Bab 26

Short Story Series 64749

"Bos kena kahwin dengan Suraya." Membungkang Anif memandang lelaki-lelaki itu. Rasa ingin mengerjakan mereka cukup-cukup.

"Gila ke? Aku yang jaga dia sejak kecil, and now, aku kena kahwin pulak dengan budak tu?!" Bentaknya. Hampir 41 tahun hidup membujang, sekarang tiba-tiba kena kahwin dengan gadis yang jauh lebih muda dari usianya. Gila ke apa?! Dan jelas Suraya bukanlah taste dia.

"Takde cara lain dah bos! This is the only way that we have now! Kita tak boleh kalah dengan Johan." Ezra berterusan memujuk. Azri mengangguk setuju. Sementara, Anif dilanda kegusaran. Mana mungkin gadis seusia Suraya mahu menjadi isterinya. Pasti gadis itu akan menolaknya bulat-bulat!

"Err, tak boleh ke kalau kita cari orang lain untuk dia?" Cadangnya. Janji aku selamat. Geli siot...

"Seriously boss? Sanggup ke jantan tu protect dia as much as you do all these years? I don't think so. Hanya bos aje yang boleh lindung Suraya dan tumpaskan Johan." Ezra pula tidak mahu mengalah dengan keputusannya. Argh! Pening kepala aku!

"Bos, kami dah bincang. Ini je cara nak lindungi Suraya," kata Ezra, sambil bersandar pada meja kayu dalam bilik bawah tanah itu. Wajahnya jelas kelihatan kusut setelah tahu tentang status Suraya dan Johan.

Anif tak toleh. Dia cuma duduk diam, jari dia mengetuk perlahan senapang di atas meja. “Kau nak aku kahwin dengan budak hingusan tu?” suara dia perlahan, tapi penuh amaran.

“Dia dah lapan belas,” Azri cepat mencelah. Mereka terpaksa mengambil keputusan ini. Hanya Anif yang mampu menyelamatkan Suraya dari dendam Johan. Masakan dijaga dari kecil bagai tatang minyak yang penuh hanya untuk melihatnya mati di tangan musuh.

“Geli,” Anif potong kasar. “Aku tak pernah tengok dia dengan pandangan macam tu...”

"Please bos...takkan bos nak tengok Johan menang? Kawasan kita pun keparat tu bedal sesuka hati sampai tiada yang tersisa, takkan bos taknak ambik peluang ni untuk balas balik semua perbuatan dia?". Ezra cuba pancing perhatian Anif. Maafkan uncle Aya, kami cuma nak Aya selamat.

“Kau jangan main-main bab ni. Aku serius. Kau ingat kahwin ni mainan?” nada Anif dah mula naik.

Azri tarik kerusi, duduk depan Anif. “Bos… kita kena tengok dari sudut strategi.”

“Strategi kepala otak kau.”

“Dengar dulu!” Ezra angkat tangan. “Johan tu… dia sakit mental. Bila dia tahu Suraya hidup, dia akan lagi menggila kacau kawasan kita. Gudang lama dekat Batu 13 dia bakar. Anak buah kita hilang dua orang. Kau ingat dia takkan datang cari Suraya, lagi?”

Anif diam. Ada betulnya juga kata-kata Azri. Dia tidak mahu dipandang remeh lagi-lagi dengan anggota kumpulan lain. Dia perlu robohkan benteng ego Johan dulu.

“Bos tahu siapa Suraya,” tambah Azri. “Anak abang keparat tu sendiri. Dia cuba bunuh Suraya sebab harta abang dia. Cuba kalau bos ambik kesempatan ni and kahwin dengan Suraya, confirm Johan akan tersungkur bos! Dia akan rasa marah sebab lepas ni, Suraya dalam perhatian bos."

Ezra angguk. “Betul. Dia ego. Kalau dia tahu budak tu bukan je hidup, tapi dah jadi bini bos, mesti dia rasa tercabar. Dan orang macam Johan… bila tercabar, dia akan buat silap.” Ezra dan Azri saling berbalas pandangan.

Anif hela nafas. “Kau nak aku jadi umpan?”

“Bos bukannya kahwin betul-betul sebab cinta pun. Just atas kertas je,” Azri bersuara perlahan, macam pujuk budak kecik.

“Kau fikir Suraya nak ke?” Anif toleh. “Kau fikir dia nak jadi bini lelaki tua macam aku?”

Ezra senyum sipi-sipi. “Bos, kau tua-tua pun, masih kategori daddy material. Tall, hot, dangerous. Kalau aku perempuan pun, aku sanggup.” Rasa nak muntah puji dia macam tu.

Azri tergelak. “Jangan tipu la Ezra. Kau 'dah' sanggup pun.”

Ezra acah lempar botol air ke arah Azri. Tapi Anif cuma geleng kepala. “Gila. Korang semua gila.”

Tapi jauh dalam hati, dia tahu mereka betul. Kalau Johan terus-menerus buru Suraya, satu-satunya cara untuk buat lelaki tu berundur… ialah bagi dia rasa yang dia kalah.

Dan satu-satunya simbol ‘kekalahan’ yang paling dia tak boleh telan ialah bila Suraya jadi milik Anif. Lelaki yang Johan paling benci dalam hidup dia.

Anif bangun. Bahunya tegang. Tapi dia angguk perlahan.

“Okay," katanya perlahan.

Ezra dan Azri berpandangan.

“Tapi,” Anif sambung, “lepas aku dapat tumpaskan Si Johan tu, aku akan ceraikan Suraya."

"Apa maksud uncle ni!… Aya kena kahwin dengan Uncle Anif?"

Suara Suraya nyaris terputus di hujung ayat. Dada dia terasa sempit, dan matanya bergilir pandang Ezra dan Azri yang kelihatan serius. Terlalu serius untuk bergurau.

“Ini untuk keselamatan kau, Aya,” Azri cakap perlahan. “Johan sangat bahaya. Dia akan mula cari kau balik. Kita tak boleh ambil risiko.”

Suraya ketap bibir. Nama Johan cukup buat jantungnya mengecut. Seumur hidup, dia cuma tahu Johan itu musuh Anif, dan baru hari ini, dia tahu kisah sebenar.

“Kenapa mesti Uncle Anif? Kenapa bukan orang lain?..."

“Tiada yang cukup kuat macam Uncle Anif, Aya.” potong Ezra cepat. “Dan Johan... Kalau dia tahu Aya dah jadi milik Uncle Anif, dia akan rasa takut untuk buat benda yang bukan-bukan pada Aya."

Suraya tunduk. Dadanya seperti mahu pecah.

“Uncle Anif tahu pasal ni?” dia tanya.

“Kami tengah pujuk dia,” jawab Azri. “Dia tak nak sebenarnya. Tapi demi Aya, dia mungkin setuju.”

Suraya tergelak kecil, tapi bunyinya kosong. “Dia geli, kan?”

Ezra terdiam. Azri pandang tempat lain. Itu dah cukup jadi jawapan.

“Aya boleh jaga diri sendiri.Tak perlulah sampai kena kahwin semata-mata untuk lindungi Aya."

“No, you can't Aya,” Ezra bersuara. “Johan is too powerful, dan kami takkan mungkin boleh jaga Aya sampai bila-bila. Status sebagai isteri Anif, boleh bagi Aya perlindungan dari Johan dan anak-anak buah dia. Kami tak sanggup kehilangan Aya." Suara Ezra bergetar.

Suraya angkat muka, matanya tajam. “Jadi Aya ni pion catur?”

“Bukan pion, tapi permaisuri,” jawab Azri perlahan.

Sunyi. Lama.

“Kalau Aya setuju, Uncle Anif akan... sayang Aya ke?”

Mereka diam. Ezra senyum kecil, kelat. “Dia takkan biar orang sentuh Aya.”

Suraya angguk. “Baik. Aya akan kahwin dengan Uncle Anif. Tapi bukan sebab Aya lemah. Tapi, sebab nak tamatkan mimpi ngeri ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience