BAB 1 - CD - SELENA SERENA

Romance Completed 23254

Sharifah Shahania Binti Syed Shahabudin, wanita yang menjadi rebutan antara dua 'Tengku', melarikan diri ke luar negara lantaran menerima ugutan dari orang yang tidak diketahui setelah pergaduhan besar tercetus antara dua kumpulan besar milik Tengku Kamarul Khalif dengan kumpulan Tengku Idham Ibraheem.

Percintaan antara Sharifah Selena Sahara dengan Tengku Khairul Khaseef mendapat tentangan hebat papanya, Tengku Kamarul Khalif. Begitu juga dengan Tengku Isyraq Irsyad dan Sharifah Serena Sandra yang menerima kecaman hebat Tengku Idham Ibraheem.

Tengku Khai dan Tengku Ad telah diberi pilihan, antara wanita yang mereka cintai atau harta dan kedudukan... Perasaan yang berbelah bagi antara cinta atau keluarga... Mana pilihan mereka?

"Sekarang Khai pilih...! Perempuan tu atau harta dan kedudukan yang bakal membuatkan Khai hidup mewah seumur hidup?"

Khai hanya mampu menundukkan kepalanya... Jari-jemarinya diramas-ramas. Tidak mampu nak memandang wajah bengis papa... Bagaimana hendak dilawan kata-kata Tengku Kamarul yang terkenal dengan sifat bengis dan tegas...

"Pa, kenapa pa benci sangat dengan Selena? Apa salah Selena?"

"Kenapa Khai persoalkan semua ni? Perlu ke sebab untuk papa menentang hubungan Khai dengan perempuan tu?"

"Papa, perempuan tu ada nama, pa! Selena, pa! Selena!"

"Perempuan macam tu tak layak untuk Khai!"

"Apa maksud Papa? Kenapa tak layak? Perempuan macamana yang Papa rasa layak untuk Khai?"

"Khai tak rasa perempuan tu pisau cukur? Dia hanya mahukan harta Khai aje!"

"Selena tak macam tu, Papa! Dia tak macam tu!"

"Jadi, Khai cuba menentang Papa?"

"Pa, please... Jangan buat macam ni?"

"Buat apa, Khai? Papa hanya nak Khai sedar...! Khai ikut cakap Papa, Khai akan memiliki harta dan kedudukan yang Papa miliki kini. Tapi, andai Khai memilih perempuan tu, Khai takkan menerima satu sen pun dari papa! Remember that!" Tengku Kamarul melangkah pergi meninggalkan Khai dalam kebingungan.

"Papa! Please, pa! Papa!" Wajahnya diraup... Hatinya sebal melihat keengganan Papa bertolak ansur dalam hal berkaitan dirinya sendiri... Adakah dia tidak berhak memilih kegembiraannya sendiri...

Khai tersepit antara cinta dan patuh pada Papanya... Di sana cinta hatinya, yang di sini, Papa kandungnya... Kedua-duanya, Khai sayang... Berkali-kali, keluhan dilepaskan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tengku Irsyad! Dah berapa kali Daddy ingatkan... Tinggalkan perempuan tu!"

"Tapi, kenapa Daddy? Kenapa Daddy kena ganggu kebahagiaan Ad? Kenapa Daddy nak campur tangan hal Ad? I love her, Daddy!"

"Love? What do you know about love? Huh!"

"Daddy, please... Bagilah Ad pilih kebahagiaan Ad sendiri...!"

"Daddy takkan sesekali terima perempuan tu sebagai menantu Daddy!"

"Tapi, kenapa Daddy? Kenapa? Apa kurangnya Serena?"

"Ad tak faham ke? Perempuan macam tu akan mengganggu hidup Ad! Dia takkan dapat terima kerja-kerja Ad dengan Daddy! Silap haribulan, perempuan tu hanya nak kikis harta Ad aje!"

"Serena tak macam tu, Daddy!"

"Ad jangan pandai-pandai nak mengajar Daddy! Ad lupa ke kedudukan Ad selama ini?"

"Ad tak lupa! Ad tak pernah lupa, Daddy! Takkan selama ini Ad perlu mengikut segala arahan Daddy! Ad perlu kebebasan Daddy! Kebebasan memilih hidup Ad sendiri!"

"Baiklah Ad! Daddy bagi Ad pilihan... Ikut cakap Daddy dan seluruh harta dan kedudukan Daddy akan jadi hak Ad sepenuhnya... Atau Ad pilih perempuan tu... Dan Ad takkan terima satu sen pun harta Daddy... Pilihan di tangan Ad! Fikir baik-baik Tengku Isyraq Irsyad!" Daddy melangkah pergi meninggalkan Ad keseorangan di ruang tamu rumah agam itu.

Ad memandang Daddy berlalu pergi dengan kebilan di matanya... Keluhan kasar dilepaskan.

Puan Mona, Mummy Khai, sekadar memandang dari tingkat bawah biliknya. Pergerakannya terbatas... Hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda kerana mengalami kanser tulang sejak kelahiran Tengku Khairul Khaseef...

Kasihan melihat satu-satunya anak mereka yang dari kecil telah diatur kehidupannya... Sejak kelahiran Tengku Isyraq Irsyad, Tengku Idham berubah sama sekali... Menjadi semakin tegas, bengis dan dalam erti kata lain... Kejam! Ya, itulah perkataan paling sesuai buat Tengku Kamarul Khalif.

Sikapnya terlalu obses dengan harta dan kedudukan... Kepantangannya, apabila segala kata-katanya ditentang... Puan Mona sendiri tidak faham dengan sikap suaminya. Sejak awal perkahwinan mereka yang diatur keluarga, Tengku Idham Ibraheem kurang berinteraksi dengannya walaupun dalam rumah mereka sendiri.

Lagi-lagi dalam keadaan Puan Mona kini berkerusi roda... Namun, Puan Mona bersyukur, Tengku Idham masih mengambil berat hal kesihatannya...

"Ad..."

"Mummy!" Tubuh Mummy didakapnya... Belakang Ad diusap... Ubun-ubun anaknya dicium... Ad menolak kerusi roda Mummy ke arah sofa kulit mewah di ruang tamu.

"Ad sabar ya..."

"Ad tak tahu sampai bila Ad kena hadap semua benda ni! Ad stress sangat! Stress!"

"Ad, Mummy faham sangat apa yang Ad alami... Ad kena mengalah... Ad tahukan Daddy Ad macamana?"

"Daddy mampu lakukan apa saja asalkan dia dapat apa yang dia nak! Ad nak tengok orang yang Ad cinta terluka kerana Ad?" Kepalanya digelengkan perlahan.

"Jadi, Mummy pohon Ad jangan melawan Daddy! Biarkan keadaan reda dulu, ya? Mummy takut Daddy buat sesuatu yang tidak kita jangkakan!"

"Boleh, ya? Mummy tahu Ad sayangkan gadis tu... Tapi, demi keselamatan dia dan kita semua... Ad kena mengalah... Ad sabar, ya?"

"Sampai bila Mummy? Sampai bila kehidupan Ad perlu Daddy aturkan? Ad dah 26 tahun! Ad dah mampu uruskan diri Ad sendiri!"

"Ad, Mummy rayu sangat, tolong dengar cakap Mummy. Ad kena banyak bersabar... In shaa Allah, semuanya akan pulih seperti biasa. Daddy tentu akan lembut hati nanti. Ad cuma perlu ikut rentak Daddy je. Untuk kali ni je Ad!"

"Lepas ni, Mummy sendiri akan tolong Ad. Boleh ya, Ad? Ad sayang Mummy, kan?" Tubuh Mummy di peluk. Kesian Mummy... Hidup dia sendiri pun dah penuh derita... Daddy banyak lukakan hati Mummy... Tapi, Mummy masih mampu bersabar.

Sementara, Sharifah Selena dan Sharifah Serena masih kebuntuan... Mesej yang mereka terima kebetulan pada hari dan waktu yang sama, sedikit menggusarkan mereka... Puas difikirkan, siapakah yang menghantar mesej dengan lakaran pisau dan darah... Namun, hampa... Mereka tidak fikir, mereka punya musuh...

'Jauhkan diri dari Tengku andai mahu hidup' - surat ini untuk Serena..

'Tinggalkan Tengku kalau mahu selamat' - surat untuk Selena...

Kebingungan... Buntu... Keliru... Inilah perasaan kedua-duanya ketika ini...

"Selena, kau ok?"

"Entahlah! Kau rasa?"

"Aku sendiri kebuntuan... Pelik, kan? Kita dapat surat yang lebuh kurang sama isinya pada hari dan waktu yang lebih kurang sama... Aku curiouslah!"

"Kita tanya Papa, jom!"

"Mana tahu, ini mungkin dari musuh-musuh Papa dari sana?"

"Aku tak fikir macam tu... Aku bimbang ada orang tahu yang kita berkawan dengan teng...ku! Wait! Sepanjang aku kenal Khai, aku tak tahu pun yang dia tengku!"

"Betul gak tu! Ad pun! Takde lak, dia mention nama dia tengku! Atau mungkin betul dorang ni anak tengku... Atau kita diugut oleh orang-orang yang dengki dengan kita. Mana kita tahu, kan?"

"Abang Shah! Kita minta tolong dengan Abang Shah!"

"Takpe, kita serahkan kat Abang Shah! Abang Shah kan ramai kawan, tentu boleh tolong kita!"

Kedengaran pintu bilik dikuak...

"Abang Shah!"

"Ish, apa bising-bising ni?"

"Abang Shah, tengok ni..." Selena dan Serena menunjukkan surat layang yang diterima mereka.

"Bila Rena, Lena terima surat ni?"

"Tadi..." Serentak jawapan mereka.

"Kenapa tak beritahu Papa?"

"Abang rasa macamana? Kami takut Papa Mama susah hati nanti!" Kata Serena...

"Yelah, bang Shah! Lagipun, benda-benda macam ni, kita boleh percaya, ke?"

Shahir terdiam... Macamana adik-adiknya boleh terima surat layang begini... Dari siapa... Siapa yang busuk hati, dengki dengan adik-adiknya?"

"Takpe, biar abang pegang surat ni. Jangan cakap apa-apa dekat Mama Papa, ya? Let me handle!"

"Dah tidur dulu... Dah lewat malam ni... ! Tak perlu bimbang pasal surat ni! Sweet dream!" Shahir mengelus lembut wajah kedua-dua adiknya...

"Good night abang! Assalammualaikum!"

"Waalaikumusslam... Good night!"

Assalammualaikum... Bertemu semula di novel baru NAR_tinta78... Novel CINTA @ DENDAM, slow update ya... In shaa allah, jika tiada aral melintang... daily updated... Kasih Ku Pertahankan masih on-going... Harap dapat memenuhi citarasa pembaca... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience