42

Romance Series 2175

Dahlia POV

Selepas pertemuan dengan Wardah tempoh hari, aku melangkah perlahan. Aku tidak pernah gagal memanipulasi keadaan. Apa yang aku mahukan bukan sekadar kuasa—tapi kepuasan.
Kepuasan melihat Aaliya tertekan hingga akhirnya menyerah. Dan Alena boleh menggantikan tempatnya.

Senyuman manis terukir di bibir sewaktu aku tiba di ruang tamu. Aku melihat Aaliya sibuk menanda beberapa senarai pada buku notanya. Kotak-kotak hantaran, nombor telefon katering—semuanya tersusun kemas. Jadual fitting baju pun diatur semula. Aaliya kelihatan tekun, namun wajahnya sedikit letih.

Kenapa dia ada di rumah aku sekarang? Senang saja—aku yang paksa dia balik.
Alasanku mudah: aku mahu kami uruskan sama-sama majlis itu nanti.
Dan seperti biasa, Aaliya tak pernah melawan.

“Eh, rajin betul kau. Malam-malam pun masih belek senarai tu,” tegurku sambil mengambil tempat di sofa bertentangan.

Aaliya tersenyum kecil.
“Nak buat macam mana, Ibu. Siang saya sibuk di kafe, malam baru sempat. Saya nak pastikan semuanya tak tertinggal. Nanti last minute kelam-kabut pula.”

“Ibu faham…” balasku lembut, sebelum menukar nada sedikit tajam.
“Tapi jangan terlalu ikut kepala sendiri. Jangan lupa, Mommy Irfan tu lebih tahu adat dan majlis orang ternama. Jangan sampai nanti kau nampak tak hormat bila terlalu banyak buat keputusan sendiri.”

Kata-kata itu jelas menusuk. Senyuman Aaliya perlahan-lahan pudar.
“Ibu, niat Aaliya cuma nak mudahkan semua pihak. Lagipun Irfan pun kata Aaliya boleh urus ikut keselesaan kami…”

“Keselesaan?” aku potong laju. “Kau fikir perkahwinan ni sekadar keselesaan? Ini bukan majlis main-main, Aaliya. Kalau Mommy Irfan terasa hati sebab kau nampak terlalu dominan, macam mana? Kau nak rosakkan majlis tu?”

Aaliya terdiam. Nafasnya tersekat di kerongkong. Aku tahu anak aku jenis simpan semua dalam hati—dan itulah kelebihan aku.
Aku tahu di mana hendak tekan supaya dia akur.

Aku mendekat sedikit, menepuk tangannya perlahan.
“Ibu bukan marah, Aaliya. Ibu cuma nak kau berhati-hati. Kalau Mommy Irfan cakap A, kau ikut A. Kalau dia nak warna sekian, kau ikut saja. Itu lebih selamat untuk kau.”

Aaliya mengangguk perlahan walaupun jelas matanya menahan sesuatu.

Melihat dia tunduk, aku tersenyum puas.
“Bagus… itu baru anak Ibu. Ingat, kalau kau terlalu berkeras, nanti orang nampak kau tak pandai menyesuaikan diri. Kau tak mahu kan, menantu sulung keluarga Idrus dipandang rendah?”

Aaliya menggenggam pen erat. Matanya berkaca, namun dia cuba tahan.
“Baiklah, Ibu. Aaliya cuba ikut.”

“Lagi satu—” aku sambung, menghulurkan sekeping risalah spa.
“Ibu dah buat booking kat sini. Setiap hujung minggu kau pergi sana, rehatkan badan. Semua Ibu dah urus. Anggap saja ni hadiah Ibu untuk kau.”

Mata Aaliya membulat.
“Biar betul, Ibu… sampai ke majlis kahwin saya kena pergi spa? Tak membazir ke?”

“Kan Ibu dah cakap—anggap saja hadiah kahwin Ibu,” jawabku tenang.

Aku bangun meninggalkan ruang tamu dengan hati yang puas.
Aku tahu racun kata-kataku sudah mula meresap ke dalam hatinya. Tekanan kecil yang berulang inilah senjata aku—perlahan-lahan melunturkan keyakinan Aaliya hingga akhirnya tunduk sepenuhnya.

Masuk ke bilik, aku capai telefon dan hantar pesanan ringkas kepada Wardah.

“Misi berjaya.”

Mungkin dia tak akan balas malam ni, tapi tak apa.
Aku dan Alena sudah siapkan rancangan seterusnya.

---

Aaliya POV

Badan aku terasa penat sangat. Bukan penat fizikal, tapi penat emosi.
Lepas satu, satu hal yang datang. Lepas kes dengan Mommy Irfan selesai, sekarang Ibu pula.

Mila cuba ajak aku berbual tentang menu baru untuk hujung minggu, tapi aku hanya separuh hati memberi respon.
Di balik meja kaunter, aku termenung sambil memandang kek yang baru siap dihias.
Pelik—aku yang biasanya bangga setiap kali hasil tangan aku siap, hari ini rasa hambar.

Aku teringat kata-kata Ibu malam tempoh hari.
Terbayang pandangan matanya yang penuh penilaian, seakan-akan aku ni tak pernah cukup bagus di matanya.
Dan yang lebih menyakitkan, aku tahu ada seseorang di belakang semua ini—adakah Mommy Irfan?

Dia mungkin sudah berundur sedikit sebab amaran Papa Idrus, tapi bayangnya tetap ada.
Bagai berbisik di telinga setiap kali aku buat keputusan.

Malam itu, aku cuba luangkan masa dengan Irfan. Kami keluar makan malam di restoran kegemaran kami.
Senyuman tak pernah lekang di bibirnya setiap kali kami berjumpa. Dia bercerita tentang projek baru di pejabat.

Aku cuba ikut ketawa, cuba tunjuk aku gembira. Tapi Irfan bukan orang yang mudah tertipu.

“Aaliya…” dia pandang aku serius.
“You okay? Sejak kebelakangan ni, awak banyak termenung. Dengan saya pun rasa macam jauh.”

Aku terdiam. Kalau aku cerita semua, aku takut dia makin runsing. Tapi kalau aku simpan, aku sendiri yang terbeban.

“I’m fine, Irfan. Cuma letih sikit dengan persiapan semua ni,” jawabku perlahan—jawapan klise yang aku tahu dia sukar nak percaya.

Dia senyum nipis.
“Saya tahu awak kuat, tapi ada batasnya. Don’t push yourself too hard. Jaga kesihatan awak juga.”

Aku mengangguk, tapi jauh dalam hati aku terasa bersalah.
Mungkin sebab aku berbohong. Sebab aku sembunyikan perkara sebenar daripada Irfan.

Malam itu sebelum tidur, aku duduk di meja kerja kecil dalam bilik. Aku capai buku nota resepi—buku yang selalu jadi tempat aku menenangkan diri. Tapi kali ini, tangan aku terhenti di atas kertas kosong.
Mata aku kabur, air mata jatuh tanpa aku sedar.

Aku bukan menangis sebab penat, tapi sebab takut.
Takut dengan hubungan yang kini terasa penuh penipuan. Takut kalau aku tak mampu penuhi semua jangkaan orang.

Aku gosok dada perlahan, cuba pujuk hati.

“Aaliya, kau kena kuat. Kau kena tunjuk pada semua orang yang kau boleh.”

Tapi di sudut hati, aku tahu…
aku sudah mula rapuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience