Bab 11

Short Story Series 56792

"Kau termenungkan apa tu Ra?" Azri mengambil tempat di sebelah Ezra yang kelihatan begitu khusyuk membelek sesuatu pada telefon bimbitnya.

Sebaik sahaja mendengar suara Azri di muka pintu, Ezra segera mematikan telefon bimbitnya lalu peranti canggih itu diletakkan di atas meja.

Ekspresi wajah dineutralkan sebaik mungkin agar tidak menimbulkan syak wasangka Azri. Lelaki itu seorang yang sangat teliti dan sukar untuk merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya.

"Takde apa-apa. Saja ambik angin dekat luar. Kerja kau dekat Selangor tu, dah settle ke belum?" Soalnya, cuba menukar topik. Harap-harap saja Azri tidak syak apa-apa.

Tadi, dia terlalu leka 'stalk' gambar-gambar Azara bersama ibunya sehingga tidak perasan dengan kehadiran Azri yang tiba-tiba muncul di situ. Nasib dia pandai mengawal keadaan, kalau tidak, pasti ketangkapan oleh Azri.

"Settled. Benda simple. Tapi, kesian dekat diaorang. Muda-muda dah kena kerah dengan Si Johan tu. Mamat tu memang psycho. Dia pergi rogol adik Timmy sebab budak tu tak nak kerja under dia dah. Setan betul!" Azri mula berang. Buku lima dikepal kuat.

Gadis itu baru sahaja berusia 13 tahun. Ezra tergamam mendengarnya. Macam-macam jenayah yang berlaku di luar tanpa pengetahuan mereka. Dia bersimpati dengan nasib malang yang menimpa gadis itu.

"Memang jantan keparat setan tu!" Nadanya naik seoktaf. Bila membayangkan penderitaan dan kesakitan yang terpaksa dilalui oleh gadis semuda itu, membuatkan Ezra berasa geram dan marah terhadap Johan. Rasa nak belasah sampai lunyai binatang tu!

"Aku pun bengang masa Husin beritahu tadi. Budak tu dekat rumah nenek dia sekarang. Haih, sakit hati aku dengan Si Johan tu. Dengan budak-budak pun nak buat taik!" Rahangnya bergerak kala gigi diketap kuat.

Ingin sahaja dia menamatkan riwayat syaitan bertopengkan manusia itu, namun atas arahan Anif, mereka terpaksa menahan diri dan bersabar buat sementara waktu. Silap buat caturan, musnah kubu mereka nanti.

"Aku risaulah Azri. Kalau Si Johan tu dapat tahu pasal Aya macam mana?" Wajah Azri berubah kelat. Nadanya sedikit bergetar. Bimbang mengenangkan Suraya yang semakin menginjak ke usia remaja.

"Setakat ni, dia tak akan berani kacau kita. Bos akan kasi lunyai jantan tu kalau dia sentuh orang kita. Aku akan pastikan Aya selamat." Ezra menarik nafas lega. Tapi, sampai bila mereka mampu menjaga Suraya? Akan tiba juga satu masa nanti, di mana mereka terpaksa melepaskan Suraya pergi, dan mungkin ketika itu...Dia tidak mampu membayangkannya.

"Erm...Kau dah dinner?" Azri membetulkan posisi duduk. Kepala mendongak memandang wajah Ezra yang sedang menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Dah tadi. Kak Piah masak." Jawabnya sebelum bersandar pada dada kerusi. Tubuhnya terasa lenguh kerana seharian menguruskan gudang milik Anif.

"Aya dah makan?" Ezra mengangguk lagi.

"Dah. Dia suruh aku bawakan makanan ke bilik dia." Ezra mencapai telefon bimbitnya sebelum peranti itu dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia perlu kembali ke gudang semula. Urusannya masih belum selesai di sana.

"Aik, lagi?" Azri menyoal dengan hairan. Dahinya turut sama berkerut.

"Lagi? Maksud kau?" Tanya Ezra, kurang faham.

"Sejak dua menjak ni, Aya selalu suruh aku hantar makanan ke bilik dia. Pelik..." Jelas Azri sambil memandang ke tingkat atas.

"Alah...dia penatlah tu. Kena siapkan kerja kursus lagi. Tak lama lagi dia PT3." Azri mengangguk faham. Mungkin itu sebabnya Suraya sering menolak untuk makan bersama yang lain.

"Mungkinlah. Mana bos kita?" Meliar mata mencari kelibat Anif namun tidak kelihatan di mana-mana.

"Mana lagi...pergi cari calon isterilah tu. Tadi Datin called dia, marah-marah sebab calon lepas tolak pinangan diaorang." Katanya sebelum terkekek geli hati.

"Takpe. Yang baru ni, nanti aku uruskan. Biar dia happy-happy dulu." Ezra menjeling tajam ke arah Azri.

"Dapat tahu nanti, mampus kita Ri..." Marahnya dengan nada yang perlahan. Bimbang didengari oleh sesiapa.

"Itupun, kalau dia dapat tahu. Kau jangan risaulah. Dia takkan tahu punya. Pandai-pandailah aku buat kerja." Ucap Azri penuh yakin. Namun, Ezra sudah menelan air liurnya. Masih tersisa rasa takut terhadap baran Anif sekiranya lelaki itu mendapat tahu tentang perbuatan mereka berdua di belakangnya.

"Zara! Zara! Tunggulah aku. Wei..." Suraya mengejar langkah Azara yang semakin jauh ke depan. Waktu rehat baru sahaja bermula. Oleh itu, keadaan di koridor agak sesak dengan para pelajar.

"Apa dia? Aku nak pergi tandaslah." Balas Azara sedikit kuat. Dia sememangnya ingin ke tandas.

Sejak dari kelas Matematik lagi, dia menahan dirinya daripada terberak dalam seluar. Bukan dia tidak mahu pergi ke tandas lebih awal, sebenarnya, dia gerun untuk membuka mulut ketika kelas Cikgu Ismie. Lelaki itu sering naik bengang sekiranya ada pelajar ingin pergi ke tandas sewaktu dia mengajar.

"Kenapa kau tak duduk sebelah aku dah? Kau marah lagi ke dengan aku?" Nada Suraya berubah sayu. Pagi tadi, Azara tidak duduk di sebelahnya seperti biasa. Malah, dia mengambil tempat di meja kosong di belakang kelas. Menegur Suraya pun tidak. Pasti terasa dengan kata-katanya ketika di rumah tempoh hari.

"Mana ada. Aku...aku cuma, perlukan masa sikit. Esok-esok, aku pindahlah balik duduk sebelah kau." Kata Azara sebelum berlari masuk ke dalam tandas. Perutnya memulas lagi. Makin dia tahan, makin terasa sakitnya. Nyaris terberak dalam seluar. Nanti-nantilah dia 'settlekan' Suraya. Sekarang, dia ada urusan paling mustahak untuk dilakukan.

"Eh, Uncle Zera! Kenapa uncle yang datang hari ni? Pagi tadi, Uncle Zeri kata, dia yang ambik Aya dekat sekolah." Beg sekolah terus dihulurkan kepada Ezra.

"Uncle Zeri kamu ada kerja sikit. Itu yang uncle ambil kamu hari ni." Ezra mengambil beg sekolah Suraya sambil memerhati kawasan sekolah yang kelihatan lenggang.

"Oh...yeke. Okay. Jomlah balik."

"Ah...ya...ya..." Ezra melepaskan keluhan sebelum mengekori langkah Suraya dari belakang. Kereta diparkir tidak jauh dari pagar sekolah.

"Mana kawan kamu?" Akhirnya, terluah juga soalan itu.

"Kawan? Kawan yang mana satu?" Suraya menarik tali pinggang keledar sebelum menoleh sekilas ke arah Ezra di sebelah.

"Zara?" Balas Ezra lambat-lambat.

"Oh...dia dah balik tengah hari tadi." Jawab Suraya dengan perlahan.

"Kenapa balik awal sangat?"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience