15

Romance Series 515

Aaliya POV

“Aaliya, tengok ni! Kita dapat lima lagi DM dari pelanggan lama,” kata Mila, matanya bersinar penuh harapan. “Diorang kata terharu bila kita buat penjelasan kat media sosial semalam.”

Aku tersenyum kecil. Masih ada gentar yang tersembunyi dalam dada, tapi perasaan hangat mula menolak jauh segala ketakutan. Serangan balas Irfan dan Nik mungkin belum bongkar nama sebenar si dalang, tapi cukup untuk membersihkan semula nama Langit Coklat.

Hawa muncul dari dapur dengan sepiring croissant panas. “Kita kena tambah batch kedua lepas ni. Banyak walk-in hari ni!”

Aku terdiam sekejap, memerhati ruang sekeliling. Aroma kopi yang kaya. Suara pelanggan yang bersantai, berbual perlahan. Lampu-lampu kuning lembut memantulkan cahaya di dinding kedai. Dan aku… berdiri di tengah semuanya, dengan rasa syukur yang tak terucap.

Telefon aku bergetar tiba-tiba. Nama Irfan tertera di skrin.

> “Awak sibuk? Saya ada dekat luar sekarang. Boleh kita berbincang tentang event tu.”

Aku cepat-cepat membalas,

> “Boleh, saya keluar sekarang.”

Langkah aku jadi ringan waktu melangkah keluar. Mata segera menangkap susuk Irfan yang berdiri di tepi kereta — berpakaian kemas tapi santai, jaket tersangkut di tangan, rambut sedikit senget di tiup angin.

“Assalamualaikum,” ucapnya, senyuman kecil bermain di bibir.

“Waalaikumsalam. Maaf buat awak tunggu,” jawab aku lembut.

“Saya tak kisah tunggu... selagi awak yang saya tunggu,” katanya perlahan.

Aku tergamam. Jantung rasa terhenti seketika — kemudian berdenyut semula, lebih kuat. Aku tak tahu nak jawab apa, tapi senyuman yang terukir di wajah aku mungkin dah cukup menjelaskan isi hati.

“Kita jalan sikit? Saya nak tunjuk lokasi event tu,” katanya.

Aku hanya angguk.

Kami berjalan beriringan menyusuri lorong kecil di tepi kedai, menuju ke satu bangunan dewan komuniti yang terletak tidak jauh — dalam lima minit berjalan kaki sahaja dari Langit Coklat.

“Dewan ni baru je direnovasi. Satu syarikat rakan kongsi kami sponsor sistem lampu dan pentas,” jelasnya sambil membuka pintu kaca utama.

Langkah kami bergema perlahan dalam ruang dewan yang luas. Lantai kayu dipolish kemas. Dinding putih bersih dihiasi tingkap tinggi yang membenarkan cahaya semula jadi masuk dengan lembut. Suasana dalamnya sejuk dan tenang.

“Tempat ni selamat dari cuaca tak menentu,” kata Irfan sambil bergerak ke tengah dewan. “Senang juga nak kawal crowd. Ada bilik persalinan, bilik air, plug point semua tersedia. Lengkap.”

Aku pandang keliling dewan. Benar, ruang ini terasa ideal — selesa dan profesional. Ada sesuatu tentang pantulan cahaya pagi di dalam dewan ini yang buat aku rasa… tenang dan nyaman.

“Saya bayangkan booth Langit Coklat kat tengah dewan ni,” katanya sambil berdiri di tengah, menuding ke lantai yang belum ditanda. “Diapit kiri kanan oleh vendor-vendor tempatan lain. Tapi booth awak jadi tumpuan utama — masuk je, orang terus nampak.”

Aku pandang dia, terkejut. “Awak letak kami di tengah-tengah?”

“Kenapa tak? Kedai awak simbol semangat yang kita nak tonjolkan — bangkit lepas jatuh.”

Aku diam. Mata melingas melihat sekeliling dewan yang kini terasa lebih hidup dalam bayangan aku. Suara kanak-kanak bermain, bau pastri segar dari booth, bunyi gelak tawa dan muzik akustik lembut… semuanya terbayang jelas.

“Tapi… saya risau staf tak cukup,” aku suarakan keraguan yang masih tinggal.

“Saya dan Hafiz boleh bantu cari tenaga pekerja. Tapi booth tu — gaya dan rasanya — tetap mesti dari Langit Coklat. Tetap milik awak.”

Aku pandang wajahnya. Mata kami bertaut.

“Kenapa awak buat semua ni… untuk saya?”

Dia pandang aku lama. Angin dari pendingin udara perlahan menghembus rambut aku, dan dia masih tak alih pandang.

“Sebab saya tahu macam mana rasa bila orang jatuhkan kita. Dan saya percaya — bila awak diberi peluang… awak tak cuma bangkit. Awak akan bantu orang lain juga.”

Dada aku rasa hangat. Kata-kata dia macam menembusi dinding ragu yang aku bina selama ni.

“Awak terlalu percaya pada saya… lebih dari saya percaya pada diri sendiri,” aku berbisik.

Dia senyum kecil. “Sebab saya nampak siapa Aaliya yang sebenar. Bukan bayangan yang orang cipta melalui fitnah.”

Kami berdiri dalam diam. Tapi diam itu bukan kekok. Ia menenangkan. Seperti waktu terhenti seketika, memberi ruang untuk jiwa bercakap sendiri.

Akhirnya aku bersuara, lembut tapi pasti. “Saya terima tawaran ni.”

Irfan angguk. “Saya tahu awak akan setuju.”

Kami berjalan semula keluar dari dewan. Tapi sebelum aku sempat kembali ke kedai, dia panggil aku perlahan.

“Aaliya…”

Aku berpaling.

“Kalau satu hari nanti… awak sedia untuk lebih dari sekadar projek ni…”

Kening aku terangkat sedikit, tak mengerti.

Dia tersenyum. “Saya tunggu.”

Aaliya kembali maaf lama menghilang. Enjoy!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience