BAB 39 - CD - DARAH

Romance Completed 23254

"Tengku, tolong beri kerjasama.... Menyerah!Letakkan senjata, Tengku...!"

"Tidak! Aku takkan menyerah! Aku tak bersalah!"

"Daddy... Lepaskan Khai, Daddy! Lepaskan Khai...!"

"Kau diam! Kaulah punca segala-galanya... Hidup aku takkan musnah jika bukan disebabkan kau...! Aku takkan begini jika bukan disebabkan kau!"

"Kamarul! Letakkan senjata tu, Kamarul! Jangan kau tambah lagi masalah! Cukuplah, Kamarul! Menyerahlah!"

"Aku dah cakap, aku takkan serah diri! Aku tak bersalah...! Kau... Kau... Kau yang bersalah!"

"B... Tolong, sayang, B!"

"Sayang, B minta maaf... Andai ini pengakhiran buat kita... Maafkan B... Jagalah anak kita baik-baik..." Khai mengalirkan air mata jantannya... Khai sudah mengalah... Dia dah tak mampu nak meloloskan diri dari cengkaman Tengku Kamarul...

Tengku Kamarul semakin hilang sikap warasnya. Leher Khai masih dicengkam... Khai hanya mampu berserah...

"B, jangan cakap macam tu... Kita akan hidup bersama selama-lamanya... Jangan cakap macam tu, B... Sayang sayangkan B..." Selena menghamburkan air matanya...

"Stop! Tak payah nak berdrama bagai! Aku benci air mata palsu!"

"Tengku! Letakkan senjata tu! Jangan buat sesuatu yang salah disisi undang-undang!"

"Argh! Aku peduli apa! Aku dah memang bersalah, kan? Jadi apa salahnya buat salah terus...! Hahaha! Korang memang bodoh! Tak semudah itu aku akan menyerah!"

"Kamarul, jangan terburu-buru. Letak senjata tu! Kita boleh bincang."

"Hahaha! Baru kau nak berbincang? Dah terlambat, Am... Dah lambat! Aku takkan sesekali mengalah dengan korang!" Mummy Mona hanya mampu melihat suaminya yang semakin gila... Khai yang masih dicengkam Tengku Kamarul, sudah semakin lemah.

"Kamarul! Menyerahlah! Kau dah terlalu jauh, Kamarul...! Jangan jadikan anak-anak kita sebagai mangsa kerakusan kau! Tak cukupkah dengan apa yang telah kau rampas selama ini? Kau nak tunggu kami semua mati, baru kau nak puas hati?" Mama Nia cuba bermain dengan psikologi.

"Ya! Aku memang nak korang mati! Mati macamana aku bunuh Riezman dulu!"

"Celaka, kau Tengku Kamarul! Kau pembunuh! Kau bunuh daddy aku! Kau memang manusia tak berhati perut!" Tengku Rizqy terus menyerang... Serena terus mendapatkan Selena... Tubuh adiknya dipeluk...

"Kak Rena... Khai, kak! Tolong Khai, kak...! Tolong Khai...!" Selena terus menangis. Mohon simpati dan pertolongan agar suaminya dilepaskan...

"Lena, bawak bersabar, Lena... Sabar ya dik." Serena berterusan memujuk adiknya.

"Hahaha! Rizqy, Rizqy! Kau ingat kau hebat? Kau boleh kalahkan aku? Kau lebih bodoh dari bapak kau! Tak sia-sia aku bunuh dia... Hahaha!"

"Celaka kau orang tua!"

"Riz! Jangan Riz..." Ad terus menahan Rizqy dari terus meluru ke arah Tengku Kamarul... Bimbang dengan keselamatan Khai.

"Tengku Rizqy... Bawak Bertenang! Kita tak mahu keadaan semakin panas..." Turun naik nafas Rizqy mendengar kata-kata pegawai polis tadi...

"Korang jangan rapat! Aku bunuh budak ni, nanti!" Tengku Kamarul berterusan mengugut.

"Papa, maafkan Khai... Mama, maafkan Khai... Maafkan Khai semua. Khai sayang mummy. Khai sayang Selena... Andai ini pertemuan kita yang terakhir, jagalah Selena dan anak kami baik-baik. Khai minta maaf..."

"B, jangan tinggalkan sayang! Jangan cakap macam tu, B! B!" Selena meraung... Air mata bagaikan tidak segan silu mengalir laju.

"Lepaskan pistol ni Daddy... Ini yang daddy mahukan? Bunuh Khai! Bunuh Khai! Daddy bencikan Khai, kan? Bunuh Khai, daddy! Bunuh Khai!" Berlaku sedikit pergelutan antara Tengku Kamarul dan Tengku Khairul...

Keadaan semakin panik... Pihak polis tidak mampu campur tangan. Bimbang keadaan semakin buruk... Shah, Riz dan Ad berlegar-legar di sekeliling Tengku Kamarul dan Tengku Khairul.

Bang! Pistol meletup sendiri... Semua tergamam. Tengku Kamarul melepaskan cengkamannya di leher Khai... Khai sudah terkulai layu dilantai...

"B!" Selena terus meluru ke arah tubuh Khai yang sudah terkulai layu... Kepala Khai dipangku... Air mata Selena mengalir laju...

"Khai...!"

"Khai!" Polis terus mendapatkan Tengku Kamarul yang masih terpinga-pinga... Tengku Kamarul benar-benar terkejut dengan apa yang telah berlaku... Dia benar-benar tidak sangka, Khai akan korbankan diri dan cintanya... Demi menyelamatkan keadaan.

"B! Tolong jangan tinggalkan sayang! B, tolong bangun! Bangunlah!"

"Khai... anak mummy...." Mummy Mona berusaha mengesotkan dirinya menuju ke arah Khai yang berlumuran darah...

"Sa...yang..." Air mata terus mengalir ketika ini...

"Khai... Jangan bergerak Khai... Bertahan Khai... Sekejap lagi kita ke hospital... Paramedic is on the way..." Ad menekan tempat yang terkena tembakan.

"Sabar Khai... tolong bertahan untuk Selena... "

"Mummy... Khai minta am...pun... Huk! Huk! Huk!" Khai terkokol melepaskan batuknya... Darah mengalir dari mulut Khai...

"B, darah... Darah! B, jangan tinggalkan sayang! Tolong sayang, B! Jangan tinggalkan sayang... Anak kita perlukan B..." Selena berterusan mengalirkan air matanya...

"Sa...yang... B minta... huk! huk! huk! maaf... B cinta...kan sa...yang..."

"B, bertahan... Sayang perlukan B... Jangan tinggalkan sayang... Tolong jangan tinggalkan sayang..."

"Ja...ga a...nak kita huk! huk! huk! baik-baik... B... sa...yangkan sa...yang..." Tangan Selena dicium...

"B..."

"Ad... Teri...ma ka...sih a...tas sega...lanya... Kau saha...bat a...ku du...nia huk! huk! huk! ak...hirat. To...long ja...ga Selena un...tuk a...ku..."

"Aku janji Khai... Aku janji... Aku janji akan jaga Selena dan anak kau baik-baik... Kau jangan cakap banyak, Khai... Bertahan... Kejap lagi paramedic sampai..."

"U...mur aku tak pan...jang... A...ku re...dha, Ad."

"Riz..." Rizqy terus mendapatkan tangan Khai...

"Ya, Khai... Bertahan Khai... Tolong bertahan... Jangan banyak cakap... Kau akan selamat, Khai..."

"A...ku ta...hu kau su...ka Se...le...na..."

"Eh, Khai...Kau jangan salah sangka Khai..."

"A...ku ta...hu... huk! huk! huk! Ja...ga dia ma...camana a...ku ja..ga... Ja...ga a...nak aku ma...cam a...nak kau sen...di...ri..."

"B..."

"Khai, a...aku janji Khai... Kau berehat Khai... Tak perlu cakap banyak... Kau akan selamat, Khai... Kau akan jaga Selena dan anak kau..."

"Aku min...ta ma...af... Sa...yang... B nak per...gi... Ja...ga di...ri sa...yang... Cin...ta B hanya un...tuk sa...yang..."

"B, mengucap B... Mengucap..." Keadaan semakin sunyi... Hanya kedengaran esakan tangisan mereka yang berada di dalam rumah agam itu...

"Khai, mengucap Khai. Mengucap... Mengucap Khai... Ashaduallaillahaillallah..." Ad merapatkan mulutnya ke telinga Khai...

Selena terpaku sejenak. Dilihatnya bibir Khai terkumat-kamit menyebut kalimah Allah... Air mata terus mengalir... Sehinggalah, Khai menghembuskan nafasnya yang terakhir...

"Innalillahiwainnalillahirajiun." Akhirnya Khai pergi jua... Khai disahkan meninggal dunia akibat tembakan yang terkena jantungnya dan menyebabkan darah mengalir dari mulutnya...

"B...! Bangun B! Jangan tinggalkan sayang, B!" Selena bagaikan hilang kewarasan diri... Selena meraung di sisi jenazah suaminya. Satu-satunya lelaki yang bertahta di hatinya selain Papa Am, Papa Simon dan abang Shah. Apatah lagi Khai merupakan cinta pertamanya...

***************************

Sepanjang majlis tahlil... Selena hanya mampu berdiam diri... Tiada suara mahupun raungan yang kedengaran... Selena bagaikan dalam dunianya sendiri... Sesekali kedengaran esakan kecil... Selena tidak dibiarkan sendirian... Air matanya terlalu mudah mengalir...

"Lena... mari sayang... Lena dah beberapa hari tak makan... Mama suap ya sayang..." Rambut Selena dielus... Mama sendiri mengalirkan air mata setiap kali melihat Selena dalam keadaan begitu... Puas Serena, Shah, Papa Simon dan Papa Am pujuk... Namun segala-galanya hanyalah sia-sia...

Sesekali Tengku Rizqy akan datang melawat... Rizqy sudah berjanji pada arwah Khai untuk menjaga Selena...

"Papa, Mama, Shah... Riz ingat... Lepas Selena bersalin, Riz nak pinang Selena...Riz nak jaga Selena baik-baik... Riz janji akan lindungi Selena dan anak dalam kandungannya seperti anak Riz sendiri..."

"Mama takde masalah, Riz... Tapi, Riz tengok sendiri keadaan Selena... Dia masih dengan dunia dia..."

"Mama jangan risau, ya... Riz tahu apa yang Riz nak buat... Riz cuma perlukan restu mama, papa dan semua..."

"In shaa Allah, Riz... Aku takde halangan. Asalkan aku dapat tengok Selena yang dulu."

"Terima kasih mama, Shah... In shaa Allah... Riz akan kembalikan Selena yang dulu... Itu janji Riz!"

"Selena sayang... Mari... Papa bawak Lena pergi check-up... Hari ni sepatutnya check-up baby kat hospital, kan?" Bila berbicara pasal baby, Selena cepat beriaksi...

"Yelah, papa... Lena lupa... Khai tu sibuk sangat... Sampai lupa nak bawa Lena check-up... Kesian baby... Kan, baby...? Daddy tu, lupalah tu!" Bila berbicara sedemikian, siapa yang lebih sedih sebenarnya kalau bukan papa sendiri...

"Lena...Khai dah takde Lena... Tolong sedar, nak... Jangan buat papa macam ni... Khai dah takde Lena..."

"Ish, papa ni! Abang Khai kerjalah papa... Dia dah janji nak jaga Lena ngan baby.. Tapi, dia lupa pulak...! Ish, daddy ni nak kena ni, ni kan baby?" Selena mengusap perutnya yang semakin membesar...

"Selena, jom Riz bawak pergi klinik... Khai suruh Riz tolong Selena... Dia busy hari ni..."

"Oh, ya ke? Yelah, Khai tu... Busy sangat... Sampai dia lupa Lena ada check-up hari ni... Riz tunggu ya, Lena siap..."

"Ok... hati-hati." Selena melangkah naik ke biliknya... Sementara menanti Selena... Riz menemui Papa Am...

"Papa, izinkan Riz ya... Riz janji akan kembalikan Selena yang dulu kepada Papa..."

"Riz sayangkan Selena?"

"Demi Allah, pa... Memang dari dulu lagi, Riz dah sayangkan Selena... Cuma Riz tak tahu waktu itu, Selena dengan arwah Khai..."

"Kalau itu yang Riz katakan, Papa restu Riz... Papa izinkan Riz dengan Selena... Cuma, Papa harap Riz dapat jaga Selena baik-baik... Papa bimbangkan Selena dan cucu Papa..."

"In shaa Allah, pa. Riz janji, Riz akan jaga Selena seperti mana arwah Khai jaga dulu... Riz akan pertahankan Selena seperti nyawa Riz sendiri..." Itu janji Rizqy... Dia berharap agar Selena dapat menjadi miliknya, suatu hari nanti...

Papa Idham menepuk-nepuk bahu Rizqy... Jika itu yang mampu dilakukan demi mengembalikan Selena yang dulu... Why not...?

Selesai membuat pemeriksaan bulanan... Riz bercadang membawa Selena ke tempat lain... Riz mahu Selena keluar dari bayang-bayangnya sendiri...

"Lena... Lena nak pergi mana-mana sebelum balik rumah...? Manalah tahu, Lena nak nakan benda lain... Ke Lena ngidam sesuatu...?"

"Emm... Lena nak makan cendol dengan rojak... Tapi, kat mana yang sedap...?"

"Oh, Riz tahu... Tapi, sebelum tu, kita ke suatu tempat dulu ya? Boleh...? Sekejap je?"

"Emm, bolehlah... Lena pun boringlah kat rumah tu... Takde member nak ajak borak.."

"Ok, jom..." Riz tersenyum... Nampak gayanya rancangan Riz menjadi... Tiba di perkarangan kawasan perkuburan tempat arwah Khai disemadikan...

"Kita dah sampai... Jom..." Khai matikan enjin... Tali pinggang keledar yang dipakai Selena, ditanggalkan...

"Selena... Jom... Kita lawat kubur arwah sekejap... Lepas tu, kita pergi makan rojak ngan cendol ya?"
Dengan perlahan, Selena melangkah keluar... Kandungan Selena sudah semakin besar... Alhamdulillah... Segala persiapan juga telah tersedia...

"Assalammualaikum, Khai... Aku datang bawak Selena dan anak dalam kandungan isteri kau..."

Selena masih terdiam kaku... Sesekali tangannya memegang batu nisan milik arwah suaminya... Air matanya mengalir lesu...

"Selena... duduk sini... Riz nak bacakan yassin buat arwah... Ke Lena nak baca sekali...?" Selena menganggukkan kepalanya... Hampir setengah jam, mereka di situ...

"Dah...jom Selena... Kita balik... Nanti Riz bawak Lena datang lagi ya... Kita melawat arwah lagi, ya?"

"Khai... Kami balik dulu, ya... Moga kau tenang di sana, Khai... In shaa Allah, aku akan jaga Lena dan anak kau seperti anak aku sendiri... Aku janji, Khai... Aku janji... Assalammualaikum..." Selena terkesima mendengar luahan Rizqy... Apa maksud Rizqy?

"Ok, dah boleh makan rojak ngan cendol... Jom, Rizpun dah lapar pulak...!" Rizqy melangkah menuju ke kereta...

"Riz, apa maksud awak?"

"Maksud Riz? Kenapa? Salah ke Riz cakap macam tu?"

"Tapi... Awak...?"

"Selena, jujurnya Riz dah memang sukakan Lena.. Dari dulu lagi... Tapi, Riz tak tahu Lena hak milik arwah... Masa tupun, Riz belum bertemu dengan Ad dan Khai... Bila tahu, Lena milik Khai... Riz dah buang jauh-jauh perasaan tu... Riz dah redha Lena hak mutlak arwah..."

"Awak..."

"Lena, Riz tahu apa yang Lena fikirkan... Jujur Riz katakan... Riz sayangkan Lena... Bukan sebab anak dalam kandungan tu aje... Tapi, sebab Riz memang cintakan Lena... Riz dah janji dengan arwah nak jaga Lena... Salahkah Riz nak sayangkan Lena?"

"Riz... Awak tak perlu bersimpati dengan saya, Riz..."

"Selena, beri Riz peluang... Beri Riz peluang nak bahagiakan Lena... Bahagiakan anak dalam kandungan Lena... Dah 5 bulan Lena... 5 bulan arwah meninggalkan kita... Ya, Riz tahu, Riz takkan mampu menjadi Khai... Tapi, Riz janji cinta Riz akan lebih dari cinta arwah, jika Lena beri Riz peluang menyayangi dan mencintai Lena dan baby..."

"Riz... Awak tak..."

"Riz tak minta lebih... Riz hanya mahukan Selena. Lena nak anak yang dilahirkan kekurangan kasih sayang dari seorang ayah? Lena nak macam tu... Riz tak minta lebih... Beri Riz peluang untuk membahagiakan Lena... Riz sendiri dah akur dengan ketentuan Ilahi..." Tangan Selena dicapai, lalu digenggam sebelum dibawa ke bibirnya dan dicium bertalu-talu...

Selena benar-benar terkesima dengan kelakuan Riz...

"Demi Allah dan Rasul... Cinta Riz hanya untuk Sharifah Selena Binti Tengku Idham braheem. Tiada yang lain dalam hati Khai..."

Selena tergamam... Perlukah Rizqy diberi peluang atau biarkan Selena meneruskan hidupnya sendiri...

Perlukah Selena memberi peluang kepada Riz atau biarkan sahaja impian Riz terkubur... Stay tuned...Enjoy reading... Tinggal satu bab (40) dan Epilog, sebelum CD melabuhkan tirainya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience