Anif sedang berbincang mengenai pelaburan syarikat perkapalan milik Dato Azlan bersama beberapa orang klien dari luar negara di ruang tamu rumahnya. Dia malas mengadakan mesyuarat itu di pejabat jadi, dia mengajak pelabur-pelabur itu untuk datang terus ke rumah.
Perbincangan mereka pada kali ini lebih bersifat sempoi dan kasual berbanding tahun-tahun lepas. Sebenarnya, ini salah satu cara Anif menarik minat pelabur-pelabur asing untuk terus melabur di syarikat mereka.
"Alright Mr. Anif. If there's anything to be discuss yet, we will reach out to you later. And thank you, for your assistance on our previous project." Ucap lelaki warga Australia itu sebelum menghulurkan tangannya kepada Anif. Kedua lelaki itu saling berjabat tangan sebelum Anif, selaku tuan rumah, menjemput mereka untuk makan tengah hari di rumahnya.
"Piah! Buatkan saya kopi. Lebihkan gula." Arah Anif sebaik selepas melabuhkan punggung di atas sofa. Pelabur-pelabur itu sudah pulang. Dapatlah dia berehat sebentar. Hujung-hujung minggu pun ada mesyuarat. Timbunan fail di atas meja dipandang sinis.
"Aku berjaya dapatkan semua projek milik kau, Johan. Nak main sangat dengan aku kan? Serve you right!" Tawa kecil meletus sebelum dia menyandarkan kepala pada dada sofa.
"Baik tuan." Piah, orang gajinya menyahut dari dapur. Selang beberapa minit, wanita kelahiran Indonesia itu muncul bersama secawan kopi panas. Cawan tersebut terus diletakkan di atas meja.
"Ini kopinya tuan." Anif lantas membuka mata sebelum membetulkan posisi duduk. Terlena di tanpa sedar. Kepala diangguk kepada Piah.
"Kalau takde apa-apa, saya ke belakang dulu ya, tuan." Dulang kosong diangkat lalu dibawa bersama ke dapur.
"Err, Piah?" Langkah wanita itu terhenti serta merta. Dia berpatah balik kepada Anif.
"Ya, tuan?" Soalnya sambil menundukkan kepala. Walau sudah berkhidmat hampir 18 tahun di banglo Anif, namun dia tetap berasa gerun setiap kali berhadapan dengan lelaki itu.
"Mana Suraya?" Dia mengerling sekilas ke arah jam yang tergantung pada dinding rumahnya sebelum mengalihkan semula mata ke atas Piah yang sedang berdiri tegak di hadapan.
"Suraya belum pulang dari sekolah, tuan. Rasanya dia ada kelas tambahan." Balas Piah, ragu-ragu. Jawapan itu mengundang kecurigaan Anif.
"Ada kelas tambahan? Kelas tambahan apa hujung minggu macam ni? Bukan sekolah cuti ke?" Nadanya naik seoktaf. Piah terkedu mendengarnya. Wajah bengis Anif tidak berani ditatap.
"Sa...saya tak tahu tuan. Selalunya, Suraya ada kelas tambahan." Takut-takut dia menjawab. Janganlah majikannya mengamuk. Jenuh nak menghadapnya nanti. Sejujurnya, dia tidak tahu keberadaan Suraya. Piah jarang mengambil tahu tentang gadis yang dijadikan sebagai anak angkat di dalam keluarga Azlan. Bukan apa, rasanya tidak perlu dia menyibuk dalam hal orang. Tapi, dia sentiasa melayan Suraya dengan baik.
"Takpe. Kamu pergi sambung kerja." Piah mengangguk perlahan sebelum berlari masuk ke dalam dapur. Tidak sanggup berada dekat dengan lelaki itu lama-lama. Dada diurut perlahan, menghilangkan debaran.
Suraya keluar dari kereta Azim sebelum melambai ke arah lelaki itu. Seusai kereta itu meluncur pergi dari perkarangan rumah, dia berpusing lalu menghayunkan langkah ke muka pintu. Kedudukan beg silang dibetulkan. Kasut Nike ditanggalkan lalu disusun di atas rak yang tersedia di sebelah pintu masuk.
Suraya meluru masuk ke dalam tanpa menyedari kewujudan Anif di ruang tamu. Lelaki itu sedang memerhatikan setiap tindak-tanduknya sejak tadi.
"Kau dari mana?!" Hampir saja jantung berhenti berdegup angkara suara yang menyergahnya secara tiba-tiba dari belakang. Automatik tubuh Suraya berpusing 180°, lalu menghadap Anif yang sedang berpeluk tubuh di atas sofa sambil tersenyum sinis ke arahnya. Langsung beku pergerakan gadis itu sehingga menjadi patung bernyawa di hadapan Anif.
"Pekak dah? Tak dengar soalan aku? Do I need to repeat it back?" Suraya menggelengkan kepala. Jemari meramas hujung baju t-shirt yang tersarung pada tubuh. Rasa gementar cuba dibuang jauh.
"A...Aya pergi kedai dengan Uncle Azim." Jawabnya tergagap-gagap. Begitu kuat aura Anif sehinggakan lidahnya ingkar arahan daripada tuan badan untuk mengeluarkan suara.
"Kedai mana kau pergi? Baru nampak batang hidung dekat rumah?!" Tengking Anif tiba-tiba. Terhenjut kedua belah bahu Suraya saat itu. Yang tiba-tiba nak mengamuk ni kenapa?
"Kedai runcit. Aya, ada nak beli barang sikit. Itu yang lambat." Jelasnya sambil merenung beg plastik yang sedang dijinjitnya.
"Kau beli apa?" Anif menurunkan mata, melihat plastik yang berada dalam genggaman Suraya. Tiba-tiba, dia bangun dari tempat duduknya, sebelum melangkah ke arah Suraya.
"Ah? Sa...saya beli...err...saya..." Teragak-agak untuk menjawab. Pada masa yang sama rasa gementar kala lelaki tinggi lampai itu berdiri betul-betul di hadapannya.
"Beli apa?! Siap bungkus dengan surat khabar lagi." Soalnya dengan keras. Dia membongkokkan badan, menyamai paras ketinggian Suraya.
"Saya, beli pad. Saya period." Sepi menyelubungi mereka berdua. Keduanya tidak bersuara selepas itu. Merona merah pipi Anif menahan malu. Dia terus mengangkat tubuhnya lalu berdiri tegak.
Dia berdehem sekali. Merasa canggung berada berhampiran gadis itu. Suraya juga tertunduk malu. Jemari dikepal erat.
"Pergi masuk bilik." Arahnya sebelum terkocoh-kocoh keluar rumah.
"Ish, apa punya gilalah pergi tanya soalan macam tu!" Marahnya kepada kebodohan sendiri. Tidak pernah dia merasa semalu ini sepanjang hidupnya.
"Ish, suka sangat paksa orang! Tak suka, tak suka!" Bungkusan plastik itu terus dibaling ke atas katil sebelum dia memanjat naik katil itu. Kedua belah tangan menumbuk kasar permukaan tilam. Geram dan malu kerana insiden tadi.
"Bos!" Kamil menghampiri Anif yang sepertinya nampak terganggu.
"Benda?!" Anif memejam rapat matanya. Kamil dengar ke perbualannya bersama Suraya tadi?
"Kenapa bos nampak stres? Ada musuh ganggu kubu kita ke?" Soal Kamil dengan polos.
"Takde apa." Jawabnya dingin sebelum meluru masuk ke dalam rumah. Kamil hanya memerhati dengan hairan. Apa kena dengan lelaki itu? Bad mood tiba-tiba...
Pad yang siap dibersihkan dimasukkan ke dalam tong sampah kecil di bawah singki. Suraya keluar dari bilik airnya sebelum melabuhkan punggung di meja belajar. Fikirannya dikuasai oleh kejadian pada petang lalu.
"Ya Allah, malunya..." Rungutnya lagi. Kalau orang yang menyoal itu Ezra mahupun Azri, dia tidak akan berasa terganggu seperti ini. Dia tidak rapat dengan Anif sama sekali! Mereka jarang berbual dan bertegur sapa.
"Aya, mari makan. Uncle dah siapkan dinner." Azri muncul di muka pintu. Apron tersarung kemas pada tubuhnya. Wajah kendur Suraya dipandang pelik.
"Uncle, boleh tak kalau Aya nak makan dalam bilik je hari ni? Aya senggugut." Tipunya. Azri lantas menganggukkan kepala.
"Patutlah nampak stres semacam je. Okay, kejap ya. Uncle hantar makanan ke bilik." Ujarnya sebelum menutup daun pintu dari luar. Suraya melepaskan nafas lega. Nasib baik uncle percaya.
"Tak sanggup aku makan semeja dengan Uncle Anif. Malu..." Dia menutup wajahnya dengan tapak tangan.
Share this novel