"Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam... Eh, papa, abang Shah..."
"Wah, ramainya..."
"Hah, kebetulan, semua ada kat sini... Mari Rena, Lena, tolong mama sediakan minum petang... Mari semua, kita minum dulu... Nanti kita dinner sama-sama ya..."
"Papa, ini papa Simon... Suami Mama Nia..."
"Tengku Idham..."
"Simon, stop calling me, tengku... Just call me, Am... It's much better..."
"Baik, Am..." Agak terkejut papa mendengar papa Simon bertutur dalam bahasa Melayu...
"Papa Simon fasih berbahasa melayu papa."
"Oh, bagusnya..."
"Papa, ini Shah, abang kandung Serena... Anak kandung Papa Simon..."
"Maksud Ad?"
"Papa, Mama Nia berkahwin dengan duda anak dua... Papa Simon duda. Shah dan Serena anak kandung papa Simon..." Sedikit kerutan di dahi Papa...
"Oh... I recognize, you mentioned Serena's name twice... Are you try telling me that you're falling in love with her?"
"Err..." Ad dah terlepas cakap... Kepala tidak gatalnya digaru... Sementara Serena terkedu mendengar kata-kata dari bakal mertuanya... Ceh! Bakal mertua konon!
"Just tell your father, the truth, Ad!" Usik Shah.
"Tengku Isyraq Irsyad...?" Meleret namanya disebut papa...
"Err, papa... Sebenarnya... Err... Sebenarnya...'
"Sebenarnya apa, Ad?" Sergah papa...
"Ad nak kahwin dengan Serena...!" Laju ayat yang terpacul dari mulut Ad... Terkejut Serena sambil menutup mulut yang melopong mendengar jawapan Ad... Berani doh!
"Kahwin...? Hahaha! Papa restu Ad... In shaa Allah..."
"Alhamdulillah... Tapi, yang penting sekarang ni, kita kena perlu ketepikan Tengku Kamarul..."
"Riz..." Ad memandang Rizqy yang asyik mendengar mereka sekeluarga berbincang...
"Ya, ya..."
"Boleh kau terangkan dekat papa aku, pasal Tengku Kamarul?"
"Macam ni uncle, aunty... Riz dah berbincang dengan Hakimi dan Ad... Riz terfikir, jika kita semua bergabung tenaga dan idea, kita mampu untuk mnejatuhkan Tengku Kamarul..."
"Maksud Riz...?"
"Macam ni... First at all, strategi Riz dah menjadi lepas, Riz membeli saham arwah Daddy sebanyak 25%, sekaligus menjadi pemegang saham terbesar dalam Organisasi..."
"Riz, kau dah beli saham Organisasi? Bila?"
"Ya, Khai... Minggu lepas... Dengan bantuan peguam arwah Daddy, Tuan Haji Hamid Hamidi..., babah Hakimi yang kini mengambil alih tugas babahnya sebagai peguam aku... Sekarang ni, Kimi membantu aku mengendalikan Organisasi..."
"Daddy aku? Maksud aku macamana kau boleh terlepas?"
"Setakat ni, Alhamdulillah... aku masih hidup. Walaupun dua hari lepas, aku hampir-hampir dbunuh... Lucky, Ad was there... Kalau tak, confirm, dah arwah aku dah..." Masing-masing tergelak kecil mendengar kata-kata Tengku Rizqy...
"Hah! Betul ke Riz...?"
"Ya, Khai... Aku tengok sendiri apa yang berlaku kat Riz..."
"Tapi, siapa yang cuba nak bunuh kau?"
"Tengku Kamarul!"
"Daddy aku?"
"Ya, Khai!"
"Apa yang membuatkan Riz kata Tengku Kamarul yang ingin membunuh Riz...?" Soal Mama Nia...
"Pisau rambo yang tertera TKK..."
"Tengku Kamarul Khalif..."
"Ya... Sebelum tu, Riz diugut untuk melepaskan jawatan dan tinggalkan Organisasi... Memang pada mulanya, Tengku Kamarul tak tahu Riz yang beli saham Tengku Riezman tu... Hari pertama mesyuarat memperkenalkan Riz sebagai pemegang saham terbesar, Tengku Kamarul sudahpun melancarkan perang dinginnya..." Terang Hakimi.
"Khai... Khai... Kau ok?" Riz mencuit bahu Khai setelah melihat Khai seakan-akan tidak keruan...
"Apa lagi yang Daddy aku nak ni...? Aku lagi yang dia tak puas hati? Tak cukup ke kejahatan, kekejaman yang dia dah buat? Tak cukup ke dengan harta yang melimpah-ruah? Allah...!" Wajahnya diraup berkali-kali... Habis kusut rambut Khai... Selena hanya mampu memandang kekasih hatinya dengan riak wajah gusar...
"Khai, sabarlah Khai... Uncle dah tak tahu nak buat macamana nak hentikan segala perbuatan Daddy Khai..."
"Uncle, aunty... Hanya satu cara untuk kita menjatuhkan Tengku Kamarul..." Masing-masing memandang Tengku Rizqy...
"Apa maksud Riz?"
"Setakat ini, kita ikut je cara Tengku Kamarul... Maksud Riz, follow the flow..."
"Then...?"
"Riz dan Kimi sedang meneliti segala laporan kewangan... Dan bilik yang Riz duduki kini, adalah bilik arwah Daddy... Riz akan cuba selidik dan cari segala maklumat yang berkaitan..."
"Aku ada bukti yang menunjukkan Tengku Kamarul merupakan dalang utama penyeludupan senjata api masuk ke Malaysia... Pengimport utama dadah dan dalang utama pemerdagangan manusia..." Agak mengejutkan dengan apa yang diperkatakan Shah...
"Apa yang kau cakap ni, Shah? Daddy, senjata, dadah?"
"Ya, Khai... Ini buktinya...!" Shah mencampak beberapa keping gambar dan dokumen berkaitan kerja-kerja jahat Tengku Kamarul... Khai terus mengambil gambar-gambar yang dicampakkan Shah di atas meja... Terdiam masing-masing saat menatap gambar dan dokumen di atas meja tadi... Berbagai riak wajah dapat dilihat...
"Khai, kau masih ingat Tengku Farid yang cuba mengenakan dan menjatuhkan kau dengan bantuan Qistina...?" Soal Ad...
"Kenapa dengan Tengku Farid?"
"Tengku Farid salah seorang informer aku... Disebabkan Daddy kau yang menjatuhkan dia... Segala bukti kejahatan Tengku Kamarul, telah diserahkan pada pihak yang berkenaan..."
"Apa maksud kau, Daddy aku jatuhkan Tengku Farid?"
"Khai... itulah yang berlaku sebenarnya... Daddy Khai cuba menjatuhkan Tengku Farid... Kerana kedudukan, Tengku Farid dipergunakan untuk kepentingan Tengku Kamarul..."
"Maksud uncle...?"
"Tengku Farid dipaksa meletakkan jawatannya kerana fitnah yang dilemparkan Kamarul..."
"Fitnah apa pulak ni uncle...?"
"Fitnah dari Kamarul... Tengku Farid difitnah mempunyai hubungan sulit dengan Gibrel sehingga menyebabkan Gibrel mengandung..."
"Gibrel...? Setiausaha papa?"
"Ya, setiausaha papa sendiri... Tapi, semua orang tahu, Gibrel hanya kambing hitam yang digunakan Tengku Kamarul untuk menjatuhkan papa dan Tengku Farid... "
"Ya, Khai... Ad... Gibrel sendiri mempunyai hubungan sulit dengan Tengku Kamarul... Tapi, kerana wang, Gibrel sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri..."
"Maksud mama?"
"Papa Ad sendiri difitnah membuntingkan Gibrel sebelum ni...Disebabkan itu, ahli lembaga percaya dan Tengku Idham diarahkan meletakkan jawatannya di dalam Organisasi..."
"Betul ke, uncle? Betul ke semua yang Khai dengar ni...?"
"Khai... Uncle minta maaf... Segala yang Khai dengar dan nampak hari ini... Itulah yang berlaku... Uncle dah tak larat nak hadap Daddy Khai lagi... Cukup-cukuplah selama ini, uncle berpisah dengan isteri dan anak uncle..." Papa Am memandang Mama Nia dan Selena serta Ad bersilih ganti...
"Uncle dah tak mampu nak tipu diri uncle lagi... Uncle rela harta kekayaan dan kemewahan uncle dirampas Tengku Kamarul, asalkan uncle dapat bertemu dengan Mama Nia dan Selena, anak kandung uncle yang sudah berpuluh tahun, uncle tak temu..." Air mata Papa Am mengalir jua... Puas ditahan... Mengalir jua di pipi tuanya...
Terhinjut-hinjut tubuh papa Am menahan tangisan... Selena dan Ad merapati papa lalu diusapnya belakang papa berkali-kali... Tubuh kedua anaknya dipeluk erat...
"Papa, sudahlah... Takmu sedih macam ni... Kami dah ada depan papa, kan?"
"Papa minta maaf sebab dah pisahkan korang... Maaf rasa bersalah dengan mama Nia... dengan Selena." Mama Nia yang memandang bekas suaminya hanya mampu menundukkan kepala sambil tangannya erat digenggam Papa Simon...
"Baiklah! Kalau semua dah kata macam tu... Khai akan turut sama... Khai akan bantu korang jatuhkan Daddy walaupun Khai terpaksa mengadap segala rintangannya..."
"Khai...?" Selena sedikit terkejut melihat Khai... Selena merapatkan dirinya dekat dengan Khai...
"Sayang, I'm sorry... I have to do this... Khai janji, Khai akan kembali..."
"Tapi, Khai...?"
"Sayang, please... Hanya ini je caranya untuk Khai kembalikan hak semua orang... Khai dah tak sanggup nak dengar segala arahan Daddy lagi... Khai nak bebas... Khai nak bebas macam orang lain... Sampai bila kita nak macam ni...? Khai nak kehidupan kita macam orang lain... Bebas ke sana ke sini..."
Selena memandang Khai dengan genangan air mata... Selena bimbang keselamatan Khai... Ya, sampai bila hidup mereka macam ni... Selena juga mahu mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan yang sah...
"Sayang, trust me ok... Khai nak bahagia macam orang lain... Khai dah tak larat nak menyorok macam ni... Khai lelaki, kan? Tugas Khai sepatutnya menjaga keselamatan orang yang Khai sayang..." Belum sempat tangan Selena di tarik ke dalam genggamannya, Selena terlebih dahulu melangkah laju naik ke biliknya...
"Sayang! Sayang!" Selena terus berlalu... Khai tergamam... Serena dan Ad berpandangan... Mama dan Papa Simon, tidak mampu nak berkata apa-apa lagi...
"Khai... Sudahlah! Biarkan Selena... Dia tentu terkejut dengan keputusan kau..."
"Ad, aku minta maaf... Shah, maafkan aku... Aku rasa hanya ini jalan untuk aku perbetulkan semua ni... Sampai bila aku nak terus lari dari Daddy... Aku janji aku akan kembali pada Selena..."
"Takpelah, Khai... Nanti, kami akan pujuk Selena... Aku tahu, Selena tentu faham, cuma... mungkin bagi dia, kau terburu-buru dalam membuat keputusan..."
"Aku tak fikir macam tu... Aku rasa dah masanya aku bertindak... Makin lambat kita bertindak, makin payah kita nak jatuhkan Tengku Kamarul..."
"Khai, mummy kamu macamana...?"
"Mummy ada di rumah agam, dengan Daddy... Tapi, macam biasalah... Mummy dengan dunianya..."
"Kau..."
"Aku tahu kau nak cakap apa... Jangan risau... Mummy ada orang jaga... Lagipun, dalam keadaan Mummy macam tu, Daddy tak pernah kisah langsung... Daddy ada atau tidak, sama je... Tapi, aku selalu call Mummy..."
"Aku guna simkad lain... Jangan risau... Aku takkan buat perkara bodoh!"
"Aku baru nak marah kau... Yelah, dibuatnya kau bukak handphone kau, sia-sia je nanti..."
