Bab 23

Short Story Series 60121

Perlahan Suraya membuka kelopak mata bagi mengintai keadaan di saat tubuhnya terasa seperti sedang terapung di awang-awangan.

Keningnya bercantum. Mengapa belakang badannya masih belum menjejak ke bumi? Bukankah sepatutnya dia sudah pun mendarat di atas tanah sekarang? Bibir bawah digigit.

Sebaik sahaja kelopak ditarik luas, wajah tampan Anif terpampang di depan mata. Suraya terperangah. Hampir sahaja mulut dimasuki lalat kerana menganga begitu luas.

Tubuhnya kaku ibarat tunggul dalam dakapan Anif. Suraya mengerdipkan mata beberapa kali, cuba mengawal rasa bahang yang mula menjalar ke seluruh wajah. Namun, usahanya gagal! Pesona Anif terlalu kuat sehingga dia tidak mampu menggerakkan mata dari terus menghayati kesempurnaan lelaki itu.

Dan, pandangan mereka bertaut untuk kesekian kalinya. Suraya dapat mendengar secara langsung degupan jantung Anif yang begitu tenang. Tatapan yang redup dan dingin tanpa perasaan itu, membuatkan Suraya tidak keruan.

"A...Aya..." Suraya langsung terjaga dari mimpi indahnya. Kelam kabut dia menolak sepasang dada kekar milik Anif dengan tangan kecilnya itu.

BUM!

"Argh!" Azara segera mendapatkan Suraya yang sudah terduduk di atas lantai.

Suraya mengangkat wajahnya sebelum menjeling tajam Anif yang sedang berpeluk tubuh sambil memandang tepat ke arah mereka. Lelaki itu kelihatan tenang.

"Kenapa lepas saya tiba-tiba macam tu?" Soal Suraya dengan kesal. Tidak dia pedulikan Azara yang sedang bertungkus lumus membantunya untuk berdiri.

Anif mengangkat bahu sebelum memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Tetap tidak berganjak walau seinci pun.

"Kau tolak." Jawab Anif, bersahaja. Azara yang mendengar sudah menggeleng kepala. Apa punya manusia lah pakcik ni. Takde perasaan langsung!

Azara memapah tubuh Suraya ke arah meja rehat yang terletak di tepi kolam ikan. Anif masih merenung mereka dari belakang.

"Sakitlah Zara..." Rungut Suraya. Bibirnya mencebik ingin menangis. Azara menggangguk lemah sebelum menolak tubuh rakannya ke atas kerusi. Dia tidak mampu memapahnya lama-lama. Berat bukan main.

"Clean this mess up." Arah Anif sebelum beredar dari situ. Azara dan Suraya saling berpandangan sebelum masing-masing melepaskan keluhan pendek.

"Ish, apa punya perangailah uncle kau tu! Nak je aku tumbuk dia tadi tau..." Azara mengurut lembut pinggang Suraya.

"Biarlah dia...Memang perangai dia macam tu pun dari dulu." Suraya menegakkan belakang badan, membiarkan Azara mengurut pinggangnya yang sedang berdenyut-denyut ibarat diketuk bertubi-bertubi dengan tukul besi.

"Kau okay tak ni? Sakit lagi ke? Nak aku panggilkan Uncle Azri?" Soal Azara sebelum mengambil tempat bertentangan Suraya.

"Tak payahlah. Sikit je ni. Lepas sapu minyak gamat, okaylah nanti." Jawabnya sebelum meringis kecil. Rasa sakit pada daerah pinggulnya semakin kerap.

"Betul ke ni? Macam teruk je sakit kau tu..."

"Ya, betul. Esok okaylah tu." Azara menggangguk faham. Jeda. Masing-masing mula melayan fikiran sendiri.

"Apa?!" Marah Suraya apabila diperhati lama oleh Azara. Seolah-olah, dia sedang menyimpan satu rahsia besar daripada pengetahuannya itu.

"Apa?..." Balas Azara pula. Cuba menutup perbuatannya tadi.

"Apasal tengok aku macam tu? Ada hutang?" Bertambah geram apabila Azara tersenyum nakal ke arahnya.

"Mana ada tengok." Sangkal gadis itu. Senyuman disembunyikan.

"Eh, ingat aku tak nampak ke kau sengih-sengih tadi tu! Apasal sengih macam tu? Jawab sekarang!" Gesanya.

"Man...mana ada. Aku saja je..."

"Ahh, takde, takde. Mengaku cepat." Azara kadang-kadang memang mencabar kesabaran.

"Erm...kau dengan Uncle Anif tu, ada something ke?" Eh?

"Something kepala otak kau! Something apa kalau dia buat bodoh je tengok aku sakit?" Ingin saja dia picit-picit hidung mancung Azara biar penyek.

"Err, manalah tahu kan..." Jawab Azara takut-takut.

"Takde! Takde!" Marah Suraya. Makin bertambah rasa sakitnya kerana Azara.

"Too ignorant? Or might be...arrogant? Now, tell me, who is he?" Tangisan kecil meletus. Sejak malam tubuhnya diseksa semata-mata untuk mengorek rahsia. Sedangkan, dia memang tidak tahu apa-apa. Dia hanyalah orang bawahan yang diupah oleh seseorang yang dia tidak kenal sama sekali. Mereka selalunya berurusan melalui telefon bimbit sahaja. Jadi, dia tidak tahu rupa mahupun status sebenar individu itu.

"I...I was trapped." Keluhan halus keluar dari mulutnya. Jemari menggenggam halus bucu meja di tepi. Satu persatu wajah yang berada di situ diperhati. Cuba meraih simpati.

"Saya terima arahan dari pesanan ringkas sebelum dibekalkan dengan sepucuk pistol. Saya tak tahu rupa mahupun apa-apa maklumat tentang orang tu." Air mata yang merembes ke pipi dikesat kasar.

"Who are you?" Suara garau Ezra kedengaran. Tidak seperti yang lain, dia yakin bahawa jejaka itu hanya sekadar mangsa keadaan yang dijadikan kambing hitam.

"Saya part-timer dekat Syarikat Hans & Ilham." Ujarnya dengan perlahan.

Kesemua yang berada di situ saling berpandangan. Ada yang kelihatan terkejut dengan pengakuannya.

"Company risikan peribadi tu?..." Bisik Azri sebelum memberi isyarat kepada Ezra untuk mengorek lagi rahsia daripada lelaki itu. Mungkin dari situ, mereka berpeluang untuk mendapat apa-apa klu tentang musuh berkenaan.

"Teruskan." Lelaki itu menggangguk lemah. Nampaknya, dia tidak mempunyai harapan untuk keluar dari situ.

"Saya terima satu pesanan ringkas dari nombor yang saya tak kenal. Orang tu arahkan saya untuk tembak seseorang yang tinggal di rumah ni. Selang beberapa minit, dia hantar sebuah parcel ke rumah saya. Dalam tu ada sepucuk pistol dan...gambar orang yang perlu saya tembak..." Jawabnya sebelum menelan air liur.

"How much he paid you?" Soal Azri setelah sekian lama berdiam diri.

"100 000 ringgit."

"Kau dihantar untuk tembak aku?" Anif yang sejak tadi menjadi penonton, perlahan menghampiri mereka. Puntung rokok yang sudah pendek dibuang ke atas lantai lalu dia menarik kerusi di tepinya sebelum melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu.

Dia menggeleng kepala. "It was a girl." Kesemua yang berada di situ tergamam termasuk Anif yang kelihatan benar-benar terkejut.

"A girl?" Soal Anif dengan keras.

"Ya." Lelaki itu mengangguk lagi.

"Siapa?" Ezra mengetap bibir. Sementara, Azri sudah mengepal penumbuknya.

"Alisha Hamidi." Dahi Anif berkedut, cuba mengingati nama itu. Tapi, setahunya, hanya ada dua orang sahaja yang berjantina perempuan dalam rumah ini. Tiada pula di antara mereka yang bernama Alisha. Seorang pembantu rumahnya, Piah dan seorang lagi Suraya.

"Kau salah alamat ni..." Sahut salah seorang daripada anak buah Anif. Namun, lelaki itu menggeleng kepala.

"Tak, memang alamat rumah ni yang dia bagi. Saya tak salah alamat." Jawabnya dengan bersungguh. Anif terdiam seketika. Cuba memikirkan sesuatu.

"Azri, tunjukkan dia gambar Piah dan Suraya." Azri menggangguk perlahan sebelum membawa keluar telefon bimbitnya dalam keadaan hairan. Mengapa perlu tunjukkan gambar mereka? Bukankah nama perempuan itu adalah Alisha?

Share this novel

Sal
2024-12-03 16:18:24 

tlg la sambung lgi..citer ni best


NovelPlus Premium

The best ads free experience