Bab 1

Short Story Series 56792

Suara tangisan dan raungan Suraya kedengaran sehingga ke dalam bilik mesyuarat. Beberapa orang staf serta pelabur dari luar negara memandang ke arah Anif dengan tatapan tidak enak.

Suasana bising itu benar-benar menganggu perbincangan mereka. Hampir sejam mereka memaksa diri untuk bersabar, namun lama-kelamaan tahap kesabaran mereka makin menipis. Lantas, Anif memusingkan kerusinya ke belakang, lalu menjeling Ezra dengan geram. Budak seorang tu pun tak reti nak handle!

"Dia nak duduk dengan bos. Kami dah pujuk dia tapi masih..." Ujar Ezra dengan perlahan. Dia mula bimbang dengan reaksi Anif. Pasti dia bakal menerima hukuman berat selepas ini.

"Sudah! Memang tak boleh diharap langsung korang dua ni! Bawak budak tu datang sini!" Bentaknya tiba-tiba. Hampir saja staf-staf dan pelabur di situ mati terkena serangan jantung kerana amukan Anif. Lelaki itu tiba-tiba saja menghentak kuat permukaan meja mesyuarat sehingga masing-masing terkejut. Ada yang termelatah dan ada juga yang mengurut dada agar kekal bertenang. Dahlah rata-ratanya sudah mencapai usia senja. Tinggal waktu sahaja dijemput Ilahi.

"Uncle..." Terjengul kepala si kecil itu dari muka pintu. Tersengih-sengih memandang ke arah Anif yang sedang menahan amarah. Dia perlu kekal profesional di hadapan para pelabur. Namun, dia bimbang, dia akan hilang sabar akibat kerenah Suraya.

Tidak ada walau setitik pun rasa sayang pada kanak-kanak kecil tersebut. Sudah hampir dua tahun, Suraya Hana tinggal bersama mereka. Suraya? Nama itu dipilih oleh Ezra manakala Hana pula pilihan Azri. Kedua anak buahnya betul-betul menyayangi budak itu sehingga sanggup dimarahi, dicemuh dan diherdik oleh Anif hampir setiap hari.

Suraya kini, sudah berusia 7 tahun tapi masih belum dimasukkan ke mana-mana sekolah. Nak masukkan macam mana? Surat beranak pun mereka tiada. Mana ada sekolah mahu terimanya masuk! Anif pun lepas tangan. Malas dia mahu mengambil tahu tentang budak itu.

Dia terpaksa jaga budak itu pun kerana Azri dan Ezra. Apa yang paling menyebalkan sekeping hati Anif adalah saat kedua ibu bapanya merajuk sehingga tidak mahu bertegur dengan Anif lagi.

Mereka beranggapan bahawa Suraya ialah hasil anak luar nikah Anif. Seteruk-teruk perangainya, Anif tidak pernah lagi menyentuh apatah meniduri mana-mana perempuan demi melampiaskan nafsu serakahnya. Tuduhan ibu dan bapanya benar-benar keterlaluan. Nasib baik Azri dan Ezra menjelaskan perkara sebenar. Baru orang-orang tua itu berubah fikiran.

"Apasal kau duk melalak dekat luar tu? Nak kena penampar ke?" Lentingnya sambil mengetap gigi dengan geram. Makin diberi muka, makin menjadi-jadi perangai degilnya. Ini semua gara-gara Ezra dan Azri. Lelaki-lelaki itu terlalu memanjakan Suraya sehingga budak itu hilang rasa takut terhadap Anif. Mengamuklah macam mana sekalipun, Suraya pasti tidak akan takut. Malah, dia akan mengetawakan Anif.

"Ish, bos! Apa marah dia macam tu. Sedih dia nanti." Celah Azri. Pantang dia mendengar atau melihat Suraya dimarahi atau dibuli oleh mana-mana orang. Anif mencerlung tajam ke arah Azri sebagai amaran sebelum menarik sebuah kerusi kerja yang masih kosong disebelahnya.

"Sini, duduk dekat kerusi!" Arahnya lalu menarik semula fail perjanjian yang perlu diserahkan kepada pihak pelabur.

"Your daughter?" Soal pelabur dari Amerika kepada Anif. Anif terus menggelengkan kepalanya sebelum tersenyum nipis ke arah wanita itu.

"Then?" Tanya pelabur dari China pula. Dia tertanya-tanya tentang status Anif dan budak kecil itu. Nak kata anak dengan bapa, takde rupa langsung!

"Its just...err." Anif berfikir lama sebelum terdiam. Entah, dia sendiri tidak tahu mahu memberi jawapan apa kepada mereka semua.

"Don't say its your future sugar baby..." Ujar salah seorang pelabur dari England sebelum tertawa. Ezra dan Azri sudah mengepal erat buku lima masing-masing. Tajam anak mata mencerlung ke arah lelaki itu. Tunggu masa nak layangkan penumbuk pada wajah bongkaknya. Kurang ajar!

Sementara Anif, tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia tiada kaitan dengan budak itu, jadi, buang masa saja dia membelanya.

"We will have our next meeting on Monday, next week." Ucap Anif sebelum berdiri, lalu berjabat tangan dengan pelabur-pelabur di situ. Selang beberapa minit, bilik mesyuarat menjadi sunyi tanpa suara-suara manusia.

"Uncle..." Rengek Suraya lalu memegang lengan Anif.

"Kau nak apa lagi Suraya?" Naik seoktaf nada suaranya.

"Aya nak sekolah boleh? Uncle Ezra dengan Uncle Azri cakap, kalau nak pandai, Aya kena pergi sekolah." Balasnya sambil meramas jemarinya.

"Kau nak buat apa pergi sekolah? Tak payah! Duduk je di rumah. Tengok TV." Lantas, Anif berdiri sebelum menolak kerusinya ke bawah meja.

"Alah, uncle. Bolehlah...Aya janji, Aya tak nakal." Rayunya. Mata si kecil itu mula berkaca. Anif langsung tidak melayannya, malah dia terus meluru keluar dari bilik mesyuarat.

"Uncle..." Suraya menoleh ke arah Ezra dan Azri yang sudah masam mencuka. Mereka terasa dengan layanan Anif pada Suraya. Anak kecil itu tidak bersalah.

"Takpe, nanti Uncle Ezra discuss balik dengan Uncle Anif ya?..." Ezra mengukir senyuman manis pada Suraya. Kanak-kanak itu mengangguk faham sebelum membalas senyuman itu dengan ceria.

"Kesian aku tengok Suraya tu...Dia nak sangat pergi sekolah Ezra..." Kata Azri. Mereka dalam perjalanan ke rumah Anif. Ezra tidak membalas, sebaliknya menumpukan perhatian pada pemanduan.

"Kita kena buat sesuatulah Ezra. Suraya tu dah 7 tahun tau...Nak taknak, dia kena juga belajar. Ilmu tu penting. Lagi-lagi, dia tu perempuan. Esok lusa, kalau kita dua ni dah takde, boleh dia jaga diri. Nak harapkan bos kita tu, sampai kiamat pun dia tak akan membantu." Naik darahnya mengenangkan cara layanan Anif selama ini pada Suraya. Sentiasa dingin dan ada kalanya, kanak-kanak itu diherdik tanpa hati perut.

"Aku cuba cari jalan. Kalau bos kita nak tolong, lagi mudah kerja kita. Kita takde surat beranak Aya. Itu aje masalahnya sekarang ni...Taska pun dia tak masuk. Nak ke sekolah terima dia?" Kini, giliran Azri pula terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Ezra. Satu-satunya individu yang boleh membantu mereka ialah Anif. Lelaki itu mempunyai pengaruh yang kuat. Tapi, mustahil dia mahu menolong Suraya mendapatkan tempat di mana-mana sekolah.

"Kita kena buat something ni Ezra..." Kedua lelaki itu saling berbalas pandangan sebelum menganggukkan kepala. Mereka perlu merangka strategi agar Anif sudi menghantar Suraya ke sekolah.

Azri menoleh ke tempat duduk penumpang di belakang. Lantas, bibirnya mengukir senyuman tipis kala melihat Suraya yang sedang tertidur pulas sambil memeluk anak patung beruangnya. Comel...

"Ezra...nanti kan, kalau ada lelaki yang suka dekat Aya...Mampu ke kita serahkan Aya dekat lelaki tu?" Soal Azri dengan sebak. Air mata ditahan supaya tidak jatuh ke pipi.

"Kita kenalah bagi jugak Ri...Takkan nak simpan Aya selamanya dekat dalam banglo tu. Sekarang ni takpelah, bos kita tu belum kahwin. Cuba kalau dia dah ada isteri esok. Mesti bini dia bising Si Aya ni duduk dengan diaorang." Dia juga sedang menahan debaran. Andai kata, satu hari nanti, ada lelaki yang mahu mengahwini Suraya, pasti dia akan berfikir dua tiga kali sebelum menyerahkannya kepada lelaki itu. Mereka terlalu menyayangi Suraya.

"Kalau macam tu, kita kena make sure, bos kita kekal single sampai Aya jadi dewasa." Ezra menekan brek tiba-tiba. Terkejut mendengar kata-kata Azri.

"Kau ni dah kenapa Ezra?! Aya ada dekat belakang tu kan...Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?" Marahnya sambil memeriksa keadaan Suraya di belakang. Anak kecil itu masih lena dibuai mimpi.

"Kau gila ke Azri? Mana mungkin kita dapat halang bos daripada berkahwin? Its too impossible lah!" Marah Ezra. Yang bukan-bukan aje Si Azri ni...

"Kita kenalah berganding bahu Ezra. Kita kena rancang dari sekarang. Naknyer esok bos kita tu ada girlfriend, ada kau fikir pasal masa depan Aya? Aya tu ada kita je Ezra." Ezra terdiam serta merta.

Kalau ada kesalahan tatabahasa or kesalahan ejaan ...halalkan ya.. Selamat Hari Raya semuaaaaaaa! Dari yg paling terawal, Casssssss ♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience