minum kopi terus tersembur.
"Alhamdulillah! Bila nak pergi?" tanya Daddy bersungguh.
Mommy pula berkerut. "Siapa yang kamu nak pinang ni? Mommy tak pernah nampak kamu bawa perempuan pun. Tiba-tiba nak meminang?”
"Nama dia Aaliya." cawan dalam tangan Mommy terhenti separuh jalan.
"Aaliya? Mommy tak kenal."
Aku senyum. "Mommy ingat tak event kita tempoh hari? Booth Langit Coklat?"
Mata Mommy membulat. "Budak tu?! Kamu tak ada pilihan lain ke?"
"Apa kurangnya dia, Mommy?"
"Macam-macam kurangnya. Mommy dah kenalkan kamu dengan anak Datin Noraini, kamu tak nak. Tapi budak tu kamu nak?"
"Kenapa? Sebab fizikal dia?"
"Banyak sebab."
"Cukup!" Daddy bersuara tegas. "Yang nak kahwin tu Irfan, bukan kita. Hati dia, masa depan dia. Kita kena hormat pilihan dia."
Mommy senyap seketika. Daddy tenang memandang aku. "Kamu betul-betul yakin dengan dia?"
"Kami dah berkawan hampir setahun, Daddy. Saya yakin."
"Baru setahun!" Mommy masih tak puas hati.
"Awak pun dulu kahwin dengan saya lepas tiga bulan kenal," selit Daddy.
Mommy mendengus. "Zaman kita lain lah, bang."
"Sama je, Wardah. Semua tentang hati."
Mommy akhirnya mengalah sedikit. "Bila nak pergi meminang tu? Barang-barang siapa uruskan?"
"Dua minggu lagi. Semua saya uruskan. Mommy dan Daddy cuma perlu temankan saya."
---
Selepas sarapan, di ruang tamu, Mommy masih dengan wajah berat hati. Dia duduk bersilang kaki, tablet di tangan. Tapi aku tahu - dia belum reda.
"Mommy masih rasa... keputusan kamu ni terburu-buru, Irfan. Banyak lagi gadis lain yang lebih... sesuai."
Aku tenung wajah mommy. "Maksud mommy... sesuai tu dari segi apa?"
Mommy tak terus menjawab. Sebaliknya dia menyilangkan tangan. "Dari segi latar belakang keluarga, penampilan, pembawakan diri..."
"Dalam erti kata lain - rupa dan status keluarga," aku potong perlahan.
"Mommy cuma nak yang terbaik untuk kamu."
Aku angguk perlahan, tapi tegas.
"Saya dah pilih. Dan saya yakin dengan pilihan saya. Aaliya baik, berdikari, dan tak pernah paksa saya berubah. Kalau itu bukan 'yang terbaik', saya tak tahu apa lagi yang mommy harapkan."
Mommy diam, tepat ketika Daddy muncul menuruni tangga.
"Daddy tumpang Irfan hari ni ke pejabat, boleh?"
"Boleh. Jom."
Dalam kereta, Daddy bersuara perlahan,
"Mesti Aaliya seorang yang cantik. Tak sabar Daddy nak jumpa bakal menantu Daddy. Tak perlu sempurna untuk dicintai. Kita pun belum tentu sempurna."
Aku senyum. "Terima kasih, Daddy. Kalau bukan Daddy tadi, susah juga nak cakap dengan Mommy."
"Mommy kamu nanti Daddy uruskan. Kamu fokus saja pada masa depan kamu."
---
Sampai di pejabat, aku terus panggil Hafiz. Ceritakan semuanya - dari drama di restoran sampilah ke lamaran.
"Hafiz, tolong aku carikan hadiah yang sesuai dan juga cincin tunang untuk Aaliya"
"Boss nak saya uruskan cincin dan hadiah ya? Berapa set semua?" tanya Hafiz sambil duduk dengan ipad di tangan.
Aku lipat lengan baju sambil berfikir. "Sediakan aku tiga hadiah. Satu untuk parents dia, satu untuk abang sulung dan satu lagi cincin untuk Aaliya."
Hafiz angkat kening. " Boss... Tiga je? untuk kembar Cik Aaliya tak ada?"
Aku terus berhenti dan pandang Hafiz.
"Kau sendiri nampak macam mana kembar dia perlakukan Aaliya selama ni. Aku takkan pura-pura baik hati dengan orang yang buat hidupdia susah."
"Seriuslah, boss."
Aku senyum.
"Kalau ikutkan hati aku, dua saja hadiah aku nak bagi. Tapi aku pun kena jaga hati Aaliya juga."
Hafiz angguk perlahan.
"Saya akan uruskan semuanya. Tapi boss..."
Aku senyum lagi.
"Aku tak rancang untuk berperang. Tapi aku takkan biar sesiapa sakiti Aaliya lagi. Kali ni... saya dah bersedia."
Terima kasih sebab sudi baca cerita ni! Korang semua memang terbaik! Harap korang enjoy dan jangan lupa komen tau!
Share this novel