Suasana sepi seketika... Sesekali Khai mengerling ke atas, mencari kelibat Selena...
'Maafkan Khai sayang...'
"Okaylah... Khai rasa kita sambung perbincangan kita tadi... Riz, macamana...?"
"Oh, ok! Macam ni... Sekarang ni kita perlukan Khai sebagai pelakon utama... Hanya Khai yang tahu kedudukan office Tengku Kamarul... Khai, bolehkan...? Riz dan Kimi akan pastikan segala dokumen akan diserahkan kepada kami untuk penelitian..."
"Kau nak aku buat apa, Riz...?"
"Dapatkan segala maklumat berkaitan kerja-kerja haram Daddy kau...! Aku tahu Gibrel tahu mengenainya...!"
"Baiklah, aku cuba!"
"Shah, boleh kau dapatkan maklumat mengenai orang-orang yang berkait rapat dengan Tengku Kamarul...? Maksud aku, orang bawahan Tengku Kamarul atau taiko-taiko besar yang berurusniaga dengan Organisasi secara haram."
"Err, boleh!"
"Nanti! Untuk semua ni, aku rasa kita perlukan Jason...!"
"Jason... Pembantu peribadi Daddy kau?"
"Ya! Aku pasti Jason tentu tahu semua mengenainya... Lagipun, dia orang yang paling Daddy aku percaya..."
"Kau maksudkan dia ni... Jason Jerrybach!" Sambil menunjukkan sekeping gambar Jason dengan Tengku Kamarul... Gambar di tangan Shah, ditarik Khai...
"Ya! Ini Jason! Dialah orang kanan kepercayaan Daddy...!"
"Macam tu, kerja kita bertambah mudah...! Takpa, ini serahkan pada aku! Aku tahu apa aku nak buat!"
"Apa maksud kau, Shah? Kau ada maklumat pasal Jason, ke?"
"Jangan risau, Khai... Kau teruskan bahagian kau... Papa...?" Papa menganggukkan kepalanya seraya mendapat hint dari Shah... Papa terus mendapatkan handphonenya... Entah apa yang papa cari, mama tidak tahu... Dalam hal begini, mama tidak suka mencampuri hal kerja-kerja papa dan Shah...
"Kau takkan bunuh Daddy, akukan Shah?"
"Hei! Khai, itu semua bukan tugas aku... Tugas aku hanya mencari maklumat berkaitan dan selebihnya aku serahkan pada pihak yang berkuasa..."
"Khai, dalam hal begini, kita perlu berfikiran positif... Niat kita baik, kan... Kita tak mahu Daddy Khai terus hanyut membuat dosa... Khai sendiri mahu Daddy kembali ke pangkal jalan, kan? So, inilah masanya...!" Kata papa Am.
"Betul, Khai... Mama setuju... Sebelum perkara tak baik berterusan berlaku, kita perlu hentikan semua ini dengan segera..."
"Khai, kau tak kasihankan Selena ke?"
"Selena...? Allahuakhbar... Khai minta maaf... Khai teremosi sedikit..." Terkejut sedikit Khai bila Ad menyebut nama kekasih hatinya, Selena...
"Kami faham Khai... Lebih-lebih lagi melibatkan darah daging kita sendiri, kan?"
"Khai minta maaf..."
"Takpelah... Kita rehat sekejap... Nanti kita dinner sama-sama..."
"Serena, boleh panggilkan Selena... Khai perlu bertemu dengan Lena... Tolong Rena...?"
"Baiklah... Rena cuba pujuk Lena... Tapi, Rena tak janji apa-apa ya...?" Khai sekadar mengangguk...
Sementara di Organisasi...
"Jason, macamana dengan urusniaga kita...? Ada apa-apa masalah...?"
"Setakat ni, everything is going well... Tengku tak perlu bimbang..."
"Ada apa-apa perkembangan mengenai kehilangan Khai...?"
"Belum, Tengku!"
"Mana dia pergi sebenarnya? Siapa yang tolong dia..?"
"Tengku rasa...?"
"Tengku Irsyad mana?"
"Tengku lupa, Tengku Irsyad dah letak jawatan... Sekarang ni, Tengku Irsyad mengendalikan business kecilnya..."
"Business kecil? Hahaha! Elok-elok hidup mewah, nak kerja sendiri...! Bodoh! Macam bapak dia jugak!" Jason hanya mampu merenung orang tua di depannya...
"Takpe! Biarkan dia dengan hidupnya... Aku nak tengok sejauh mana dia boleh bertahan tanpa bantuan aku! Hahaha!" Gelak orang jahat...
*****************************
Selena melangkah ke gazebo di perkarangan rumahnya... Kelihatan di situ, Khai menantinya dengan senyuman yang terukir di bibirnya...
"Sayang..." Khai menghulurkan tangannya... Selena hanya mampu memandang wajah tampan kekasih hatinya tanpa ada keinginan untuk menyambut tangan kekar itu...
Keluhan Khai lepaskan... Selena duduk jauh sedikit dari kedudukan Khai... Sunyi seketika keadaan mereka...
"Sayang marah B...?" Tiada sahutan...
"Sayang, B minta maaf... Bukan niat B nak ketepikan sayang dalam hal ini... Tapi, B rasa bersalah dengan apa yang telah Daddy lakukan selama ini..."
"B tahu, sayang terkejut dengan keputusan B, tapi B tak boleh nak tunggu lagi... Daddy dah terlalu jauh... Jauh dari jalan yang lurus."
"Sayang jangan risau... B janji B akan kembali ke pangkuan sayang... B janji." Tiada sahutan dari Selena... Hanya kedengaran esakan kecil dari bbir mungilnya...
"Sayang... Please jangan buat B macam ni..." Khai merapatkan dirinya dengan Selena... Bahu Selena diraih sementara tangan kirinya memegang tangan Selena...
"Sayang, B minta maaf... B terpaksa buat keputusan ni...! Ini semua untuk kebaikan kita juga... B takde niat nak tinggalkan sayang macam ni..." Tangisan Selena semakin bergema...
"Selena Sahara... Please, pandang B sayang... Pandang B..." Dagu Selena dipaut... Mata mereka bertentangan... Air mata Selena mengalir bagaikan hujan... Khai mengusap air mata Selena di pipi gebunya...
"Sayang percayakan B, kan?" Selena menganggukkan kepalanya... Khai tersenyum memandang wajah comel yang kemerahan akibat menangis...
"Sayang sayangkan B...?" Selena mengangguk perlahan... Khai masih tersenyum...
"Jadi, izinkan B pergi... B pergi tak lama... Selesai urusan B dengan Daddy, B akan kembali kepangkuan sayang... B janji..." Makin bergema tangisan Selena seraya tubuh Khai ditarik dalam dakapannya...
"Shu... Shu... Dah tu, takmu menangis lagi... B sayangkan sayang... B janji, lepas B pulang nanti... Kita kahwin ya...?" Selena masih memeluk tubuh tegap Khai... Terhinjut-hinjut tubuhnya menahan tangisan dari terus bergaung... Khai terus memujuk Selena... Berkali-kali tubuh belakang Selena diusap bagi meredakan kesedihannya...
"Nampak gayanya, kita kena kahwinkan kedua-duanya dengan segera... Betulkan darling...?"
"Am, macamana?"
"Nampaknya macam tulah! Tak boleh berpisah dah ni kedua-duanya..."
"Selesai urusan Kamarul, kita nikahkan Ad dengan Serena dan Khai dengan Selena..."
"Itu yang sebaiknya!" Tanpa Khai dan Selena ketahui, rupanya kelakuan mereka diperhatikan semua orang... Termasuk Riz dan Kimi...
Ada perasaan cemburu terselit di hati Rizqy... Namun, cepat-cepat dia tepis... Selena dah lama kenal Khai, kawan baiknya ketika di universiti dulu... Kalau dia terlebih awal mengenali Selena, tentu perasaannya tidak begini...
Khai akhirnya akur untuk membantu menumbangkan Daddynya walaupun terpaksa melukakan hati orang yang dia sayang... Apa yang akan berlaku seterusnya... Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel