Series
2175
Aaliya POV
Hari ini, aku sengaja datang awal ke Langit Coklat. Kedai masih lagi lengang, cuma bau kopi baru siap dibru yang memenuhi ruang udara. Tengah aku susun brownies dalam balang kaca, tiba-tiba bunyi loceng pintu kaca kedengaran.
“Selamat pagi, Aaliya.”
Aku menoleh… dan hampir terlepas balang dari tangan bila nampak siapa yang berdiri di situ.
“Datuk…” Aku tergagap sedikit. “Err… Datuk Idrus?”
Dia senyum, wajah penuh karisma seperti selalu. Tapi kali ini… dia datang seorang diri. Tanpa Irfan. Tanpa Datin Wardah.
“Boleh saya masuk?” suaranya tenang dan berhemah.
“Eh… mestilah boleh. Silakan, Datuk.” Aku cepat-cepat lap tangan pada apron, cuba kawal gemuruh dalam dada. Apa tujuan daddy Irfan datang jumpa aku?
Dia duduk di meja paling hujung, meja yang selalu jadi spot kegemaran pelanggan tetap kami. Aku segera bancuh secawan kopi dan bawa ke meja.
“Datuk nak makan apa-apa?”
Dia geleng perlahan. “Tak perlu. Saya datang bukan nak makan… tapi nak kenal anak yang bakal jadi menantu saya.”
Jantung aku terasa macam berhenti berdetak. Aku cuba senyum walaupun tangan masih menggigil sikit.
“Datuk… saya—”
Dia angkat tangan, isyarat agar aku berhenti bercakap. “Jangan risau, Aaliya. Uncle bukan datang nak uji awak. Uncle cuma nak kenal… sebab uncle tahu, jalan selepas ini mungkin tak mudah.”
Aku tunduk sedikit. Rasa sebak menular dalam dada. “Saya faham. Saya pun… sedar diri saya siapa.”
Dia ketawa kecil, menggeleng. “Awak tahu tak, dari dulu uncle percaya... bahagia bukan tentang siapa kita di mata orang, tapi siapa kita di mata insan yang mencintai kita.”
Aku pandang wajahnya. Kata-kata itu… buat aku rasa lapang, tenang.
“Irfan tu keras kepala orangnya. Tapi dalam banyak hal, dia ikut cara uncle. Dia pilih awak bukan sebab rupa, bukan sebab pangkat. Dia pilih awak sebab awak buat dia rasa lengkap.”
Aku gigit bibir. Air mata hampir menitis, tapi aku tahan.
“Aaliya…” Nada suara Datuk Idrus berubah jadi lebih serius. “Uncle tahu Mommy Irfan mungkin sukar nak terima awak sekarang. Tapi dia bukan jahat… dia cuma terlalu risaukan anaknya. Tapi uncle janji, uncle akan sentiasa ada di pihak awak.”
Aku terdiam, memandangnya dengan perasaan bercampur baur. Wajahnya penuh keyakinan, seperti seorang ayaj yang benar-benar mahu melindungi
“Jangan takut kalau ada yang cuba jatuhkan awak. Selagi uncle hidup, uncle akan pastikan awak tetap jadi menantu uncle. Bukan orang lain.”
Dan akhirnya air mata aku jatuh juga. Cepat-cepat aku seka dengan hujung lengan baju, tapi Datuk Idrus hanya senyum dengan tenang.
“Terima kasih, Datuk… saya… saya janji, saya akan jaga Irfan sebaik mungkin.”
Dia bangun perlahan. Sebelum melangkah keluar, dia sempat ucap satu ayat yang buat dada aku terasa hangat.
“Mulai hari ini… anggap saya macam ayah awak sendiri. Dan saya harap, awak gugurkan panggilan 'Datuk' tu.”
Dan apabila pintu kedai tertutup, aku masih berdiri di situ. Dada penuh rasa sebak, gembira dan... takut. Kalau Datuk Idrus boleh nampak kebaikan aku, kenapa Mommy Irfan tak boleh?
Selepas dia pergi, aku duduk di kerusi tempat dia duduk tadi. Tarik nafas dalam-dalam. Ada satu rasa yang tak dapat aku jelaskan - tenang, disayangi, dan paling penting... diterima.
Selama ini aku selalu ragu. Takut.
Tertanya-tanya... cukupkah aku untuk Irfan? Tapi hari ni, bila seorang ayah datang sendiri untuk yakinkan aku, segalanya berubah.
Dan aku telah buat satu keputusan.
---
Malam itu, selepas tutup kedai dan selesai kira stok dengan Mila dan Hawa, aku capai buku planner yang selalu aku guna. Di antara helaian yang penuh contengan dan poskad ilham kahwin, aku buka satu muka surat baru dan mula menulis dengan penuh semangat.
(TARIKH RASMI MAJLIS - 23 NOVEMBER)
Ya. Itu tarikh yanh aku pilih. Hari pertama aku buka Langit Coklat. Aku mahu majlis kami bukan sekadar sebuah majlis... tapi permulaan baru.
Tema? 'RUSTIC GARDEN' - ringkas tapi nampak romantik. Bunga-bunga segar, daunan hijau, meja kayu panjang, dan lampu fairy lights bergantung lembut di malam hari.
Aku bayangkan Irfan pakai baju Tuxedo Slim Fit, dan aku pula... baju nikah elegent hight neck, long sleeve modest off-white, sarat dengan sulaman halus.
Aku senyum sendiri.
---
Dua hari Irfan outstation. Aku tahu dia pasti penat. Jadi aku rancang kejutan kecil untuknya, bukan hadiah mewah. Tapi sesuatu yang ikhlas dari hati.
Esok petang, aku akan tutup Langit Coklat lebih awal. Aku akan siapkan satu sudut khas dalam kedai - meja kecil berhiaskan bunga dan cahaya malap. Lagu instrumental lembut mengiringi suasana.
Dan aku sendiri akan masak - makanan kegemaran Irfan. Semua ini aku dah plan dengan Hafiz. Dia juga pesan, pastikan Irfan makan brownies moist kegemarannya. Aku senyum kecil. Aku akan cuba.
Fail yang Irfan beri tempoh hari juga aku dah lengkapkan. Aku harap dia suka dengan semua perancangan ni.
23 NOVEMBER - Dengan izin tuhan... hari aku jadi milikmu, Irfan.
Malam ini, aku tidur dengan senyuman. Tak sabar nak tunggu dia balik.
New chapter up!! Selamat malam semua... ; )
Share this novel