BAB 23 - CD - KELEMAHAN

Romance Completed 23254

Bang! Bang! Bang!

Beberapa das tembakan dilepaskan tepat ke arah pemilik tubuh. Terkulai layu tubuh mangsa... Keadaan menjadi semakin panik. Masing-masing yang berada di dalam ballroom lari lintang-pukang cuba menyelamatkan diri...

Muncung pistol yang masih panas berasap... Ditiup perlahan... Keadaan gawat menjadi-jadi... Hanya kedengaran suara nyaring jeritan manusia-manusia yang lari bertempiaran menyelamatkan diri...

Dalam ramai-ramai yang berada di dalam ballroom itu, hanya ada seorang sahaja yang masih duduk tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...

Tengku Kamarul Khalif! Syaitan bertopengkan manusia! Sikap yang terlalu mementingkan diri sendiri, tamak, tidak percaya dengan orang sekeliling... Itulah Tengku Kamarul... Sesiapa yang menentangnya, akan dihapuskan dari muka bumi ini.

Perasaan tanpa sifat belas kasihan yang wujud dalam dirinya, tidak lagi mudah dilentur... Tiada siapa yang mampu mengubah dirinya... Keegoan Tengku Kamarul terlalu tinggi... Walaupun hakikat sebenarnya, dia terlalu takut dengan dirinya sendiri... Takut andai dia akan jatuh tersungkur...

Dan ini merupakan modal untuk menjatuhkan Tengku Kamarul... Dengan membeli saham milik arwah Tengku Riezman sebanyak 25% dalam organisasi, bermakna Tengku Rizqy punya hak untuk bersuara, hak memindah atau apa sahaja hak yang ada pada seorang 'one of the director'. Itulah yang amat ditakutkan Tengku Kamarul...

"Jason! Bawak si pengkhianat tu mengadap aku! Sekarang!"

"Baik Tengku!" Beberapa orang bawahannya menarik tubuh seorang lelaki yang masih bernyawa... Dicampakkan tubuh itu betul-betul di hadapan kaki Tengku Kamarul...

"Argh..!" Zaidi terjelepuk ke kaki Tengku Kamarul...

"Well, well, well! Look at you, Zaidi...! Liat betul nyawa kau, kan?"

"Celaka kau, Kamarul! Kau memang manusia iblis... Kenapa kau tak bunuh aje aku, hah?"

"Bunuh kau? Hei! Aku rasa kau masih belum kenal aku lagi, kan? Aku takkan sewenang-wenangnya bunuh musuh-musuh aku macam tu je... Sebaliknya, aku lebih suka seksa orang-orang seperti kau!" Jarinya ditudingkan tepat ke muka Zaidi...

"Tengku Kamarul... Kau boleh seksa aku... Tapi, kau jangan lupa, suatu hari nanti akan ada balasan buat orang seperti kau...!"

"Hahaha! Balasan? Apa yang kau merepek ni, Zaidi? Kau lupa ke selama ini aku yang berkuasa di sini...! Bodoh!"

"Kau yang bodoh, Kamarul! Kau yang buta! Kau lupa kuasa Allah mengatasi segala-galanya! Kau jangan ingat Allah tu tidur, Kamarul! Dia lihat segala kerja-kerja haram yang kau lakukan...!"

"Tak payah nak berceramah kat sini! Aku tak bunuh kau pun dah cukup baik, tau!"

"Aku lebih rela dibunuh dari terus dijadikan kambing hitam oleh syaitan bertopengkan manusia seperti kau...!"

Huk! Huk! Huk! Darah mengalir dari mulur Zaidi... Dua das tembakan mengenai perut dan dadanya...

"Dah nak matipun, kau masih banyak cakap, kan?

"Aku rela Tuhan cabut nyawa aku, Kamarul... Aku doakan moga ada manusia yang akan menundukkan ego kau...!"

"We'll see...!" Habis sahaja kata-kata kesat yang dihamburkan Tengku Kamarul... Zaidi menghembuskan nafasnya yang terakhir di kaki Kamarul...

"Huh! Mampus kau, pengkhianat!" Tubuh Zaidi dipijak...

"Angkat dan campak mayat si pengkhianat ni kat depan rumah dia!"

"Baik, Tengku!" Tubuh Zaidi yang sudah tidak bernyawa diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta oleh anak-anak buah Tengku Kamarul.

"Tengku, macamana dengan Tengku Rizqy?"

"Huh! Budak mentah tu berani nak tentang aku? Kita tengok nanti! Apa yang budak mentah tu boleh buat kat aku!"

"Macamana dengan Tengku Khai? Mana dia sekarang ni?"

"Tengku Khai berada di kondo, Tengku! Saya sudah mengarahkan beberapa orang kita mengawal di pintu kondo."

"Bagus! Jangan benarkan dia keluar dari kondo tu! Bodoh! Pasal perempuan sial tu dia berani nak tentang aku! Berani nak tinggalkan organisasi?"

"Tapi, Tengku! Tengku nak buat apa pada Tengku Khai? Takkan nak biarkan dia terkurung dalam kondo?" Jason, orang kanan yang paling dipercayai, dikerling... Tertunduk Jason saat mata hilang itu memandang ke arahnya...

"Aku tahu apa yang aku buat! Kau buat apa yang aku suruh. Jangan nak memandai-mandai ajar apa yang aku perlu buat!"

"Maaf, tengku!"

****************************

"Ad, tolong aku, Ad!"

"Kau kat mana ni, Khai?"

"Aku kat kondo ni! Orang-orang Daddy kurung aku kat sini... Aku tak boleh keluar, Ad! Tolong aku, Ad!"

"Aduh! Macamana ni? Wait! Kau rasa berapa orang kat pintu masuk kau, tu...?"

"Jap!" Khai cuba mengintai di lubang pintu...

"Ad, ada dua orang... Kedua-duanya berbadan besar dan tegap... Tapi, aku bimbang kalau-kalau ka bawah juga, Daddy aku letakkan orang-orang dia... Ad... Tolong aku Ad!"

"Khai, kau bagi aku masa sikit! Aku bincang dengan Shah..."

"Ad, cepat sikit! Aku nak jumpa Lena... Aku rindukan Lena...Tolong aku, Ad!"

"Ok! Ok! Kau sabar sikit, ya! Aku janji, aku akan tolong kau... "

"Terima kasih, Ad! Kaulah kawan aku dunia akhirat!"

"Dahlah tu! Kembang telinga aku... Ok... Apa-apa nanti, aku inform kau... Pastikan telefon kau ada bateri..."

"Yelah! Yelah! Cepat Ad!"

"Ok!" Talian diputuskan...

"Macamana Shah...?"

"Jadi, betullah! Selama ini memang Tengku Kamarul yang hantar orang ganggu kita semua... Khai memang tak tahu...!"

"Emm... Susah nak dipastikan...! Apapun sekarang ni... Kita kena cari jalan macamana nak keluarkan Khai dari kondo!"

"Shah, kau ada idea tak?"

"Bagi aku masa sikit... Jap! Kita buat macam ni..." Ad dan Shah sedang berbincang berdua... Selena dan Serena hanya memerhatikan dari jauh...

"Kak Rena... Macamana sekarang ni...? Lena kerja esok!"

"Takpe dik... Lena telefon je office tu... Katakan adik MC..."

"Emm, masalahnya adik sihat, macamana nak tipu nak cakap adik tak sihat?'

"Adik... Jangan lurus bendul sangat, boleh tak?"

"Apa akak ni?"

"Mama...tolonglah! Macamana ni?"

"Betullah cakap kak Rena tu! Tak pun, minta tolong abang Ad!"

"Yelah! Abang Ad kan manager adik... Tapi, Abang Ad kan dah berhenti...!" Lena mengetuk-ketuk dagu, cuba mencari idea...

"Takpe, itu semua biar Kak Rena yang cakapkan dengan Ad... Adik takyah risau ya...!" Rena berjalan ke arah Ad dan Shah yang sedang asyik membincangkan hal mengenai Khai...

"Hei... Kusyuknya..."

"Eh, baby!"

"Anything to share?"

"Baby... Khai kena kurung dalam kondo dia... Kami tengah bincang macamana nak selamatkan Khai?"

"Hah? Kurung?"

"Baby! Shu... Shu...!" Cepat mulut Serena ditekup dengan tangan Ad...

"Rena... Kami tak nak bising-bising... Bimbang Lena terdengar nanti!"

"Sorry, abang Shah... Dear!"

"Apa tadi, tu? Apa yang tak nak Lena dengar?" Bersilih-ganti wajah Shah, Rena dan Ad dipandang... Tajam renungan Lena kali ini...

"Shah, Ad, Rena... Kenapa ni? Adik tanya tu, apa benda korang bincangkan ni?" Ah, sudah! Mama pulak...bMereka bertiga berpandangan sesama sendiri...

"Abang Ad, Abang Shah? Anything I need to know?"

"Selena... come sit here!" Tangan Selena ditarik... Lalu Selena diarahkan duduk bersebelahan Ad...

"Adik, abang dengan abang Shah nak pergi selamatkan Khai dari kondo."

"Khai? Kenapa dengan Khai? Abang... Kenapa dengan Khai?"

"Khai kena culik dan dikurung kat dalam kondo... Dia tak dibenarkan keluar... Ada lelaki yang berbadan besar yang menjaga Khai di luar pintu kondo dan tak mustahil ada beberapa yang jaga di bawah kondo..."

"Ini mesti kerja giler Tengku Kamarul!"

"Mama...?"

"Ya! Mama pasti... Tengku Kamarul tentu sedang merancang sesuatu... Dia tak nak Khai jumpa Lena lagi... Dia takut rahsia dia pecah!"

"Mungkin juga!"

"Habis tu, macamana?"

"Shah dan Ad akan ke kondo Khai malam ni..."

"Adik ikut!"

"No!" Serentak suara Shah dan Ad...

"Tapi, bang?"

"Adik... Dengar cakap abang ya... Ini semua untuk kebaikan Khai jugak!'

"Ya, dik... Abang akan pastikan Khai kembali pada adik... Abang tahu, Khai tak bersalah!" Selena diam 1000 bahasa...

"Selena sayang... Mama tahu apa yang bermain di minda Lena sekarang ni... Tapi, demi kebaikan Khai dan adik... Mama mohon sangat, biarkan abang Ad dan abang Shah pergi menyelamatkan Khai, ya...?" Rambut panjang Selena dielus...

"I'm in!" Suara garau papa kedengaran...

"Papa?"

"Why? I'm in! Fullstop!" Papa melangkah ke arah Selena... Tangan anak tirinya, digenggam...

"Papa janji, apa kan bawak Khai ke sini dengan selamat! Mark my words!"

"Thanks papa!" Tubuh papa didakap... Papa terlalu sayangkan Selena sepertimana dia menyayangi anak kandungnya... Dia tidak pernah membeza-bezakan ketiga-tiga mereka walaupun Selena bukan dari darah dagingnya...

"Dah... takmu sedih-sedih...! Tak cantik anak papa macam ni" Wajah Selena dielus... Dahi Selena dikucup...

"Papa!" Serena sedikit merajuk...

"Ya, ya! I know...! Come here! I love both of you..." Dahi Serena juga dikucup...

"Darling...?"

"Mama, jangan cakap mama jealous papa kiss dahi kakak adik?"

"Hey! Why should I...?" Masing-masing tergelak dengan telatah mama...

"Ok! Kita nak gerak pukul berapa?" Soal papa...

"Papa... after 11 pm... Shah dah inform budak-budak Shah... Everything is under control...!"

"In shaa Allah, mama doakan papa, Ad dan Shah selamat pergi dan balik menyelamatkan Khai..."

"Aamiin..." Serentak mereka mengaminkan doa mama...

Sementara di kondo...

"Ish, mana Ad ni...? Aku dah tak tahu nak buat apa ni!"

"Ad... Tolonglah cepat sikit!" Deringan telefon menghentikan omelan Khai...

"Hello..."

"Khai..."

"Daddy... Apa yang Daddy buat ni? Kenapa kurung Khai dalam kondo?"

"Daddy tak mahu Khai leka dengan perempuan yang tidak diketahui asal-usulnya!"

"Daddy... Daddy patut tahu dari mana asal Daddy jugak!"

"Khai! Jangan leka dengan cinta yang tiada penghujungnya...!"

"Khai cintakan dia! Khai akan kahwin dengan dia!"

"Jangan bermimpi Khai! Daddy takkan izinkan Khai berkahwin dengan perempuan tu!"

"Khai tak perlukan keizinan Daddy untuk berkahwin!"

"Khai! Dengar cakap Daddy! Perempuan tu akan buat Khai hilang kedudukan dalam organisasi!"

"Khai tak perlukan semua tu! Khai hanya perlukan Lena dalam hidup Khai!"

"Khai, apa yang Daddy buat selama ini adalah untuk kebaikan Khai sendiri... One day, Khai sendiri akan berterima kasih pada Daddy!"

"Ini semua bukan untuk kebaikan Khai! Tapi untuk Daddy! Tak cukup lagi Daddy dah control hidup Khai...!"

"Khairul Khaseef! Jangan kurang ajar!"

"Khai takkan kurang ajar kalau Daddy tak ajar Khai macam tu!" Talian terus dimatikan... Khai meraup wajahnya...

Malam ni, satu chapter lagi sebab idea dah datang... Khai kena kurung... Dapatkah Khai lepaskan diri... Dapatkah Khai diselamatkan Shah dan Ad... Apa yang akan berlaku selepas ini, stay tuned... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience