Series
71995
"Engkau biar betul?!" Rahangnya hampir jatuh selepas menerima berita itu. Sukar dia nak percaya kata-kata Budi. Lelaki muda di hadapannya dikerling tajam. Tidak mungkin lelaki seperti Anif sanggup menikah dengan perempuan sebegitu. Mustahil!
"Be...betul bos. Kenapa saya nak tipu. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Memang budak tu ada hubungan sejenis dengan kawan dia." Ujarnya penuh yakin. Tidak mungkin dia salah tengok. Dah terang-terang, gadis-gadis itu berada berdua-duaan di dalam bilik, sementara salah seorang daripada mereka berpakaian separuh bogel. Selisih malaikat 44, semoga sifat tercela itu tidak menimpa keturunannya. Budi menggeliat kegelian.
"Mungkin diaorang nak buat OOTD." Sangkal Johan yang masih tidak percaya.
"Ish, OOTD apa tengah-tengah malam bos? Dengan pakai baju tak cukup kain macam tu..." Tambah Budi lagi.
"Haih, apalah nasib kau Anif. Dahlah kahwin lambat, dapat bini pulak macam tu..." Ujar Johan dengan sinis. Sudut bibirnya naik sedikit. Geli hati dengan nasib yang menimpa musuhnya.
"Inilah masanya kita nak kenakan dia balik bos." Tambah Budi lagi. Sekadar mengeruhkan keadaan. Johan tersenyum lebar. Akan dia gunakan kekurangan yang satu ini untuk memerangkap Anif.
"Ya, betul. Tapi bila Zara jenguk ke koridor, langsung tiada sesiapa di situ." Jelas Suraya kepada Azri. Lelaki itu menggaru kepala sebelum memandang Anif yang masih membisu. Masakan terdengar suara jeritan tapi tiada orangnya di situ?
"Mustahil ada yang terlepas masuk daripada pengawasan budak-budak dekat luar." Ujar Anif sebelum menyalakan pemetik api. Hujung rokoknya dinyalakan sebelum asap disedut perlahan. Rakaman CCTV sudah dia arahkan anak-anak buahnya periksa.
Dalam keadaan sebegini, dia tidak boleh bertindak melulu. Segala tindakan memerlukan bukti.
"Bos." Hisyam menghampiri mereka dengan wajah tegang.
"Jadi?" Anif meneliti rakaman CCTV yang sedang dipaparkan dari skrin telefon bimbit Hisyam. Dahinya berkerut. Buku lima digenggam sebelum senyuman sinis terukir di bibirnya.
Anif berasa tercabar dengan helah licik Johan yang semakin melampau. Mereka sudah berani menjejakkan kaki ke kediamannya berulang kali. Nampaknya, rasa gentar terhadap Anif kian hilang.
Anif mengetap gigi. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menyerbu markas persembunyian Johan ketika itu juga. Namun, strategi teratur perlu dirangka agar perancangan tidak kecundang di tengah jalan.
"So, it's him...again." Dia bingkas bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Azara yang kelihatan terpinga-pinga. Gadis itu telan liur apabila wajah Anif hampir bertemu hujung hidungnya.
"Kau terhendap-hendap depan rumah aku tengah-tengah malam untuk apa? Cakap!" Herdiknya dengan lantang. Mata Azara langsung terpejam rapat, gerun dengan suara keras itu. Suraya pula kaku, tidak berani mencelah.
"Dia cari Aya, bos." Sampuk Azri, cuba meredakan suasana. Dia yakin Azara tiada kaitan dengan perkara ini.
"Cari dia tengah-tengah malam? Kenapa perlu menghendap, sedangkan sebelum ni elok je terjah masuk dalam rumah orang tanpa salam?" Soalnya lagi. Nada tegasnya membuatkan semua membisu.
"Be...betul, uncle. Zara memang cari Aya. Aya yang minta dia datang ke rumah sebab ada hal penting yang perlu kami bincang." Terang Suraya sambil menarik nafas panjang. Dia harus selamatkan Azara daripada amukan Anif.
"Bincang? Bincang apa malam-malam? Kenapa bukan pagi esok?" Azara dan Suraya saling berpandangan. Senyuman kekok terukir di wajah Suraya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum melangkah perlahan menghampiri Anif. Tubuh dijinjit sedikit agar bibirnya mencecah paras telinga lelaki itu. Tangan sengaja dihadang, agar tiada yang dapat membaca mahupun mendengar bisikannya nanti.
Seketika kemudian, wajah Anif berubah merah menyala hingga ke cuping telinga. Darah terasa menyerbu ke seluruh tubuhnya. Hampir sahaja dia rebah jika tidak segera berpaut pada bahu kerusi. Pandangannya beralih silih ganti antara dua gadis itu.
Suraya mengangguk apabila mendapati Anif masih ragu-ragu. Yang lain hanya memerhati tanpa berani masuk campur, meskipun tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dibisikkan Suraya sehingga lelaki itu bereaksi sedemikian rupa.
"Sudah! Kau dan Suraya boleh keluar. Sekarang!" Halaunya sebelum terduduk lemah di atas kerusi tadi. Peluh merenik ke dahi sebelum meluas ke seluruh wajahnya. Cepat-cepat dia kesat peluh dengan hujung jari. Pandangan curiga anak-anak buahnya langsung tidak diendah. Hati sendiri sedang gundah gulana.
"Apa yang kau bisik dekat Uncle Anif tadi, Aya?" Tanya Azara sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari bilik itu.
Suraya mengangkat sebelah keningnya, sebelum menghadiahkan senyuman penuh misteri kepada Azara.
"Ish, tak payah nak sengih sangat! Cepat beritahu apa yang kau bisik kat telinga Uncle Anif sampai dia suruh kita keluar dari situ?" Asak Azara lagi. Bahu teman baiknya itu digoncang. Sebal dengan kebisuannya.
"Kita masuk bilik aku dulu." Azara lantas menggeleng kepala.
"No way! Aku tak nak mamat entah siapa-siapa tu menghendap balik kita macam tadi. Seram siot..." Meremang bulu tengkuknya bila mengenangkan insiden tadi.
"Hurm, kalau macam tu, kita lepak dalam bilik lama akulah. Dekat situ lebih selamat sebab ada bilik Uncle Ezra dan Uncle Azri. Kalau apa-apa, dia orang akan tahu dulu." Kali ini, Azara mengangguk setuju. Gadis-gadis itu beriringan turun ke tingkat bawah. Bilik tidur lama Suraya dituju.
"Cepatlah cakap Aya...Jangan suspens sangat boleh tak!" Adu Azara sebelum mengambil tempat di kerusi belajar Suraya. Bilik itu masih sama. Tiada yang berubah kecuali segala persalinannya telah dipindahkan ke bilik atas.
"Sabarlah..." Suraya lekas menarik kerusi dari meja sisinya sebelum melabuhkan punggung di situ. "Aku bisik...Yang kita ni nak bincang pasal krim besarkan punggung dengan dada. Sebab tu aku suruh kau datang malam-malam." Ternganga luas mulut Azara mendengarnya. Gadis itu tergamam tanpa kata. Reaksi itu mengundang tawa Suraya. Dah itu sahaja jalan yang ada untuk menyelamatkan Azara daripada terus disyaki Anif. Hampir-hampir saja Azara dituduh berkomplot dengan Johan tadi.
"Kau...kau kata kita nak bincang pasal krim besarkan payudara dengan punggung? Tapi...tapi macam mana dia boleh percaya?" Soalan itu dibalas dengan senyuman tipis oleh Suraya.
"Aku cakap, aku nak besarkan aset sebab kecil sangat. Sebab tu dia terdiam seribu bahasa tadi." Azara mengangguk perlahan. Agak terkejut juga dengan akal teman baiknya.
"Pandai kau kan...Tahu macam mana nak senyapkan mulut dia tu." Puji Azara.
"Itu je yang dapat aku fikir waktu tu. Kalau bagi alasan lain, makin banyak pulak soalan dia." Suraya memicit pelipisnya. Segan pula nak bertentang mata dengan Anif selepas ini.
"Takut kejap lagi, dia mai terkam kau Aya!" Kata Azara dengan penuh teruja.
"Banyaklah kau punya terkam. Kau nampak kan dia marah tadi. Siap halau lagi."
"Yeke dia tak suka? Tapi kenapa muka dia tiba-tiba merah? Macam malu je aku tengok..." Suraya menarik nafas dalam.
"Entah. Kalau dia suka, mesti dia tak halau kita tadi." Kali ini, Azara pula terdiam. Susah nak jangka perasaan Anif yang sememangnya beku dan dingin itu.
Sementara itu, Hisyam berdeham kuat bagi menyedarkan Anif dari lamunan. Tiba-tiba sahaja lelaki itu membisu.
"Buatkan kopi. Ekstra kaw." Azri mengangguk perlahan sebelum berlalu dari situ. Yang lain, tidak lepas memandang ke arah Anif yang kembali senyap.
"Bos okay?" Soal Kamil, memecahkan kesunyian.
"Ha? Apa?!" Terkebil-kebil memandang wajah anak-anak buahnya.
"Bos okay tak? Senyap je dari tadi."
"Aku okay. Esok pagi, berkumpul semula di sini."
"Bos dah buat plan ke?"
"Err, dah. Plan besar punya."
"Hah? Plan besar?"
"Bukan. Maksud aku....."
BERSAMBUNG
Share this novel
next sis