Bab 18

Short Story Series 56792

"Itulah, hairan jugak. Macam mana kau boleh terlepas ni Piah? Apa kau gunakan pertolongan kuasa ghaib untuk larikan diri daripada tuan?" Soal Kamil.

Kesemua mereka kelihatan terkejut dengan kemunculan Piah ke bilik bawah tanah. Ingatkan, perempuan itu bakal diberikan pengajaran yang berat oleh Anif, tapi rupanya tidak. Elok saja Si Piah ni terpacak bagai tiang elektrik di hadapan mereka semua. Tadi bukan main kuat lagi Si Anif tu menyalak di atas. Rupa-rupanya, bos mereka tidak segagah mana. Boleh kalah dengan tangisan seorang perempuan. Lemah!

"Banyaklah kau punya kuasa ghaib! Aku selamat pun, disebabkan bantuan daripada Ezra dan Azri. Kalau tiada mereka berdua tadi, entah apa jadi dengan aku. Entah-entah sudah pecah dara dikerjakan oleh bos kauorang tu tau!" Bentak Piah. Nasib tangannya sedang terikat, kalau tidak, tahulah nasib lelaki-lelaki bermulut becok itu semua.

"Seriuslah kau Piah?! Bos...bos hampir rogol kau ke?!" Ada yang terbuntang mata, ada yang terbeliak dan ada juga yang terlopong tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh wanita itu.

Alan memandang Piah atas bawah sebelum mengerutkan dahinya. Betulkah apa yang disampaikan oleh perempuan ini? Berselerakah lelaki sesempurna Anif terhadap wanita seperti Piah? Bukan apa, Piah ini, walaupun agak montel, tetap putih gebu. Cantiklah juga. Cuma, tidak mereka sangka 'taste' majikan mereka sekadar seperti ini sahaja.

"Apa pandang aku macam tu? Apa kauorang ingat, perempuan seperti aku ini tak laku?! Tidak ada yang mahu? Hello, sekali petik jari, sepuluh datang beratur tau..." Alan langsung tercengang. Perasan sungguh minah ni.

"Bu...bukan macam tu Piah. Kami cuma terkejut aje dengan apa yang disampaikan kau tu...Dulu kan, bos kita tu, couple dengan model sambilan dari Singapore. Apa kes dengan perempuan tu?" Kamil cuba mengubah topik. Tidak menanglah mereka sekiranya bertikam lidah dengan Si Piah, ratu perdebatan.

"Manalah aku tahu. Perempuan tu pun hilang macam perempuan-perempuan yang lain. Itu yang aku hairan tu..." Masing-masing tersentak mendengar bunyi dari muka pintu. Seakan ada seseorang yang cuba membuka daun pintu bilik tersebut dari luar. Adakah itu Anif? Piah mula cemas.

Cepat-cepat dia bersembunyi di belakang Suraya. Takut diterkam oleh Si Anif lagi. Suraya menelan liurnya kala tombol pintu dipulas. Perlahan pintu itu ditolak dari luar. Hampir terjerit kesemua yang berada di situ kala Azri melangkah masuk ke dalam bersama gugusan kunci. Azri turut terkaku melihat sorotan orang-orang di situ terhadapnya.

"Ya Allah, hampir terkucil aku di sini Azri! Apa kau tak reti memberi salam? Kau Islam ke bukan?!" Marah Kamil. Tidak lama selepas itu, Ezra menyusul masuk bersama peti pertolongan cemas. Dia juga berasa hairan dengan keadaan di bilik bawah tanah yang agak senyap daripada biasa.

"Kauorang ni dah kenapa tengok kitaorang macam tu?" Soal Ezra sebelum meletakkan peti pertolongan cemas itu di atas meja. Azri menghampiri Piah lalu wanita itu ditarik menuju ke arah kerusi.

"Duduk dulu. Aku nak cuba bukakan lock rantai besi ni..." Piah terus melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah kerusi yang terdapat di dalam bilik itu sambil memerhati Azri yang sedang bertungkus lumus membuka 'lock' pada rantai besi yang melilit pada pergelangan tangannya.

Selang beberapa minit, rantai besi itu berjaya ditanggalkan. Pergelangan tangan Piah yang sedikit lebam itu disapu ubat pula oleh Azri.

"Kitaorang dah nasihatkan bos. Jadi, lepas ni, kau tak perlu risau dah. Buat je kerja macam biasa. Bos tak akan ganggu kau dah." Ujar Ezra sambil memasukkan semula botol ubat ke dalam peti pertolongan cemas.

Setelah lama berfikir, akhirnya Piah mengangguk faham. Tapi, dia masih trauma dengan kejadian tadi. Mungkin, buat masa ini, dia akan lebih berhati-hati dengan Anif. Lelaki itu, sungguh liar.

"Terima kasihlah Ezra, Azri. Kalau takde kauorang tadi, entah apa jadi dengan aku..." Meleleh-leleh air matanya. Suraya segera menghampiri Piah lalu mengusap lembut bahu wanita itu. Dia juga berasa kasihan terhadap Piah. Entah apalah yang merasuk Anif sehingga dia sanggup mengambil keputusan sedemikian.

"Takde hal lah Piah. Kau pergilah masuk bilik dulu. Rehat. Hari ni, kau cuti. Aya, bawa Kakak Piah naik ke atas ya..." Pesan Azri sebelum mengambil tempat di sebelah Piah.

"Okay uncle. Jom Kak Piah, Aya hantar ke bilik..." Piah dan Suraya keluar beriringan dari bilik itu. Lengan Piah diraih Suraya ketika mereka sampai di anak tangga. Masing-masing bimbang akan terserempak dengan Anif sewaktu naik ke tingkat atas nanti.

"It's okay Kak Piah. Aya ada. Apa-apa nanti, Aya boleh tolong. Jom..." Dengan lafaz bismillah, mereka berdua melangkah naik ke tingkat atas.

"Kak Piah rehat dulu ya. Aya pun nak mandi. Nanti Aya hantarkan dinner ke bilik akak." Piah mengangguk faham sebelum menutup rapat daun pintu biliknya dari dalam.

"Haih, macam-macam hal..."

"Tercegat dekat tengah jalan ni dah kenapa?!"

"Mak!!!..." Laju kepala berpaling ke belakang mencari gerangan yang menyergahnya secara tiba-tiba. Hampir saja dia jatuh tergolek di atas tangga angkara manusia tersebut.

"Eh, uncle Anif?!" Suraya menelan air liur. Takut-takut dia menentang renungan Anif yang agak menggerunkan terhadapnya. Entah mengapa, setiap kali mereka bertembung, Anif pasti akan menatapnya dengan tajam, seolah-olah, dia sudah melakukan satu kesalahan yang besar.

"Dah tak faham bahasa Melayu ke?" Soal Anif dengan sinis. Berdesing telinga Suraya ketika itu. Ei, ada yang kena pelangkung ni karang!

"Err...erm, saya...saya nak naik ke bilik." Jawabnya dengan gugup.

"Nak naik ke bilik, naik sajalah! Yang tercegat dekat tengah jalan ni pasal apa?!" Suraya memejam erat kelopak mata kala Anif melanggar bahunya dengan kasar sebelum naik ke tingkat atas. Hampir-hampir tangisannya meledak disitu. Tapi, nak nangis pun, macam tiada fungsi. Dia sudah terbiasa dengan sikap Anif yang terkadang, mengguris hatinya.

"Aya, belum masuk ke dalam bilik lagi ke?" Entah dari mana Kamil muncul. Suraya tersengih hambar sebelum menggelengkan kepala. Matanya masih merah.

"Dah, dah...Dia memang macam tu. Aya gi naik ya...rehat." Suraya mengangguk perlahan sebelum melangkah lemah ke tingkat atas.

Share this novel

Sal
2024-06-28 01:47:36 

xsbr rasanya nk tnggu part anif jatuh hati ngn suraya..ke memang anif dgn suraya xakn ada apa² hubungan istimewa ni sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience