Series
71995
"Kau biar betul Aya? Kau pasti ke dengan apa yang kau cakap ni?" Soal Azara separuh terkejut. Hampir tersembur kepingan kerepek pisang yang sedang dikunyahnya.
Suraya mengherot bibir. Air kotak perisa coklat itu disedut sehingga habis. Panas terik matahari petang itu membuatkan peluh merenik ke dahi dan seluruh muka mereka. Dah macam mandi air hujan. Azara mengibas baju T shirtnya sambil meniup-niup udara ke dalam baju. Panas sangat gamaknya.
"Ish, dahlah! Jom tukar tempat. Panas betul dekat sini." Arah Suraya lalu bingkas berdiri dari kerusi rehat itu. Azara mengekori dari belakang sambil menggenggam bungkusan makanan ringan mereka yang masih tersisa.
"Panas dunia pun kita tak boleh tahan, apatah lagi panas neraka." Suraya menjegilkan biji matanya. Kalaulah gadis di hadapannya itu boleh ditelan, pasti sudah lama dia lakukan. Memang menguji kesabaran betul.
Mereka mengambil tempat di bawah sebuah pohon rendang di tepi longkang besar. Kawasan itu sedikit tertutup dan tidak sepanas tempat tadi. Suraya melabuhkan punggungnya di atas tanah, diikuti Azara.
"Mulut kau dengan longkang besar tu dah hampir serupa functionnya." Perli Suraya sebelum mengeluarkan beberapa keping kerepek kentang dari bekasnya lalu dimasukkan ke dalam mulut. Kerangupan kentang itu dinikmati tanpa menghiraukan Azara yang sudah menarik muncung sedepa.
"Eleh, dia tu pulak sama macam akar-akar pokok dekat bawah punggung aku ni. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kejap ke situ, kejap ke sana." Balasnya pula. Suraya mencebik kesal.
"Dah itu aje jalan yang ada. Kau nak aku buat apa lagi?" Azara merenung dalam sisi wajah teman baiknya. Dia pun tidak tahu ingin berkata apa untuk menyedapkan hati gadis itu. Jika dia di tempat Suraya, dia sendiri pun akan rungsing memikirkan cara keluar dari semua masalah ini.
"Kau ada bincang dengan Uncle Azri atau Uncle Ezra? Mana tahu dia orang ada jalan yang lebih baik dari ni. Aku bukannya apa tau Aya, aku tak nak at last kau yang makan hati." Bahu Suraya ditepuk perlahan.
"Tak boleh. Diaorang tidak akan setuju dengan aku. And, gelilah nak cerita pasal perkara ni pada diaorang. Segan..." Hanya keluhan panjang yang mampu dia lepaskan. Dia betul-betul yakin, Azri tidak akan bersetuju dengan cadangan ini.
"Kau dah fikir masak-masak?" Soal Azara lagi. Harap teman baiknya itu tukar fikiran.
"Dah. Aku tak nak jadi janda muda. Kau pun tahu kan, pandangan masyarakat pada janda tu macam mana. Aku anggap je Uncle Anif tu, memang jodoh aku. Sekarang ni, kau tolong aku belikan barang yang aku mintak tadi. Aku nak as soon as possible." Azara telan liur sebelum mengangguk faham.
Suraya yang sedang menyapu halaman hampir kena serangan jantung apabila pintu pagar utama diketuk halus dari luar. Dari jauh dia nampak Azara sedang tersengih bagai kerang busuk sambil mengangkat tinggi bungkusan plastik yang berbalut kemas. Cepat-cepat dia meletakkan penyapu ke lantai sebelum berlari anak menuju ke arah pintu pagar. Bahaya kalau orang lain nampak!
"Nah barang yang kau mintak hari tu. Seller terpaksa hold postage sebab tak cukup stok. Sebab tu ambil masa sikit nak sampai ke tangan aku. Apa-apa pun, aku doakan yang terbaik untuk kau. Good luck!" Ucapnya dalam nada berbisik.
Suara halusnya menyelit keluar melalui celahan pintu pagar, cukup-cukup untuk sampai ke telinga Suraya, tapi tidak cukup kuat untuk didengari oleh anak-anak buah Anif yang sedang memerhatikan mereka berdua sejak tadi. Entah apa agaknya yang gadis-gadis itu sedang bualkan sampai perlu berbisik. Berkerut dahi mereka semua.
Selesai tugasnya, Azara langsung beredar bersama motosikal Yamaha Cup yang sudah meraung meminta belas kasihan. Itu motosikal peninggalan arwah datuknya. Sudah berpuluh tahun ia berjasa buat keluarga mereka.
Suraya tenung lama bungkusan plastik dalam tangannya sebelum menarik nafas panjang. This is the only option I have...for now.
"Okay Aya...walaupun nampak stretch marks sikit-sikit, but it's okay. Benda ni natural. Lagipun, Zara pernah cakap, harimau kalau makanan ada depan mata, dia ngap terus. Tak pandang kiri kanan dah..." Sebutnya sendiri di depan cermin.
Gaun malam tidak cukup kain yang tersarung pada tubuhnya diselak berkali-kali. Detakan jarum jam dinding tidak lepas dipandang. Gemuruh kian terasa. Berbaki beberapa minit sebelum Anif masuk ke dalam bilik untuk berehat. Dan, Suraya sudah bersedia. Dia akan goda Anif cukup-cukup malam ini. Lagipun, tidak berdosa bukan. Melainkan pahala yang dia dapat.
Seperti biasa, selepas selesai perjumpaan bersama anak-anak buahnya di bilik bawah tanah, Anif naik ke tingkat atas untuk berehat. Dia meregangkan ototnya yang lenguh setelah seharian bekerja tanpa rehat.
“Kenapa datang tak masuk dalam terus? Duduk dekat luar malam-malam macam ni kan bahaya…”
Anif yang sedang berdiri di tingkat atas berpaling ke bawah apabila terdengar suara Ezra dari arah pintu masuk rumah. Dari celah ruang tangga, dia dapat melihat lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang. Keningnya bertaut. Waktu-waktu begini, siapa pula yang datang?
Tubuh individu itu terlindung di sebalik daun pintu yang terbuka separuh, seolah-olah sengaja menyorok daripada pandangan. Hanya bayang samar yang kelihatan. Anif cuba menjenguk sedikit lagi sambil menajamkan pandangan. Namun wajah itu tetap tidak kelihatan.
“Siapa pulak yang datang malam-malam macam ni...” Gumamnya perlahan sebelum mendecit kecil. Tanpa berlengah, dia menuruni anak tangga satu persatu lalu menghampiri pintu masuk.
Sebaik sahaja dia tiba di ambang pintu, sosok yang tadi terlindung itu mengangkat wajah.
Azara rupanya. Anif mengherot bibir. Atas bawah gadis itu dipandang sinis. Buat apa dia ke sini malam-malam? Sementara, Azara tersengih-sengih memandangnya. Alamak, habis aku!
"Ke sini malam-malam buat apa?" Azara menunduk. Suara tegas itu membuatnya takut untuk bersuara.
"Zara bermalam dekat bilik Aya jela ya...Nak balik pun, dah tengah malam." Ujar Ezra pula. Azara cepat-cepat menggeleng kepala namun, apabila menyedari ada sepasang mata yang sedang tajam merenungnya sejak tadi, dia menunduk semula.
"Pergi masuk sekarang!" Azara memecut naik tangga ke tingkat atas. Bilik Suraya dituju. Belum sempat dia memulas tombol pintu namanya diseru lagi. Sontak, dia berpaling ke belakang.
"Zara buat apa dekat sini malam-malam?" Azri menyoal hairan.
"Err...urm. Zara...Zara datang nak buat study group dengan Aya." Kening Azri bercantum.
"Study group? Malam-malam macam ni? Bukan ke korang dah habis sekolah?" Damn...Azara menepuk dahi.
"Eh, silap! Zara nak tolong Aya tadi. Dia whatsapp kata nak Zara tolong something. Tapi tak tahu tolong apa. Dia tak cakap pulak. Tu yang Zara datang." Dalam keadaan curiga, Azri tetap angguk kepala.
"Oh..."
"Err, Zara masuk dulu ya." Kali kedua dia memulas tombol itu namun ditegah lagi oleh Azri. Aduh, jangan ditanya macam-macam. Boleh kantoi nanti!
"Aya dah tukar bilik. Bilik dia dekat tingkat 3, belah paling kiri." Azara tersengih malu. Tukar bilik pulak...
"Oh, iya ke? Zara tak tahu. Sorry. Zara pergi sana dulu ya..." Azri mengangguk lagi sebelum menggeleng melihat kelakuan Azara malam itu. Pening semacam je budak ni...
Daun pintu ditolak kuat sebelum dia memboloskan diri ke dalam. Fuh, nafas lega ditarik. Selamat dia malam ni.
"Aya...Aya dah fikir masak-masak. Aya nak jadi isteri uncle malam ni." Suara gemersik itu menyapa pendengarannya. Azara mengekek perlahan.
"Aya rasa uncle...erm, uncle memang jodoh Aya. Dan tak salah kalau Aya nak tuntut hak sebagai isteri..." Azara sudah menekup mulut. Matanya sudah berair menahan tawa.
"Kalau uncle tak suka Aya pakai baju ni, Aya tukar yang lain?" Akhirnya, terlepas juga tawa Azara. Suraya yang masih tertunduk menekur lantai terus mendongak terkejut apabila mendengar suara itu.
"Wei, kau buat apa dekat sini?!" Soal Suraya yang masih terkejut dengan kehadiran gadis itu di bilik tidurnya tiba-tiba.
"Amboi, bukan main seksi kawan aku ni. Siap nak tukar baju untuk Uncle Anif dia..." Dia mengekek lagi. Suraya lantas menarik selimutnya lalu menutup tubuh yang terdedah itu daripada tatapan nakal Azara.
"Kau buat apa dekat sini? Mana Uncle Anif?" Matanya tajam mencerlung wajah Azara yang sudah merah. Dari tadi gelak tak henti.
"Ish, ingat aku nak sangat ke jumpa kau malam-malam macam ni." Tanpa dipelawa, Azara mengambil tempat di sebelah Suraya. Dia siap bersila di atas katil teman baiknya tanpa segan silu.
"Cepat cakap. Kau datang sini nak apa?!"
"Aku datang nak skodeng Uncle Azri, tapi lain pulak jadinya. Bodyguard Uncle Anif terjumpa aku tengah terhendap-hendap kat celah pagar... Nasib tak ditembaknya aku tadi... Mamat tu terus call Uncle Ezra pastu dia tarik aku masuk dalam. Pastu apa lagi, tengah-tengah borak dengan Uncle Ezra, suami singa hang pulak yang muncul." Jelasnya sebelum tarik nafas dalam.
"Yang kau masuk sini kenapa?"
"Suami kau dengan Uncle Ezra yang suruh." Suraya bertambah hairan. Gilakah lelaki-lelaki itu menyuruh Azara bermalam di bilik ini? Bilik yang didiami oleh Suraya dan Anif. Suami dan isteri! Kalau Azara tidur sini, lalu Anif? Takkan mereka bertiga akan tidur di dalam bilik yang sama? Aduh, pening kepala Suraya. Tanpa sedar, selimutnya terlepas dari genggaman.
"Ish, tutuplah lurah dendam kau yang tak berapa nak menonjol tu..." Belum sempat Azara menunduk mengutip semula selimut Suraya yang terhampar di atas lantai, tiba-tiba pintu ditolak kuat oleh seseorang diikuti dengan jeritan melengking yang semakin menjauh.
Gadis-gadis itu terpaku. Pandangan mereka menghala ke arah daun pintu yang terkuak lebar. Siapa yang masuk tadi? Azara menghampiri muka pintu lalu menjenguk ke kiri dan kanan koridor, namun tiada sesiapa di situ. Hairan, jadi siapa yang jerit seperti lelaki jadian tadi?
"Siapa?" Azara mengangkat bahu.
"Entah...takde siapa pun dekat sini." Katanya sebelum menutup rapat daun pintu.
Share this novel
bila lagi nak sambung.hehe rindu dgn azil
tq uodate. musuh ka yg dtg blik suraya..?