"Allahuakhbar! Maafkan Mona, Nia... Am... Mona betul-betul tak tahu... Ya Allah, apa yang si Kamarul buat ni?" Mummy Mona meraup wajahnya...
"Mona minta maaf... Selama ini Mona hanya duduk terperap kat rumah... Mona sekadar menunggu berita dari orang-orang Mona... Mona tak sangka macam ni sekali Kamarul dah buat...!"
Masing-masing hanya mampu terdiam... Bingung mendengar penjelasan mama Nia dan mummy Mona...
"Sebab itu, kami bersetuju nikahkan mereka berdua... Itu yang terbaik buat masa ni..."
"Apa lagi si Kamarul ni? Dia dah giler agaknya!"
"Tapi, macamana dengan Kaseh Kamelia?"
"Kaseh Kamelia? Mona kenal Kaseh?"
"Ya, Mona kenal sangat... Cuma Mona dah lama tak berjumpa dengan Kaseh... Rasanya, last jumpa dia di hospital."
"Maksudnya, Mona tahu Kaseh anak Kamarul?"
"Ya, Mona tahu Kaseh Kamelia tu anak Kamarul dengan bekas isterinya... Tapi, Kamarul tak mengaku yang tu anak dia... Arwah sempat buat ujian DNA, tapi, biasalah Kamarul... Mana nak percaya semua tu!"
"Mona tahu, selama ini Kaseh Kamelia dipelihara oleh keluarga Tengku Riezman..."
"Macamana Mona tahu, sedangkan Nia dan Am tak tahu pun pasal ni?"
"Sorry Mona, Am... Ini janji Mona dengan Tengku Riezman... Kami tak mahu Kamarul tahu kan kewujudan anak ini..."
"Tapi, kenapa? Kenapa sembunyikan anak ini?" Soal Tengku Idham.
"Semua demi keselamatan Kaseh!"
"Keselamatan? Kenapa? Tengku Kamarul nak bunuh budak tu ke?"
"Ya! Tengku Kamarul mengupah orang untuk membunuh anak kecil itu sebelum dia diselamatkan oleh pengawal peribadi Riezman."
"Ya Allah! Apa yang Kamarul buat ni? Dia dah gila ke?"
"Semuanya tak mustahil Am! Sepanjang perkahwinan kami, Kamarul sering mengatakan keenggannya untuk memiliki anak... Alasannya, tak mahu banyak komitmen... Dia nak kami concentrate pada bisness yang baru bertapak ketika itu."
"Biar betul Tengku Kamarul ni!"
"Itulah hakikatnya, Am... Sampailah Mona paksa dia ambik anak angkat... Dia setuju, dengan syarat, dia tak mahu Mona libatkan dia dengan anak angkat tu!" Puan Mona mengalihkan pandangannya pada Khai... Berubah riak wajah Khai saat ini... Ternyata segala impiannya musnah kerana kenyataan yang baru didengarinya, cukup menghiris hatinya...
"Err, Riz... Kaseh masih tinggal di rumah Riz?" Soal mummy Mona.
"Ya, mummy... Sesekali Kaseh pulang ke rumah agam tu... Tapi, selalunya Kaseh ada kat kondonya sendiri..."
"Err, Mona belum jawab soalan Nia... Macamana Mona tahu dan kenal Kaseh, sedangkan Mona dah lama tak jumpa dia... Dan macamana Mona tahu yang dia Kaseh Kamelia, anak arwah Riezman?"
"Kaseh salah seorang informer saya..."
"Informer? Mona ada informer...?"
"Ya, Nia... Mona ada mata-mata di sekeliling Mona... Dan, Mona tahu apa yang berlaku selama ini... Cuma, Mona tak sangka sejauh ini permainan Kamarul..."
"Tapi, Mona kan tak sihat... Lagipun, Monakan..."
"Tak boleh berjalan, berkerusi roda?" Mama Nia menganggukkan kepalanya.
"Nia, teknologikan semakin canggih. Tiada yang mustahil, Nia... Dengan wang, segala-galanya boleh dicapai!"
"Maksud Mona?"
"Di kalangan anak-anak buah Tengku Kamarul, ada seorang anak buah Mona... Dan selama ini, dialah yang banyak beri info pasal kegiatan Tengku Kamarul... Dengan siapa dia jumpa... apa yang dia buat, semuanya di dalam tangan Mona!"
Masing-masing berpandangan sesama mereka.
"Cuma, hal penceraian Nia dan Am... Mona betul-betul tak tahu! Mona minta maaf! Mona tak tahu nak cakap apa lagi!"
"Maksudnya selama ini... Gudang Tengku Kamarul dipecah masuk, barang mereka dirampas kastam, kerja Mummy?" Shah cuba mendapatkann kepastian.
"Ya! Itu semua kerja mummy dan anak-anak buah mummy! Dah tiba masanya, kita lihat kejatuhan Tengku Kamarul! Tengku Kamarul tak layak berada di Organisasi...!"
"Mona... Apa rancangan Mona?"
"Mona nak tahu apa lagi yang Kamarul tipu, Mona..."
"Tipu Mona?" Soal Tengku Idham pula.
"Ya... Dan salah satu darinya... Gibrel!"
"Gibrel?"
"Gibrel, isteri rahsia Kamarul..."
"Gibrel? Setiausaha Kamarul?"
"Ya, Gibrella isteri Kamarul... Memang Mona dah lama tahu, tapi Mona malas nak layan... Malas nak fikir... Buat sakit kepala je!"
"Dan sekarang, Mona nak buat apa?"
"Mona ada rancangan!"
"Rancangan apa?" Puan Mona hanya melebarkan senyumannya...
***************************
"Tengku! Tengku!"
"Tengku... gudang kita di pelabuhan digeledah pihak polis!"
"What? Celaka! Bila?"
"Baru lagi ni, Tengku!"
"Budak-budak mana?"
"Diaorang dah lari, Tengku! Buat sementara ni, kami suruh budak-budak stay kat 'port' kita!"
"Sial! Macamana boleh kena geledah? Korang buat apa?"
"Macam biasa Tengku... Packing barang nak dieskport ke Thailand! Tiba-tiba pihak polis serang dan..." Terhenti butir bicara si pengadu...
"Dan apa? Kau jangan nak takut-takutkan aku!"
"Ada sebahagian budak kita ditahan dan barang-barang kita dirampas!"
"Bullshit! Macamana korang buat kerja? Tak pernah benda macam ni berlaku. Takkan sekarang ni boleh kena pulak! Argh!"
"Jason mana?"
"Ja...son... dah... kena..."
"Jason mana?" Tengku Kamarul menengking... terhinjut badann si pengadu...
"Jason dah kena tahan!"
"Argh! Shit! Shit! Setan korang!" Marah sangat Tengku Kamarul apabila orang kanan kepercayaannya ditahan polis... Telefon dicampak...Berderai telefon Iphone 12 dicampak ke lantai...
"Sial! Macamana pihak polis boleh tahu ni? Siapa yang bocorkan rahsia?"
Sementara di pihak sana, senyuman sinis terukir di bibirnya...
"Kau akan jatuh, Tengku Kamarul! Sudah tiba masanya kau jatuh tergolek! Hahaha!" Gelak orang jahat... Hihihi...
Di rumah Mama Nia...
"Am macamana...?"
"Entahlah, Nia...! Aku... aku tak beranilah! Berat ni!"
"Come on, Am! Takkan kau nak biarkan aje si Kamarul buang kau macam tu! Kau berhak dalam organisasi... Ad pun ada share kat organisasi! Takkan kau nak lepaskan macam tu je?"
Tengku Idham melepaskan keluhan kasarnya... Wajahnya diraup berkali-kali.
"Simon, what do you thing?"
"Me?" Papa Am menganggukkan kepalanya...
"Emm... Aku tak kisah, Am... Lagipun, kau tahukan tugas aku... Aku boleh standby budak-budak and foresure, Shah sendiri boleh tolong kita... Bolehkan, Shah?"
"No problem, papa!"
"Riz, macamana?"
"Err..."
"Khai, Ad?"
"Kalau semua dah setuju untuk bersatu menjatuhkan Tengku Kamarul, Ad ikut... Ad rasa dah tiba masanya Ad rampas hak yang sepatutnya menjadi hak kita!" Tengku Idham menepuk perlahan bahu anaknya. Terbit rasa bangga dengan Tengku Irsyad.
"Khai?" Sedari tadi, Khai hanya menundukkan kepalanya...
"Khai...? Kenapa ni?"
"Mummy... Betul ke apa yang kita buat ni?"
"Kenapa Khai tanya macam tu? Khai masih nak sokong apa yang daddy buat? Khai tahukan apa yang daddy dah buat? Khai tahukan betapa ramai orang terbunuh, terseksa sebab daddy Khai?" Khai merenung mummy... Selena yang berada di sebelah Khai, menggenggam erat jari-jemari suaminya...
"Khai, mummy tahu apa yang bermain di fikiran Khai... Mummy tahu, Khai sayangkan daddy... Mummy juga sayangkan daddy... Tapi, apa yang kita nak buat ini adalah untuk menyedarkan daddy... Daddy Khai dah terlalu jauh dari landasan Khai... Terlalu jauh!" Khai masih tidak bersuara... Hendak diluah mati emak, nak ditelan mati bapak...
Puas mummy pujuk... Khai masih tiada jawapan... Khai bingung sebenarnya...
"Takpelah, Khai...! Kalau Khai tak nak ikut rancangan mummy, it's ok! Mummy takkan paksa... Tapi, mummy akan tetap lakukan with or without you!"
Khai masih membisu 1000 bahasa... Jari-jemari Selena dielus lembut... Khai masih tak mampu memandang mummynya mahupun memandang wajah yang lain... Khai jadi celaru...
**************************
Khai berdiri di balkoni bilik Selena... Opss... Bilik pengantin dorang. Hatinya berkeceramuk ketika ini... Selena yang sudah keluar dari kamar mandi, sekadar memerhatikan suaminya...
"Eh!" Terkejut Khai bila tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang... Tersentak Khai dari lamunannya.
"Sayang, terkejut B...!" Selena ditarik ke hadapan. Selena masih memeluk tubuh suaminya... Terdengar degupan jantung suaminya yang tidak selari...
"Sayang? Emm... Wanginya sayang B..." Hidung mancung Khai diletakkan di ubun-ubun isterinya... Dihidunya, dalam sekali...
"Kenapa ni?" Soal Khai sambil mengelus lembut wajah Selena...
"I'm the one who should ask you..." Berkerut dahi Khai...
"Sayang..."
"Emm..." Selena masih mendakap erat tubuh Khai, suaminya yang sah.
"Terima kasih sebab masih bertahan dengan B..."
Selena meleraikan pelukannya... Wajah tampan suaminya direnung tajam.
"Hei, kenapa cakap macam tu...? Kita dah janjikan... B dah janji akan selalu dengan sayang... Kahwin dengan sayang..."
"B minta maaf... B..."
"Sayang faham... B asyik fikirkan rancangan mummy, kan?" Khai merenung wajah isterinya...
"B, apa jua yang B lakukan, sayang akan sokong... Sayang dah janji untuk sentiasa dengan B susah dan senang, kan?"
"Please jangan diam macam ni. Sayang tak senang duduk tengok B diam macam ni..."
"Sayang... B minta maaf... B, runsing... Fikiran B bercelaru... B risau, bimbang semua ada..."
"B fikirkan sangat rancangan mummy sampai sakit kepala, kenapa?"
"Sayang tak faham..."
"Jadi, buat sayang faham..."
"Daddy, ya dia bukan daddy kandung B... Tapi, dia dah besarkan B, sekolahkan B, beri B pelajaran, pendidikan... B diberi jawatan yang tinggi di company daddy sendiri... B... B tak sanggup!" Selena terdiam mendengar jawapan Khai...
Ya, betul... Semua itu betul... Daddy dah banyak berjasa pada Khai... Tapi, Khai tidak dianggap seperti anaknya. Walaupun Khai bukan anak kandungnya, Khai berhak memilih jalan hidupnya sendiri... Khai berhak menentukan hala tuju hidupnya...
Khai dari kecil menjadi boneka buat Tengku Kamarul, apa itu tidak cukup pada Tengku Kamarul? Itu, ini, sana, sini... Tak ubah seperti robot.
"Sayang...? Kenapa ni?" Khai pula menyoal Selena yang tiba-tiba terdiam...Dagu Selena dipaut... Terdongak Selena memandang Khai...
"Sorry, sayang... Sepatutnya hari ni, hari bahagia kita... Tapi, B dah buat sayang hilang mood..."
Selena melebarkan senyumannya... Khai mengusap lembut pipi gebu Selena...
"B minta maaf dah susahkan sayang..."
"Tak, sayang ok... Sayang cuma risau tengok B asyik termenung macam ni..." Selena mendakap tubuh tegap Khai... Degupan jantung Khai tak seirama...
"B sayang sangat dengan sayang... Kalau boleh, hari-hari B nak peluk sayang macam ni..."
"Hah!" Selena terus meleraikan pelukannya...
"Nak buat apa peluk macam ni selalu? Tak penat ke?"
"Nak buat apa, sayang tanya...? Macam-macam kita boleh buat tau..." Selena dah kerutkan dahinya... Khai dah menjongketkan keningnya.
"Contohnya...?"
"Contohnya... Kita boleh buat baby..." Terjongket-jongket kening Khai... Selena dah melopong...
Gulp! Air liur ditelan... Anak? Laju kaki Selena melanglah meninggalkan Khai... Khai nak anak? OMG!
"Eh, sayang nak pergi mana? Kita belum habis bincang lagi ni!"
"Err, sayang nak tidur! Dah mengantuk ni!"Selena terus naik ke atas katil... Comforter ditarik menutup seluruh tubuhnya... Terasa tilam bergerak... Makin kuat comforter dipegangnya...
"Sayang, kenapa berselubung ni...?"
"Err, sejuk... Sejuk sangat!"
"Sejuk? Biar betul... B rasa panas je ni... Keluarlah dari comforter ni..."
"Err, tak naklah..."
"Sayang... Keluarlah..."
"Tak nak!"
"Fine...! Sayang tidurlah sorang! B nak turun bawah... Biar B tidur kat ruang tamu! Sayang tak sayangkan B, kan!" Selena terus melepaskan pegangan tangannya pada comforter... Hish! Merajuk konon. Mengada je!
"B, janganlah...! Nanti mama, papa tanya macam-macam! Tentu sayang kena marah!" Tersengeh Khai melihat gelagat comel isterinya yang baru dinikahi...
Timbul akal nakalnya nak mengenakan Selena... "Takpe, sayang tidurlah..."
"Err, B nak pergi mana?"
"Toilet... Do you want to follow me?"
"Eh, tak!" Khai tersengeh melihat Selena... Selena terus berbaring di katil queen miliknya. Selena sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan lelaki yang pertama bertahta di hatinya atau dalam perkataan lain... First love.
Pintu bilir air dikuak... Tergamam Selena melihat Khai keluar dari bilik air dengan tidak berbaju. Sempat dia mengira roti ban yang terdapat di dada dan perut Khai... 6 roti ban...
Gulp! Air liur kelat sekali lagi ditelan... Oh, shit! 6 packs...! Inilah kali pertama, Selena melihat tubuh badan Khai tanpa pakaian... Cepat Selena mengalihkan pandangannya. Merona wajah Selena...
"Dah, jom tidur... Sayang tentu letih, kan?" Selena mengangguk, sebelum Khai menutup lampu bilik. Yang kelihatan hanya samar-samar lampu tidur yang di meja solek.
Selena terkedu saat Khai merangkul pinggang rampingnya... Degupan jantung bagaikan enjin motobot.
"Tak baik tidur membelakangkan suami, tau... Dosa." Tiba-tiba, Khai jadi ustaz. Selena agak terkejut mendengar suara Khai... Lantas dia memusingkan tubuhnya mengadap Khai yang sedia menanti merenung wajahnya... Khai mengelus rambut panjang Selena lalu diselitkan di tepi telinga...
"You're beautiful, sayang... Thank you for always be by my side. I love you."
"I love you too, B... Thank you for your love."
Selena cuba melelapkan matanya... Tapi, matanya mengingkari arahan tuannya... Khai terus merapatkan tubuhnya dengan Selena... Wajah mereka semakin rapat. Pinggang Selena dirangkul... Bagaikan terpukau dengan keindahan di hadapannya, bibir Selena dipagut... Selena awalnya, agak malu, cuba mengikut rentak Khai... Degupan jantung tidak keruan.
Khai tidak mampu menahan rasa itu. Tubuh Selena terus ditindih... Ubun-ubun isterinya dicium sebelum doa dibaca... Selena akur... Khai kini suaminya yang sah... Dan Khai berhak ke atas dirinya... Berdosa mengingkari kehendak suami. Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya.
"Sayang..."
"Emm..."
"Thanks for being such a wonderful woman in my life." Dahi Selena dikucup.
"B, terima kasih sebab dah tunaikan impian sayang... Sayang hargainya..." Dada tegap Khai dicium sekilas... Sebelum jari-jemari Selena bermain-main di dada Khai...
Khai bagaikan tidak puas, terus memagut bibir mungil Selena... Tersenyum nakal Selena dengan telatah Khai... Adegan romantik bermula kembali. Entah berapa lama, hanya mereka yang tahu...
Berjayakah rancangan mereka untuk menjatuhkan Tengku Kamarul? Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel