BAB 8 - CD - KEBENARAN

Romance Completed 23254

"Khai sayang, bawak bersabar, Khai..." Dada dan belakang Khai diusap perlahan. Takut Selena melihat sisi lain Khai... Berbeza dengan Khai yang dia kenali selama berbulan-bulan ini.

"Sayang, sorry...! Khai... Khai..." Khai tidak mampu menyambung ayat-ayat yang bakal keluar dari mulutnya... Bimbang akan mengejutkan lagi Selena... Khai tahu, Selena sudah mendengar apa yang dikatakan makhluk Allah tadi... Wajah diraup berkali-kali... Nafas kasar dilepaskan...

"Khai, please... Take a deep breath...! Please, sayang." Tangan Khai digenggamnya erat...

"Sorry sayang. I'm sorry. Khai harap sayang tak percaya cakap perempuan giler tu!"

"Kalau Khai tak nak sayang percayakan dorang, cuba terangkan, siapa Khai sebenarnya?"

"Maksud sayang?"

"Tell me everything about yourself... Starting from your real name, tengku..." Selena cuba memerangkap Khai... Khai melepaskan keluhan kasar...

"Macam yang sayang dengar... nama Khai... Tengku Khairul Khaseef bin Tengku Kamarul Khalif..."

"27 tahun, ijazah dalam undang-undang di Cambridge Universiti, kan?" Tercengang Khai...

"How do you know?" Curious Khai dengan Selena... Selena hanya mampu tersenyum sambil menghulurkan sekeping gambar dan surat ugutan yang diterimanya beberapa hari lalu...

"Apa maksud sayang dengan gambar dan surat ni?" Kali ini, Selena pula melepaskan keluhan.

"Ok, let me exlplain to you, one by one. First, sayang menerima surat ugutan ni few days ago. Sayang kena ugut agar menjauhkan diri dari Khai, Tengku Khairul Khaseef, it was, you!" Sambil jari runcingnya mencucuk dada Khai.

"How do you know... it's me?" Khai pula bertanya ingin mendapatkan kepastian...

"Khai, gambar ni, Khai! Could you explain to me, who is this, this, and this!" Jari runcingnya menunjukkan siapa gerangannya di dalam gambar itu.

Khai menelan kelat air liurnya...

'Macamana Selena boleh terima gambar ni, dari siapa?'

"Khai... Sayang nak dengar dari mulut Khai sendiri... Please... Khai kena ceritakan segala-galanya pasal diri Khai, keluarga Khai. Sayang tak nak buat sebarang spekulasi yang bakal menyebabkan hubungan kita renggang!" Khai menarik nafas dalam... Lalu dihembuskan perlahan.

"Sekurang-kurangnya, hilangkanlah sedikit kekusutan yang membebani sayang!"

"Ok, Selena, sayang... First at all, I just want to say... Please, anything yang sayang dengar ni, apa jua yang berlaku, Khai nak beritahu yang Khai memang sayangkan Selena... Sayang sangat! Khai terlalu cintakan sayang... Khai pohon sangat, jangan tinggalkan Khai setelah sayang mengetahui, siapa sebenarnya diri Khai..."

"Kenapa serius sangat ni, Khai?"

"Sayang, please, janji dengan Khai...?" Jari-jemari Selena digenggam erat... Dicium-ciumnya kekura tangan Selena...

"Khai, apa ni?"

"Sayang, tolong, janji dengan Khai..."

"Ok, ok! I'll trust you. I promise!"

"Promise sayang takkan tinggalkan Khai?"

"Ok, sayang janji." Sambil mengangkat tangan seolah-olah berikrar.

Khai menarik gambar yang ditunjukkan Selena sebentar tadi...

"This is my family. Ini Daddy, ini Mummy... Khai anak tunggal dalam family... Mummy tak sihat selepas kelahiran Khai... Dari kecil Khai dah dididik belajar berdikari... Khai tak macam kanak-kanak lain yang bebas bermain, bergurau senda, bergelak ketawa, bermain-main dengan rakan-rakan sebaya. Daddy agak tegas..."

"Kehidupan Khai dikawal rapi sehinggalah Khai tamat belajar... Segala-galanya ditentukan Daddy... Sepatutnya, Khai bekerja di sebuah company milik Tengku Idham Ibraheem, papa Ad,... tapi, sebab Daddy, Khai hanya mampu mengikut telunjuknya... Sehinggalah, Khai memberontak apabila Daddy ingin menjodohkan Khai dengan perempuan tadi..." Terang Khai panjang lebar...

"Siapa perempuan tadi?"

"Qistina... Anak angkat Tengku Iqbal... Pada mulanya, Daddy berkeras inginkan Khai bersatu dengan Qistina atas sebab sifat tamak Daddy yang mahukan company mereka bergabung demi menjadi kuasa besar dalam dunia perniagaan dan dalam masa yang sama Daddy dan rakan-rakannya merupakan antara 'taiko' besar dalam dunia kongsi gelap." Melopong mulut Selena mendengar penjelasan Khai...

"Tapi, kenapa tak jadi? Kenapa Qistina macam marah sangat?"

"Sebab Daddy dapat tangkap Qistina rupanya hanya anak angkat Tengku... Daddy mengupah penyiasat persendirian untuk mengetahui segala kerja-kerja yang Qistina lakukan..."

"Then?"

"Qistina rupanya bekerjasama dengan Tengku Farid dan Tengku Iqbal untuk menggunakan Khai sebagai kambing hitam bagi menjatuhkan Daddy dan mengaut segala harta Daddy... Daddy menjadi semakin kejam setelah mengetahui segala-galanya."

"Khai juga tidak terlepas... Itu tak boleh ini tak boleh! Qistina tak tahu sebenarnya yang kami dah tahu pasal rahsianya... Tapi, tak sangka, Daddy memanggilnya sebab nak tunjukkan yang rahsia dia dah bocor... Sebab itu, Daddy putuskan segala hubungan dengan Tengku Iqbal, Qistina dan Tengku Farid..."

"Qistina naik berang. Kemarahannya memuncak apabila Daddy menunjukkan perangai sebenar Qistina yang sering bertukar-tukar jantan, keluar masuk kelab... Tengku Iqbal benar-benar marah sehingga menghalau Qistina keluar dari rumah agamnya!" Khai menghirup minuman sejuk untuk menghilangkan dahaganya selepas member penjelasan panjang lebar pada Selena.

"Sebab itu Qistina marah?"

"Bukan itu sahaja, Qistina ni licik! Lepas kena halau, dia cuba perangkap Khai kononnya nak Khai kena tangkap khalwat dengan perempuan murah di hotel. Sayang rasa?"

"Sampai macam tu sekali?"

"Emm, tulah dia! Sayang kalau nak tahu, dia juga punca Daddy hampir ditangkap khalwat dengan Kak Sally, personal assisant Daddy masa Daddy ada meeting di Johor Bahru."

"Desperate giler perempuan tu!"

"Yes, she is!"

"Jadi?"

"Dan sebab itu, dia jadi macam tu... Giler! Sayang nak tahu, dia pernah goda Khai..."

"Hah, Khai..."

"Sayang, please... Khai faham apa yang sayang cuba nak tanya." Selena tersenyum sekilas Khai seolah-olah boleh baca isi hatinya.

"Khai tak bodoh, sayang! Khai memang dari awal lagi memang tak suka dengan Qistina... First, tengok cara dia berpakaian... Macam nak terkeluar semua isi... Tak malu ke?"

"Hei, bukan semua lelaki suka ke tengok benda-benda yang hampir terkeluar tu?"

"Sayang, tak semua ok? Khai tak suka... Macam menjual diri je!"

Selena mengangkat kening kanannya...

"Ya ke Khai tak suka?"

"Sayang, please... Khai akui, Khai sedikit nakal... Tapi, Khai tak pernah keluar dengan perempuan berpakaian macam tu, tak pernah usik pun.. Sebab apa? Sebab Daddy!"

"Hah! Ya ke sebab Daddy?"

"Serius sayang! Daddy memang kejam... Tapi, perempuan yang berpakaian macam tu, Daddy awal-awal reject. Daddy kata macam perempuan murah!"

"Emm... sayang...?"

"Ya..."

"Sorry, sayang perlukan penjelasan dari Khai..."

"Penjelasan apa?"

Tadi, Khai cakap Daddy Khai... emm..."

"Ketua kongsi gelap?" Selena mengangukkan kepalanya...

"Sayang, tolonglah percayakan Khai... Memang betul, Daddy dan Tengku Idham antara taiko besar kongsi gelap, tapi kami berdua tak pernah campur tangan... Sumpah sayang!" Selena terdiam... Macamana Selena nak terangkan kat Abang Shah nanti...

"Kenapa, sayang?"

"Khai surat ni, macamana?" Sambil menghulurkan surat ugutan yang diterimanya...

"Bagi Khai surat ni... Khai ada member yang boleh tolong cek tulisan ni, milik siapa... Sayang jangan risau, ya?"

"Khai, sayang risau, Khai... Hari ni kita bertembung dengan musuh lama Khai, Qistina..."

"Sayang, dia bukan musuh Khai, tapi musuh Daddy! Khai takde kena-mengena dengan dia!"

"Ok, ok! Sorry... Khai tak rasa ke orang yang hantar surat ugutan tu, ada kena-mengena dengan musuh Khai dan Daddy Khai?"

"Maksud sayang?"

"Sayang rasa, surat tu tentu dari musuh-musuh Khai atau Daddy Khai yang nampak kita selalu bersama atau ada mata-mata yang memerhatikan kita, lebih kepada memerhatikan segala gerak-geri Khai!"

Khai terdiam mendengar kat-kata Selena... Ada kemungkinan juga... Tapi, siapa...? Qistina atau Tengku Iqbal atau Tengku Farid?

"Maaf, sayang... Bukan sayang nak takutkan Khai... Tapi, rasanya selama ini kita diperhatikan... Cuma kita tak tahu, siapa yang buat semua tu?"

"Maaf sayang, Khai dah takutkan sayang."

"Khai rasa Daddy Khai tahu ke pasal sayang?" Khai menggelengkan kepalanya...

"Khai, boleh sayang tahu, apa yang Daddy Khai buat... Maksud sayang emm... kongsi gelap tu"

"Entahlah sayang! Khai cuba jaga bahagian pentadbiran... Aktiviti lain Khai tak tahu..."

'Maaf sayang... Khai tak boleh nak terangkan kebenarannya pada sayang! Khai tak mahu sayang tinggalkan Khai apabila mengetahui hakikat sebenarnya' Khai bermonolog sendiri...

"Emm... sayang..."

"Ya..."

"Khai ingat Khai nak kenalkan sayang kat Daddy!"

"Hah!"

"Hah? Kenapa terkejut?"

"Bo... Boleh ke?"

"Kenapa, sayang tak nak jumpa bakal mertua ke?" Wajah Selena dah merona...

"Sayang, you are so adorable bila malu-malu macam ni!" Selena memalingkan wajahnya apabila Khai mengusik.

"So, macamana? Nak jumpa mertua, tak?"

"In shaa Allah... Dah, kita sambung makan, ya...? Sedap ni... Nah, sayang makan ni!" Sambil menyuakan sesudu makanan ke mulut Khai...

"Thanks sayang...!"

Selena melemparkan senyum manisnya... Dalam hati masih berkira-kira mengenai hal Daddy Khai... Kata-kata Abang Shah sedikit sebanyak mengganggu perasaannya...

Assalammualaikum... Dapat juga update chapter baru... Maaf, sedikit rasa tak sihat.. Tapi, masih bersemangat nak update... Apa yang akan berlaku selepas ini... Stay tuned... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience