Terpisat-pisat mata Khai... Pandangan kaburnya diarahkan di sekeliling ruang... Kelihatan disebelahnya, Selena yang mengerekot tidak sedarkan diri...
"Sayang... Bangun sayang... Sayang, bangun..." Pipi Selena ditepuk berkali-kali... Tiada reaksi dari Selena.
"Sayang...Bangun... Selena... Sayang..." Selena cuba membuka matanya... Terasa sakit di seluruh tubuhnya...
"B..." Tubuh Selena dipeluk Khai...
"Sayang..." Khai masih memeluk Selena.
"Kita kat mana, B... ? Kita kat mana?"
"Sayang, bawa bersabar... B pun tak tahu kita kat mana?"
"B, macamana kita boleh ada kat sini...? Siapa yang culik kita?"
"B tak tahu sayang! B tak tahu. Sayang bawak bersabar ya... B cuba buat sesuatu..."
"B nak pergi mana? Jangan tinggalkan sayang... Sayang takut..." Selena mula menangis.... Sudahlah tubuh badannya sakit... Letih... Sesekali teras tegang di bahagian perutnya...
"Tak... Tak... B takkan tinggalkan sayang... B nak cari jalan nak keluar dari sini..."
"B, perut sayang..."
"Kenapa sayang...?"
"Perut sayang, sakit..." Selena menekan perutnya.
"Baby, please bertahan." Selena cuba berinteraksi dengan kandungannya yang baru mencecah 3 bulan...
"Sayang, in shaa Allah, kita akan selamat. Sayang sabar ya?" Perut Selena yang sudah sedikit kelihatan diusap lembut.
"Sayang takut, B... Sayang takut sangat..." Selena terus menangis...
"Sayang sabar. B ada dengan sayang." Tubuh isterinya didakap, kemas... Belakang Selena, diusap lembut. Terdengar pintu dikuak. Derapan kaki semakin menghampiri mereka...
"Daddy...?"
"Tengku Khairul Khaseef... Emm, dah sedar?"
"Daddy... Bukan ke daddy dalam..."
"Dalam penjara?"
"Macamana...?"
"Macamana aku terlepas, itu bukan masalah kau!"
"Daddy... Apa yang daddy buat ni? Lepaskan kami, daddy!"
"Huh! Apa yang aku buat?"
"Lepaskan kami, Daddy... Lepaskan kami...! Kenapa daddy buat semua ni? Apa salah Khai?"
"Apa salah kau? Aku yang sepatutnya tanya, apa yang kau dah buat, Khai? "
"Apa yang daddy cakapkan ni? Apa yang Khai dah buat?"
"Huh! Kau tak sedar? Kau tinggalkan Organisasi untuk perempuan ini?"
"Daddy, perempuan ini, isteri Khai... Selena, isteri Khai yang sah!"
'Kau tinggalkan Daddy untuk mengahwini perempuan yang entah mana datangnya... Entah siapa keluarganya... Kau dah malukan daddy...!"
"Daddy, Khai tak tinggalkan daddy...! Daddy yang halau Khai dari rumah! Daddy yang tak mengaku Khai anak daddy... Sebab Khai hanya anak angkat! Anak pungut...!"
"Huh! Tahu pun kau!"
"Daddy, Selena bukan sebarangan orang, Daddy... Selena anak Tengku... Tengku yang Daddy sendiri kenal!"
"Apa maksud Khai? Anak Tengku... Tengku mana?"
"Selena anak Tengku Idham Ibraheem... Sahabat daddy yang daddy rampas harta dan kedudukannya demi kepentingan daddy sendiri!"
"Jangan kurang ajar, Khairul Khaseef! Kau tak tahu apa yang berlaku sebenarnya!"
"Khai tahu, daddy! Khai tahu! Khai tahu semuanya...! Khai malu dengan apa yang daddy dah buat! Khai malu!"
"Huh! Anak tak sedar dek untung!"
"Khai bersyukur sebab Khai bukan dari darah daging daddy! Khai malu punya daddy seperti Tengku Kamarul Khalif!"
"Kau malu? Hahaha... Aku lagi malu ada anak tak yang sedar diri... Anak yang aku pungut dari rumah anak-anak yatim!"
"Sekurang-kurangnya Khai sedar kedudukan Khai, bukannya macam daddy..!" Wajah Kamarul dijeling...
"Bukan macam aku? Apa yang kau tahu? Apa yang kau tahu pasal aku, hah?"
"Hahaha... Kenapa, terkejut dengar Khai tahu semua pasal tengku? Pasal Gibrella? Sharifah Shahania, Tengku Riezman, Tengku Idham dan Jason, orang yang paling tengku percaya?" Tengku Kamarul sedikit terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Khai...
Namun, kerana egonya, Tengku Kamarul berlagak biasa... Hatinya sedikit sakit, apabila tiada lagi panggilan 'daddy' dari Khai seperti kebiasaan.
"Khai dah cukup terseksa selama ini... Tengku buat saya tak ubah seperti boneka... Tengku abaikan mummy dan Khai... Tengku sanggup membunuh kawan baik tengku sendiri demi kedudukan..."
"Tengku memfitnah sahabat tengku sendiri demi kepuasan untuk merampas kedudukan dalam Organisasi... Jadikan orang lain kambing hitam untuk keselesaan tengku..."
Tengku Kamarul kelihatan sedikit berpeluh... Tali leher dilonggarkan... Tak sangka Khai tahu banyak benda berkaitan dengannya...
"Khai tak sangka, tengku sanggup jadikan Gibrella sebagai madu mummy... Kesian mummy... Selama ini mummy setia dengan tengku... hanya kerana mummy tidak lagi dapat bergerak, tengku jadikan mummy sebagai barang yang tidak berguna!"
"Memang dia tak berguna! Tak berguna langsung!"
"Apa yang tengku cakapkan? Mummy isteri tengku! Mummy tak berguna? Mummy yang selama ini berkorban segalanya untuk tengku, tengku kata tak berguna?"
"Ya, dia memang tak berguna... Semua sebab kau! Kalau bukan sebab kau, isteri aku takkan lumpuh macam tu! Itu semuanya sebab kau!"
"Tengku gelar mummy, isteri...? Hahaha... Sejak bila, tengku? Sejak bila tengku mula sedar yang itu isteri tengku?"
"Kau jangan nak kurang ajar!"
"Khai takkan kurang ajar kalau bukan tengku yang mulakan!"
"Kau punca isteri aku lari dari rumah! Kau punca isteri aku tak mampu nak berjalan! Kau punca segalanya!"
"Kau puncanya, Tengku Kamarul!" Tengku Kamarul, Khai dan Selena terkejut dengan kedatangan Mummy Mona secara tiba-tiba.
"Mo... Mona? Kau... Kau boleh berjalan, Mona?"
"Ya, kenapa? Kau terkejut, Kamarul?"
"Mummy...?" Mummy melangkah ke arah Khai... Tubuh Khai dan Selena dipeluk...
"Mummy, Lena takut, mummy... Lena takut...!"
"Lena, sabar ya. Sabar... Mummy akan bawa Lena dan Khai keluar dari sini!" Mereka berura-ura hendak keluar dari tempat neraka itu.
"Nanti! Not so fast, Mona! Not so fast...! Tak semudah itu aku akan lepaskan korang keluar dari sini!"
"Jangan kau berani nak apa-apakan anak-anak aku, Kamarul... Cukuplah selama ini, kau jadikan Khai kambing hitam untuk menutup segala kerja-kerja haram kau! Aku takkan izinkan semua tu berlaku!"
"Hahaha... Mona... Mona... Kau ingat kau pandai Mona... Tapi, aku pelik, Mona... Macamana kau boleh berjalan semula? Aku ingatkan nak hapuskan kau terus!"
"Kau bukan Tuhan, Kamarul nak tetapkan bila kematian aku... Kau terlalu bongkak dengan kesenangan yang kau rampas dari orang lain... Kau lupa, kuasa Allah tu lagi hebat..."
"Aku peduli apa semua tu...!"
"Kamarul... Kau ingat Kaseh Kamelia lepaskan kau... Kau akan terlepas terus dari pihak berkuasa...?"
"Oh, jadi... Kau dah tahu siapa yang lepaskan aku dari tahanan pihak polis?"
"Ya. Dah lama aku tahu. And for your information, itu semua rancangan aku, Kamarul! Nampak gayanya rancangan aku nak perangkap kau, berjaya... Hahaha! Kamarul... Kamarul... Tak sangka, kau akan terperangkap dengan mudah...!" Mummy gelak besar melihat wajah Kamarul menjadi gusar.
"Kenapa? Kenapa kau nampak cuak? Kau takut Kamarul?"
"Kau rasa, aku manusia penakut ke Mona?"
"Jangan berlagak Kamarul... Kau tak tahu apa yang akan berlaku, Kamarul... Jangan terlalu junjung ego, kau!"
"Apa maksud kau, Mona?"
"Kau ingat selama ni, aku tak tahu apa yang aku buat belakang aku, Kamarul? Kau lupa aku ada ramai mata-mata yang memerhatikan gerak-geri kau!"
"Segala kegiatan kau selama ini, dihujung jari aku, Kamarul... Kalau tidak, masakan aku tahu tempat persembunyian kau? Aku takkan tahu kat mana kau sorokkan anak aku! Bodoh!"
"Kau..." Tengku Kamarul menghalakan pistol revolver di tangannya ke arah Mummy Mona...
"Daddy!"
"Mummy!"
"Kau nak tembak aku, Kamarul? Silakan... Silakan Kamarul! Aku tak takut mati di tangan kau, Kamarul! Aku lebih rela mati dari hidup dengan manusia seperti kau!"
"Kau cabar aku, Mona?"
"Ya, aku cabar kau! Sebab aku tahu... Kau sebenarnya penakut! Penakut! Kau penakut, Tengku Kamarul!"
Bang! Satu das tembakan diilepaskan...
"Mummy!"
Khai meluru ke arah Mummy yang sudahpun melorot ke lantai. Selena yang tergamam, memeluk tubuh. Selena ketakutan... Traumanya datang kembali... Selena menggigil...
"Mummy... Jangan tinggalkan Khai Mummy... Jangan tinggalkan Khai..."
Tengku Kamarul tergamam... Terus melepaskan revolver dari tangannya... Tidak disangka...
"Mo...na..., Ma... Maafkan aku, Mona." Tengku Kamarul terus meluru ke arah Mona, namun dihalang Khai...
"Back off! Pergi...! Kau manusia yang paling kejam... Aku benci kau! Aku menyesal mengenali kau...! Mummy..." Tubuh Mummy dipeluk erat...
"Khai... Daddy..."
"Kau bukan daddy aku! Pergi kau!" Khai terus mencantas... Tidak mahu mendengar apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Tengku Kamarul...
Darah yang mengalir dari bahu Mummy, ditekan...
"Khai... Ma...afkan, Mum...my... Mummy sa...yangkan Khai... Argh!" Mummy menahan kesakitan. Air mata Khai mengalir jua. Esakan Khai semakin kedengaran. Selena juga dalam ketakutan.
Tubuhnya masih menggigil... Lututnya ditarik merapati dadanya... Tak sanggup nak melihat Mummy menahan kesakitan begitu...
"Mummy... Bertahan... Khai call ambulance..."
"Khai... Se...le...na mana?" Khai baru tersedar yang Selena tiada bersamanya...
"Sayang...? Sayang...?"
"Mummy, sekejap ya... Mummy bertahan... Tolong bertahan untuk Khai!" Mummy menganggukkan kepalanya sedikit... Khai meletakkan tubuh Mummy perlahan-lahan ke lantai sebelum mendapatkan Selena...
"Sayang... Sayang..." Khai cuba mengejutkan isterinya... Tubuh Selena ditarik...
"Sayang!" Selena pengsan. Ya, Khai baru teringat. Selena cukup trauma dengan bunyi tembakan...
"Allah... Sayang, bangun sayang... Sayang." Pipi Selena ditepuk berkali-kali... Masih tiada reaksi...
Sementara, Tengku Kamarul sudahpun merapatkan dirinya ke tubuh isterinya yang terbaring di lantai...
"Mona..." Tengku Kamarul memangku tubuh Mona...
"A...bang..." Air mata Kamarul mengalir... Tiada lagi perasaan malu menyelubungi dirinya... Mona masih menggelarkan dirinya 'abang'... Mona masih menghormatinya... Air mata Mona mengalir lagi...
"Maafkan abang, Mona! Maafkan abang! Abang berdosa, Mona... Abang berdosa...! Jangan tinggalkan abang, Mona! Abang..." Kamarul merapatkan dahinya ke bahu Mummy...
"Abang... Ma...afkan Mona! Mona bersalah!"
"Tak...Mona tak bersalah! Mona tak bersalah! Abang yang bersalah... Maafkan abang buat Mona menderita! Abang tamak! Abang jahat!" Tengku Kamarul terus melepaskan tangisannya...
"Bertaubatlah, bang! Pintu taubat masih terbuka!"
"Tidak, Mona! Abang takkan biarkan sesiapa pun merampas hak kita...!"
"Hak siapa yang kau maksudkan, Kamarul atau kau nak aku gelarkan kau TKK?"
"Am...? Kau Am?"
"Papa..." Papa Am memandang Khai yang sedang memangku Selena yang masih tidak sedarkan diri...
"Ya, aku... Aku, Kamarul! Aku, Idham... Orang yang kau jadikan kambing hitam selama ini... Orang yang kau rampas harta dan kedudukannya..."
"Hahaha... Apa yang kau merepek ni, Am? Bukan aku yang rampas, tapi kau yang bodoh serahkan harta dan kedudukan kau pada aku!"
"Kau masih tak nak mengalah, Kamarul?"
"Kenapa aku mesti mengalah? Aku tak bersalah!"
"Kau tak bersalah...? Kau bunuh Riezman, sebab Riezman tahu rahsia kau, kan?"
"Rahsia apa? Apa maksud kau, Am?"
"Kaseh... Kaseh Kamelia..." Tengku Idham memanggil Kaseh Kamelia...
"Apa kaitan budak ini? Dia yang selamatkan aku..."
"Aku tahu, Kamarul... Aku tahu... Tak sangka... Senang rupanya nak perangkap kau..."
"Perangkap? Jadi benar semua ini hanya untuk memerangkap aku...? Apa yang kau mahukan sebenarnya, hah?"
"Aku rasa, kau tentu tak ingat,kan?"
"Apa yang kau cakapkan ni, Am? Aku tak faham... Berbelit-belit... Cuba kau straight to the point!"
"Oklah... Aku nak kembalikan ingatan kau 20 tahun yang lalu... Arwah isteri kau meninggal dunia kerana melahirkan anak kau... Anak yang kau tak pernah iktiraf kewujudan dia..."
"Ma... Mana kau tahu Am...?"
"Kenapa? Kau ingat aku tak tahu semua yang kau buat, Kamarul...?"
"Tak! Tak! Hanya Riezman yang tahu pasal ni... Sebab tu, aku bunuh dia... Anak tu tak wujud... Itu bukan anak aku... Anak aku dah mati... Aku dah bunuh...!"
"Sampai hati Daddy... Daddy bunuh darah daging sendiri... Apa salah Kaseh? Apa salah Kaseh hingga Daddy tergamak nak bunuh Kaseeh, anak Daddy..?" Kaseh Kamelia tiba-tiba berdiri di hadapan Tengku Kamarul.
"Kau...?"
"Ya... Ini anak kau, Kamarul... Anak kandung kau dengan arwah isteri kau, Kamarul...!"
"Tak! Bukan! Dia bukan anak aku! Bukan anak aku...! Khai anak aku! Khai anak aku!" Tengku Kamarul terus meluru ke arah Khai... Dan Tubuh Khai ditarik dalam pelukannya...
"Daddy... Lepaskan Khai... Lepaskan Khai..." Khai berusaha melepaskan dirinya dari cengkaman Tengku Kamarul...
"Jangan bergerak... Kami polis...!" Tiba-tiba, rumah agam milik Tengku Kamarul diserbu pihak polis...
"Khai... Khai anak Daddy... Khai kena ikut Daddy..."
Tengku Kamarul terus menahan tubuh Khai...
"Jangan sesiapa datang rapat... Kalau tidak, aku tembak dia!" Tengku Kamarul terus menarik keluar revolver dari jaketnya... Entah masa bila dia ambik revolver yang dijatuhkan tadi, tidak dapat dipastikan. Pistol revolver dihalakan ke kepala Khai.
"Daddy, lepaskan Khai... Lepaskan Khai, Daddy... Tolong lepaskan Khai... Selena mengandung Daddy... Tolong, lepaskan Khai..."
"B..." Selena tersedar dari pengsannya... Selena terkejut melihat suaminya didalam cengkaman Tengku Kamarul...
"Selena, bangun sayang..." Tengku Idham menarik anaknya ke dalam pelukannya...
"Papa... Khai, papa..."
"Sabar, sayang... Khai ok... Dia ok... Lena sabar ya..."
"Budak perempuan ini, anak kau, Am?"
"Ya... Dia anak aku... Anak aku dengan Shahania. Isteri aku yang kau cuba nak bunuh dulu... Ini Selena anak aku dan Shahania..."
"Tentu kau terkejut kan, Tengku Kamarul?" Sharifah Shahania...
"Shahania...?"
"Ya, Kamarul... Aku, Sharifah Shahania binti Syed Shahabudin... Perempuan yang kau tuduh berzina... berdosa... Perempuan yang kau arahkan untuk dibunuh... Kau ingat, Kamarul?"
"Ma...Macamana kau boleh hidup... Aku dah suruh..."
"Simon untuk bunuh aku, kan?"
"Mana kau tahu? Simon, pengikut aku yang paling setia... Dia takkan khianti aku! Takkan!"
Papa Simon pula munculkan dirinya...
"Tengku Kamarul... Do you remember me?" Kamarul memalingkan tubuhnya pada empunya suara...
"Simon? Kau, Simon Smith?"
"Yes, Tengku..."
"How...?"
"Shahania is my wife..."
"What? You betray me!"
"Kau yang belot pada kami, Rul! Kau tamak...! Kau terlalu taksub untuk memiliki kekayaan dan kedudukan... Walaupun terpaksa mendapatkan semua itu dengan cara kotor!"
"Hahaha..."
"Tengku Kamarul... Letakkan senjata! Serahkan diri, Tengku..."
"Tidak! Aku takkan serah diri... Aku tak bersalah!"
Mama Shahania mendapatkan Mummy Mona...
"Mona... Bertahan Mona... Paramedic dalam perjalanan... Sabar Mona..."
"Nia... Aku ok, Nia... Khai..."
"Mummy..."
Alhamdulillah... Maaf atas kelewatan mengupdate. Tangan ni masih lenguh... Lepas dapat booster Jumaat lepas... Alhamdulillah, tak demam... Sorry, enjoy reading
Share this novel