"Perempuan ni yang kau katakan?" Gambar Piah dihalakan ke arah lelaki itu. Namun, ianya mendapat gelengan kepala. Azri menggeser semula skrin telefon bimbitnya, mencari gambar Suraya pula.
"Ni, ni ke Alisha tu?" Skrin dihalakan semula ke arahnya.
"Ini...ini dia perempuan tu." Anif bingkas berdiri lalu mara ke arah Azri. Telefon bimbit di tangan Azri dirampas.
"Kau pasti ini Alisha? Ini perempuan dalam gambar tu?" Soal Anif, tidak percaya.
"Ya. Memang dia." Azri dan Ezra tergamam. Begitu juga dengan yang lain.
"Its impossible!" Anif mencekak kasar rambutnya. Berasa begitu kerdil sekarang. Ada sesuatu yang dia tidak tahu tentang asal-usul Suraya.
"Kau orang yang kata budak tu anak yatim piatu! Kononnya bapak dia dah mampus waktu dia masih bayi. Sekarang ni, tiba-tiba budak tu ada nama bagai." Gelas kaca berisi air arak dalam genggamannya dihempas ke atas lantai.
Ezra mengundur sedikit kala percikan air itu terkena pada kulit kasutnya. Azri pula masih tertunduk, memikirkan sesuatu. Dia sedang kusut memikirkan latar belakang Suraya ataupun paling tepatnya Alisha. Siapakah Suraya? Dan mengapa ada yang ingin mencederakan gadis itu?
"Bos, kami dah settlekan budak tu." Kamarul menghampiri mereka bertiga bersama sepucuk surat. Surat itu dihulur pada Anif sebelum lelaki itu merampasnya dengan kasar.
"So, its true yang budak tu ada keluarga?" Kamarul menggangguk perlahan. Anif terus mengeronyokkan kertas itu lalu mencampakkannya di bawah meja. Azri dan Ezra sama-sama mengunci mulut sambil mendengar perbualan antara mereka berdua.
"Ya bos. Suraya...Err, Alisha memang ada keluarga. Tapi, mereka dah meninggal 17 tahun yang lepas. Mak dia, Datin Imelda meninggal waktu Suraya masih bayi. Begitu juga dengan bapanya, Dato' Hazrul Arifin. Dia meninggal waktu..." Kamarul tidak jadi menyambung ayat selanjutnya kerana masing-masing tahu apa yang terjadi pada bapa Suraya.
"Kau ada selidik, macam mana budak tu dengan bapak dia boleh tiba-tiba ada dekat gudang? Kenapa Johan kurung diaorang di sana?" Kamarul menggeleng lemah.
"Maaf bos. Itu saya tak pasti. Ada yang kata sebab Dato' Hazrul ada berhutang dengan Johan. Jadi, Johan nak jual Suraya." Anif memicit pelipisnya. Sakit kepala dengan berita ini.
"Ahli keluarga yang lain?" Azri bersuara setelah lama berdiam diri.
"Tak tahu." Jawab Kamarul dengan perlahan. Azri dan Ezra mengeluh pendek.
"Kau pastikan budak tu tak bukak mulut. Yang pasti, kita masih tak tahu siapa yang hantar dia." Ujar Anif sambil mengeluarkan pemetik api dari poket seluarnya sebelum menghidupkan api. Hujung rokok dibakar sehingga ia mengeluarkan asap. Asap itu disedut kemudian dihembus melalui mulut.
"Saya rasa, Johan." Gumam Ezra tanpa sedar. Anif, Kamarul dan Azri berpaling ke arahnya.
"Mungkin...tapi kita masih takde apa-apa bukti untuk mengaitkan Johan dalang disebalik semua ni." Celah Kamarul sebelum menoleh ke muka pintu. Piah muncul bersama sebuah dulang berisi air oren.
Tiga gelas air oren disusun di atas meja kerja Anif sebelum dia beredar dari situ. Langsung tidak memandang ke arah Anif yang sedang memerhatikan gerak gerinya.
"Kau ada siasat pasal Piah?" Soal Anif. Kamarul jelas terkejut dengan soalan itu. Dia menoleh ke arah Ezra yang juga kelihatan hairan dengan pertanyaan Anif.
"Kenapa dengan Piah? Setahu saya, dia dah lama kerja dekat sini." Kamarul berfikir sejenak. Apa kaitan Piah dengan kes ini.
"Mana tahu, dia scandal dengan mana-mana Dato ke. Tak memasal ada yang datang tembak-tembak dekat rumah aku ni lagi." Katanya dengan geram. Puntung rokok yang sudah pendek itu dilempar ke atas lantai. Gelas kaca dicapai lalu diteguk habis air oren di dalamnya.
"Kami akan siasat pasal Suraya. Kalau ada apa-apa info, kami akan sampaikan pada bos." Jelas Azri sebelum beredar dari bilik itu.
Ezra dan Kamarul saling berpandangan sebelum berpaling semula ke arah Anif yang sedang berpeluk tubuh di tempatnya. Tidak pula Anif melarang Azri daripada keluar dari bilik itu. Dia sendiri pun sedang buntu memikirkan keselamatan orang lain di rumah ini.
"Eh, uncle! Uncle Zera mana? Dari pagi Aya cari tau..." Azri berhenti melangkah sebelum berpaling ke arah si pemanggil. Suraya lantas menyambar lengan Azri sebelum menyandarkan kepalanya pada bahu lelaki itu. Azri tidak menghalang. Dia cuba senyum walau jiwanya sedang galau memikirkan banyak hal.
"Uncle ada dekat bilik bawah. Ada kerja sikit kena settlekan. Aya dah makan?" Suraya menggangguk sambil tersenyum manis pada Azri.
"Uncle...hmm...boleh tak nanti, uncle belikan Aya kek red velvet? Aya teringinlah..." Azri menggangguk perlahan lalu mengelus kepala Suraya.
"Boleh. Petang nanti uncle belikan." Suraya membalas senyuman Azri.
"Uncle okay?" Azri terpegun sejenak.
"O...okay. Uncle okay." Bohongnya.
"Betul?" Wajah Azri ditatap lama.
"Betul. Uncle okay..." Suraya menggangguk lagi. Tapi, raut wajah Azri jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
"Aya...dekat sini rupanya." Entah bila masa Piah berdiri di situ. Azri dan Suraya menoleh ke arah Piah yang sedang tercungap-cungap mencari nafas.
"Apa dia Kak Piah?" Suraya melepaskan lengan Azri sebelum menghampiri Piah yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Tak...Akak nak mintak tolong sikit dekat Aya. Boleh tak bersihkan bilik Tuan Anif? Akak kena pergi pasar ni. Barang basah ada yang tak cukup. Nanti meletup pula Tuan tu kalau tak cukup lauk waktu makan..." Jelasnya, dengan kalut.
"Oh. Boleh. Nanti Aya bersihkan ya." Piah tersenyum lega. Nasib Suraya sudi membantunya. Nak mengharapkan dia seorang menguruskan semua kerja di rumah sebesar alam ini, memang jenuhlah jawabnya.
"Terima kasih tolong akak. Akak minta diri dulu. Bye..." Piah terus melangkah ke arah muka pintu sebelum masuk dalam sebuah teksi yang baru sahaja tiba di halaman rumah.
"Okaylah uncle. Aya nak bersihkan bilik Uncle Anif dulu. Jangan lupa pesan Aya tau..." Azri menggangguk faham.
"Aya..." Suraya berpaling menghadap Azri.
"Hati-hati." Dahi Suraya berkerut mendengarnya. Kurang faham dengan maksud Azri. Namun, dia tidak punya masa untuk bertanya lanjut. Jadi, dia anggukkan sahaja sebelum berlalu pergi dari situ.
"Mak aii, bersepahnya bilik! Memang tak reti kemas bilik ke Uncle Anif ni?" Sambil berleter, Suraya memulakan tugasnya dengan mengutip puntung-puntung rokok yang bertaburan di atas meja Anif. Tidak terkira bilangan puntung rokoknya. Entah berapa banyak rokok yang Anif sedut dalam sehari. Fikir Suraya.
Debu-debu di atas meja dilap dengan tisu basah. Beberapa botol arak yang sudah kosong dimasukkan ke dalam tong sampah. Cadar lama dikutip lalu dimasukkan ke dalam bakul untuk dibasuh sebentar lagi. Dia menuju ke arah almari di sudut bilik lalu mengeluarkan sehelai cadar bersih dan selimut tebal.
Cadar diganti lalu dirapikan supaya kelihatan kemas. Vakum dihala ke sudut bilik yang penuh dengan habuk dan kotoran.
"Kotor betul bilik dia ni. Rupa je handsome...tapi pengotor." Gumamnya sendiri sambil mengemop lantai bilik itu.
"Nak kutuk orang pun, tengok kiri kanan dulu. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar." Suraya terkedu sejenak. Tidak dia sangka bahawa selama ini Anif sedang mendengar segala kutukannya terhadap lelaki itu.
Dia memusingkan badan menghadap Anif yang kini sedang berdiri tegak di samping almari pakaian. Hanya lilitan tuala menutup bawah badan lelaki itu.
Suraya menelan liur. Tiba-tiba berasa seram melihat Anif tanpa baju. Cepat-cepat dia menutup matanya sebelum berpusing menghadap dinding di belakang.
"Macam mana kau boleh ada dalam bilik aku? Mana Piah?" Soalnya dengan kasar. Suraya menggigit bibir bawah.
"Err...Kak Piah ke pasar. Beli barang basah." Jawabnya perlahan.
"Berapa kali dia nak beli barang basah dalam sebulan?" Suraya membisu. Ketika itu, Anif mencapai sehelai t-shirt dari dalam almari sebelum menyarungkannya ke tubuh.
"Aku ada benda nak tanya dekat kau." Jantung Suraya bagai direntap kasar ketika itu. Rasa takut mula menyerbu.
"A...apa dia uncle?"
Bersambung...
Share this novel
tlg sambung lgi..hri² buka kot² ada yg bru
ala sambung lagi.. nk lagi xpuas lg ni,bg la byk² cikit author..pape pn best sgt
nak lagi author