"Ajar sikit anak angkat kau tu! Biadab!" Sembur Anif sebaik sahaja wajah Azri muncul di muka pintu. Terkebil-kebil jadinya Si Azri diherdik sebegitu. Dia tidak tahu apa-apa. Dengan wajah kosong, dia mengalihkan mata ke arah Suraya di sebelah.
Sejurus menghamburkan amarah, Anif bergegas naik ke tingkat atas tanpa mengendahkan Azri yang masih lagi terpinga-pinga memerhatikannya dan Suraya silih berganti.
"Kenapa Uncle Anif tiba-tiba marah kamu ni?" Soal Azri dengan pelik sambil mengekori langkah Suraya dari belakang. Gadis itu terdiam sejenak sebelum membuka mulutnya.
"Tadi, waktu Aya nak call grab, tiba-tiba Aya kena tarik dengan orang dari belakang. Orang tu, Nizam, budak sekolah Aya yang baru pindah tu." Balas Suraya dengan tenang. Tapi, tidak bagi Azri yang sudah mengepal buku limanya dengan kuat.
"Budak hingusan tu?! Yang jalan macam terberak dalam seluar tu?!" Ton suara Azri berubah mendadak, membuatkan Suraya menjadi takut. Azri lebih gerun berbanding Anif dan Ezra jika dia marah.
"Ya...Lepastu, Nizam tarik Aya masuk dalam kereta. Belum sempat dia start enjin, Uncle Anif muncul tiba-tiba dekat situ. Apa lagi, kena belasahlah Si Nizam tu..." Tambah Suraya. Lengan Azri lantas diraihnya lalu kepala langsung disandarkan pada bahu lelaki berkenaan.
"Kejap lagi, uncle settlekan budak bangang tu!" Amuk Azri. Cepat-cepat Suraya menarik lengan Azri daripada bertindak di luar kawalan. Lagipun, dia yakin, selepas ini, Nizam tidak akan mengganggunya lagi setelah dibelasah teruk oleh Anif.
Entah-entah, dia lari pindah sekolah lagi. Nizam merupakan pelajar bermasalah yang dibuang dari sekolah lama. Jadi, dengan menggunakan kuasa dan pengaruh bapanya, dia dapat masuk ke sekolah harian biasa serta mendapat tempat di kelas yang sama dengan Suraya. Sejak Nizam pindah ke sana, habis kucar-kacir jadinya sekolah mereka.
"Tak payahlah uncle. Kan Uncle Anif dah settlekan. Aya yakin, lepas ni, mamat tu takkan kacau Aya lagi." Pujuk Suraya dengan lembut. Naik turun dada Azri menyedut nafas. Masih tidak puas hati dengan Nizam. Berani-beraninya dia menyentuh anak aku!
"Kalau dia ganggu Aya lagi, lekas-lekas inform dekat uncle. Start esok, uncle hantar Kamil untuk perhatikan budak tu dari jauh. Kamu pergi naik atas, bersihkan diri dan turun makan." Pesan Azri sebelum mengelus lembut ubun-ubun Suraya yang terlindung di sebalik tudung.
"Okay uncle. Aya naik dulu ya..." Sejurus memberikan salam, Suraya naik ke tingkat kedua. Beg silangnya dilemparkan ke atas katil sebelum dia mencapai kain tuala yang tergantung di sebelah rak buku. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik air. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi pancuran air dari dalam.
"Alah, lupa nak beli syampu tadi..." Botol syampu yang sudah kosong itu digoncang beberapa kali. Keluhan panjang dilepaskan sebelum dia membungkus rambut basahnya dengan sehelai tuala kecil. Tubuh pula dililitkan dengan kain tuala yang lain sebelum dia keluar dari bilik air.
Seusai menyapukan pelembap ke wajah, Suraya menuangkan sedikit cecair losyen ke atas tapak tangan untuk disapu pada kawasan lehernya.
"Eh..." Pergerakannya terhenti kala tersedar dengan kesan luka kecil yang terdapat pada daerah tengkuknya. Parut itu diperhati lama, cuba mengorek kotak ingatan, dari mana dia mendapat luka tersebut.
"Ni mesti kerja Si Nizam tu...Ish!" Kawasan luka itu digosok kuat dengan rasa jijik. Entah bila masa budak itu mencalar lehernya sehingga berbekas sebegini. Nasib baik lukanya tidak dalam.
Selesai menunaikan solat, telekung serta sejadah yang digunakan dilipat rapi sebelum disimpan semula di tempat asalnya. Suraya bersandar di kepala katil. Tidak dia sangka, Nizam akan bertindak sejauh itu hanya kerana cintanya ditolak.
Ketika itu, Suraya teringat semula pertolongan Anif yang secara tiba-tiba muncul di situ. Tanpa sedar, bibirnya menyungging senyuman tipis. Jujur kata, hatinya bergetar apabila mengenangkan semula cara Anif membelasah Nizam tadi. Terserlah sifat kelelakiannya. Ini kalau ada perempuan lain tengok, pasti akan terjatuh hati pada Anif.
"Haih, kalau bukan dia tu uncle aku, dah lama aku mengorat..." Bisik Suraya sebelum menarik bantal peluknya ke dada.
Tok! Tok! Tok!
"Aya...Aya dah solat ke? Turun makan jom. Semua dah tunggu di meja makan tu..." Suara Ezra mengejutkan Suraya dari lena. Sambil menggosok kelopak mata yang masih berat, Suraya menggagahkan diri untuk bangun lalu berjalan ke arah rak tudung.
"Assalammualaikum..." Ucapnya sebaik sahaja tiba di meja makan. Ada beberapa orang anak buah Anif termasuk Ezra dan Azri di situ. Anif pun ada sekali.
Terus berbahang satu wajahnya. Lekas-lekas Suraya menundukkan kepala sebelum mengambil tempat di sebelah Azri. Muncul tompokan merah di kedua belah pipi. Entah mengapa, Anif kelihatan begitu kacak pada malam itu berbanding malam-malam yang lain. Jantung Suraya berdegup kencang tanpa rentak setiap kali dia melirik ke arah Anif.
"Banyak kau masak hari ni Azri. Ada apa-apa ke?" Arghh, dengar suara pun dah cair. Suraya menekup dadanya yang sedang bergendang kuat.
"Takde apa pun. Saja masak banyak hari ni." Anif terangguk-angguk sebelum mencedokkan nasi ke pinggannya, diikuti dengan lauk-pauk yang terhidang di atas meja.
"Kenapa makan sikit je ni Aya? Tak sedap ke uncle masak hari ni?" Azri memandang hairan wajah Suraya yang agak merah padam.
"Ah? Err...Aya...Aya kenyang lagi. Tadi dah makan dengan kawan-kawan." Bohong Suraya sebelum mengalihkan semula matanya ke arah pinggan. Nasi putih yang masih belum terusik itu dikuis-kuisnya tanpa sebab.
Sesekali, ekor mata menjeling Anif yang kelihatan sibuk mengunyah makanan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Makan dengan gelojoh pun, tetap kelihatan tampan. Ya Allah, siapalah bakal jadi suri hati uncle aku ni... Bisik Suraya sambil menongkat dagunya pada meja makan tanpa menyedari Azri yang sedang memerhatikan kelakuannya.
"Aya, kamu okay tak ni?" Habis lenyap angan-angannya tadi kerana teguran Azri. Laju-laju Suraya mencubit sedikit isi ayam goreng di pinggannya sebelum memasukkan ke dalam mulut.
Perbuatannya masih lagi diperhati oleh Azri. Naik hairan dengan perangai Suraya pada malam itu. Mungkin masih trauma dengan insiden tadi. Dia sudah mengingatkan kepada beberapa orang rakannya untuk sentiasa memerhatikan gerak geri Nizam. Habis sahaja SPM, tahulah nasib budak tu nanti. Mana mungkin dia membiarkan lelaki yang sudah menganggu Suraya begitu sahaja. Akan dia balas cukup-cukup nanti.
Author Note:
Hi semua, maaf sangat2 sbb update lambat. Banyak hal kena settle utk beberapa minggu ni sampai tkde mood nak mengarang. Nanti kita update lagi ya...huhu
Share this novel
lagi
lagi