"Tengku Kamarul Khalif...!" Masing-masing berpaling ke arah suara Papa di belakang mereka...
"Papa! Macamana papa tahu...?" Mama memandang papa dengan senyuman terukir di bibirnya..
"Come, kita duduk dulu sementara minuman akan sediakan... Come..." Masing-masing berjalan ke arah sofa di ruang tamu...
"Papa... ceritalah... Macamana papa boleh tahu yang Tengku Kamarul punya angkara?"
"Ok, apa jua yang papa ceritakan nanti, harap semua dapat bersabar..." Semua memandang wajah papa tanpa kerlipan...
"Actually, I'm working for Tengku Kamarul..."
"You, what?"
"Serena, bagi papa jelaskan dulu...!"
"Emm, sorry mama... Papa, carry on!"
"Sebenarnya, Tengku Kamarul yang menjadi dalang dalam kes penceraian mama dengan papa Am..."
"Serius papa?"
"Dari awal mama melarikan dirinya ke Australia, papa diarahkan untuk membunuh mama..."
"Hah!" Papa memandang wajah seorang demi seorang... Tiba di wajah mama, Papa memegang tangan mama lalu diciumnya... Merona wajah mama...
"Papa diarahkan untuk menghapuskan mama andai Tengku Idham tidak meletakkan jawatannya di dalam organisasi..."
"2 bulan selepas Mama menerima surat penceraian itu, Mama disahkan mengandung..." Mama memandang wajah Selena lalu diusapnya wajah cantik itu...
"Ya, mama mengandungkan Selena..."
"Pada mulanya memang papa berhasrat menjalankan amanah yang di berikan memandangkan papa telah menerima upah untuk menghapuskan mama."
"Papa tak sampai hati nak melukakan mama... Hati papa terpaut pada mama setelah mendengar rintihan mama... Papa terlalu kasihankan mama... Mama Lena seperti tak terurus selepas melarikan diri dari kediamannya... Kata mama, mama dihalau dari kediamannya... Dan papa Am yang mengarahkan mama dihalau..."
Masing-masing tergamam mendengar penjelasan papa...
"Tapi, macamana papa boleh selamatkan mama sedangkan papa ketika itu diarahkan untuk membunuh mama...?" Soal Selena...
"Macam yang papa katakan tadi, papa kasihankan mama... Walaupun menerima bayaran lumayan, papa tak sanggup...!" Papa menggeleng-gelengkan kepalanya...
"But, why?"
"Papa menerima tugasan yang Tengku berikan kerana wang..."
"So, apa maksud papa sebenarnya?" Serena pula menyoal...
"Mama Serena dan Shah mengidap kanser payudara... Dan wang yang digunakan adalah untuk membayar kos rawatan mama kamu..." Papa mula menundukkan kepalanya saaat bercerita mengenai arwah isterinya...
"Bukan ke papa dilahirkan dalam keluarga bangsawan... Kenapa papa perlukan wang untuk membayar kos rawatan mama?" Serena masih dengan ketidakpuashatiannya...
"Kerana mama! Mamalah punca papa dibuang keluarga..."
"Rena tak faham! Tapi, kenapa? Apa yang telah mama lakukan?" Rena memandang Shah... Cepat Shah memalingkan wajahnya dari bertentangan dengan Serena...
"Abang Shah? Abang Shah tahu pasal ni, kan? Pasal mama?" Shah masih mengalihkan pandangannya...
"Abang! Jawablah!" Serena bangun lalu duduk di sebelah Shah...
"Abang... Please, terus terang dengan Rena, apa yang berlaku sebenarnya... Apa yang mama dah buat, bang?" Rena menggoyang-goyangkan tangan Shah sambil menangis...
"Abang! Abang Shah! Jawablah!"
"Baby..." Ad cuma memujuk... Namun ditahan Selena...
"Mama curang! Faham tak? Mama curang dengan papa!" Akhirnya Shah melepaskan isi hatinya... Memang Shah malu... Malu untuk mengingatkan semua kenangan pahit yang ditinggalkan mama... Akibat terlalu taksub dengan cinta dan kemewahan hidup, mama sanggup meminta cerai dari papa dan tanpa ada hati dan perasaan, meninggalkan Shah dan Serena berdua yang ketika itu baru berusia 7 dan 1 tahun pada Papa...
Serena, Selena dan Ad terkejut besar... Tamparan hebat buat Serena apabila mengetahui kisah sebenar mama kandungnya...
"Papa, betul ke apa yang abang Shah cakap? Papa?" Serena melutut di kaki Papa... Papa hanya mampu menganggukkan kepalanya... Air mata mula bergenang... Wajah suram Serena dielus perlahan... Air mata Serena diusap... Ad hanya mampu memandang sambil tangannya menggenggam tangan Selena, adik kandungnya...
"Selama ni, papa seperti orang bodoh, mengikut segala kemahuan mama sehingga papa tinggalkan keluarga bangsawan papa hanya kerana Serena tidak diterima di dalam keluarga papa lantaran sikapnya yang terlalu obses untuk menjadi kaya dan hidup serba mewah... Papa terlalu sayangkan mama hingga sanggup melepaskan segalanya demi cinta papa..."
"Pada mulanya segalanya berjalan dengan lancar... Kami bahagia bersama sehingga mama disahkan mengandungkan Shah..."
"Apa yang berlaku, Papa?"
"Mama mula bosan duduk di rumah menjaga Shah... Papa hanya kerja biasa, selepas meninggalkan segala kemewahan... Perniagaan yang papa jalankan ditipu kawan papa sendiri... Mama makin hari makin menyakitkan..."
"Kenapa papa?"
"Mama tak sanggup hendak hidup susah... Padahal, mama memang hidup susah dari kecil sehingga mama bertemu dengan papa... Mama mahukan kemewahan seperti mana yang kami miliki sebelum ini... Akhirnya, setelah berbincang dari hati ke hati, Papa mengizinkan mama bekerja..."
"Mama bekerja di sebuah pejabat besar milik orang Malaysia... Sebulan bekerja, papa nampak perubahan pada mama kamu..."
"Maksud papa?"
"Mama selalu pulang lewat malam sehingga kawan-kawan papa mula mengadu pada papa sebab selalu nampak mama dengan seorang lelaki di kelab malam..."
"Bila ditanya, mama cakap papa mengongkong... Atau jawapan yang selalu diberi, itu bosnya... Sampai satu ketika, papa sendiri mengintip segala pergerakkan mama... Ya, memang benar apa yang dikatakan kawan-kawan papa... Mama tanpa segan silu berfoya-foya dengan lelaki yang dikatakan bosnya..."
"Maaf... Saat yang paling menyakitkan apabila, papa ingin bersama, mama sering menolak... Itu membuatkan papa semakin mengesyaki mama ada affair dengan lelaki lain..." Keluhan kasar dilepaskan...
"3 bulan selepas itu, mama disahkan mengandung... Papa semakin bingung... Rasanya hanya sekali dua aje papa bersama mama... Namun, selepas diasak dan diugut, akhirnya mama berterus-terang mengenai hubungannya dengan bosnya..." Papa menangis tersedu-sedan. Mama Nia menggenggam erat tangan suaminya...
"Darling..." Dada papa diusap perlahan...
"It's ok, honey..."
"Papa sanggup tebalkan muka berjumpa dengan bos mama... Papa mahu dia bertanggungjawab selepas papa menceraikan mama... Tapi... Papa dihina, dimaki ditendang bagaikan binatang... Papa sanggup pekakkan telinga butakan mata demi mama..."
"Selepas mama melahirkan Serena, papa nekad untuk membuat ujian DNA... Papa mahukan kepastian samada anak ini dari darah daging papa atau sebaliknya..."
"Papa... Serena..." Serena sudah tidak keruan... Selena menggenggam erat tangan kakak kesayangannya bagi menyalurkan kekuatan dan sokongan...
"Alhamdulillah... Serena sah anak papa... Papa terus ceraikan mama atas permintaannya dan dia tidak mahu bertemu papa, Shah dan Serena lagi selepas ini kerana katanya dia akan berkahwin dengan kekasihnya..."
"Tetapi, sayang seribu kali sayang... Mama ditinggalkan seperti anjing kurap selepas setahun bersama kekasihnya @ bosnya..."
"Tapi, kenapa papa?"
"Sebab mama disahkan mengidap kanser payudara."
"Dan disebabkan itu, mama dicampak keluar oleh kekasihnya..."
"Papa kata kekasih mama... Maksudnya mama belum berkahwin dengan..."
"Ya, mereka tidak berkahwin..." Papa memotong kata-kata Serena...
"Allah..." Serena mengeluh kasar...
"Macamana papa tahu semua ni?"
"Mama memberikan nombor telefon papa pada doktor yang merawatnya... Mama mahu berjumpa dengan papa buat kali terakhir..."
"Papa jumpa mama...?"
"Ya, papa sempat berjumpa dan menjaga mama selama 5 bulan sebelum mama menghembuskan nafasnya yang terakhir..."
"Sepanjang menjaga mama, Shah langsung tak mahu dekat mama... Menangis mama merayu untuk memeluk Shah... Tapi, Shah degil sangat... Sampai mama dah nazak, Shah masih enggan melihat mama..."
"Apa yang Rena buat waktu tu?"
"Serena masih baby, masih kecil, tak tahu apa-apa..." Wajah Shah direnung...
"Kenapa papa sanggup menjaga mama setelah mama tinggalkan papa?"
"Sebab perikemanusiaan... Papa tak sanggup tinggalkan mama sendirian..."
"Mama dah sebatang kara... Hidupnya penuh dengan pengalaman pahit... Setahun mama tinggalkan papa dan setahun juga, mama tinggalkan keluarganya sendiri demia mengejar kemewahan hidup... Atok dan nenek kamu yang merindukan mama, dibuang begitu sahaja..."
"Kami ada atok nenek, papa?"
"Ya, sayang... Tapi papa hanya tahu mengenainya ketika menjaga mama kamu yang sakit ketika itu... Luluh hati papa mendengarnya... Kerana kemewahan yang dikejar... atok nenek kamu ditinggalkan tanpa papa sedar akan kewujudan mereka.."
"Tapi kenapa papa tak tahu?"
"Mama tidak pernah bercerita mengenai keluarganya... Apa yang mama cakap, dia sebatang kara..."
"Sampai hati mama... menipu pasal arwah atok nenek... Kesian, atok nenek..."
"Err, papa tak cari atok dan nenek ke?"
"Selepas mendapat tahu mengenai atok nenek, papa terus mencari alamat yang dikatakan mama..."
"Papa jumpa atok nenek? Papa?"
"Maaf sayang... Atok nenek meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika hendak ke bandar mencari mama kamu..." Papa menundukkan kepalanya... Sedih hati saat bercerita mengenai kedua ibu bapa mertuanya...
Rasa bersalah menyelubungi dirinya... Entah macamana papa boleh mempercayai mama ketika itu... Mempercayai mama bulat-bulat yang menipu mengenai kedua orang tuanya yang sudah meninggal dunia... Berkali-kali papa menggelengkan kepalanya memikirkan kesilapannya sendiri...
"Papa, can I ask you something...?"
"Yes, dear?"
"Sejak bila papa memeluk Islam dan kami...?" Papa melemparkan senyuman...
"Selepas berpisah dengan mama, papa banyak menangisi kehidupan papa... Kesilapan papa kerana tidak pandai mendidik mama sehingga mama curang di belakang papa... Papa bertemu dengan seorang hamba Allah yang sama-sama belajar ketika di universiti dulu... Dari situ papa menceritakan segalanya... Hidup papa kosong selepas mama meninggalkan kita..."
"Dengan sokongan kawan-kawan, papa kembali pada keluarga papa... Alhamdulillah, mereka menerima kepulangan papa dengan hati yang terbuka selepas mengetahui mengenai mama... Papa tinggalkan Shah dan Serena di bawah jagaan atok dan nenda sementara papa mempelajari Islam dengan lebih mendalam..."
"Ketika mendapat panggilan telefon dari seorang doktor, papa baru mengucapkan dua kalimah syahadah... Alhamdulillah... Papa rasa lebih tenang selepas itu..." Sekali lagi mama mengusap lembut kekura tangan papa...
"Oh ya... Papa masih ingat ke rupa bos mama merangkap kekasih mama tu?"
'Huh! Mana mungkin papa akan melupakan seraut wajah yang mengucar-kacirkan kehidupan kita... Manusia yang memporak-perandakan kehidupan kita... Manusia yang sepatutnya sudah mati di tangan papa?"
"Apa maksud papa? Papa kenal ke orang tu?"
"Kenal! Terlalu kenal... Sangat kenal?" Nampak berubah riak wajah papa saat ini...
"Tengku Kamarul Khalif! Kau takkan terlepas... Kau takkan bahagia seumur hidup kau! Itu sumpahku...!"
"Papa?"
"Ya, sayang... Dialah manusia yang membuatkan kehidupan kita begini... Manusia yang bertopengkan syaitan... Lebih jahat dari Iblis dan jembalang!"
"Maksud papa, Tengku Kamarul ada hubungan sulit dengan arwah mama?"
"Ya, Serena! Ya! Dialah yang bertanggungjawab atas kemusnahan keluarga kita!" Tangan Shah dikepal... Penumbuk dihentak ke meja...
Prang! Berderai meja kaca akibat hentakan tangan Shah...
"Shah akan pastikan Tengku Kamarul Khalif menerima pembalasannya... Shah janji!"
Ad dan Selena yang hanya mampu memandang tanpa mencampuri urusan keluarga Serena dan Shah, memeluk tubuh mama yang sedikit terkejut dengan kelakuan Shah...
Penjelasan papa sedikit mengejutkan... Namun apapun, Ad dan Selena bersyukur diketemukan... Lebih membahagakan Ad memang mencari Seena dan mama Nia selepas mengetahuinya melalui Tengku Idham Ibraheem... Apa yang akan berlaku selepas ini... Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel