BAB 7 - CD - TENGKU KHAIRUL KHASEEF

Romance Completed 23254

Sudah menjadi kewajipan buat Selena yang akan berjumpa dengan buah hatinya, Khai setiap hujung minggu memandangkan mereka berdua menghadirkan diri ke pusat latihan karate di sebuah kelab di Kuala Lumpur.

Selena tidak memberitahu pada Khai akan kehebatannya di dalam karate... Biarlah. Biarkan ianya menjadi rahsia. Selepas Abang Shah menjelaskan hal berkaitan Khai yang tidak diketahuinya... Selena menyimpan keraguan pada dirinya...

'Adakah aku menyayangi orang yang salah?'

'Salahkah aku mencintai insan yang berketurunan tengku?'

'Khai orang jahat ke?'

"Penat...?" Khai menyoal sambil mengelap wajah kekasihnya... Terkejut Selena dari lamunannya. Senyuman dilemparkan pada Khai...

"Emm..." Mengangguk pendek. Terasa lelahnya... Selena merenung wajah tampan milik Khai... Selena akui, sepanjang percintaan mereka, Khai cukup menjaga hatinya... Tidak pernah sekalipun, Khai melukakan hatinya...

Walaupun di pejabat, Khai masih bertindak sebagai bos... Namun, tidak sekali-kali Khai menunjukkan sikap bossynya pada Selena... Khai jenis yang cukup simple orangnya...

Walaupun benar dia berketurunan 'tengku', namun, Khai tidak pernah menunjukkan yang dia seorang 'tengku'. Fahamkan? Khai stay humble... Sikap kesederhanaan Khai yang membuatkan Selena jatuh cinta padanya... Tengku, rahsia itu yang Selena tahu selepas Abang Shah membongkarkan rahsia sebenarnya Khai seorang 'tengku'.

'Atau Khai hanya berlakon di depan aku sebab Khai tidak mahu rahsianya terbongkar, barangkali.'

Keluhan kasar dilepaskan.

"Kenapa mengeluh, sayang?"

"Ah, taklah! Letih sangat..."

"Habis tu, jadi tak nak pergi makan dengan Khai, ni?"

"Eh, mana boleh tak jadi? Sayang laparlah... Tekak pun haus ni." Sambil menggosok lembut tekaknya... Khai memandang peluh yang meleleh di leher jinjang Selena, meneguk kesat air liurnya...

Memang tidak dinafikan, Selena cukup cantik... Walau tanpa make-up, Selena tetap nampak menawan di matanya. Dengan senyumannya yang begitu manis, ditambah dengan lekukan di pipi kirinya, membuatkan Selena menjadi antara kehebatan dan keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Itu pendapat Khai... Dia begitu memuja kekasih hatinya...

"Come, Khai lapkan leher sayang." Tangan kanan yang memegang tuala kecil diletakkan di leher jinjang Selena, lalu dilapkan perlahan-lahan. Terasa keimanannya tercabar...

"Sayang..." Selena menegur apabila Khai masih leka mengelap leher dan tengkuknya dengan lemah-gemalai sambil tersengeh-sengeh. Masih tiada sahutan.

"Khai!" Tersentak Khai...

"Eh, sayang... Kenapa ni?"

"Khai tu kenapa? Apa yang Khai menungkan...?"

"Eh, mana ada?"

"Ya, Khai berangan ke?"

"Berangan apa, sayang? Takdelah..."

"Ya, sayang panggil banyak kali... Khai dok tersengeh-sengeh sorang. Khai fikirkan pasal apa?"

"Takde apa-apa."

"Dahlah, sayang nak mandi, nak salin baju... Nanti jumpa kat depan ya...?"

"Yelah... Sayang pergi dulu... Khai pun nak mandi dan salin baju... berlengas rasanya..."

"Ok." Keduanya melangkah ke bilik persalinan...

Hampir 40 minit berlalu, Selena keluar dari bilik persalinan, menuju ke pintu depan di mana kelihatan Khai sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya...

"Ya, aku tahulah... Kau uruskan yang lain... Pastikan segalanya mengikut rancangan yang telah ditetapkan... Jangan miss kali ini."

'Dengan siapa Khai bercakap...? Apa maksud Khai jangan miss kali ini?'

"I got to go now! Ok, let me know everything!"

"Ok, chau!" Talian dimatikan...

"Eh, sayang! Terkejut Khai...! Sayang dah siap?"

"Dah! Khai bercakap dengan siapa?"

"Kawan... Ada 'hutang' yang perlu dilunaskan." Khai menarik tangan Selena membontotinya...

"Apa maksud Khai, hutang?"

"Sayang, takde apalah... Khai tipu je... Mana ada hutang... Ada projek baru yang perlu diselesaikan. Sayang tak yah risau, ya?"

"Betul ni? Khai tak tipu, kan?"

"Ya, sayang. Khai tak pernah tipu sayang, kan?"

"Emm..." Selena menarik tangan Khai untuk meneruskan perjalanan mereka menuju ke kereta Khai yang diletakkan tidak jauh dari pusat latihan...

"Sayang nak makan kat mana?" Soal Khai sesudahnya mereka berada di dalam kereta Porsche Cayanne putih milik Khai.

"Sayang ikut je..."

"Emm... oklah... Kita ke tempat Khai."

"Khai nak pergi mana?"

"Kata nak ikut, kan? So, tak yah nak banyak tanya, kay?"

"Tapi, nak pergi mana?"

"Syurga." Jawab Khai pendek.

"Khai, janganlah main-main?"

"Sayang kata nak pergi makan... Kita nak pergi makanlah ni..."

"Oh, ok. Saja ja kan nak mainkan sayang." Selena seakan merajuk... Tangan disilang ke dadanya.

"Ala, sayang... Janganlah macam ni... Khai gurau ja..." Selena menjeling ke arah Khai... Khai mengalihkan tubuhnya mengadap Selena yang masih dengan rajuknya.

"Sorry, sayang... My bad!" Khai menarik kedua tangan Selena... Kekura tangan Selena diusap perlahan. Terasa degupan jantungnya tidak sekata.

"Sayang, sorry, ya... Khai tak buat lagi lepas ni... Khai nak gurau je...! Please jangan macam ni... Sayang, please...! I love u..." Seraya mencium kekura tangan Selena. Cair pulak dengar ungkapan I love u dari Khai... Khai memang mudah mengungkapkan 3 perkataan azimat tu.

"Gotcha! Hahaha... Yes...! Khai dah terkena!" Terkejut Khai dengan gurauan berani Selena.

"Sayang, how could you!" Kali ni Khai pulak yang nak buat-buat merajuk... Biar Selena pulak yang pujuk dia..

"Sayang... Khai, janganlah macam ni! Sayang gurau, je...! Khai sayang... please... Lena minta maaf...! I'm so sorry... Please, jangan merajuk, please..." Selena pula menggogoi tangan Khai...

Diciumnya berkali-kali tangan kekasihnya... Tergelak Khai melihat gelagat Selena... Bukan senang nak melihat Selena memujuk dirinya...

'Biar dia rasa... Saja je kan, nak menyakat aku'

"Sayang... Maafkan Lena... Lena janji tak buat lagi... Please jangan marah Lena lagi..." Sambil memegang telinganya sendiri... Ah, sudah! Air mata Selena dah bergenang di kelopak matanya...

"Eh, sayang! Sayang, sorry, sorry! Khai minta maaf... Khai saja je nak bergurau..." Selena masih lelehan air matanya yang tak henti mengalir.

"Sayang... Sejak bila buah hati Khai ni jadi cengeng ni, hah?" Khai mengelap air mata yang masih bersisa di pipi mulus Selena... Merah wajah Selena menahan tangisan

"Sayang ni... Tengah sedih macam ni, pun masih cantik! Hailah... Kesayangan siapalah ni?" Saja je Khai nak mengusik lagi. Selena masih sedih... Bibirnya sudah dicebikkan...

"Ya Allah, sayang ni...! Sudahlah tu, Khai tak marahlah... See, Khai senyum, kan?" Selena memandang Khai yang tersenyum ke arahnya. Air matanya dilap dengan belakang tangan...

"Dahlah tu... Takyah nangis lagi, ya... Khai minta maaf ya...Khai sayang Lena" Wajah kesayangannya dielus perlahan. Selena menganggukan kepalanya... Dagu Selena didongakkan, biar bertentangan matanya dengan mata Selena...

Khai mendekatkan wajahnya dengan Selena... Perlahan bibir mungil Selena dipagut.. Agak lama mereka bercumbuan, sehinggalah Selena menolak tubuh Khai...

"Oksigen... I need oksigen!" Selena tercungap sedikit... Second kiss from Khai... Khai tersenyum lebar dengan reaksi Selena yang tidak menolak ciumannya kali ini.

"Sweet..." Selena memalingkan wajahnya yang merona...

"Sayang malu, ya? Sorry, ya... By the way, thanks for the kiss. Love you."

"Love you too." Selena membalas tanpa memandang wajah Khai... Tersenyum lebar Khai... Sudah sebenarnya nak dengar kata-kata azimat keluar dari mulut Selena... Mahal sangat agaknya.

Tangan kanan Selena yang masih berada digenggaman Khai... diciumnya berkali-kali.

"Thanks sayang. I really appreciate it. I love you so much..." Selena memandang wajah Khai... Senyuman diberikan...

"Kesian kesayangan Khai ni... Merah wajah sayang... Sorry, ya... Khai janji tak buat lagi... Tak sampai hati melihat sayang sedih macam ni..." Selena masih dengan senyumannya...

"Come, kita pergi makan, ya? Sayang tentu laparkan, lepas menangis tadi?" Selena mengerling, tapi, masih sempat menganggukkan kepalanya. Memang lapar pun...

"Yelah... yelah...!" Kereta Porsche Cayanne bergerak menuju ke destinasi.

******************************

"Hah, Khai... Kenapa kita datang sini?"

"Kita nak makanlah."

"Hah, tempat macam ni? Khai biar betul...!"

"Eh, betullah ni... Kita makan kat sini, ya?" Khai menarik tangan Selena... Selena masih tidak bergerak...

"Khai... tempat ni mewah sangat. Kita makan kat tempat lain ja, ya?"

"Sayang, it's ok...! Khai ada member kat sini... Lagipun... Khai nak jumpa kawan Khai... Kita masuk, ya?"

"Sayang pakai macam ni je... Boleh ke?"

"Sejak bila pulak hotel kat Malaysia ni ada letakkan peraturan, nak masuk hotel kena ada protokol?" Khai menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Dah, jom! Tadi kata lapar, kan? Don't worry, Khai belanja sayang... kay?" Akhirnya, Selena menganggukkan kepalanya...

Tergamam Selena melihat kehebatan dekorasi hotel ini... Melopong mulutnya melihat kehebatan seni binanya... Nasib baik Khai memegang tangannya... kalau tidak, dah tentu terlanggar dengan tiang...

"Why, sayang suka sangat ke dengan dekorasi hotel ni?"

"Emm... cantik sangat... Hebat arkitek hotel ni, kan?" Khai hanya menganggukkan kepalanya. Kalaulah Selena tahu, hotel ini miliknya, tentu Selena akan merajuk hebat dengannya. Jadi, biarlah segalanya menjadi rahsia... Bak kata Tok Ti, Biarlah Rahsia...

"Sayang nak makan apa?"

"Sayang tak tahu... Sayang ikut, Khai jelah, ya?"

"Emm, ok!" Selepas membuat pesanan, Khai dan Selena berbual-bual sementara menanti makanan mereka... Gurau senda, gelak ketawa sambil berpegangan tangan menjadi rutin percintaan mereka...

Tanpa disedari, ada mata-mata yang leka memerhatikan mereka... Beberapa keping gambar diambil...

"Tengku, Tengku... Mangsa nombor berapa kali ni? Seronok ya makan-makan, suap-suap. Kau lupa ya... Nasib kau di tangan aku, Tengku Khairul Khaseef!"

"Bukti ada di tangan aku, Tengku. Kau tunggu ajelah rahsia kau terbongkar!" Tangan dikepal... Penumbuk di genggam...

"Macamana sedap tak?"

"Emm, sedap sangat! Sayang suka makanan kat hotel ni. Memang sedap." Comel je Selena dengan gaya keanak-anakannya.

"Makanan je?"

"Makanan, rekabentuk hotel nipun, cukup menarik... Sayang suka sangat!"

"Sayang nak stay sini tak semalam dua?"

"Boleh ke?"

"Apa pulak tak boleh... Kawan Khai kan ada kat sini..."

"Eh, taklah. Sayang gurau je..."

"Ok, nanti wedding kita, kita buat kat sini, ya...?"
Selena terkejut dengan kata-kata Khai, lantas memalingkan wajahnya...

'Andai kau tahu, betapa mudahnya untuk kita mengungkapkan perkataan kahwin itu, tapi tak semudah itu untuk menempuhinya... Tentu kau akan kecewa, Khai!' Selena bermonolog sendirian.

"Well... Well... Well... Hai Tengku Khairul Khaseef bin Tengku Kamarul Khalif... Tak sangka akan jumpa Tengku kat sini." Khai mengerling manusia yang entah dari mana datangnya...

"Having lunch dengan buah hati? Mangsa nombor berapa kali ni?" Selena yang tidak tahu apa-apa, terkesima dengan kedatangan hamba Allah yang tidak diundang... Berkali-kali wajah Khai ditenung...

"Sebelum aku pecahkan muka kau, baik kau blah! Blah!" Terhinjut badan Selena mendengar terjahan Khai... Khai nampak lain sangat...

"Kenapa tengku marah-marah ni? Rilekslah tengku... I saja je nak berkenalan dengan couple tengku je!"

"Last warning... Berambus sebelum aku malukan
kau depan orang! Sedar diri kau dulu...!"

"I ke atau tengku yang kena sedar diri?"

"Aku masih tahu siapa aku, aku masih sedar diri aku sendiri...! Bukan macam kau, mengikis harta orang, menggoda orang sana sini demi kepuasan diri kau! Dasar betina murah!"

"Huh! Tengku jangan ingat I akan lupa apa yang family tengku buat pada I! I akan pastikan tengku sekeluarga mendapat balasannya nanti!" Laju langkah kaki meninggalkan Khai dan Selena yang masih terpinga-pinga...

Siapa orang itu? Kenapa Khai begitu marah...? Tengku Khairul Khaseef bin Tengku Kamarul Khalif? Betullah kata-kata Abang Shah kelmarin. Banyak persoalan yang perlu Selena ke utarakan pada Khai... Namun, segalanya terbantut melihat Khai yang dalam keadaan marah...

Selena hanya mampu memandang sepi manusia-manusia itu berlalu pergi... Tangan Khai di genggaman Selena... Dielus lembut bagi menghilangkan rasa marah kekasihnya... Wajah Khai masih dalam kesamaran...

Siapa Tengku Khairul Khaseef sebenarnya...? Apa maksud manusia itu? Apa motif manusia itu sebenarnya? Mampukah hubungan Selena dengan Khai berjalan dengan sebaiknya seperti sebelum ini? Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience