Bab 12

Short Story Series 56792

"F*ck!" Habis bersepah bilik kerjanya. Satu persatu perhiasan dari almari kaca dibawa keluar lalu dihempas kuat ke atas lantai. Menghamburkan rasa sakit hati yang dipendamnya sejak sekian lama. Anif benar-benar sudah hilang sabar. Dia sudah mencapai hadnya. Sampai bila lagi dia perlu hidup begini?

Setiap wanita yang datang ke dalam hidupnya, pasti akan meninggalkan Anif dengan alasan yang sama. Apa mereka semua tidak sedar tentang kesempurnaan dan kelebihan yang ada pada dirinya selama ini?

Pada awal pertemuan, masing-masing memberikan janji akan kekal bersama dalam apa jua cabaran yang melintang. Namun, belum sampai sebulan, masing-masing memecut lari tanpa memberikannya peluang untuk menjelaskan perkara sebenar.

Dia bukanlah seorang lelaki yang terlalu tamak. Sewaktu muda dahulu, dia menginginkan seorang wanita yang cantik bergaya, kulit mulus dan putih, bertubuh langsing, berperwatakan menarik dan mempunyai karier yang berstatus tinggi dalam masyarakat. Rasanya itu bukanlah satu masalah, kerana diri Anif juga tidak kurang hebatnya.

Anif hanya mahukan yang terbaik. Tapi, entah mengapa, kesemua kekasih semasa zaman mudanya pergi tanpa meninggalkan sebarang kata. Oleh itu, Anif merasakan keinginannya mungkin terlalu melampau lalu dia cuba menurunkan standard.

Kini, usianya hampir mencecah ke angka 40. Dan, sekarang, dia tidak kisah lagi dengan semua kriteria itu. Janji ada perempuan yang ingin mengahwininya dan dia dapat meneruskan legasi sebagai pewaris tunggal dalam keluarga.

Tapi, itulah, yang ada rupa, lari tanpa meninggalkan alasan, yang kurang rupa ini pula, terlalu memilih sehingga sanggup memutuskan hubungan setelah Anif mula menyayangi mereka. Argh, kepalanya kusut!

Apakah ada sesiapa yang cuba menganggu urusannya? Timbul rasa curiga dalam naluri Anif. Atau, memang dia tidak dikurniakan seorang jodoh pun di dalam dunia ini? Dia tidak faham. Jodoh, ajal dan maut itu kan rahsia tuhan. Jadi, Anif tidak tahu wanita yang mana satu bakal menjadi miliknya satu hari nanti. Itupun, kalau jodohnya masih hidup.

Cuma, harap-harap sajalah dia dapat menamatkan zaman bujangnya sebelum mencapai angka 40 itu. Dah tua nanti, nak angkat kaki pun susah. Mana mampu dia menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dengan baik. Silap haribulan, isterinya juga lari meninggalkannya kerana tidak pandai memuaskan keperluan batin.

Makin bertambah pening kepala Anif. Puntung rokok dicampakkan ke atas meja. Pandai-pandailah orang gajinya bersihkan nanti. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi empuknya sebelum memejamkan mata. Akal masih enggan menerima semua masalah ini.

Kala membayangkan teman-teman sekolahnya, yang rata-rata sudahpun memiliki lebih daripada 3 orang anak, membuatkan lelaki sesempurna Anif berasa kecewa dan hampir putus asa untuk mencari calon isteri. Dia pun manusia biasa, ada keinginan untuk merasa pengalaman menjadi seorang bapa. Entah bilalah impian itu akan menjadi realiti, Anif sendiri tidak tahu.

"Tuan, nak saya bersihkan sekarang ke?" Muncul orang gajinya, Piah di muka pintu. Anif mencelikkan matanya sedikit sebelum menganggukkan kepala. Lolos satu keluhan berat dari mulut Anif. Penat emosi dan mentalnya, ketika itu.

Ibunya juga sering memaksa Anif untuk segera mendirikan rumah tangga. Katanya, kalau dah tua esok, benih dah tak kuat. Susah nak buat anak. Ah, dia betul-betul tertekan dengan semua ini!

Perlukah dia menyedut keluar kesemua benihnya lalu sejuk bekukan di dalam peti ais. Setelah sudah berkahwin nanti, pandai-pandailah dia menyuntik masuk anak-anak benihnya semula ke dalam badan. Hampir meletus tawa jahatnya kala memikirkan cadangan gila itu.

Ada juga dia culik mana-mana perempuan, selepas itu menggugut wanita tersebut untuk berkahwin dengannya. Tapi, dia masih lagi waras. Mungkin, dia perlu tunggu dan percaya dengan takdir tuhan.

Anif meregangkan tubuh sebelum meluruskan belakang badannya. Lenguh pula pinggang kerana bersandar lama di kerusi kerja ini.

Mata kini tertumpu ke arah wanita yang sedang tekun menyapu sudut biliknya yang bersepah. Sedang wanita bernama Piah itu melakukan tugas pembersihannya, Anif mula mendapat satu idea yang kurang bijak. Setiap pergerakan Piah diperhatikan oleh Anif dalam diam. Hujung bibirnya terherot sedikit.

"Takkan jodoh aku Si Piah ni pulak?" Bisiknya seorang diri. Piah yang tidak tahu apa-apa, membongkok mengutip sisa-sisa serpihan kaca yang sudah pecah berderai di atas lantai. Sambil terkumat-kamit menyumpah seranahkan sang majikan yang selalu bikin masalah, dia memasukkan kaca-kaca itu ke dalam plastik sampah.

"Haih, makin turun standard aku nampaknya. Tapi, nak buat macam mana. Mana tahu, Piah ni ditakdirkan untuk aku. Piah pun single lagi, aku pun single lagi. Piah rajin bersihkan rumah, aku rajin cari duit. Hah, kan ada link tu! Tapi...haih." Keluhnya lagi. Tapi, tidaklah terlalu kuat sehingga dapat didengari oleh Piah.

"Nak saya lap meja tuan?" Soal Piah sambil menundukkan kepalanya. Gerun pula hendak menatap wajah Anif. Takut lelaki itu mengamuk, boleh pengsan dia nanti. Majikannya, tidak pernah senyum kepada pekerja, apatah lagi beramah mesra. Sombong saja sepanjang masa.

"Hmm..." Anif bersuara. Entah mengapa, suaranya ketika itu seakan tersekat di kerongkongan. Dia sebenarnya hendak menanyakan sesuatu, tapi, keberaniannya boleh tiba-tiba lesap tanpa khabar. Mungkin keyakinan dirinya makin merosot apabila melibatkan kaum hawa. Nak bercakap pun rasa gementar.

Anif memerhati sekali lagi, kelincahan Piah mengelap permukaan meja kerjanya yang kotor dengan abu dan puntung rokok. Cekap dan kemas hasil kerjanya. Tanpa sedar, Anif memuji kebolehan wanita yang sudah lama berkhidmat di dalam rumah itu.

"Saya dah siap kemas bilik tuan. Tuan ada apa-apa lagi ke yang nak saya buat?" Masih tertunduk menekur lantai. Tengok lantai lagi selamat daripada tengok muka Anif. Walaupun lelaki itu tersangatlah kacak, namun tetap saja Piah tidak mahu memandang wajahnya. Tak luak pun kalau tak tengok muka dia. Ramai lagi lelaki segak dekat luar sana. Piah memujuk diri.

"Err, Piah. Saya ada benda nak tanya awak." Gulp. Piah menelan air liur. Segala mak bulu atas badannya meremang tiba-tiba. Apa dia tidak salah dengar? Anif menggelar dirinya 'saya'. Selalunya, lelaki itu gemar menggunakan 'aku dan engkau' sahaja. Apa lelaki di hadapannya ini sudah buang tabiat?

"Aa...apa dia tuan?" Dalam tertanya-tanya, dia tetap juga membalas. Tapi, Piah benar-benar merasa gugup sekarang.

"Kalau diberikan pilihan untuk berkahwin, awak nak calon suami yang macam mana?" Parah! Piah tidak menjawab soalan itu, sebaliknya melopong tidak percaya dengan pertanyaan lelaki tersebut. Sementara, Anif pula sudah terkulat-kulat di tempat duduknya. Aku...aku salah tanya ke?

"Eh, Piah?!"

Bersambung...

Share this novel

Zainabzety
2024-05-30 16:53:18 

terdesak sangat ka anif hahaha lawak


NovelPlus Premium

The best ads free experience