Bum! Bum! Bum! Bergema bunyi tembakan di setiap pelusuk gudang lama itu sehingga menghasilkan satu gegaran yang kuat di sekeliling mereka.
Jasad yang tidak bernyawa bergelimpangan di satu sudut sementara di sudut yang lain pula, beberapa orang lelaki sedang gigih melepaskan tembakan ke arah sekumpulan manusia yang berpakaian serba hitam. Wajah sengaja ditutup dengan topeng muka demi menyukarkan pihak lawan untuk mengecam rupa asli mereka.
"Shit! Keluar! Keluar sekarang!" Laungnya sebelum yang lain turut ikut berlari meninggalkan kawasan itu. Anif tersenyum sinis melihat pihak lawannya lintang pukang melarikan diri.
Pengecut! Lidah ditolak merapat ke sisi pipi sebelum tawanya meletus. Anak-anak buahnya yang lain saling berpandangan sebelum menunduk hormat pada lelaki itu. Peluh yang menitik ke dahi dan membasahi seluruh wajah mereka tidak diendahkan. Keadaan seperti itu sudah biasa bagi mereka yang bergelar mafia.
"Musnahkan tempat ni! Aku taknak ada bau bangsat-bangsat tu! Loya!" Arah Anif sebelum melangkah menuruni satu persatu anak tangga ke tingkat paling bawah. Sempat dia meludah pada salah satu jasad yang sudah tidak bernyawa di atas lantai. Senyuman sinis masih terukir pada bibirnya. Cowards! Beria mahu melawan aku, tapi tutup muka. Memang dasar pengecut! Macamlah aku tak kenal siapa disebalik topeng tu...
Tiba-tiba, senyumannya mati. Langkahnya turut terhenti sebelum bola matanya meliar memerhati sekeliling gudang terbiar itu dengan hairan. Lama dia memasang telinga sebelum meluru masuk ke dalam sebuah bilik kosong di tepi tangga. Dia terpana melihat isi di dalam bilik itu.
Lama Anif menatap kanak-kanak kecil yang sedang meraung dalam dakapan seorang lelaki yang sudah terbaring kaku di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah. Tangisan kanak-kanak itu malah semakin kuat sehingga membuatkan Anif menekup erat kedua belah telinganya dengan geram. Bisinglah budak ni!
"Bisinglah kau ni! Diam!" Herdiknya. Namun, itu tidak membantu sama sekali. Budak itu malah menguatkan pekikannya sebelum meronta memukul tangan yang terlingkar pada tubuh kecilnya. Nampak sekali yang dia tidak berasa selesa dan takut dengan persekitaran itu.
"Alamak. Okay, okay. Shus...sorry, sorry! Aku salah." Anif cuba memujuk. Namun, si kecil itu masih tidak mahu menutup mulutnya. Anif sudah menggeleng kepala. Dia mula hilang sabar.
"Eh, kau ni karang! Kan aku dah kata, aku tak marah dah. Shut up!" Marahnya sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Dan, tangisan kanak-kanak itu terhenti. Bibir kecil itu mencebik ke arah Anif. Mungkin takut dengan tatapan lelaki itu yang mengerunkan.
"Ezra!" Jerit Anif tiba-tiba. Seorang jejaka berbadan tegap dan tinggi lampai menghampiri Anif sebelum menunduk hormat pada lelaki itu.
"Settlekan budak ni." Pesannya sebelum keluar dari bilik tersebut. Ezra memandang lama wajah si kecil itu sebelum menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kurang setuju dengan arahan majikannya. Dia terus mengangkat tubuh kecil itu sebelum membawanya keluar bersama.
"Err, bos? Bos?!" Panggilnya dengan nada yang perlahan. Anif menoleh sekilas ke arah Ezra sebelum menjongketkan keningnya ke atas. Pandangannya tertumpu pada anak-anak buahnya yang sedang menuangkan minyak tanah di sekitar gudang tersebut.
"Betul ke bos nak saya, err...do you want me to..." Teragak-agak dia mahu bertanya. Takut akan dimarahi oleh Anif.
"Kau bawa dia keluar sudahlah. Buang je dekat mana-mana." Cantasnya dengan dingin. Namun, Ezra masih tidak berganjak dari situ.
"Kau tercegat lagi dekat sini buat apa?!" Bentaknya dengan geram. Mencerlung anak matanya menikam wajah pucat Ezra. Lambat-lambat, Ezra membuka mulutnya.
"Tapi bos... Bapa budak ni mati sebabkan kita. Diaorang tawanan Johan, tapi, waktu kita menembak rambang ke kawasan ini..." Dia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Kepala Ezra tertunduk kecewa. Nasib bapa kepada kanak-kanak ini melindunginya daripada terkena peluru. Kalau tidak...
"Habis tu, kau nak aku buat apa?! Bagi susu badan dekat budak ni?!" Tengkingnya lagi. Dia menjeling sekilas ke arah budak comel itu. Amboi, gedik! Tercebik-cebik macam tu, ingat aku nak kesian? Kutuk Anif sebelum mengalihkan pandangannya semula pada Ezra.
"Kita bela lah bos. Dalam 20 tahun lagi, mungkin boleh jadi anak buah kita. Kita boleh latih dia dari sekarang." Cadang Ezra. Lama Anif berdiam diri, sebelum mengangguk setuju. Ada benarnya juga. Bela sampai dia besar, selepas itu jadikan dia sebagai bodyguard aku. Dia tersenyum lebar. Jimatlah sikit kos nak cari anak buah lain nanti.
"Bagus kau ni Ezra. Makin hari, makin bergeliga otak kau. Aku suka..." Pujinya sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu. Ezra tertunduk malu sambil menayangkan senyuman bangga. First time, majikannya memuji. Siapa tak suka oi!
"Sudah! Bawa budak ni keluar!" Ezra mengangguk faham sebelum mendukung bayi itu lalu keluar dari gudang berkenaan. Dari jauh, kedengaran suara tangisan kanak-kanak itu. Mungkin takut dengan rupa Ezra yang jauh lebih besar dari dirinya.
Air arak dalam gelas diteguk rakus sebelum puntung rokok yang sudah separuh pendek itu dicampakkan ke atas lantai. Pandailah orang gajinya bersihkan esok. Tangan semakin sibuk menuangkan arak ke dalam gelas yang sudah kosong. Lalu beberapa butir ketulan ais turut dimasukkan ke dalam air itu.
"Bos! Bos!" Ezra dan seorang lagi anak buahnya berlari menghampiri Anif. Anif menjeling sebal ke arah dua lelaki itu sebelum kembali meneguk air arak tersebut dengan penuh berselera.
"Apa?!" Bentaknya seperti biasa. Aku baru nak bersenang-lenang. Ada aje benda yang tidak kena dengan budak dua ekor ni. Rungutnya dalam hati.
"Bos, budak kecil tu, budak kecil tu...bukan baby boy, tapi baby girl!" Jawab Ezra sambil melirik sekilas wajah pucat kawan di sebelahnya. Habislah mereka berdua malam ini. Pasti kena hukuman berat.
"What the?! Macam mana korang tahu dia tu bukan baby boy, tapi baby girl?!" Soal Anif sambil mengetap giginya. Air dalam gelas terus diletakkan di atas meja. Hilang terus seleranya.
"Kami sedar waktu nak tukar pampers budak tu." Jawab Ezra sebelum tertunduk ketakutan. Tatapan tajam Anif benar-benar menggerunkan mereka berdua.
"Bodoh! Then, nak buat apa bela budak tu? She can't even protect me!" Herdik Anif dengan lantang. Dia betul-betul geram dengan Ezra dan Azri. Tidak boleh diharap langsung dua ekor ini.
"Kami...kami mana tahu bos. Dah bapak budak tu pakaikan baju baby boy." Balas Azri sebelum menyiku lengan Ezra di sebelah. Supportlah aku wei...
"Iya...ya. Betul tu bos." Tergagap-gagap Ezra menjawab. Selalu nak kenakan aku! Matanya turut ikut terpejam sewaktu menjawabnya. Bimbang akan menjadi mangsa amukan Anif.
"Sudah! Sekarang ni, kita nak buat apa dengan budak perempuan tu?" Rambutnya diraup kasar ke belakang. Pening kepalanya ketika itu.
"Err, kita bela jelah bos. Biar dia besar sikit, lepas tu kita fikir nak buat apa dengan dia." Cadang Azri pula.
"Pala hotak kau! Nak aku bela free-free aje budak kecik tu? Dah besar esok, kahwinkan dia dengan mana-mana jantan! Aku bukannya pemilik rumah kebajikan!" Tengkingnya lagi. Apa punya idealah Si Azri ni beri. Apa guna dia membela, beri makan dan menjaga kanak-kanak itu, jika pada akhirnya, dia tidak akan mendapat apa-apa pulangan mahupun faedah?
"Kalau kita tak bunuh bapa dia, mesti budak ni masih ada keluarga. Saya dah cari details pasal budak tu, tapi, nampaknya, dia dah tiada siapa-siapa lagi dekat dunia ni. Mak dia dah lama tinggalkan bapa dia. Selama ni, bapa dia yang jaga. Tapi, Si Johan ni pergi culik diaorang sebab tak bayar hutang." Jelas Ezra. Tubir matanya mula basah. Sekejam-kejamnya, dia tidak sampai hati mahu menyakiti kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Anif memejam erat matanya sebelum melepaskan keluhan. Terasa berat kedua belah bahunya. Seperti sedang memikul satu beban yang sungguh berat. Dahinya yang berdenyut-denyut dipicit.
"So, kau nak aku buat apa sekarang ni? Jadi bapa angkat pada budak tu?" Soalnya dengan tegas. Ezra dan Azri menganggukkan kepala masing-masing.
"What?!" Tidak percaya. Sungguh dia tidak percaya, akan menjadi seorang bapa angkat pada seorang budak di usia 23 tahun. Aku kahwin pun belum lagi, dah kena jaga budak! Mana nak letak muka ni nanti? Pasti dia akan diketawakan oleh ahli-ahli mafia yang lain. Haih...
Ezra dan Azri saling berbalas senyuman lega sebelum menoleh ke arah bilik yang menempatkan si kecil itu. Nampaknya, tugas mereka akan bertambah selepas ini. Tapi, tidak apa, selagi nyawa masih dikandung badan, mereka akan cuba menjaga dan membesarkan satu-satunya puteri dalam kumpulan kongsi gelap mereka dengan baik. Tak sabar nak jadi uncle hot and sexy!
New story! akan diupdate selang seli dengan Disini Ku menanti. So, stay tuned tauuuuuu...
Share this novel