"Sayang?" Tangan Selena dicapai, lalu dikucupnya perlahan.
"Emm?"
"B janji akan melindungi sayang sehingga nafas terakhir B..."
"In shaa Allah, B... Sayang doakan moga kita sentiasa bersama..." Pegangan tangan dieratkan... Mereka berpegangan tangan di tepi pantai ketika ini...
Perjalanan mereka tadi diteruskan ke Port Dickson, sebuah tempat peranginan yang terkenal di Negeri Sembilan dan yang paling hampir dengan Kuala Lumpur... Perjalanan yang mengambil masa kurang sejam... Memudahkan mereka merelaxkan minda dan tubuh serta menghilangkan kegusaran di jiwa mereka ketika ini...
"Sayang ok?" Selena mengangukkan kepalanya...
"Kita balik ya... Esok kita kerjakan...?"
"Balik...? Ingat nak stay sini semalam..." Khai menyakat Selena...
"B... takmulah! Sayang baru start kerja lepas MC hari tu... Takkan nak cuti lagi? Nanti sayang dapat warning letter macamana?"
"Ish, sayang ni... B gurau jelah..." Senyuman yang paling manis, Selena berikan pada Khai, seraya itu Khai mengucup bibirnya sekilas...
"B?"
"Sekejap je, kan?" Selena menggelengkan kepalanya berkali-kali... Telatah Khai cukup menghiburkan hatinya... Sering kali membuatnya tersenyum dan ketawa...
"Ish.. Nasib baik dalam kereta tau... Kalau kat luar tadi, mesti kena baling batu!"
"Takkanlah... Tentu dorang tak perasan, sebab sayangkan macam anak orang putih... Tengok mata hijau ni... Macam mat saleh sesat." Sambil mengelus lembut pipi mulus Selena...
"Macam mat saleh sesat B cakap sayang... Sampai hati B..." Selena seolah-olah merajuk... Khai tertawan dengan rajuk Selena... Tangan Selena ditarik... Berkali-kali kekura tangan Selena dikucup...
"Yang macam mat saleh sesat nilah yang paling B sayang, cinta... Rasa bahagia je bila dengan sayang... Thanks sayang sebab selalu dengan B... Setia menanti B..."
Selena membalas pandangan Khai dan genggaman tangan mereka dieratkan...
"Sayang sayangkan B... Sayang tak nak B tinggalkan sayang... Biar hingga ke nafas sayang yang terakhir, B tetap jadi di hati sayang... itu janji sayang... I love you so much..." Pipi Khai dicium Selena...
"Situ je...?"
"Situ jelah... Mana lagi...?"
"Sini?" Sambil mengarahkan jari telunjuk ke bibirnya...
"B ni, kan... Mengadakan...?" Seraya itu, menarik wajah tampan Khai, lalu dikucupnya perlahan... Khai memegang kepala Selena, ciuman didalamkan seraya membalas kucupan Selena... Kali ini agak lama, sehingga Selena menolak dada Khai... Tercungap-cungap Selena...
Bibir Selena diusap perlahan...
"Thanks sayang... B sayangkan sayang... I love you... Always be my sweetheart..." Kekura tangan Selena dikucup sekilas...
"Thanks to you, too, B... I love you, too... Always be my prince..."
Porsche Cayanne bergerak menyusuri jalan membelah gelap malam...
**************************
"Serena, Selena...?"
"Ya, Mama...I'm coming..."
"Mari sini... We need to talk... "
"Yes, Mama..." Mama memandang sekilas wajah anak-anak kesayangannya...
"Mama...?"
'Wait... Kita tunggu Papa dan Shah, ya?"
Tidak lama selepas itu, kelihatan Papa dan abang Shah melangkah menuju ke arah mereka yang sedang menanti di ruang tamu...
"Mama, Papa and Abang Shah is here..."
"Ok... Ada benda penting yang Mama dan Papa serta Abang Shah nak cakapkan..."
"Benda penting... Apa dia?"
"Kakak, Adik... Apa yang Mama nak cakap ni, akan mengejutkan kalian berdua... Mama tak boleh nak sembunyikan rahsia ni lagi..."
"Rahsia apa, Mama, Papa, Abang Shah? Rahsia apa ni?"
"Selena sayang, please... calm down.. Dengar dulu apa yang Mama nak cakap ni..." Sunyi seketika... Serena Selena masing-masing berpandangan...
"Mama... Papa...?" Keluhan kasar dilepaskan...
"Sebenarnya... Sebenarnya..." Berat sungguh mulut Mama hendak meluahkan perkataan...
"Selena bukan anak Papa..." Papa melepaskan keluhannya... Tercengang Selena... Serena sudah melopong...
"Apa Papa cakapkan ni...? Selena, bukan anak papa? Jadi Lena anak siapa?"
"Selena anak Mama... Anak yang mama kandungkan selama 9 bulan..."
"Kalau Selena anak Mama, siapa Papa Selena?"
"Selena... Please... Dengar dulu..." Shah cuba memujuk...
"Shah dan Serena anak Papa dari arwah isteri Papa terdahulu..." Terang Papa...
"Jadi, Mama... Siapa papa Selena...? Mama?" Mama memandang sekilas wajah Shah dan Papa... Papa mengangukkan kepala...
"Selena, sayang... Sebenarnya... Nama Selena, Tengku Sharifah Selena binti Tengku Idham Ibraheem..."
"Sorry... Selena tak jelaslah Mama... Abang Shah, Kak Serena...? Lena tak dengar dengan jelas..."
"Selena sayang, Ad tu abang kandung Selena... Dan Tengku Idham Ibraheem papa Selena..."
Selena tergamam... Benar-benar tergamam... Terkejut dengan penjelasan dari mama...
"Apa yang Mama cakapkan ni? Selena anak Tengku Idham... Ad abang Selena...? Mama?"
"Selena sayang..." Selena menepis tangan Mama ketika mama cuba menggapai tangan Selena untuk memujuknya...
"Mama tipukan...? Serena, kakak kandung Lena, kan... Shah, abang kandung Selena, kan...? Papa, papa kandung Selena, kan?"
"Selena sayang, dengar cakap abang... Apapun yang berlaku, Selena tetap adik abang... Abang sayang adik."
"Abang Shah dah tahu rahsia ni?" Shah mengangukkan kepalanya... Seraya itu terus menundukkan.
"Sampai hati abang Shah sembunyikan rahsia ni dari Lena... Sampai hati Mama, Papa buat Selena macam ni..."
"Selena,.dengar dulu nak..."
"Tak! Lena tak nak dengar apa-apa... Apa lagi rahsia yang mama sembunyikan dari Lena...? Apa lagi? Sampai hati Mama... Mama buat Lena seperti orang asing dalam rumah ni..." Selena melangkah laju menuju ke biliknya...
Selena benar-benar terluka... Rahsia yang tidak diketahuinya selama 24 tahun... Tengku idham Ibraheem papanya dan Isyraq Irsyad, abang kandungnya... Bagaimana hendak dia bersemuka dengan kedua-duanya...
Bam!
Terdengar bunyi hempasan pintu... Nampak gayanya Selena benar-benar marah... Selena menghempaskan tubuhnya di atas katil. Tangisan Selena bergema di kamarnya...
Mama menangis kesedihan... Papa yang dari tadi hanya menjadi pemerhati hanya mampu memujuk mama dengan memeluk bahu mama... Papa tahu, bukan mudah untuk mama meluahkan segalanya... Namun, mama perlu berterus-terang...
"Papa, mama... Betulkah semua ini...?" Serena akhirnya membuka mulut... Dari tadi Serena hanya tergamam dan terkejut mendengar pengakuan Mama dan Papa...
"Serena, maafkan Mama dan Papa... Bukan niat kami untuk menyembunyikan segalanya dari pengetahuan kalian... Tapi, keadaan memaksa mama berbuat begitu... Maafkan mama, sayang..." Serena terus memeluk tubuh Mama...
"Mama, maafkan Rena... Maafkan Rena... Walaupun mama bukan mama kandung Rena, tapi, mama menjaga Shah dan Rena dengan penuh kasih sayang... Seolah-olah kami ni anak kandung mama. Terima kasih mama sebab tak pernah bezakan kami..."
Mama membalas pelukan Serena... Diikuti Shah dan Papa...
Pelukan bahagia mereka sekeluarga...
"Mama jangan risau, nanti Rena cuba pujuk Lena, ya... Cuma, persoalan utama di sini... macamana Lena boleh jadi anak Tengku Idham... Bila Mama mengahwini Tengku Idham...?"
"Rena, Mama will explain to you later... Bagi mama rehat, ya..."
"Baik Papa... Mama rehat ya... Lena, biar Rena pujuk... In shaa Allah, Lena tentu faham bila mama dah explain nanti... Lagipun, keadaan tidak mengizinkan, kan Mama?"
"Terima kasih sayang... Terima kasih kerana tidak berdendam dengan Mama..."
"Kenapa Rena perlu berdendam dengan insan yang telah menjaga Rena dari kecil...? Rena sayang Mama..."
"Shah pun sayangkan mama... Terima kasih kerana sudi menjaga Papa, Shah dan Serena selama ini... Menjadi mama yang baik buat kami..." Tubuh Mama dipeluk sekali lagi...
"Thank you so much honey... I love you..."
"Most welcome, darling... Thank you so much for your love..."
Sementara, Lena hanya mampu memandang dari pintu kamarnya... Nampaknya, Selena perlukan penjelasan dari Mama... Macamana Selena boleh lahir ke dunia ini dengan berbintikan Tengku Idham Ibraheem... Keluhan kasar dilepaskan... Selena berbaring, terasa matanya ingin dikatup... Letih barangkali kerana terlalu kerap menangis kebelakangan ini...
********************************
Flashback #
"Am, macamana ni Am... Kita dah tak boleh bertemu..."
"Nia, sabar ya... Am perlukan sedikit masa... Am akan bawa Nia lari dari sini..."
"No! Am tak boleh lari... Kalau Am lari, Kamarul akan lebih berkuasa... Dan segala harta dan kedudukan yang kita dah kumpul akan dirampas... Kita tak boleh biarkan kamarul bermaharajalela, Am..."
"Tapi, Nia... Am betul-betul sayangkan Nia... Am takkan tinggalkan Nia begitu saja..."
"Am, apa lagi cara yang kita ada, Am? Riezman sudahpun dibunuh... Nia dah tak mampu nak melihat keluarga Nia ditindas..."
"Nia tak sayangkan Am, ke? Tolonglah, Nia... Jangan tinggalkan Am... Am perlukan Nia... Kita sama-sama bangkit lawan Kamarul, ya?"
"Am... Nia tak mampu, Am! Tak mampu...!"
"Nia, kita kahwin lari..., ya?"
"Tapi, Am... Kat sini, kita dah tak selamat Am... Lagi-lagi Nia yang sudah dibuang dari organisasi... Takde siapa yang percayakan Nia!"
"Am percayakan Nia... Reizman juga percayakan Nia..."
"Tapi, Riezman dah mati, Am... Dah mati kena bunuh dengan Kamarul..."
"Nia... Tolong Am... Jangan tinggalkan Am sendirian... Am perlukan Nia di sisi, Am! Am sayangkan Nia..."
"Am, Nia juga sayangkan Am... Tapi, dalam keadaan huru-hara begini... Apa yang mampu kita lakukan selain dari melangkah pergi...?"
"Nia, Nia nak mengalah ke?"
"Am, Am tak nampak lagi ke, apa yang Kamarul dah lakukan... Nia difitnah, dicampak keluar dari organisasi... Nia redha dengan apa yang berlaku..." Nia menundukkan kepalanya... Sedih hatinya, organisasi yang ditubuh dengan titik peluknya, sewenang-wenangnya di rampas...
"Tapi, Am perlukan Nia... I love you so much. Don't you love me, Nia?"
"I do love you, Am... But... What else we can say... It's over Am! It's over...!" Am mendakap tubuh Nia... Nia menghamburkan tangisannya di dada bidang Am...
"Nia, takkan Nia nak mengaku kalau... Takkan kita nak biarkan Kamarul merampas segala-galanya...?"
"Sebab Nia tak mampu, Am! Nia tak mampu!"
"Baiklah, nampaknya hanya ada satu jalan..."
"Maksud Am?"
"Nia dengar cakap Am baik-baik..."
"Nia pergi dulu ke Australia... Am akan jumpa Nia di sana... Kita kahwin di sana nanti..."
"Tapi, macamana Am?"
"Nia, jangan bimbang... Am akan uruskan segala-galanya... Sampai sana, Nia pergi ke alamat yang tertera... In shaa Allah, dorang akan bantu Nia..." Sambil menghulurkan sekeping kad yang baru dikeluarkan dari poket kotnya.
"Betul ke, Am?"
"Betul, sayang... Percaya cakap Am..." Wajah mulus Nia, dielus... Dahi Nia dikucup... Hanya kedengaran tangisan yang masih berlagu..
Seperti yang dijanjikan, Nia tiba di alamat yang diberi Am... Nia bertuah kerana keluarga itu merupakan keluarga terdekat Am... Nia menumpang di situ selama menunggu ketibaan Am...
Nia rasa dirinya disayangi walau berada jauh di perantauan... Segala-gala yang berlaku telah diceritakan pada kedua orang tuanya di kampung... Nia amat berharap agar mereka tidak lagi diganggu oleh orang-orang suruhan Kamarul memandangkan keluarga Nia sudhapun berpindah ke kapung mereka.
Sebulan kemudian...
Am dan Nia telah selamat dinikahkan di pejabat agama di kedutaan... Am menghabiskan masa seminggunya menemani Nia, isterinya yang baru dinikahi...
"Hubby, terima kasih kerana kenangan terindah ini..."
"Thanks to you too, sayang..." Dahi Nia dikucup...
"Sayang nanti stay di sini, ya..."
"Hubby?"
"Hubby akan stay di Malaysia... Sesekali hubby akan pulang ke pangkuan sayang... Hubby janji... Hubby tak nak ada orang perasan atau akan ada orang mengekori hubby... Hubby tak nak ada sesiapa tahu sayang kat sini."
"Ok, hubby. As you wish." Am memeluk tubuh Nia sambil berdiri di balkoni rumah banglo itu.
"Emm... hubby..."
"Ya, sayang..."
"Apa alasan hubby tinggalkan organisasi seminggu?"
"Sayang jangan risau... Hubby cuba bagitahu hubby ada kerja luar sekali dengan family trip ke luar negara..."
"Kamarul?"
"Don't worry about him... Hubby benarkan dia kendalikan organisasi sementara hubby takde di sana..."
"Hah! Hubby, biar betul...?"
"Sayang... Jangan risau... Hubby tahu apa yang hubby buat..."
Tapi, sayang bimbangkan hubby..."
"Sayang tak perlu bimbangkan hubby... Trust me ok?" Am mengelus pipi mulus Nia...
"Ok, I trust you..."
"Sayang..."
"Emm..."
"Sayang... I need to tell you something..."
"Apa dia...?"
"But promise me... Sayang takkan terkejut, takkan marah dengan apa yang terpaksa hubby terangkan di sini..."
"Apa maksud hubby? Apa yang hubby rahsiakan dari sayang?"
Siapa Selena? Terkejut Serena.. Lagi-lagi Selena... Selena anak Tengku Idham Ibraheem, adik kandung Isyraq Irsyad...? Betul ke? Apa lagi rahsia yang mama sembunyikan selama ini...? Siapa Tengku Idham pada mama... Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel