Bab 19

Short Story Series 56792

"Kau tengah fikirkan apa tu Aya? Jauh betul termenungnya..." Azara lantas mengambil tempat di sebelah Suraya. Air kotak milik Suraya diambil lalu disedut sikit isinya. Makanan kepunyaan kawan, kepunyaan diri sendiri juga. Tidak perlu meminta izin pun.

"Takde fikir apa pun. Saja nak release tension." Azara terkekek mendengar jawapan Suraya.

"Amboi, release tension ya?... macam orang dewasa dah ayat kau tu...kau tension sebab apa?" Sikitpun dia tidak mengambil kisah tentang cemberut Suraya. Biasalah, dah nama pun kawan sejak kecil. Tiada istilah terasa hati mahupun merajuk antara mereka.

"Pasal apa lagi..." Suraya mengeluh pendek.

"Uncle Anif kau tu ke? Kenapa dengan dia? Kali ni dia buat apa dekat kau?" Bertubi-tubi soalan Azara ajukan kepada Suraya.

"Dia tak buat apa. Cuma, cara dia layan aku, bergaul dengan aku, lain sangat. Tak sama macam uncle-uncle yang lain. Uncle Anif tu, dia terlalu garang dengan aku. Kadang tu, kasar." Balasnya dengan kecewa. Air kotak dalam tangan Azara dirampas lalu disedut sisanya sehingga habis.

"Alah, bagus apa jadi garang..." Suraya terus menarik muka ketat. Wajah bersahaja Azara dijeling tajam.

"Bagus tu memanglah bagus! Tapi, dia macam tak suka aku je...macam tak sudi aku tinggal dekat rumah dia." Azara terdiam sejenak. Bukan sehari dua dia kenal dengan Suraya.

Hampir berbelas tahun juga mereka menjadi sahabat baik. Jadi, dia tahu segalanya tentang Suraya. Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu mahu memujuk bagaimana lagi jika hal itu berkait dengan Anif. Azara sendiripun tidak berapa suka dengan perangai Anif yang bongkak dan sombong. Pernah sekali, Azara dihalau keluar dari rumah kerana dianggap ingin menceroboh.

"Kau ni...janganlah fikir benda yang bukan-bukan. Next week, kita dah start PT3." Itu sajalah modal yang ada. Tiada diksi lain yang dapat dia fikirkan untuk memujuk rakannya. Janji Suraya tidak memikirkan tentang hal itu lagi.

"Yay! Aya! Aya! Sinilah!" Beberapa orang pelajar di situ memandang hairan ke arah Azara yang terloncat-loncat kegirangan bersama sehelai kertas di tangannya.

"Ya...ya. Jap." Suraya segera menghampiri Azara sebelum kedua gadis itu saling berpelukan dengan erat.

"Macam mana result kau? Aku straight A wei! Rasa macam tak percaya." Kata Azara dengan teruja. Tidak sabar pula rasanya nak tunjukkan keputusan itu kepada Junaidah. Pasti wanita itu akan berasa sangat gembira.

"Samalah! Aku pun straight A jugak! Tak sabar nak bagitahu dekat uncle-uncle aku." Gadis-gadis itu berpelukan lagi sekali tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang terhala ke arah mereka berdua.

"Bos, bos nak ke mana tu?" Anif menghentikan langkahnya sebelum menoleh ke arah Ezra. Juadah di atas meja makan pada malam itu dilirik sekilas.

Anak-anak buahnya mengerumuni keliling meja makan. Ada yang memegang kotak yang berbalut cantik. Ada juga yang sibuk bercerita sambil bergelak ketawa. Dan, ada juga yang sibuk menyusun hidangan di atas meja agar kelihatan lebih kemas.

Dari jauh, Suraya dan Azri melangkah masuk ke ruang makan bersama dulang di tangan masing-masing. Sepertinya, mereka bakal meraikan sesuatu.

"Nak keluar kejap. Kenapa?" Balas Anif dengan dingin. Telefon bimbit di tangan menjadi tumpuan. Sedikitpun dia tidak beralih ke arah Suraya yang sedang berdiri di sebelah.

"Ni, Aya dapat straight A dalam PT3. Kitaorang nak celebrate...jomlah join sekali bos." Kali ini, Kamil pula bersuara. Ezra dan Azri berpandangan sejenak. Masing-masing dapat mengagak jawapan yang bakal diberikan oleh Anif. Kalau sudah bersiap segak malam-malam macam ni, ke mana lagi dia mahu pergi jika bukan untuk bertemu dengan teman wanita terbaharunya.

"Takpelah. Aku ada hal." Anif langsung meluru keluar dari rumah. Kelihatan begitu tergesa-gesa di mata mereka semua. Suraya hanya mampu melepaskan keluhan kecewa seperti biasa. Tapi, rasanya lebih baik kalau Anif tidak menyertai mereka semua. Dapatlah mereka meluangkan masa dengan tenang.

"Nizam, awak boleh tak jadi serius sikit? Saya dah banyak kali ingatkan pada awak, yang saya ni tak suka couple-couple ni semua." Cerlungan tajam daripada Suraya sedikitpun tidak menggentarkan Nizam. Sebaliknya, jejaka itu tersenyum sinis di hadapan Suraya.

"Alah, Su...you dengan I dah sixteen kut, apa yang nak ditunggukan lagi?" Suraya menepis kasar sentuhan Nizam pada bahunya.

"Saya kenal awak pun tidak Nizam. Awak tu, pelajar baru dekat sekolah ni." Suraya berundur beberapa tapak ke belakang. Menjaga jarak antara mereka. Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi perangai Nizam.

"Kita couple jelah dulu. Nanti, saya perkenalkan diri." Suraya mengepal penumbuknya. Geram dengan sikap degil jejaka itu.

"Taknak!"

~~~~~

Selepas 2 Minggu.

"Eh, apa ni Nizam? Lepaslah! Lepaskan saya! Tolong! Tolong!" Beg silang yang tergantung pada bahunya terlucut ke tanah.

Tudung bawal Suraya direntap kasar sehingga mendedahkan anak tudungnya. Gadis itu hampir rebah ke atas tanah yang masih lembap. Nasib, dia sempat berpaut pada tiang pondok rehat di sebelah.

"Diam! Jangan sampai aku lempang muka kau!" Tubuh yang separa menggigil di antara ketakutan dan kesejukan malam itu diheret kasar ke arah sebuah kereta Mercedes yang terparkir tidak jauh dari kawasan mereka.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni Nizam? Lepaskan saya. Tolong lepaskan saya!" Suraya cuba meronta, namun gagal kerana tenaga Nizam menandingi tenaganya. Tubuh Suraya dicempung sebelum ditolak masuk ke tempat duduk belakang.

"Woi!" Serta merta pergerakan Nizam terhenti. Dia segera berpusing ke belakang.

"Aduh, menyemak jelah! Wei pakcik, apa masalah kau hah?! Tepi! Tepi! Aku nak lalu." Tanpa mengendahkan renungan tajam daripada gerangan itu, Nizam teruskan melangkah ke arah tempat duduk pemandu.

"Lepaskan dia." Arahan itu menaikkan amarahnya.

"Lepaskan dia? Dia siapa?" Soalnya dengan angkuh. Ikutkan hati, mahu saja dia membelasah lelaki yang sedang menganggu urusannya itu. Suraya pula mengetuk-ngetuk tingkap kereta supaya dilepaskan. Air matanya makin lebat kala menyedari kehadiran Anif di situ.

"Uncle Anif, tolong Aya!" Separuh menjerit dia mengujarkan sebaris ayat itu dari dalam kereta. Berharap agar Anif tidak pergi meninggalkannya.

"Aku ni, banyak benda lagi kena settle. Takde masa nak hadap budak hingusan macam kau. Lepaskan dia." Masih bereaksi tenang, Anif sekali lagi memberikan amaran. Sekadar menguruskan budak hingusan seperti Nizam, bukan satu masalah baginya.

"Puih! Bangsat! Kau siapa nak arah-arah aku?!" Nizam mara ke hadapan sebelum melayangkan tangannya ke atas.

"Arghh, Nizam!" Suraya menutup rapat kelopak matanya kala penumbuk Nizam menghala tepat ke wajah Anif.

"Arghh!!!" Bergema suara jeritan Nizam, memecahkan kesunyian di kawasan itu. Suraya terkedu melihat keadaan di hadapannya.

"Budak macam kau ni, aku lepuk sikit pun dah menggelupur. Tapi, ada hati nak kacau anak dara orang." Kepala Nizam ditunjal sekuat hati sehingga jejaka itu jatuh terjelepok di atas tanah. Raungan Nizam semakin kuat kala Anif menendang isi perutnya sehingga tubuhnya terpelanting jauh ke belakang.

"Siapa suruh kau balik lewat malam macam ni?! Siapa bagi kebenaran pada kau?!" Anif melepaskan rasa geramnya pada Suraya.

"Uncle...uncle Azri. Aya pergi..." Belum sempat Suraya memberi penjelasannya, Anif mencelah.

"Dah, dah! Macam-macam alasan kau nak bagi! Ni kalau aku takde, kena ratah free je kau tu tau?! Beringatlah sikit, kau tu perempuan! Jangan..."

"Ya...ya! Saya tahu saya ni perempuan. Uncle tu tak payahlah nak ulang benda yang sama berulang kali. Stres tahu tak? Cara uncle cakap tu, macam Aya sengaja tarik perhatian lelaki pada Aya! Aya bukan gila seks!" Sudah lama dia menahan, cuba bersabar. Tapi, kesabaran itu kian menipis kerana leteran Anif yang tidak berhenti sejak tadi. Naik sakit telinganya mendengar pengulangan ayat yang sama daripada Anif.

"Melawan kau sekarang ni ya?!" Anif menoleh ke sebelah. Suraya buat-buat tidak dengar.

"Sekarang ni, kita nak balik ke tak? Kalau tak, biar Aya naik teksi atau grab je...daripada hadap bebelan uncle..." Pintu kereta dibuka.

"Duduk diam-diam!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience