Ezra dan Azri terpaksa mengecilkan badan masing-masing sebelum menyelit masuk ke dalam kedai pakaian yang sesak dengan pelanggan. Ezra memeluk rapat tubuh Suraya yang berada dalam dukungannya supaya tidak terjatuh ke bawah.
Anak kecil itu mula merengek kerana berasa tidak selesa berada dalam suasana yang sesak dan hiruk pikuk itu. Keadaan di dalam kedai pakaian itu, terlalu bising sehingga beberapa pasangan terpaksa membawa keluar anak-anak mereka ke kedai lain.
"Shu...shu...Tau mau nangis-nangis. Kan kita nak beli baju untuk Aya. Jangan nangis ya. Uncle janji tak lama okay?" Pujuk Ezra sambil menepuk lembut belakang Suraya yang berombak laju.
Azri segera mengeluarkan botol minuman Suraya sebelum membuka penutupnya. Botol minuman itu lantas dihulurkan pada Suraya. Kanak-kanak itu menyambut botol air tersebut sebelum menyedut rakus air di dalamnya. Sempat mata kecil itu memerhati sekeliling. Air mata yang menempel pada pipi gebunya diseka Ezra dengan hujung jarinya.
"Dah?" Suraya mengangguk sebelum menyerahkan botol air itu kepada Azri. Lelaki itu memasukkannya semula ke dalam sebuah beg kertas dalam genggamannya.
Pandangan dihala ke arah beberapa orang wanita yang sedang memerhatikan mereka berdua sambil tersenyum manis. Ada di antaranya tersipu malu saat Azri dan Ezra menoleh memandang mereka.
Azri apa lagi, membalas tatapan wanita-wanita itu dengan panahan romantik sepasang mata helangnya sebelum mengenyit nakal. Rawrrr! Jangan main-main, abang dah lama single! Sekali kata yes, berkali-kali abang sambar ya...
PAP!
"Argh, sakitlah bodoh!" Azri meringis sakit sambil menggosok belakang kepalanya yang ditampar kuat oleh Ezra. Berbeza dengan Azri, Ezra lebih bersifat tenang. Tapi gelora di jiwa hanya dia yang tahu. Siapa tak suka awek duk ushar-ushar weyh! Tidak diakui, kedua lelaki itu memiliki rupa paras yang tampan, berbadan sasa dan tegap, tinggi yang sempurna, siap berpakej jambang lagi. Menggeletis anak-anak dara tengok!
"Tak payahlah menggatal dekat depan Aya. Kau ni...bagi contoh yang tidak baik untuk tumbesaran budak-budak tau..." Leternya sebelum menghadiahkan satu senyuman tipis ke arah wanita-wanita tadi.
"Amboi, kau buat boleh pulak!" Rungut Azri, tidak puas hati. Bila sajalah mereka mempunyai peluang dan kesempatan seperti ini untuk mencuci mata? Hari-hari mereka sering terluang dengan aktiviti-aktiviti kongsi gelap.
"Aku senyum je. Bukan macam kau! Nampak sangat desperate." Kutuknya sebelum berlalu pergi dari situ, meninggalkan Azri terpinga-pinga keseorangan menggosok kepalanya yang masih sakit. Tak guna punya kawan!
"Uncle Zera, Aya nak anak patung boleh?" Soal suara kecil itu tiba-tiba. Jari menunjuk ke arah sebuah kedai mainan di tepi mereka. Ezra mengangguk perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam kedai itu.
"Nak yang mana?" Soal Ezra. Matanya juga meliar memerhatikan variasi peralatan mainan yang disusun kemas di atas rak. Seiringnya berlalu zaman, model mainan kanak-kanak turut berubah dan semakin canggih. Ezra tersenyum sendiri sebelum Azri menepuk belakang bahunya.
"Jom. Aya dah pilih mainan." Ezra mengangguk faham sebelum mengekori langkah Azri dan Suraya dari belakang.
"79 ringgit Encik." Ujar juruwang itu kepada Azri. Azri segera mengeluarkan sekeping not RM100 lalu menghulurkannya kepada wanita itu. Huluran baki disambut sebelum ucapan terima kasih diberi kepada juruwang tersebut.
"Nak beli baju dekat kedai mana? Kedai tadi tu kan okay. Ada barang-barang sekolah." Soal Azri. Dah elok tadi jumpa kedai pakaian sekolah, diaorang pergi keluar.
"Okay tu memang okay. Yang tak okaynya, perempuan-perempuan dekat sana tu. Takut aku tak tahan godaan daripada diaorang je." Azri lantas menarik muka. Cis, lemah! Baru kena ushar sikit dan menggigil satu badan. Kata gangster.
"Hah, kutuk aku lah tu!" Teka Ezra. Azri segera melarikan pandangan ke arah deretan kedai di tepi mereka.
"Eh, beli dekat sini jelah. Ada barang-barang sekolah." Cadang Azri sebelum meluruskan telunjuknya pada sebuah kedai pakaian. Ketiganya masuk seiringan ke dalam kedai itu sebelum disambut oleh salah seorang pekerja.
"Ya, Encik nak cari apa?" Soal gadis muda itu sambil tersenyum nipis.
"Kami cari barang sekolah untuk budak umur 7 tahun." Jawab Azri lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang aku cakap ni?
"Oh...okay, mari ikut saya ke sebelah sana." Ajak gadis itu. Azri, Ezra dan Suraya mengekori gadis tersebut dari belakang.
"Macam mana Encik, okay ke?"
"Hah, okay. Bolehlah ni." Jawab Ezra sambil hulurkan dua pasang baju kurung putih bersama kain hitam kepada gadis yang sama. Dua pasang kasut dan dua buah beg sekolah turut dibeli oleh mereka. Dua pasang stokin putih pula berada dalam genggaman Azri.
"Saya hantar ke kaunter ya?" Kedua lelaki itu mengangguk serentak. Selesai membuat pembayaran, mereka melangkah keluar dari kedai itu dengan rasa lega. Akhirnya, settle jugak kerja mereka yang satu ini. Lagi dua hari, Suraya sudah boleh masuk ke sekolah dan belajar seperti kanak-kanak lain.
"Jom pergi makan. Hari ni, Aya nak makan apa?" Soal Ezra sambil membongkokkan tubuhnya, menyamai paras ketinggian Suraya.
"Err, Aya nak ice-cream boleh?" Ezra melirik Azri sekilas. Azri lantas menganggukkan kepala. Setuju untuk membelanja mereka makan.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Eh, tu Uncle Anip kan?" Mulut kecil yang penuh dengan makanan itu bersuara. Serentak, Azri dan Ezra menoleh ke arah Anif dan seorang wanita di sebelahnya. Mereka berdua nampak begitu mesra, siap berpegangan tangan. Kedua lelaki itu saling berbalas tatapan aneh.
"Tu, siapa Ri?" Azri lantas mengangkat bahunya, tidak tahu. Dia sendiri hairan.
"Takkan girlfriend bos kut? Bukan dia susah ke nak rapat dengan perempuan?" Giliran Azri pula menyoal. Ezra hanya berdiam diri tanpa membalas.
"Cantiknya aunty tu. Dia siapa Uncle Zera?" Bibir comel itu tidak betah berceloteh. Ada saja pertanyaannya. Cubit karang!
"Kawan Uncle Anip kut. Aya, balik nanti, jangan tanya apa-apa dekat Uncle Anip tau?" Pesan Azri sebelum membuat isyarat zip mulut kepada kanak-kanak itu.
"Okay Uncle Zeri." Jawab Suraya sebelum sambung mengunyah makanannya tanpa menghiraukan kegelisahan dua lelaki itu.
"Aku dah kata...Kita kena buat sesuatu." Kata Azri. Ezra lantas melepaskan keluhan berat.
"Kita boleh buat apa je Azri? Dia nak kahwin sekalipun, bukan urusan kita." Balas Ezra dengan lemah.
"Habis tu, Aya macam mana?" Azri menjegilkan biji matanya dengan geram. Dah tahu, tapi buat-buat tak tahu pulak!
"Kita boleh buat apa je Ri? Kita ni sekadar orang upahan dia je. Susah kita nak masuk campur dalam hal peribadi dia." Jelas Ezra sebelum memandang semula ke arah Anif dan wanita tadi yang sedang melangkah masuk ke dalam sebuah restoran mewah tidak jauh dari mereka.
"Tapi, kita kena fikirkan pasal Suraya juga. Budak ni baru 7 tahun Ezra. Naknyer esok juga Si Bos kita tu kahwin, Suraya ni nak letak kat mana? Kita sendiri pun takde tempat tinggal. Takkan nak bawak Suraya tinggal dekat hotel?" Ezra terpaku sejenak.
"Entahlah Ri. Aku sendiri buntu. Tak tahu nak buat apa dah..."
"Nanti kita fikirkan pasal tu. Kita isi perut dulu." Pinggan yang terisi makanan lantas ditarik mendekat.
"Kau...kau nak buat apa kalau perempuan tadi tu girlfriend bos?" Azri tidak menjawab, sebaliknya membalas persoalan itu dengan satu senyuman senget. Senyuman misteri yang mengandungi banyak kemungkinan.
"Wait and see." Kedudukan Azri sebagai salah seorang pekerja upahan Anif tidak boleh dipandang enteng. Lelaki itu penuh dengan muslihat.
Rancangannya jarang gagal, pendek kata, tidak pernah gagal. Setiap kali mahu menyerang kubu musuh, Anif akan meminta pertolongan daripada Azri untuk merangka strategi. Dan, apa sahaja yang dirancang oleh lelaki kelahiran Kedah itu, pasti akan berjaya. Tidak dinafikan, Azri merupakan salah seorang orang kuat Anif dalam kumpulan kongsi gelap mereka.
Share this novel