Series
71995
"Pernah." Jawabnya dengan nada yang hampir tidak kedengaran. Mulut tidak lepas dari menguap sejak tadi. Matanya sudah berair.
"Uncle..." Panggil Suraya, perlahan. Lelaki itu tidak bergerak. Sudah tidurkah dia? Suraya menarik nafas panjang. Baru saja dia ingin berbual mesra bersama Anif, tapi lelaki itu sudah tertidur. Keluhan nipis terpacul dari mulutnya tanpa sedar.
"Apa?..." Soal Anif tiba-tiba. Rupanya belum tidur. Suraya lantas membetulkan duduknya. Sementara Anif pula, masih tersandar di atas meja sisi.
"Uncle pernah couple dengan berapa orang?" Berminat ingin tahu. Waktu kecil, dia pernah nampak Anif keluar masuk rumah ini bersama beberapa orang wanita. Tidak dinafikan, kesemua wanita itu sememangnya cantik dan pandai bergaya. Kalah dirinya kalau diletakkan bersebelahan perempuan-perempuan itu. Ibarat kacang tanah dengan biji delima.
"Entah..." Suraya mencebik. Mana nak ingat kalau selalu tukar-tukar pasangan macam salin baju. Minggu ini orang tu, minggu depan orang lain pula.
"Aya ingat lagi, dulu uncle pernah couple dengan Aunty Nita. Dia model kan?" Ya, Suraya masih ingat wajah anggun itu sehingga kini. Wanita bernama Anita itu selalu membelikannya anak patung setiap kali bertandang ke rumah.
Dan dia satu-satunya teman wanita Anif yang tidak pernah menjejakkan kaki sehingga ke dalam bilik tidur lelaki itu. Rasanya dekat setahun mereka berdua menjalinkan hubungan istimewa. Tidak seperti perempuan-perempuan lain yang hanya bertahan setakat beberapa minggu mahupun bulan bersama Anif.
Walau bergelar model terkenal waktu itu, Anita tidak pernah sombong dengan Suraya. Dia juga tahu Suraya hanya menumpang di rumah Anif.
Waktu itu, semua orang ingat Anif akan menikah dengan Anita, tapi entah apa yang berlaku antara mereka berdua, selepas lebih setahun bersama, mereka memilih untuk memutuskan hubungan.
Dahi Anif berkerut. Cuba mengingati wajah di sebalik nama Nita itu.
"You still remember her. Impressive..." Dia tersenyum sinis. Kisah itu sudah lama. Rasanya mungkin bertahun-tahun.
"Ya. Dulu Aya ingat uncle akan kahwin dengan Aunty Nita. Aunty Nita baik sangat." Pujinya sambil tersenyum. Dia suka betul dengan perwatakan Anita yang lemah lembut dan mesra dengan semua orang. Entah di mana wanita itu sekarang. Sudah berkahwin ataupun belum.
"Hmm..." Anif malas meneruskan topik tentang perkara yang sudah lepas. Dia pun sudah lama move on. Begitu juga dengan Anita yang kini sudah bergelar isteri kepada seorang Dato Seri.
"Uncle pun famous dulu-dulu. Couple pun dengan model-model cantik aje." Ujar Suraya tanpa sedar. Betapa kerdilnya dia jika dibandingkan dengan bekas teman-teman wanita Anif.
"Sekarang pun famous jugak. Cuma, aku je yang dah tak layan diaorang semua. They are not my taste anymore." Suraya mengherot bibir, jelas tidak percaya.
"Tak payah tengok aku macam tu. Dahlah, aku nak tidur." Anif terus berpaling lalu melangkah ke arah sofa panjang yang terletak di hujung bilik. Sofa mewah berbentuk huruf L itu ditepuk dua kali sebelum dia melabuhkan punggung di atasnya.
Dahulu, bilik itu dipanggil sebagai bilik tetamu, namun sejak dari hari dia membeli rumah ini sehinggalah sekarang, tidak pernah ada lagi tetamu yang bermalam di sana. Termasuklah kedua ibu dan bapanya.
Dan kini, bilik luas serba mewah ini menjadi kamar beradu Anif dan Suraya. Sengaja Anif memilih bilik itu daripada bilik-bilik yang lain, kerana lebih luas dan dia tidak perlu berkongsi tilam dengan Suraya. Di sini sudah tersedia sebuah sofa panjang yang jauh lebih selesa berbanding katil. Dia boleh tidur di situ, sementara Suraya boleh berehat di atas katil.
Mereka boleh sahaja tidur di bilik lama masing-masing, cuma Anif bimbang konco-konco Johan akan ambil kesempatan itu untuk mendekati Suraya. Insiden lama masih dia ingat sampai sekarang. Lalai sekejap, pasti Johan akan ambil kesempatan. Lelaki itu pantang dapat peluang, pasti nak tebar jala. Dasar muka seposen!
Anif mencapai bantal dan menghempasnya perlahan di atas sofa panjang itu sebelum baring mengiring membelakangi katil. Gaya orang yang konon dah tutup topik padahal masih banyak benda tak terjawab.
"Uncle nak tidur? Tapi, Aya ada banyak soalan nak tanya ni..." Sebutnya perlahan. Risau mengundang kemarahan Anif.
Tiada respon. Suraya menggigit bibir. Belakang Anif dijeling geram. Rambut lelaki itu masih sedikit lembap, baju yang tersarung pada tubuh sudah lama ditanggalkannya.
Bahu luas yang terbentuk sempurna dan menggiurkan itu menjadi tatapan percuma Suraya. Tapi dia tak hairan pun. Pemandangan itu sudah biasa dia tengok sejak dari kecil. Dah bosan dan jemu.
"Uncle?” Panggilnya lagi. Kali ini dia menguatkan nada suara.
Anif mendengus. “Apa lagi?”
“Soalan saya tadi...”
“Aku dah jawab.” Katanya dengan malas.
“Okay...” Suraya terdiam. Dia sedar, dia tidak berhak memaksa secara berlebihan kerana terang-terang dari awal dia dibela di rumah itu, Anif sedikitpun tidak menyukainya. Dan, sesi perbualan antara mereka sebentar tadi berlaku secara spontan, bukan kerana Anif berminat nak tahu tentang Suraya.
Keadaan kembali sunyi selama dua saat.
“Suraya..." suara Anif rendah, lesu. “Aku kahwin dengan kau bukan untuk sesi soal jawab setiap malam. Tadi, aku kata, nak soal satu benda je dekat kau. Tapi sekarang ni, kau tanya macam-macam. And soalan-soalan tu semua takde kaitan langsung dengan kau." Semburnya.
“Sorry..." Suara Suraya langsung kendur. Kecil hati dengan layanan Anif.
Anif ketawa kecil. Kemudian, senyap semula.
Suraya angkat kening. “Uncle ketawa ke?”
“Angin.”
“Angin pakai suara manusia?”
Anif bangun sedikit, lalu menyandar sikunya pada bahu sofa. “Kau memang suka cari pasal sebelum tidur ke?”
Suraya berdehem kecil sebelum bersuara. “Aya cuma nak hubungan kita jadi rapat dan mesra, bukan macam dulu."
Anif senyum senget.
“Kau sekadar isteri atas kertas. Jadi, tiada kepentingan untuk kita rapatkan hubungan ni.” Dug! Suraya ketap bibir. Tubir matanya mula bertakung dengan air mata. Sampainya hati Anif berkata seperti itu pada dia. Bibirnya sudah tercebik-cebik, menahan tangis yang semakin mendesak.
Keadaan kembali senyap. Anif baring semula di tempatnya. Mata ditutup rapat. Dia penat.
“Baiklah..." Sayup-sayup suara itu menyapa telinga. Mata Anif terbuka semula. Mungkinkah ayat itu telah mengguris perasaan Suraya? Kalau iyapun, apa dia peduli. Dia tak pernah ada apa-apa perasaan istimewa langsung pada gadis itu. Dan, Suraya juga patut faham tentangnya.
Antara mereka tidak akan pernah ada apa-apa hubungan istimewa selain gelaran sah sebagai suami isteri atas kertas sahaja.
Anif menarik kembali selimut yang sudah terdampar di bahu sofa, menutupi sebahagian tubuhnya. Dia betul-betul perlukan tidur kerana ada misi penting awal pagi esok. Suraya pula tidak dapat lelapkan mata. Jiwanya tidak tenteram. Apakah bakal berlaku antara mereka berdua selepas Anif berjaya tumpaskan Johan? Suraya sedia tahu bahawa dia akan diceraikan, tapi, dia juga tidak mahu memegang status janda di usia cukup muda begini.
bersambung...
New one
Share this novel
nk lg plss .
thanks update .