Series
2175
Alena POV
Sejak petang tadi, aku ulang-alik depan cermin. Setiap kali memastikan rambut aku sudah sempurna, mekap aku on point. Dress satin emerald green yang aku pilih—sudah pasti, aku tak perlu ragu. Semua ni akan menarik perhatian, menonjolkan segala yang sepatutnya. Dan aku tahu, berbanding dengan Aaliya… dia tetap dia. Tak pernah faham apa itu gaya. Kalau bukan kerana kawan-kawannya yang pilihkan baju untuk dia, entah apa jadi pada rupa dia malam ni.
Aku tak pernah rasa sebegini tegang sepanjang hidup aku. Dari tadi, aku duduk di situ, hanya memerhati, wajah aku nampak tenang, padahal dalam hati—tak tenang, bergelora. Perasaan yang aku pendam, sengaja disembunyikan, menanti saat ini.
Dan akhirnya… saat yang paling aku benci, tiba. Bila rombongan keluarga lelaki itu masuk, aku sendiri terdiam.
Bukan disebabkan oleh Aaliya nampak lain malam ni. Walaupun ya, malam ni dia nampak lebih elok daripada biasa. Tapi sebab lelaki yang duduk si sebelah Aaliya... ya Tahun, dia jauh dari sangkaan aku. Dari cara dia melangkah masuk, jelas dia bukan lelaki biasa. Dari baju, jam tangan dan cara dia senyum dah macam hero drama.
Daddy lelaki itu bangun dengan senyuman lebar, memandang semua orang sebelum membuka kotak baldu merah itu. Kotak yang isinya membuatkan mata aku hampir terjojol keluar. Sebentuk cincin berlian, kilauannya menusuk pandangan. Bukan cincin biasa. Tapi mahal. Dan eksklusif.
Dan tanpa ragu, cincin itu… disarungkan ke jari Aaliya.
Jari yang dulu aku rasa tak pernah layak pakai cincin semahal itu. Tapi hari ini, semua orang tengok—seolah-olah dia ratu pada malam ini.
Ayah senyum. Abang Aryan pun nampak lega. Mereka sempat bergambar. bergelak.
Aku? Senyum tawar, sebab kalau aku tunjuk muka, nanti ibu buat lagi kecoh.
Tapi apa yang lebih menyakitkan, bukan cincin itu. Bukan juga hadiah-hadiah mewah yang mereka bawa. Tapi hakikat yang selama ini aku sangka Aaliya akan kekal di belakang aku… ternyata aku silap.
Irfan. Nama yang sebelum ini aku ingat hanya sekadar ‘lelaki biasa’. Rupanya dia bukan calang-calang orang. Anak Datuk. Pemilik syarikat besar. Wajah dia—jangan cakaplah, cukup untuk buat ramai perempuan tunduk. Termasuk aku… kalau aku tahu lebih awal.
Aku telan liur, tahan rasa panas dalam dada. Aku dah kalah. Kalah dengan Aaliya. Dia dapat sesuatu yang aku tak sangka dia mampu capai.
Sakitnya... bila aku nampak pandangan tu. Pandangan penuh rasa cinta. Pandangan yang tak pernah aku dapat, walaupun aku pernah cuba rebut perhatian lelaki lain.
Dan masa mereka semua ketawa, bergambar, meraikan lamaran itu, aku diam. Dalam hati aku janji—aku takkan duduk diam. Ini belum berakhir.
---
Selepas mereka berlalu pulang, aku tak tunggu lama. Terus masuk bilik, hempas pintu sekuat hati. Nafas aku laju. mata aku jatuh ke cermin. Aku cantik. Aku menawan. Tapi kenapa... Kenapa Aaliya yang dapat lebih dari aku.
“Lena… buka pintu ni.”
Aku tarik nafas kasar, tapi aku buka juga. Ibu melangkah masuk, wajahnya sama macam aku—penuh kebencian.
“Kenapa ibu diam je tadi?” Aku tanya, nada aku penuh tak puas hati.
Ibu peluk tubuh, berdiri depan aku. “Ibu tak sangka langsung budak tu sampai dapat lelaki macam tu. Ibu ingat budak Irfan tu orang biasa… rupanya anak Datuk. Berjawatan. Kaya. Lengkap semua. Dan ibu tak puas hati satu benda.”
“Apa?”
“Kenapa Aaliya? Kenapa bukan kamu? Kamu jauh lebih cantik. Lebih layak.”
Aku genggam kain dress aku kuat-kuat. Kata-kata ibu tu macam menambah bara. Aku dah kalah malam ni… tapi percayalah, aku takkan kalah selamanya.
Aku pandang ibu, mata aku berair tapi penuh dendam. "Ibu nampak tak cincin tu? Nampak tak dia layan Aaliya macam mana?"
Ibu senyum nipis, pandang aku. "Justru itu, Lena. Lelaki macam tu tak mudah. Dia pilih... sebab dia percaya. Jadi kalau kita nak ubah apa-apa..." Dia berhenti, tunduk sedikit sambil betulkan gelang. "Kita kena bijak..."
Aku faham maksud Ibu.
---
Mommy Irfan POV
Kereta bergerak perlahan keluar dari perkarangan rumah Aaliya. Lampu jalan memantul pada cermin tingkap, dan aku duduk di belakang, diam seribu bahasa.
Di depan, Irfan memandu dengan wajah tenang. Dari cara dia memegang stereng, aku tahu dia puas hati dengan apa yang berlaku tadi. Suami aku pula duduk di sebelah, sesekali melirik ke arah aku melalui cermin pandang belakang.
Akhirnya, aku bersuara perlahan, tapi cukup untuk mereka dengar.
“Irfan… Mommy nak tanya sikit. Kamu betul yakin dengan pilihan kamu ni?”
Irfan senyum, mata masih ke jalan. “Yakin, Mommy. Kalau tak, saya tak bawa Mommy dengan Daddy datang malam ni.”
Aku tarik nafas, cuba kawal nada. “Mommy cuma rasa… kamu agak terburu-buru. Kita tak kenal sangat pun keluarga dia. Ya, keluarganya nampak baik. Tapi budak tu…” aku berhenti, cuba pilih kata. “Dia tak nampak… sesuai dengan kamu.”
Hati aku tetap rasa tak puas. Aku nampak dia sopan, pandai bawa diri. Tapi... bila aku tengok adik kembar dia, jauh lebih cantik lebih sesuai kalau nak dibandingkan dengan Aaliya dari cara dia bercakap, cara dia senyum... semuanya nampak sempurna.
Irfan pandang aku sekilas melalui cermin tengah. “Tak sesuai sebab apa, Mommy?”
Aku berdehem. “Sebab… dari segi penampilan, pembawakan diri. Mommy nampak tadi, adik dia tu lebih…” Aku tak teruskan, tapi cukup untuk mereka faham.
"Wardah." Suara Idrus memotong ayat aku. Tenang tapi tajam.
Aku diam sekejap. Suami aku sambung, “Jangan bandingkan anak orang. Yang nak kahwin tu Irfan, bukan kita. Kalau Irfan bahagia dengan Aaliya, itu lebih penting.”
Aku ketap bibir. “Saya cuma nak yang terbaik untuk dia.”
“Yang terbaik bukan tentang rupa atau status, Wardah,” balas suami aku pantas. “Yang terbaik ialah siapa yang boleh buat Irfan bahagia.”
Irfan potong perlahan, suaranya tenang tapi tegas. “Mommy… saya kenal Aaliya lebih daripada apa yang Mommy nampak. Dia baik, dia ikhlas, dan dia tak pernah pandang saya kerana duit atau apa yang saya ada. Itu yang penting dan saya cari.”
Aku terdiam. Kata-kata Irfan buat aku rasa macam ditepis, tapi dalam hati… aku masih tak boleh terima sepenuhnya. Adik Aaliya, si Alena… ya Tuhan, kalau nak dibandingkan, dia jauh lebih cantik, lebih menyerlah.
Aku bersandar ke kerusi, pandang keluar tingkap gelap malam. Aku tak cakap apa-apa lagi, tapi dalam hati… ini belum tamat.
Bilakah Aaliya boleh hidup dengan aman... huhuhuhu... : (
Share this novel