22

Romance Series 515

Aaliya POV

“Kau nak pergi mana petang ni, Aaliya?” tanya Mila sambil menyuap roti keju ke dalam mulutnya.

Aku sedang duduk di sudut Langit Coklat, menghadap laptop sambil menggodek review setiap gym di sekitar kawasan kedai. Hawa di sebelah pula tengah melipat kotak cookies. Suasana kedai hari ini agak lengang, mungkin sebab cuaca mendung.

Aku angkat kepala perlahan. “Aku rasa nak ke gym lah.”

Mila hampir tercekik. “Ke… gym?” Dia pandang aku atas bawah. “Kau okey ke tak ni, Aaliya?”

Hawa pula berhenti melipat kotak. “Gym mana ni Liya? Kau nak buat apa pergi gym?”

Aku menolak lembut laptop dan menunjukkan senarai review gym yang aku baca tadi kepada Hawa dan Mila.

“Aku rasa nak sihat sikit. Nak kurus sikit juga. Yelah, masa hari event tu... korang tak perasan ke ramai yang pandang aku semacam je?” ujarku, sambil cuba menyembunyikan rasa segan. Padahal, dalam hati, separuh daripada alasan aku tu… sebab aku nak ubah diri. Tapi bukan sebab nak jadi orang lain — aku cuma nak rasa lebih yakin.

“Aku rasa malu nak berdiri sebelah Irfan. Dia dahlah kacak, tinggi, badan pula mantap. Tapi aku ni…”

“Aaliya, sejak bila kau jadi macam ni?” tanya Mila, suaranya sedikit tinggi.

“Kau dah cukup cantik lah, walaupun badan kau besar. Macam mana lagi kami nak yakinkan kau?” Kali ini Hawa pula bersuara sambil memicit hujung hidungnya.

Aku mengeluh lagi. “Kadang-kadang aku terfikir... kenapa aku tak macam Alena. Dia kurus, cantik, ramai orang suka. Tak macam aku — asyik dikecewakan je.”

“Yang kau nak ingat semua tu lagi buat apa? Sekarang ni kau dah ada Irfan. Kami tengok dia sayang gila dekat kau, Aaliya,” ujar Hawa, dan Mila mengangguk setuju.

“Lepas tu kau tak payah lah jadi macam si Alena tu. Kurus kering macam papan plywood. Sekali angin tiup, melayang terus kau tahu tak?” Kami semua ketawa mendengar komen Hawa yang sangat ‘jujur’ itu.

“Aku rasa baik kau bincang dulu dengan abang sado kau tu,” kata Mila sambil muncung ke arah telefon aku. “Aku rasa Irfan patut tahu tentang rancangan kau ni.”

“Alah... aku pergi je lah,” ujarku, sambil buat-buat tak kisah. Tapi sebenarnya aku pun nak tahu — Irfan akan sokong aku atau tidak?

---

Petang itu, selepas selesai kerja, aku beranikan diri buat panggilan. Jari aku dah tiga kali tekan dan padam nombor Irfan. Akhirnya, aku tarik nafas panjang dan tekan “Call”.

“Hello?” Suara dia serak sikit, nafas pun macam… semput?

“Awak tengah buat apa?” Aku bertanya perlahan.

“Gym,” jawabnya pendek.

Aku telan air liur. Macam kena tangkap tengah buat salah. Tapi cepat-cepat aku sambung, “Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa awak?" tanya Irfan lembut.

"Saya rasa saya pun nak ke gym lah. Boleh tak, awak?”

Bukk!

Bunyi kuat kedengaran. Macam sesuatu jatuh ke lantai.

Aku tersentak. “Awak? Awak okey ke? Saya dengar macam ada benda jatuh!”

“Err… apa yang awak cakap tadi?” tanya Irfan dengan nada sedikit terkejut. “Awak cakap apa tadi? Nak ke gym?”

Aku tarik nafas panjang. “Hmm… ya. Saya rasa saya nak mula jaga kesihatan. Lagipun… mungkin saya boleh kurus sikit ke…”

Aku cakap dalam nada paling innocent, tapi dalam hati aku dah berperang dengan rasa malu. Aku ada terlajak cakap ke?

Sunyi.

Dan tiba-tiba…

Bukk!

Sekali lagi, bunyi barang berat jatuh.

“Awak!” Aku terus panik. “Tolonglah cakap awak tak cedera. Saya dengar macam benda jatuh lagi!”

Irfan tergelak di hujung talian. Suara dia kedengaran lega… dan dalam masa yang sama… pelik.

“Saya tak apa-apa. Tapi awak ni… kenapa tiba-tiba nak ke gym? Lepas tu apa awa kata tadi, nak kurus?" kata Irfan

"Awak... awak tahu tak kalau awak kurus, nanti lagi ramai lelaki akan pandang awak. Saya boleh gila tahu tak?” kata Irfan lagi.

Aku terkebil. “Hah?”

“Saya serius.” Suara Irfan perlahan tapi tegas. “Sekarang pun saya dah… penat tahan hati. Awak nak susahkan saya lagi ke?”

Dada aku berdetak. Macam ada degupan kecil yang buat muka aku panas. Dia ni bergurau ke… atau serius?

“Saya… cuma nak sihat je,” aku berkata perlahan suara macam merajuk.

“Kalau nak sihat, saya sokong. Tapi jangan buat sebab awak rasa awak tak cukup bagus." kata Irfan meneka.

"Tapi memang pun..." aku berkata perlahan.

Sesungguhnya memang dari kecil lagi bentuk badan aku akan di bandingkan dengan Alena.

Kenapa Alena lebih kurus?
Kenapa Alena lebih cantik?

Setiap kali soalan yang sama akan di tanya berulang-ulang, sehinggalah kami dewasa. Padahal kami ni kembar, walaupun tak kembar tak seiras.

"Awak dan cukup sempurna, Aaliya. Lebih daripada cukup” kata Irfan tegas.

Aku terkedu. Nak balas, tapi suara tak keluar.

“Kalau awak nak pergi gym juga,” sambung dia, “saya boleh temankan. Tapi kalau awak jadi makin lawa, jangan marah kalau saya mula halau semua lelaki yang datang dekat dengan awak.”

Aku terus tergelak. “Awak ni… over lah.”

“Tapi jujur,” balas dia. “Saya suka awak — bukan sebab rupa, tapi sebab awak adalah awak.”

Aku peluk bantal kecil di sofa Langit Coklat. Terasa macam diawangan.

---

Malam itu, aku tulis dalam diari digital aku:

> Hari ni, ada orang jatuhkan dumbbell dua kali sebab aku nak ke gym.
Dan untuk pertama kali dalam hidup… aku rasa aku cukup.
Bukan sebab aku berubah, tapi sebab aku ada seseorang yang nampak aku… sebelum aku sempat cuba ubah diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience