"Kimi, jom ikut aku..."
"Kita nak pergi mana, Riz?"
"Aku nak jumpa pemegang utama dan terbesar dalam Organisasi..."
"Maksud kau? Aku tak faham... Bukan kau yang terbesar... dalam Organisasi ni?"
"Aku salah seorang darinya. Kau lupa ke...? Dalam Organisasi, sepatutnya... asalnya... saham Tengku Idham, 25%, Daddy aku pun 25%, Puan Sharifah Shahania 20% dan selebihnya ahli lembaga yang lain... Tengku Kamarul 20%, Tengku Badrul, 10%..."
"Tapi, disebabkan orang tua mangkuk jahanam yang tamak haloba sorang ni... saham Tengku Idham dan Puan Sharifah Shahania dah jadi hak milik dia... Walaupun dalam perjanjian tidak tertulis begitu, tapi, hakikatnya sekarang... Inilah...! Inilah yang kita hadap sekarang ni!
"Tapi, Riz... Macamana kita nak pastikan yang Tengku Idham dan Puan Sharifah Shahania masih kekal sebagai pemegang saham terbesar Organisasi... Sedangkan ahli-ahli dah tahu, Tengku Kamarul sebagai pemegang saham terbesar..?"
"Kimi, kau ni... Kata nak jadi macam Pak Mid, peguam yang berkaliber? Baru macam ni, dah tak dapat nak agak..."
"Maksud kau?" Soal Kimi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal...
"Kau sendiri tahu, Tengku Kamarul tu, kan licik orangnya... Tentu sekali dia boleh upah orang tukar perjanjian tu...!"
"Sorry, Riz! aku tak alert pulak pasal ni!"
"Tu pasal aku minta tolong kau semak sekali dokumen dan fail-fail kewangan tu! Aku percaya, kita tentu akan jumpa sesuatu... Aku tak fikir, Tengku Kamarul dapat sorok semuanya...!"
"Yelh, aku ngaku aku salah!" Kendur je bunyi intonasi suara Kimi...
"Ah, sudah! Jangan nak ngada-ngada merajuk bagai...! Aku tak pandai nak pujuk!"
"Ish, kau ni! Takde maknanya aku nak merajuk dengan kau... Buang karen, je!"
"Sudahlah tu! Nak ikut aku, tak? Kalau tak, kau tengok-tengokkan pejabat ni, ya...? Aku dah tukar password pintu ni..."
"Tukar password? Kau tukar password, Riz?"
"Ya... Aku tak confident dengan orang kat sini... Lagi-lagi jantan tua tu...!"
"Kau ni?"
"Ya, Kimi! Semalam kat mall, aku kena tahan dengan dua lelaki..."
"Hah, kenapa kau tak cakap dengan aku?"
"Ni nak cakaplah ni!"
"Tak, maksud aku semalam...!"
"Kan kita terus balik lepas aku masuk office... Aku pun tak sempat nak in form kau... Sebab aku ada hal dengan kawan aku..."
"Habis tu, kau ok ke?"
"Alhamdulillah... Kebetulan kawan aku sempat tolong... Dua lelaki tu aku agak orang Tengku Kamarul... Sebab dia acu pistol kat belakang aku..."
"Hah! Pisau? Kau tak cedera, kan?"
"Alhamdulillah... Aku ok... Nasib baik kawan aku tolong... Dia hentak sekali kat tengkuk dorang, pengsan dorang..."
"Kau dah buat report?"
"Tak perlu! Aku tahu apa aku nak buat dengan mangkuk dua ekor tu...!"
"Kau nak buat apa, Riz?"
"Kau jangan risaulah... Aku tahu apa aku nak buat... Yang penting, aku nak dapatkan maklumat dari dorang..."
"Kau yakin ke dorang anak buah Tengku Kamarul?"
"Aku pasti, Riz! Sebab dorang suruh aku blah, tinggalkan organisasi... Siapa lagi yang nak aku berambus dari organisasi kalau bukan orang tu!"
"Nampaknya, kau kena lebih berhati-hati, Riz! Aku akan siapkan orang untuk jadi bodyguard kau!"
"Pasal tu, kau tak perlu risau, Kimi... Aku ada orang-orang aku sendiri! Aku akan arahkan dorang... Esok pagi, dorang akan sentiasa dengan aku... Kau pun kena jaga diri, Kimi...! Aku takut kalau-kalau kaupun akan jadi mangsa si Kamarul tu, nanti!"
"In shaa Allah, Riz! Thanks sebab ambik berat pasal aku... Jadi, betullah cara kau tukar password pintu ni...!"
"For safety purpose!"
"So, macamana jadi ke nak pergi jumpa pemegang terbesar saham organisasi?"
"Aku on je... Lagipun, cepat kita jumpa dia, cepat kita dapat maklumat..."
"Aku ikut! Sebagai peguam kau dalam Organisasi, aku berhak dapatkan maklumat mengenai pemegang saham... Dan dalam masa yang sama, aku perlu yakinkan ahli lain dan bakal ahli untuk lebih percayakan kau sebagai Pengarah Organisasi..."
"Emm, aku setuju dengan kau! secara tak langsung juga, aku nak mereka lebih berkeyakinan pada aku sebagai Pengarah... Sekurang-kurangnya, nama Daddy aku takkan dilupakan begitu sahaja..."
"Aku setuju! Inilah masanya kita nak kembalikan zaman kegemilangan tengku Riezman Ryzal, Tengku Idham dan Puan Sharifah Shahania..."
"Thanks, Kimi! Aku rasa lebih berkeyakinan bila dengan kau...! Dah, jom! Kita gerak... Aku akan inform kawan aku...!"
"Err, Riz... Siapa kawan kau tu?"
"Tengku Isyraq Irsyad!"
"Tengku Isyraq Irsyad? Anak Tengku Idham Ibraheem?"
"Ya...! Dah jom!" Satu panggilan dibuat...
"Ad! Aku tunggu kat parking... Dengan lawyer aku!"
"Emm, ok!"
"Dah, jom!" Riz dan Kimi melangkah keluar dari pejabat... Riz sempat menunjukkan password yang digunakan... Bimbang akan diketahui Tengku Kamarul... Maklumlah, setiap pintu masuk, dipasangkan CCTV...
*************************
"Tengku..." Tangan dihulur kepada Tengku Idham...
"Tengku Rizqy Riezman...!"
"Ya, saya! Tengku kenal saya...?"
"Tak perlu bertengku-tengku dengan saya... Panggil uncle, kan lebih mesra!"
"Baik, uncle! Err... ini kawan saya, Hakimi selaku peguam saya."
"Riz, borak dengan papa aku dulu ya... Aku masuk bilik!"
"Ok, Riz!" Ad melangkah masuk ke bilik...
"Uncle macamana sekarang? Sihat?"
"Alhamdulillah... Macamana yang Riz nampak... Semakin sihat... Uncle bahagia hidup macam ni... Dengan Ad... Berdua dengan Ad..."
"Err... Uncle tak jawab soalan saya tadi... Macamana uncle boleh kenal saya?"
"Tengku Rizqy Riezman, siapa yang tak kenal dengan anak muda yang berjiwa kental dan bersemangat waja seperti arwah Daddynya?"
"Uncle...?"
"Uncle kenal Tengku Riezman Ryzal... Kenal sangat... Sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, uncle ada di sisinya..."
"Betul ke uncle? Tapi, macamana Riz boleh tak nampak uncle...?"
"Riz lupa... arwah meninggal dunia , Riz sedang hadap final exam, last paper...?"
"Oh... yelah uncle! Maaf, Riz terlupa sangat..."
"Arwah suruh uncle tengok-tengokkan Riz... Jaga Riz dari Tengku Kamarul... Tapi, uncle tak mampu, Riz... Uncle sendiri dah larikan diri tinggalkan Organisasi..."
"Oh, ya! Tahniah, sebab dah dapatkan hak Riz semula... "
"Uncle tahu?" Tengku Idham menganggukkan kepalanya seraya tersenyum pada kedua anak muda itu.
"Ad ada ceritakan pada Uncle... Uncle harap sangat, Riz dapat naikkan semula nama Organisasi di persada dunia perniagaan Melayu."
"In shaa Allah, uncle! Memang itupun niat Riz... Riz nak kembalikan zaman kegemilangan arwah Daddy, uncle dan Puan Shahania..."
"Shahania... Uncle tak pasti jika Riz dapat bertemu dengan Nia..." Ada riak duka di wajah Tengku Idham...
"In shaa Allah, uncle... Riz akan cuba dapatkan semula hak kita."
"Uncle harap begitu, Riz... Uncle dah tak mampu nak buat apa-apa... Tengku Kamarul dah rampas segala-galanya... Hidup uncle dah hancur, Riz! Hancur sebabkan dia! Uncle kehilangan isteri! Uncle kehilangan anak!"
"Uncle... In shaa Allah, segala-galanya akan kembali pulih... Riz janji...!"
"Uncle cuma nak jumpa anak uncle dan bekas isteri uncle sebelum mata uncle tertutup... Biarlah harta benda uncle dirampas! Uncle hanya mahu bertemu dengan family uncle...!" Mengalir lesu air mata Tengku Idham...
"Papa... Sudahlah tu! Jangan cakap macam tu lagi... Ad dah janji akan temukan papa dengan Mama Nia dan adik, kan?"
"Tapi, bila Ad? Bila Ad nak bawa papa berjumpa dengan mama Nia dan adik Ad? Ad nak tunggu mata papa tertutup ke?"
"Papa... Ad memang nak temukan papa dengan mama... dengan adik... Ad perlukan masa... Kebetulan, Riz nak jumpa papa hari ni... Ad akan bawa Riz berjumpa dengan Mama Nia bersama..."
"Maksud Ad?" Riz terkedu melihat dua anak-beranak ini bagaikan bertelagah... Walaupun dari intonasi Ad seakan kasar, namun Ad masih cuma berlembut dengan orang tuanya...
Ad mencapai telefon... Satu panggilan dibuat...
"Assalammualaikum, mama... Ya... Ad nak datang sana..."
"Ad bawa anak Tengku Riezman bersama..."
"Ya, mama! Tengku Rizqy..."
"Err, mama... Ad nak kenalkan dengan seseorang yang istimewa..."
"Ok, mama... Jangan bagi adik pergi mana-mana ya? Assalammualaikum..." Talian diputuskan...
"Ok. Puas hati papa? Dah, papa pergilah bersiap... Sekejap lagi kita bergerak ke sana... Err, Riz, Kimi jemput minum... Air bujang je."
"Ish, buat susah kau je Ad... Terima kasih banyak..."
"Takde susahnya, Riz... Air je..."
"Ad, kau ok tak ni?"
"Kenapa tanya aku macam tu?"
"Taklah... Aku takut gak tengok kau ngan papa kau..."
"Eh, takdelah Riz... Memang kami macam tu... Biasalah orang tua, kan... Dia takkan mengalah dengan kita... Jadi, kitalah kena mengalah selalu... Bukan orang lain pun..." Tambah Ad...
Terdengar bunyi pintu dikuak... Papa sudahpun bersiap sedia... Nampak sangat tak sabar nak jumpa bekas isteri dan anak kandung yang sudah lama ditingalkan... Berpuluh tahun... Bukan satu jangka masa yang lama...
****************************
"Assalamualaikum... Mama..?"
"Waalaikumussalam... Masuk Ad..."
"Mama..." Tangan mama dicapai... Dicium tangan tua itu...
"Mama kenalkan... Ini Tengku Rizqy Riezman, anak arwah Tengku Riezman... kawan baik mama..."
"Puan Sharifah Shahania...?"
"Aunty, Riz... Aunty! Jemput masuk, Rizqy... Jemput masuk... "
"Oh, mama... Ini Hakimi, lawyer pada Rizqy..."
"Assalamualaikum, aunty."
"Waalaikumussalam... masuklah Hakimi... Jemput duduk..."
"Err... Mama..." Tegak berdiri papa di muka pintu rumah mama... Mama bagaikan terpaku melihat susuk tubuh insan yang pernah menjadi sahabat baiknya, teman hidupnya walaupun sementara, juga papa kepada anak perempuannya, Sharifah Selena Sahara...
"Hubby... Err... Abang Am...?"
"Nia..."
"Emm, masuk bang... Mari masuk..."
"Nia sihat...?"
"Alhamdulillah... macam yang abang tengok... Err, abang?"
"Alhamdulillah... macam yang Nia nampak depan mata Nia... Nampak Nia, abang terus rasa sihat..."
Kedengaran gelak kecil kedua-duanya... Alhamdulillah, bersyukur sangat masih diberi nafas untuk bertemu dengan insan yang pernah bertahta di hati mereka suatu ketika dulu...
"Mama... Abang Ad dah sampai...?"
"Selena, turun sayang..." Selena terpaku di tangga rumah... Terhenti langkahnya melihat ada seorang lelaki yang sudah berusia bersama mama di sofa... Dua orang pemuda bersama abang Ad di sofa L...
Rizqy tersentak... Rahangnya ternganga melihat kecantikkan adik Ad...
'Tak sangka, Ad ada adik secantik ini...'
"Riz, inilah perempuan yang aku cakapkan hari tu... Dengan Tengku Khai..." Kimi berbisik.
"Hah... Tengku Khai...?" Kimi menganggukkan kepalanya...
"Adik... mari turun sini. Abang kenalkan dorang kat adik... Mari sini..." Tangan Ad disambut Selena..
"Ini kawan abang dan Khai, Tengku Rizqy Riezman... dan ini kawannya, Hakimi..." Merek sekadar menganggukkan kepala sambil tersenyum memandang bidadari syurga...
"Ini anak Tengku Riezman yang abang dan mama cakapkan tu?"
"Ya, sayang... Riz, mulut tu cover sikit!" Sakat Ad...
"Hah? Ya, ya! Sorry..."
"Jangan cari hal Riz... Ni dah ada orang booking."
"Hei, abang Ad ni... Ingat adik kek ke, ada booking-booking..."
"Selena... mari sayang." Mama memanggil Selena... Selena memandang Ad lalu Ad mengerlipkan matanya... Maksud lain, menyuruh Selena ke tempat mama... Selena melihat mata orang tua tadi berlinangan dengan air mata...Wajahnya semakin kelihan sedih...
"Mama...?"
"Selena sayang... Salam papa..."
"Pa...pa...? Papa, mama?"
"Ya, sayang... Ini papa Selena... Papa adik yang adik nak jumpa sangat..." Tercebik-cebik bibirnya menahan air mata dari mengalir... Dunia bagaikan berputar...
"Papa...?"
"Sayang, papa..." Papa mendepangkan tangannya... Seraya itu, Selena mendapatkan papa...
"Papa...!" Tangisan Selena bergaung di dalam rumah dua tingkat itu... Tubuh papa dipeluk erat... Air mata papa dan Selena berguguran. Lebih 20 tahun tidak tahu akan kewujudan papanya...
Ad, Rizqy dan Hakimi yang menyaksikan pertemuan bersejarah itu, turut sama menitiskan air mata... Lebih-lebih lagi Ad... Doanya kini dimakbulkan Tuhan...
"Terima kasih Ya Allah untuk pertemuan ini... Terima kasih memakbulkan doaku ini'
"Papa minta maaf sayang! Papa minta maaf..."
"Lena rindukan papa..."
"Papa rindu anak papa..." Papa meleraikan pelukan mereka...
"Ad...?" Ad menuju ke arah Papa dan Lena...
Tubuh kedua-dua anaknya dipeluk erat... Khai yang baru keluar dari bilik, terkejut melihat ketiga-tiga insan yang dikenalinya, berpelukan... Berkerut dahinya melihat adegan itu...
"Assalammualaikum..."
"Khai...?"
"Uncle...?"
"Tengku Khairul Khaseef?"
"Tengku Rizqy Riezman?"
Khai menyalami Tengku Idham... Riz dan Hakimi... Kemudian tubuh Riz dipeluk.
"Ya Allah, Riz... Lamanya tak jumpa kau...? Apa cerita boleh sampai sini?"
"Macamana semua boleh ada di sini...?"
"Duduk Khai... Ad akan ceritakan satu persatu..."
Mama menarik tangan Selena ke dapur. Memang dari tadi ada sedikit juadah sudahpun disediakan untuk tetamu setelah dihubungi Ad...
"Ad, apa cerita?"
"Khai macam yang aku cakap hari tu... Hari ni aku penuhi amanat papa aku nak jumpa sangat dengan mama Nia dan Selena, adik kandung aku..."
"Ok... Aku faham... Ni Riz? Mana kau jumpa...?"
"Khai pulak? Buat apa kat sini...?"
"Papa, sebenarnya Khai larikan diri...!"
"Larikan diri? Dari siapa?"
"Daddy uncle...! Daddy kurung Khai dalam kondo... Khai tak dibenarkan keluar dari kondo..."
"Sebab apa...? Kenapa?"
"Daddy tak benarkan Khai kawan dengan Selena... Dia tak izinkan Khai kahwin dengan Selena..."
"Allah, apa saja si Kamarul ni! Tak berubah langsung..."
"Apa Khai kata, kahwin?"
"Ya uncle... Khai nak kahwin dengan Selena.. Khai nak minta restu semua..." Papa memandang Selena yang menunduk di belakang Mama...
"Tapi, papa... Tengku Kamarul tak tahu yang adik ni anak Tengku Idham..."
"Ya. Memang dia tak tahu... Mama rahsiakan kandungan mama ketika itu... Bimbang akan ada ancaman..."
"Maksud mama?"
"Sebelum mama dihalau dari rumah agam tu... Mama disahkan mengandung... Mama tak sempat nak bagitahu papa... Surat penceraian mama terima sebelum mama dihalau..."
"Mama tak tahu nak buat macamana, dalam keadaan sorang diri, tanpa tempat berteduh, tanpa makan, minum, tanpa pakaian... Mama hanya berserah pada Allah..."
"Tapi, Papa?"
"Papa yang sepatutnya menerima arahan untuk menghapuskan mama, sebaliknya telah menyelamatkan mama..." Mama menundukkan kepalanya seraya menitiskan air mata... Kesedihan kembali menguasai diri mama... Selena mendapatkan mama dan terus memeluk tubuh tua itu...
Khai hanya mampu mengelengkan kepalanya... Bagaikan halilintar membelah bumi mendengar pengakuan mama Nia... Mengapa Daddynya begitu kejam...? Apa yang Daddy mahu lagi?
"Abang minta maaf, Nia... Abang minta maaf... Abang tak mampu nak buat apa-apa... Abang jadi bodoh mendengar segala arahan Kamarul... Abang bodoh!"
"Papa..."
"Sudahlah, bang... Segalanya sudah tertulis... Bukan jodoh kita... Nia dah pernah bahagia dengan abang... Nia bahagia kini dengan keluarga Nia... Nia bersyukur dapat temukan abang dengan Selena... anak kandung abang..."
"Ad... Andai suatu hari nanti, papa tiada lagi di dunia ini... Papa minta sangat, jagakan Mama Nia dengan Selena untuk papa..."
"Papa, jangan cakap macam ni... Papa tak nak tengok adik bahagia ke?"
"Selena sayang... Papa dah lama inginkan semua ini... Tapi, papa tahu... masa papa tak panjang... Papa bersyukur Tuhan masih izinkan papa bertemu dengan Mama Nia dan anak-anak papa... Papa cukup bahagia dengan pertemuan bersejarah in."
"Papa..." Selena memeluk tubuh Tengku Idham... Ad hanya mampu tertunduk membisu... Riz dan Hakimi hanya mampu diam tidak terkutik... Tidak mahu mencampuri urusan mereka sekeluarga... Sesekali, matanya mengerling ke arah Selena yang merah wajahnya kerana menangis.
Maaf lewat update... Pertemuan antara Selena, Ad dan Papa Am cukup menggembirakan... Beruluh tahun menahan rasa rindu... Apa perasaan Rizqy saat melihat Selena...? Bagaimana pula dengan Khai setelah mengetahui banyak rahsia kejahatan Tengku Kamarul? Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel