Bab 16

Short Story Series 56792

Azri tidak berbunyi sejak tadi. Sekadar menjadi penonton dan pendengar setia perbualan antara empat orang itu. Ralit berborak sakan sehingga tidak perasan bahawa hari hampir gelap. Azri melepaskan keluhan pendek.

Dalam rasa hairan, terselit juga sedikit rasa curiga dalam naluri Azri, namun dia cuba menidakkan kemungkinan itu. Takkanlah?! Tapi boleh jadi, apa yang sedang bermain di dalam fikirannya itu menjadi kenyataan bukan? Lain-lain jantina, sama-sama bujang. Cuma, ada satu perkara yang Ezra terlepas pandang.

Mereka ini tidak panaskah berada di luar lama-lama? Sedangkan dia yang hanya mengenakan sehelai t-shirt putih nipis sudah lencun dengan keringat. Ezra yang tekun mempamerkan barisan gigi putihnya itu dijeling sekilas.

"Baik Cik Ju. Kalau macam tu, saya minta diri dulu ya?" Tangan wanita itu diraih lalu dicium penuh hormat. Ezra hanya memerhati tanpa menyedari pandangan menusuk Azri terhadapnya sejak tadi. Bibirnya tidak henti dari mengukir senyuman manis kepada Azara dan Junaidah.

"Jom, uncle." Suraya lantas menarik lengan Ezra untuk segera beredar. Tidak manis pula kalau orang sekeliling tengok Ezra berlama-lamaan di hadapan rumah Junaidah. Bimbang timbul fitnah yang bukan-bukan nanti. Maklumlah, Junaidah itu janda anak satu. Lagi pula, ada anak dara lagi. Tak pasal-pasal nanti nama baik mereka terjejas.

Ezra mengekori langkah Suraya dari belakang sebelum mendecit kecewa. Kalau boleh, dia mahu duduk lama di situ. Tapi takpelah, nanti dia akan datang lagi ke sana.

"Dah, dah! Naik cepat!" Tanpa melengahkan masa, Suraya segera meloloskan dirinya ke tempat duduk belakang sementara Ezra pula mengambil tempat di kerusi penumpang, bersebelahan Azri.

"Sabar sikit boleh tak? Yang kalut sangat nak balik ni kenapa? Bukannya nak buat apa pun dekat rumah tu." Bentak Ezra dengan bengang. Sakit pula hatinya dengan sikap Azri yang selalu tergesa-gesa. Baru sahaja dia mahu melambai ke arah Junaidah dan Azara, namun Azri terlebih dahulu menarik tangan Ezra ke bawah.

"Yang kau moody sangat ni kenapa? Period?" Suraya mengekek dari belakang sebelum kembali menutup mulutnya selepas menerima jelingan tajam daripada Ezra.

"Suka ya Uncle Zeri ejek uncle?" Suraya lantas menggelengkan kepala. Azri pula buat tidak tahu. Tidak betah berada lama-lama di situ, Azri terus menekan pedal minyak sebelum meredah senja yang hampir melabuhkan tirainya sebentar lagi.

Anif mengetap rahang dengan kuat sehingga tersembul urat-urat lehernya. Penumbuk dikepal, menahan diri daripada menumbuk wajah Piah yang sedia tembam itu.

"Kau nak lari mana Piah?! Kalau bukan kau yang cerita dekat Si Kassim tu, siapa lagi yang berani bocorkan tentang hal ini?!" Bergema satu rumah agam itu dengan suara jeritan Anif. Anak-anak buahnya semua menikus di bilik bawah tanah.

Punyalah kuat Si Anif ni memekik, sampai melantun suaranya sehingga ke bilik bawah tanah yang jauh nun di sana. Tiada yang berani naik ke atas dan memujuk lelaki itu. Karang tak pasal-pasal kena belasah.

Tapi, mereka tahu punca yang menimbulkan amukan Anif pada malam itu. Silap haribulan, boleh mengandung Si Piah itu dikerjakan bos mereka. Ada yang mengekek suka kala membayangkan rupa anak Piah dan Anif sekiranya mereka berkahwin nanti.

"Bu...bukan saya tuan. Betul! Bukan saya..." Tekan Piah dengan bersungguh. Sememangnya bukan dia yang menyebarkan hal itu. Tapi, rasanya dia tahu siapa yang pergi menjaja cerita tentang kejadian tempoh hari.

Perutnya mula memulas kala tatapan mata Anif tajam menghunus tepat ke arahnya. Sudut kecil antara sofa itu dijadikan sebagai markas untuk dia mempertahankan diri sekiranya Anif datang menyerang. Susah sikit Anif nak mencelah di antara ruang yang kecil itu. Jadi, peluang untuk dia melarikan diri, lebih mudah.

"Kau jangan nak tipu aku, Piah! Habis calar nama keturunan aku disebabkan kau! Hanya kau dan aku saja yang tahu, tentang apa yang terjadi pada hari tu. Tiada sesiapa pun yang ada di tempat kejadian selain kau dan aku. Jadi, bagaimana Si Kassim, jiran sebelah tu boleh tahu pasal aku melamar kau jadi isteri aku?!" Piah sudah menggaru kepala. Sememangnya bukan dia yang membocorkannya. Entah bagaimana lagi dia mahu menjelaskan kepada si keparat ini. Tahu nak mengamuk aje! Sembur ridsect karang baru tahu!

"Saya penatlah tuan. Bukan saya yang menjaja cerita dekat Tuan Kassim tu!" Aih, geram betullah! Kali ini, Piah pula hilang sabar. Ingat kau je boleh marah! Buku lima dikepal. Kejap lagi, tahulah nasib Si Jamil tu. Sejenis tak boleh menyimpan rahsia. Dasar mulut tempayan! Sekarang, aku pulak jadi mangsa cemuhan si harimau jadian ni.

Berbakul sumpahan Piah lemparkan kepada kekasih hatinya yang bekerja sebagai tukang kebun di rumah Kassim. Dia bercerita pun, saja mahu membuat Si Jamil itu cemburu dan lebih berusaha untuk memenangi hatinya selepas ini. Naiklah sikit sahamnya kerana ada orang kaya super duper hot pernah melamarnya untuk dijadikan permaisuri hati. Tapi, lain yang disangka, lain pula yang terjadi. Apa boleh buat...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya lagi.

"Argh...ikutkan hati aku yang panas ni, aku nak smack down kau dengan Si Kassim lahanat tu, Piah!" Menggeletar tempurung lutut Piah diugut sebegitu. Seram sejuk satu badannya.

"Iya, nanti Aya turunlah...tapikan uncle kata tadi, jang..." Langkah mereka bertiga mati serta merta. Masing-masing terpaku menyaksikan pergaduhan antara Piah dan Anif yang semakin sengit itu. Keduanya enggan mengalah.

Piah yang kelihatan lemah lembut dan pendiam sebelum ini, mula menunjukkan taringnya. Boleh tahan garang sewaktu membidas segala tuduhan Anif. Habis, siapa saja tak marah, kalau dituduh sesuka hati tanpa usul periksa terlebih dahulu.

"Sini kau Piah!" Dalam kepayahan, tetap juga Anif menyelit di antara celahan sofa-sofa di ruang tamu demi mengejar Piah yang terkocoh-kocoh berlari ke arah dapur.

"Hah, lebih kurang macam tulah scene hari tu." Ujar Ezra sebelum menggelengkan kepala. Azri pula, membatu seperti patung cendana, memerhati perangai bos kesayangannya yang semakin menggerunkan itu. Parah ni! Boleh jadi separuh gila rupanya kalau cinta itu ditolak.

"Sini kau Piah! Jangan kau cabar aku! Muahahahaha, dapat pun kau. Sini!" Tubuh Piah ditarik kasar lalu dicempung sebelum dibawa naik ke tingkat atas. Piah pula terkapai-kapai meronta agar dirinya dilepaskan.

Bila cara itu tidak jalan, Piah bertindak agresif dengan menjentik buah dada pejal Anif yang terjojol keluar dari kemeja birunya. Mungkin ada harapan untuk dia dilepaskan dengan cara itu. Namun, tidak. Kaedah itu hanya mengundang masalah baru. Lelaki itu tersenyum nakal sebelum mengenyitkan mata kepada Piah yang sudah terkebil-kebil dalam cempungannya. Alamak, aku dah menaikkan mood dia!

"Wei, Ra. Pergi tolong Piah tu Ra! Tak pasal-pasal dia kena rogol dengan bos!" Ezra dan Azri bergegas naik ke tingkat atas bagi mengejar Anif yang sudahpun masuk ke dalam bilik kerjanya bersama Piah.

"Arghhh, jangan tuan! Saya....saya geli...hahahahahahahahhaha..." Piah malah mengekek dengan kuat. Azri dan Ezra saling berpandangan sebelum menggigit bibir bawah. Apasal Si Piah ni ketawa pulak?

"Ya Allah, peliharalah pandangan kami!" Pintu bilik kerja Anif ditendang kuat oleh Azri sehingga terkuak luas.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience