BAB 32 - CD - LOVE

Romance Completed 23254

"Jadi, apa rancangan kita selepas ini?"

"Apa maksud kau?"

"Apa kita nak buat selepas ni? Takkan kita nak berdiam diri je?"

Keluhan dilepaskan...

"Entahlah, Riz! Aku pun tak tahu! Aku tak boleh nak fikir!"

"Relax! Kita rehat dulu...!"

"Shah, Ad, Khai, Riz, Kimi... Jom kita dulu... Rena, Lena... Mari, tolong mama sediakan makanan..."

"Baik, mama..."

"Come, darling..." Mama menarik lengan papa masuk ke rumah... Sebelum mereka melangkah masuk...

"Remy... Bawak penyangak-penyangak ni ke markas kita... Jangan bagi dorang terlepas...!"

"Baik, Tengku!" Remy dan beberapa orang anak buah Ad mengarahkan penyangak-penyangak tadi masuk ke dalam kereta... Dua buah kenderaan Range Rover meluncur keluar dari kawasan perumahan Mama Nia...

"Kau nak buat apa dengan mereka, Ad?" Soal Khai. Nampak tegang riak wajah Ad ketika ini...

"Kau tak perlu risau, Khai... Aku tahu apa yang aku nak buat!"

"Ad, kau jangan buat giler, Ad!" Sergah Shah...

"Ala, rilekslah... Aku takkan bunuh oranglah!" Mama Nia menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah anak-anaknya... Matanya tertumpu pada riak wajah Ad... Jelas kelihatan di situ, ada kegusaran di wajah anak tirinya...

"Dah tu! Kita masuk rumah dulu...! Kita rehatkan diri, tenangkan minda... Mari... Dah masuk waktu solat Asar... Hari ni, papa jadi imam, ya... darling?"

"Fuh... Lega... Nasib baik papa jadi imam..." Khai mengurut dadanya...

"Hah, kenapa? Takut?"

"Bukan takut! Aku tak pandailah...!"

"Tak pandai, belajar... Apa susah!"

"Yelah! Nanti aku belajar dengan kau, ya Ad?"

"Eh, apa pulak, aku? Shahlah... Shah lebih pandai dari aku...!"

"Ah, sudah! Aku pulak...! Riz dengan Kimikan ada..."

"Eh.. Kenapa kamilak yang kena...?"

"Kaukan tuan rumah ni... Kaulah!"

"Kaulah, Kimi! Kau kan orang baru dalam family ni..."

"Sudah tu! Nanti papa jadi imam... Lepas ni, papa nak semua belajar jadi imam. No excuse! Dah, masuk!" Terkejut masing-masing. Sesekali papa keluarkan kuasa vetonya, boleh tahan! Tahu takut!

"Baik, papa!"

Sementara itu, di gudang berdekatan pelabuhan milik Tengku Kamarul...

"Sekarang, aku nak tahu apa yang berlaku? Macamana kastam boleh rampas barang-barang kita...? Sebelum ni, barang kita lepas dari kastam!"

"Tengku... Kami dah periksa betul-betul...! Pihak pembekal dah confirmkan segalanya ok. Takde masalah...!"

"Kalau takde masalah, there should be no problem! Tapi, persoalan sekarang... Macamana pihak kastam boleh rampas barang kita?"

"Kami tak tahu, Tengku!"

"Tak tahu? Senang betul jawapan korang! Aku bayar korang gaji mahal-mahal... Itu jawapan korang! Hah?"

"Tengku, sabar Tengku!" Jason cuba menyabarkan majikannya... Bimbang sakit jantungnya akan mula menyerang...

"Atau, ada tali barut di kalangan korang...? Berani ke korang nak lawan aku?" Semua berpandangan sesama sendiri...

"Aku percaya, tentu ada barua dalam kalangan korang...! Cakap, siapa yang berani nak berpaling tadah? Cakap?" Sergah Tengku Kamarul...

Tiada siapa yang berani mengangkat muka... Silap haribulan bertapak kesan 5 jari atau penumbuk di muka mereka... Ya, Tengku Kamarul memang baran... Sebab itulah, Tengku Khai juga alami nasib yang sama...

"Baik... Takde orang mengaku, ya? Takpe... Aku akan pastikan orang tu menerima balasannya dari aku!" Ugut Tengku Kamarul lagi...

"Jason, cari si lakhanat tu sampai dapat! Pastikan bawak dia depan aku!"

"Baik, Tengku!"

Deringan telefon mengganggu konsentrasinya... Telefon bimbit yang berada di dalam kocek kotnya, dikeluarkan...

"Yes?"

"What? Oh shit!" Talian dimatikan...

"Damn it!"

"Tengku... What's wrong?"

"Orang-orang kita di tahan!"

"Siapa yang Tengku maksudkan?"

"J.A.N.E...!"

"JANE?"

"Jamal, Andy, Nomi and Ejat!"

"Oh... Macamana dorang boleh tertangkap? Apa yang dorang buat?"

"Aku suruh dorang kacau Tengku Rizqy! Tak sangka liat sungguh si Rizqy ni...!"

"Jadi, apa yang Tengku nak buat sekarang ni?"

"Follow the flow...!"

"Maksud Tengku, kita biarkan je dorang kena tahan? Kalau dorang bukak mulut, macamana?"

"Kau tak perlu bimbang pasal tu, Jason! Serahkan pada aku! Aku pasti, takde siapa yang berani bukak mulut pasal kita!"

"Jadi, sekarang macamana?"

"Aku akan pastikan mereka yang berani melawan aku, menerima padahnya...!" Tangan dikepal.

"And Jason... Pastikan si tali barut tu tak terlepas dan pastikan ditangkap..!"

"Baik, Tengku!"

"Jangan ingat korang boleh terlepas...! Aku akan pastikan korang sengsara!" Tengku Kamarul terus melangkah keluar dari gudang dengan hati yang penuh membara...

***************************

"Honey... darling rasa, darling nak kahwinkan Serena, Ad dan Khai, Selena, secepat mungkin... What do you think?"

"Tengku Am...?"

"His has no problem with that! I already inform him... And Tengku Am agree with my opinion..."

"Honey ok je, darling... But, honey ada perasaan bimbang dan takut..."

"Takut? Takut apa? Tengku Kamarul?"

"Ya... Darling tahukan, macamana gilanya Tengku Kamarul!"

"Tapi, ini untuk keselamatan dorang jugak! Lepas ni, kita dah tak perlu risau sangat pasal keselamatan Serena dan Selena, memandangkan mereka berdua sudah punya guardian of love..." Mama tersengeh memandang papa Simon yang sudah pandai guna pick-up line...

"Tapi, anak-anak kita setuju ke? Tak cepat sangat?"

"No! Dorang dah setuju dari awal lagi...! Lagipun, tak manis nak biarkan mereka berdua-duaan tanpa ikatan yg sah. Honey fahamkan?"

"Ya, honey faham... Tapi...?"

"Darling faham... Honey bimbangkan keselamatan semua... Tapi, dalam keadaan macam ni... Lebih baik mereka disatukan... Tak perlu buat majlis yang gah... Kita buat yang wajib... Akad nikah... Same like us, before..." Papa menjongketkan kening kanannya sambil memandang ke arah mama yang tersipu-sipu malu...

"Darling tak rasa, kita tergesa-gesa?"

"Honey rasa macam tu ke? Emm... Takpelah... Kita tunggu dorang... Nanti kita bincangkan hal ni, ya...?" Mama menganggukkan kepalanya seraya itu tersenyum memandang papa yang masih merenungnya...

Berkerut dahi mama melihat reaksi papa yang masih tak mengalihkan pandangannya dari merenung mama...

"Kenapa berkerut macam tu?" Tanya papa...

"Why are you looking at me like that?"

"Kenapa... Tak boleh?"

"Taklah... curious... Are you ok...?"

Papa mengelus pipi mama... "Honey masih cantik macam dulu..."

"Stop it, darling...! Malu anak-nak tengok nanti!" Merona wajah mama... Malu diusik begitu...

"Kenapa mesti nak malu... You are my wife...! We love each other, don't you?"

"Yes, I do love you... But, dah tualah darling... Dah kedut 1000 pun..."

"I don't care even honey dah berkedut 2000 pun... You're still the same Sharifah Shahania, 20 years ago... I know you... A very tough, lovely woman I ever know..."

"You're so kind and generous... You're such a lovely mother... Even, Shah and Serena bukan dari darah daging honey sendiri..."

"Jangan cakap macam tu, darling...! Shah and Serena tetap anak honey... Macamana honey sayangkan Selena, macam tu juga, honey sayangkan Shah and Serena... Mereka anak-anak honey...! Anak kita!"

"Thank you so much, honey... I love you dunia and akhirat... Thank you for always be by my side." Papa mengucup kedua belah kelopak mata mama...

"I love you, too darling... Thank you for everything..." Tangan papa, dicium mama...

"Wah... romantiknya mama, papa... Jealousnya Lena..." Rupanya, Serena dan Selena mengintai papa dan mama dari bilik mereka...

"Kan? Akak pun jealous... Macamana ni, dik...?"

"Macamana apa?"

"Kahwin... Akak memang nak kahwin, tapi, akak pun bimbang macamana mama bimbang..."

"Entahlah kak... Tapi, Lena tak nak berjauhan dengan Khai... Lena tak sanggup berpisah dengan Khai..."

"Akak pun...! Kata Ad... Sekarang ni, Tengku Kamarul tengah terdesak..."

"Kenapa?"

"Ada orang dalam bocorkan rahsia Tengku Kamarul... Habis gudang dan stor dorang kena serbu... Orang-orang Tengku Kamarul dah ramai kena tangkap..."

"Betul ke, kak?"

"Ya, dik... Ad ada beritahu... Tengku Rizqy masih diganggu dan diugut dan sekarang ni Ad dan beberapa anak buahnya yang jadi bodyguard Tengku Rizqy..." Sambung Serena...

"Habis tu, Khai?"

"Buat masa ni, Khai... Ad suruh dia duduk di office... Ad bimbang andai orang-orang suruhan Tengku Kamarul akan ganggu Khai nanti..."

"Haish! Bilalah benda-benda ni semua dah tamat? Lena dah tak tahan. Sampai bila kita nak macam ni?"

"Sampai Tengku Kamarul ditangkap!" Tiba-tiba suara garau kedengaran... Serena dan Selen memusingkan tubuh mereka...

"Eh, abang Shah..."

"Shu... Jangan bising! Nanti mama papa perasan..."

"Oh... Rena dengan Lena intai mama dan papa ya...?"

"Ala, abang ni... Diamlah... Kita orang bukannya intai... Tapi, terpandang...! Romantikkan mama dengan papa, bang Shah?"

"A'ah! Jealous abang tau...!"

"Eleh! Jealous konon...!"

"Eh, jealouslah... Abang kan single-mingle...!"

"Stop it bang Shah! Macamlah kita tak tahu..."

"What do you mean, Serena?"

"Elah... Nak main hide and seek ke...? Abang ingat Rena tak tahu rahsia abang ke?"

"Apa Rena ni? Rahsia apa?"

"Rahsia abang... Dengan Nikki, gadis bermata biru tu!" Tercengang Shah...

"Ga...gadis mana...? Rena cakap apa ni? abang tak fahamlah!"

"Kenapa tergagap? Si Nikki tu cantik apa... Anak mat salleh... Original punya mat salleh..."

"Hah, anak mat salleh...? Abang, dahsyatnya...! Bila nak kenalkan dengan kami? Kenalkanlah, bang!" Selena dengan sifat keanak-anakannya memang tak boleh lari... Bongsulah katakan...

"Ish, budak ni! Tak boleh simpan rahsia langsung!"

"Ala, bang Shah! Rilekslah!"

"Macamana Rena tahu?"

"Nikki tu kawan Rena. Tak sangka Rena. Patutlah selalu tanyakan pasal abang kat Rena... Pandai ya simpan rahsia..."

"Eh, ya ke dia selalu tanyakan pasal abang kat Rena...? Betul ke?"

"Ish, kalau ya pun, tak payahlah excited sangat!"

"Serius bang Shah... crush abang ke tu? Sejak bila, bang?"

"Nikki tu junior abang kat universiti dulu... Tak sangka dapat jumpa dia semula...'

"Maksudnya, abang dah suka dengan Nikki dah lama?" Shah mengangguk kepalanya.

"Kenapa tak berterus-terang je dengan Nikki?"

"Abang takut ke?"

"Takut? Abang takut? Takde maknanya!"

"Habis tu? Kenapa tak cakap terus dengan Nikki?"

"Emm, macamana ya nak cakap."

"Ala, cakap jelah!"

"Err, sebenarnya, ada kawan baik abang yang dah sukakan Nikki... Abang tak sampai hati nak hancurkan harapan dia... So, abang diamkan aje perasaan abang."

"Abang mengalah macam tu je?"

"Ya... Tak sampai hati nak kecewakan kawan sendiri..."

"Masa tu, Nikki tahu ke abang sukakan dia...?" Shah menggelengkan kepalanya...

"Tapi, macamana Nikki tahu dia crush abang...?"

"Hah! Nikki tahu? Macamana pulak? Abang tak sempat nak cakap dengan dia... Sampai abang habis belajar...!"

"Agaknya, ada orang bagitahu Nikki, tak bang? Ataupun, Nikki sendiri memang dah sukakan abang... Cuma dia takut nak berterus-terang dengan abang..."

"Hah, seriusly! Nikki sukakan abang jugak!"

"Hoi, hoi! Excited giler!"

"Mahunya tak excited... Crush abang tu!"

"Nampak gayanya, kita bertiga boleh naik pelamin serentak ni!"

"Takde maknanya! Hal Tengku Kamarul pun tak selesai lagi...!"

"Yelah, bang Shah! Lena risau sangat dengan Khai... Kesian Khai... Selalu sangat pendam hati... Lena pun tak tahu nak cakap macamana, nak pujuk dia lagi..."

"Sabarlah Lena... In shaa Allah... Akan ada jalan penyelesaiannya nanti... Kita doakan yang terbaik, ya... Abang pun tak tahu nak buat macamana lagi... Pihak kami dah buat sepatutnya... Tapi, macam Ad cakap... Tengku Kamarul ni bukan sebarangan... Banyak VIP yang cover dia..."

"Lena terus berlembut dan pujuk Khai baik-baik... Abang percaya, dia tentu ok... Cuma di fikiran dia, hati dia terusik dengan rahsia besar yang dia baru tahu..."

"Itulah, bang! Tak sangka Lena, dia rupanya anak angkat je... Patutlah selama ni, Tengku Kamarul layan dia macam tu je... Maksud Lena, acuh tak acuh...! Kesian Khai..."

"So, Lena... Apa yang Lena akan buat kalau khai ditahan Tengku Kamarul...?"

"Hah, Khai kena tahan Tengku Kamarul? Abang jangan buat lawak!"

"Shu, diamlah! Nanti mama papa dengarlah!"

"Abang cakap, kalau... Kalau Khai diculik, ditahan Tengku Kamarul?"

"Berani Tengku Kamarul? Lena sendiri akan berhadapan dengan dia... Lena nak belasah dia! Apalagi yang dia nak? Kan dia dah buang Khai...? Tak cukup lagi ke dia control hidup Khai?"

"Ish, boleh tahan jugak adik abang ni, kan? Tapi, berani ke?"

"Hihihi... Entahlah!"

"Baru terdengar bunyi tembakan dah demam 3 hari... Ada hati nak nak belasah orang..." Usik Serena.

"Hihihi... Lena bukannya berani..."

"Habis tu, selama ni... Papa hantar belajar taekwando bagai, buat apa kalau tak gunakannya?"

"Memanglah boleh guna... Masalahnya lawan Lena, lelaki, badan besar pulak tu! Kena pulak dorang guna senjata macam pistol, bagai! Tak ke haru dibuatnya? Baru nak bukak langkah, dorang dah tembak! Hah, naya je!"

"Eleh, kalau dah penakut tu, mengaku jelah!"

"Ish, abang ni! Lena tak takutlah! Cuma tak beberapa berani je... Hihihi!" Shah menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah Selena yang selalu mencuit hatinya... Berbeza dengan Serena yang agak serius...

"Serena pula? Kalau Ad ditahan, diculik Tengku Kamarul, apa Rena akan buat?''

"Rena tak takut berhadapan Tengku Kamarul! Rena tahu, dia bukan berani manapun... Dia berani sebab ada kuncu-kuncu dia di sekeliling dia! Cuba kalau dia seorang... Dah tentu dia macam tikus...! Menyorok je!"

"Wah! Berani kak Rena!"

"Ini bukan persoalan berani, Lena... Persoalan di sini, sejauh mana kita mampu mempertahankan orang yang kita sayang... Akak takkan mengalah kalau ianya berkait rapat dengan orang yang rapat dengan akak including Tengku Ad!"

"Wah, bravo kak Rena!"

"Macam tulah adik abang! Berani kerana benar, takut kena salah!"

"Abang harap kita semua dapat mempertahankan hak keluarga kita! Abang tak nak kita berpecah-belah kerana gangguan luar! Abang percaya, kita akan kukuh bersama andai kita bersatu hati dan bersatu padu!"

"Kita mampu mengalahkan mereka jika kita sentiasa bersatu..."

"In shaa Allah, bang! Kita doa yang terbaik buat semua, ya! Rena percaya, kita mampu menegakkan keadilan..."

"In shaa Allah...!"

Alhamdulillah, dapat update awal sedikit... Mama Nia ngan Papa Simon, romantikkan...? Jealous lak... Apa yang akan berlaku selepas ini... Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience