Bab 17

Short Story Series 56792

"Woi, apasal korang pecahkan pintu bilik kerja aku hah?!" Tangan Anif terhenti mendadak pada butang kemeja terakhir, kala pintu biliknya tiba-tiba sahaja terkuak luas dari luar. Terpacak umpama tiang lampu isyarat di situ, Azri dan Ezra, masing-masing mempamerkan wajah panik sebelum menyedut oksigen yang cukup kerana bakal menjadi mangsa terkaman sang harimau jadian di hadapan sebentar lagi.

Sepasang mata helang milik Anif begitu tajam mencerlung dua ekor kambing hitam yang sedang berdiri tegak di luar bilik kerjanya. Lelaki-lelaki itu sering menganggu urusannya pada saat-saat genting seperti ini. Hampir-hampir saja dia menanggalkan kesemua butang baju kemejanya tadi dan meneruskan hajat seperti yang telah dirancang.

Selepas 10 minit saling berlawan tatapan mata ke mata, akhirnya Azri memutuskan untuk terus masuk ke dalam bilik dan menyelamatkan Si Piah yang kelihatan terkial-kial di atas sofa.

Tanpa mempedulikan renungan maut Anif, Azri meluru masuk ke dalam bilik itu lalu menarik majikannya keluar. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Piah yang masih lagi gigih melepaskan ikatan pada pergelangan tangannya. Serta merta lolos satu keluhan maha panjang dari mulut Azri. Haih, orang tu ikat kau guna rantai besi Piah oii, bukannya tali rafia yang boleh senang-senang kau gigit guna gigi macam tu!

"Bos, butangkan balik baju tu! Nasib baik kami sempat sampai. Bos nak buat apa pada Piah?" Soal Ezra seolah-olah tidak tahu apa-apa. Butang baju Anif dicapai lalu dibutangkan semula.

Tidak dia endahkan jelingan daripada Anif yang sedang menahan rasa angkara perbuatan mereka berdua. Sempat juga Ezra memuji bentuk tubuh Anif yang berotot pejal dalam diam. Nasib dia masih bergelar seorang lelaki yang normal. Kalau tidak, boleh goyah imannya gara-gara ciptaan tuhan yang terpaling sempurna ini! Meletop kau nyah...

"Kauorang dah menganggu aku! Apa yang kauorang nak hah?!" Bidas Anif sebelum menepis kasar tangan Ezra pada butang kemejanya. Bukannya dia tidak nampak sorotan Ezra pada otot dadanya yang terdedah itu. Geli gelemai rasanya diperhati sebegitu oleh seorang lelaki.

"Bos...tolonglah jangan bertindak melulu macam ni. Tak baik untuk kita dan yang lain. Lagipun, Piah tu dah ada boyfriend. Boyfriend dia tu pun, kerja dekat sebelah rumah ni je..." Ujar Azri sambil mengenyitkan matanya ke arah Piah untuk segera beredar dari bilik Anif. Nanti-nantilah dia fikirkan cara untuk menanggalkan rantai besi pada tangan perempuan itu.

"Ah, Peduli apa aku! Sudah terlambat untuk aku berundur. Aku sudahpun menyentuh Piah." Hampir meletus tawa Ezra, namun dia cuba menahan sehabis baik. Nanti tak pasal-pasal dapat penumbuk free.

"Setakat sentuh tangan kaki tu, tidak apa bos. Jangan tercelup sudah." Celah Azri. Anif tergamam seketika. Ada betulnya juga kata-kata makhluk perosak ini. Rambut kusutnya diselak kasar ke belakang.

"Macam mana aku nak celup, kalau korang dah menganggu aku tadi?!" Herdiknya dengan kuat. Azri dan Ezra terdiam seribu bahasa.

Menggunakan kesempatan itu, Piah segera turun ke bawah tanpa menghiraukan panggilan Anif. Perempuan itu cepat-cepat menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah bersama ikatan rantai besi pada pergelangan tangannya.

"Sabar bos. Jangan buat keputusan terburu-buru macam ni. Kalau bos kahwin dengan Piah tu, apa kata orang luar terhadap kumpulan kita? Ketua mafia terkemuka kahwin dengan orang gaji...Mereka pasti akan pandang rendah pada bos, pada kami semua. Masakkan, lelaki sesempurna bos, nak kahwin dengan seorang pembantu rumah? Sepatutnya, bos kahwin dengan Miss World!" Azri 'membasuh' fikiran Anif. Anif terangguk-angguk memikirkan kata-kata Azri. Tapi, kalau nak tunggu dapat Miss World itu, bukankah agak mustahil? Silap-silap haribulan, Miss World itu juga lari meninggalkannya.

"Kauorang cakap senanglah! Aku ni yang kena hadap segala tohmahan masyarakat dekat luar sana. Lelaki sehebat aku, sekacak aku, sampai sekarang masih teruna! Mana aku nak tarok muka tampan ni? Rata-rata perempuan yang pernah berdamping dengan aku, semua lari tanpa alasan yang kukuh. Aku takde pilihan lain, selain Piah!" Azri dan Ezra saling bertukar pandangan.

Sementara itu...

"Kak Piah...Kak Piah okay ke?" Suraya yang masih tercegat di muka pintu segera berlari mendapatkan Piah yang baru sahaja menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Jatuh kasihan pula dia melihat keadaan Piah yang meruntun jiwa itu.

"Kak Piah okay Aya. Cuma...cuma akak tak tahu cara nak tanggalkan rantai besi ni." Tangan yang berantai itu diangkat lalu ditunjukkan kepada Suraya.

"Alamak...Aya pun tak tahu jugak. Takpe, kita sabar dulu. Kejap lagi, Uncle Zeri dengan Uncle Zera akan tolong Kak Piah."

"Baiklah. Haih...ni semua salah Si Jamil tu!" Piah hilang sabar. Kalau bukan disebabkan mulut becok si teman lelaki, pasti dia tidak akan melalui fasa seperti ini dalam hidupnya. Dalam rasa trauma kerana hampir diperkosa, namun Piah tetap terpegun dengan kesempurnaan bentuk tubuh Anif. Sejujurnya, dia agak tergoda juga dengan si rupawan itu. Hee~

"Sabar Kak Piah. Sekarang ni, Kak Piah kena bersembunyi dulu dekat mana-mana. Takut Uncle Anif kejar lagi. Jom ikut Aya..." Piah diheret mengikutinya ke bilik bawah tanah. Di situ, mereka sedikit selamat kerana ada ramai anak buah Anif. Kalau Anif cuba menyerang lagi, pasti mereka akan menghalangnya.

"Macam nilah bos, bos lupakan dulu hasrat nak memiliki Si Piah tu. Bos fokus dulu pada syarikat, biar kami yang carikan calon isteri untuk bos." Bersinar terus sepasang mata redup milik Anif. Bukan main berseri lagi wajahnya tika disajikan janji seperti itu.

"Tapi, macam mana dengan Piah? Aku hampir-hampir merasmikan dia tadi..." Ezra menahan tawanya. Nasib mereka sempat menyelamatkan keadaan.

"Err, pasal tu, biar saya yang uruskan. Saya akan make sure, insiden ni, tidak akan bocor mahupun sampai ke telinga siapa-siapa." Anif menarik nafas lega sebelum menepuk bahu Azri. Ada bagusnya juga dia mempunyai tenaga kerja seperti Azri dan Ezra. Tersangat berguna pada detik-detik yang diperlukan.

"Eh, Piah?!" Lelaki-lelaki itu memandang hairan kemunculan Piah dan Suraya ke bilik bawah tanah. Pendek kata, masing-masing terkejut.

"Ma...macam mana kau boleh terlepas ni?" Piah menarik nafas dalam sebelum menoleh ke arah Suraya.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience