"Macam mana? Okay?" Soal Ezra sambil memerhati keadaan sekeliling. Risau ada yang terdengar. Ini adalah rahsia mereka berdua.
"Aku dah settlekan minah tu. Aku yakin, yang dia akan tolak." Balas Azri sambil tersenyum nipis. Bangga dengan kebolehan diri yang satu itu. Bijak mengawal situasi dan memanipulasikan pemikiran orang lain.
"Bagus." Puji Ezra sebelum menarik rapat kerusinya ke arah Azri.
"Tapi, sampai bila kita nak buat benda ni?" Dia sendiri letih. Lagi teruk kalau Anif dapat tahu pasal perkara ini. Mati mereka berdua dikerjakan nanti. Tidak cukup dengan itu, dia risau, Suraya juga akan menjadi mangsa.
"Sampai Aya selamat dalam pangkuan orang yang betul-betul layak jaga dia selepas kita. Sebelum tu, jangan harap aku nak bagi bos kita tu kahwin. No way!" Tekan Azri dengan nada yang keras. Tiba-tiba, Suraya berjalan melintasi mereka bersama beg sekolahnya ke muka pintu. Mereka menghentikan perbualan mereka.
"Aya! Kamu nak ke mana?" Azri bersuara.
"Uncle Zeri, Zara nak datang sini kejap lagi. Kami nak siapkan kerja kursus Sejarah." Jelasnya sebelum menghadiahkan satu senyuman manis kepada Ezra dan Azri.
"Oh...okay. Nak apa-apa tak?" Soal Azri.
"Erm, nak dua gelas coklat panas dan cookies." Pintanya dengan laju. Tidak sabar rasanya nak merasa cookies buatan Azri yang sedap itu.
"Kejap lagi uncle hantar." Sahut Azri. Ezra pula menonong pergi meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Ada kerja yang perlu dia uruskan di kebun belakang rumah.
"Thank you uncle." Suraya lantas berlari keluar menuju ke halaman rumah sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi hiasan bersebelahan kolam ikan.
Azara tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja kursus. Mata asyik meliar mencari keberadaan Ezra. Kan dah kata dulu, hampir dalam setiap bab, akan ada seseorang yang mencari Ezra. Lelaki itu selalu hilang dari radar.
Suraya hanya melihat tingkah Azara yang seperti cacing kepanasan itu. Berkerut dahi mulusnya. Dia berhenti menyalin.
"Kau cari siapa? Dari tadi duk telek-telek dalam rumah?" Dia mula naik angin. Kata nak siapkan kerja tapi benda lain yang dibuatnya. Kan dah membuang masa.
"Err...takde apa. Jom sambung buat kerja." Bohong Azara. Wajah sugulnya dipandang jelek oleh Suraya.
"Nah, air coklat dan cookies." Azri muncul sambil membawa makanan untuk mereka. Dulang berisi dua gelas air coklat panas dan semangkuk penuh cookies itu dihidangkan di atas meja.
"Thank you uncle!" Ucap Suraya dan Azara serentak, dengan teruja.
"Your most welcome. Makan dulu, baru sambung kerja. Uncle masuk dulu, kalau ada apa-apa, panggil je tau." Pesannya sebelum menggosok kepala Suraya. Dia masuk semula ke dalam rumah meninggalkan Azara dan Suraya menikmati makanan mereka.
"Wei, mana uncle kau yang seorang lagi tu?" Soal Azara sambil mengunyah seketul cookies.
"Siapa? Uncle Zera ke?" Suraya meneguk sedikit air coklat panas dalam gelasnya.
"Ha'ah ya...ya. Mana dia? Tak nampak pun." Suraya menarik wajah masam.
"Ada dekat kebun belakang. Tengah buat kerja. Kenapa?"
"Oh, tak. Saja tanya."
"Yelah tu. Ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya tengah crush dengan uncle Zera?" Azara terpaku.
"Ish, kau ni! Mana ada."
"Sebelum perasaan kau pergi lebih dalam, baik kau stop pasang angan-angan tu semua. Jarak umur antara korang dua, jauh sangatlah Zara. Tak sesuai." Ujar Suraya.
"Umur bukan penghalanglah Aya." Azara cuba menyokong.
"Gaya pemikiran kau dengan Uncle Zera tak sama. Kau baru Tingkatan 3, meanwhile he is 38 this year. See the difference? Kalau ikut umur Uncle Zera, dia mesti nak isteri yang mendengar kata, jenis duduk rumah, jadi isteri mithali, jaga anak-anak, masak, kemas rumah, uruskan makan minum dia dan anak-anak. Tak tinggal solat semua. Mengikut umur kita ni pulak, kita lebih cenderung nak pasangan yang boleh bagi apa saja yang kita nak. Belanja makan, bawak pergi jalan-jalan, belikan itu, belikan ini. Lama-lama, akan jadi masalah kalau korang dua tak sependapat. Kau sanggup ke beranak awal lepastu duduk rumah jaga anak?" Naik seoktaf nada suaranya. Susah nak sedarkan orang yang sedang dilamun cinta. Pantas Azara menggelengkan kepalanya.
"Hah, see! Faktor umur kadang boleh jadi penghalang kebahagiaan dalam rumah tangga. Tapi, kalau dua-dua sanggup mengalah dan bertolak ansur...then okay. Tapi, tengok diri kau ni, tak rasa kau nak tolak ansur bagai." Tambah Suraya lagi. Tubir mata Azara sudah berair. Terasa dengan kata-kata Suraya.
"Tapi, aku tengok, ramai je yang okay kahwin dengan pasangan yang jauh lebih tua daripada mereka. Bahagia je..."
"Yes, sebab diaorang pandai uruskan rumah tangga. Kalau suami mengamuk, isteri pujukkan. Kalau isteri mengamuk, suami tenangkan. Kau tu, bukan pujuk, makin cari pasal adalah. Kesian Uncle Ezra aku." Suraya ketawa kecil.
"Ish, sampai hati kau musnahkan angan-angan aku!" Rungutnya dengan kecewa. Muncung bibir ditarik sedepa. Suraya tidak melayan. Dia meneruskan semula menyalin kerja kursusnya. Biarlah Azara merajuk sorang-sorang.
"Aku balik dulu. Jumpa esok." Ujar Azara dengan nada perlahan. Masih dalam fasa rajuknya. Suraya menganggukkan kepala sebelum melambaikan tangan ke arah Azara yang sedang membonceng motosikal bersama ibunya.
"Kami balik dulu ya, Suraya. Jaga diri. Assalammualaikkum." Ucap Junaidah, ibu Azara sebelum menghidupkan enjin motosikalnya.
"Hati-hati Cik Ju. Waalaikummusalam." Balas Suraya sebelum masuk ke dalam rumah.
"Azara dah balik ke?" Soal Ezra yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa.
"Ha'ah baru je balik. Mak dia datang ambil. Kenapa uncle?"
"Takde apa. Tanya je. Kerja kursus dah siap salin ke belum?" Dia menurunkan mata ke arah beberapa helai kertas yang sedang digenggam kemas oleh Suraya.
"Dah. Esok kena sambung kerja kursus Geografi pula." Jawab Suraya sambil tersenyum.
"Okay. Kejap lagi uncle nak keluar, Aya ada nak pesan apa-apa ke?"
"Err, uncle belikan Aya pen dakwat merah dengan pen dakwat hitam boleh?" Ezra mengangguk faham.
"Terima kasih uncle." Dia memeluk erat tubuh Ezra sebelum mengucup pipi kanan lelaki itu.
"Amboi, makin manja anak dara uncle ni. Dah, pergi mandi. Nanti uncle belikan pen kamu." Suraya tersenyum nipis sebelum berlalu dari situ.
Tiba-tiba, bibir Ezra menguntumkan satu senyuman misteri.
"Azara...Azara Syamimi." Merona merah kedua belah pipinya kala menyebut sebaris nama itu. Duhai hati, bersabarlah.
Share this novel